Suami saya telah pergi tengok kamera litar televisyen tertutup (CCTV) dan melihat pelaku mencubit serta menghempuk kepala Rania ke lantai,” kata seorang wanita, Rin Azmin mendakwa anak perempuannya didera pengasuh di sebuah pusat jagaan, Bandar Sri Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur di baru-baru ini.
Melalui perkongsian di laman Twitter (X), wanita berkenaan turut mendakwa menyedari anaknya itu didera selepas mendapati ada kesan cubitan di pipi kiri dan lengan anaknya.
Bukan itu sahaja, budak perempuan malang berkenaan turut mengadu kepada ibunya itu takut hendak pergi ke sekolah selepas beberapa hari kejadian tersebut.
“Suami telah mengambil Rania dari taska pada pukul 6 petang dan kakitangan bernama Athirah (pendera) pusat asuhan berkenaan memaklumkan dia terlanggar Rania waktu bermain bersama kanak-kanak lain.
“Saya memohon untuk melihat sendiri rakaman daripada CCTV premis tersebut pada hari yang sama namun tiada respons,” katanya.
Ads
Susulan daripada itu, wanita mengambil cuti pada Jumaat dan menghubungi semula pihak taska tersebut.
“Saya mengambil cuti cuba menghubungi ibu pejabat taska berkenaan untuk mendapatkan maklumat CCTV berkenaan namun masih gagal.
“Saya pergi dengan tujuan melihat bukti anak saya jatuh seperti yang didakwa namun pelbagai alasan telah diberikan sebelum dimaklumkan boleh melihat CCTV tersebut pada Isnin,” katanya lagi.
Selepas melihat video berkenaan, wanita tersebut meluahkan rasa kesal melihat anaknya diperlakukan sedemikian rupa.
Ads
Dakwanya lagi, dia menjadi lebih marah kerana kakitangan taska yang lain hanya melihat sahaja perempuannya itu dikasari pada waktu kejadian.
Menurut wanita berkenaan, anaknya itu kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Sementara itu, polis mengesahkan kejadian tersebut dan seorang pekerja wanita pusat asuhan tersebut diberkas dipercayai terlibat dalam kes penderaan seorang kanak-kanak di sebuah pusat jagaan, Bandar Sri Permaisuri Cheras pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian berkenaan sebelum itu didapati tular menerusi paparan dua klip video menerusi media sosial.
Ads
Menurut beliau, semakan mendapati bapa mangsa sebelum itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian.
“Siasatan menerusi video tersebut mendapati mangsa berumur dua tahun itu dicederakan suspek yang dipercayai pengasuh di pusat jagaan tersebut.
“Hasil siasatan kemudian membawa kepada penahanan suspek berumur 28 tahun yang dijalankan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi membantu siasatan berkaitan kes itu,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung kejadian, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. — Majoriti
Pertama kali bergelar ibu kepada cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir, 1 tahun, Mira Filzah mengakui dia banyak belajar perkara baru dan perlu bijak mengatur masa antara kerjaya dan keluarga.
“Menjadi seorang ibu kepada Amir, adalah pengalaman baru. Ini adalah fasa pertama, banyak perkara yang Mira belajar sepanjang masa. Mira sentiasa belajar untuk jadi yang terbaik dengan mengikuti perkembangan Amir. Sebab Mira sangat sibuk, keluar pagi..dia tidur.. balik malam dia masih tidur. Bila tengok anak kat CCTV, ala kesian tengok dia main sendiri. Tapi Mira kena pandai bahagi masa antara jadi ibu, isteri dan kerjaya.”
Baginya yang juga salah seorang penerima Anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Mama Millennial 2023, berjauhan dengan anak kecil demi tanggungjawab pada kerja membuatkan dia semakin matang dalam menguruskan kehidupan.
Moment Menitiskan Air Mata
“Mira pernah berjauhan pertama kali dengan Amir masa tu dia baru 3 bulan. Atas urusan kerja di Indonesia.. Itu pertama kali la sebab yelah berjauhan buat pertama kali. Bila bekerja jauh, rasa rindu tu pada anak.. normalah kan?”
Isteri kepada ahli perniagaan ini juga mengakui sokongan dan tanggungjawab suami amat penting lebih-lebih lagi dalam memahami jadual kerjanya yang padat.
Suami Support System Yang Kuat
“Emir banyak bertolak ansur, Mira akan bagitahu awal supaya Amir ada masa bersama salah seorang dari kami. At least tak dua-dua busy dalam satu masa”
Wanita Kena Bekerja
“Mira setiap malam suka tengok video lama dia masa kecil, Mira dapat tawaran kerja di luar Selangor dalam 45days macam tu dan Mira terfikir boleh ke tinggalkan Amir lama-lama macam tu kan”
“Tapi macam Mira cakap, kena balance.. kalau kita ada rezeki kerja kena bekerja. Kita kena jadi wanita berdikari sebab tak tahu apa akan terjadi masa depan.”
“Mira tetapkan dalam hati, semuanya untuk masa depan Amir. Hati kena kuat”
Saksikan perkongsian penuh Mira Filzah sebagai penerima Anugerah Best Mama Millennial, Pa&Ma Gala 2023 di bawah ini
Kerana mahukan duit, ibu sanggup menyepak/ menendang anak yang baru berusia 3 tahun.
Perkongsian daripada Akhtar Syamir atau BroOhsem ini menjadi tular di media memaparkan si kecil bernama Niu Niu telah diancam ibunya kerana enggan menggayakan pakaian dalam sesi fotografi.
“Aku akan tendang kau sampai mati.” Ibu kejam guna anak untuk keuntungan sendiri tidak memahami kepenatan anak selepas seharian terlibat sesi fotografi. Si kecil ini didakwa telah bekerja keras selama 6 bulan.
Semua kedai online memadamkan gambar Niu Niu selepas video penderaan itu tular. Namun tiada undang-undang yang melindunginya.
Si ibu berkata dia tidak bermaksud menyakiti. Tendang kerana anaknya bermjalan terallu hampir dengan jalanraya sedangkan semasa rakaman tiada jalan raya pun. Dakwa rakaman itu diambil individu yang cemburu dengan kejayaan Niu Niu.
Ibu dakwa Niu Niu tak cedera & tidak menangis.
Rupanya sebelum ini pernah ancam & pukul Niu Niu dengan penyangkut pakaian dalam sesi forografi lain.
Tukar ekspresi apabila diancam dipukul.
Dipaksa ibu gayakan 4 minit untuk 1 baju…
Niu Niu bekerja 9 jam dan dipukul kerana tak dapat luruskan belakang!
Dalam industri, ada ibu bapa yang tahan anak dari tidur, supaya mereka tidak membesar & tinggi lebih dari 160cm.
Kesejukan pakai baju musim panas ketika di musim sejuk.
Niu Niu 400 pakaian dalam masa 4 hari dengan pendapatan RM3k- 6K sehari.
Sebenarnya lebih suka berlari…
Ibu bapa terlalu memaksa, adakah untuk masa depan anak atau kepentingan diri? Jangan tamak
Pa&Ma kini kembali untuk musim keempat. Setiap Selasa jam 12 tengah hari bersama pengacara anda Syahira Rahman dan Fad hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selamat dilahirkan pada 27 Julai yang lalu, anak hero Malaya, Remy Ishak kini sudah pun berusia satu bulan.
Diusianya genap sebulan, Remy dan isterinya Ezza Yusof sempat mengadakan majlis tahnik dan cukur jambul buah hati tersayang mereka, Tuah Alam.
Menerusi Instagram, isteri Remy, Ezza turut memuat naik beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung.
“Tuah Alam, 1 month old today,” tulisnya di Instagram.
Ezza yang kini bergelar ibu turut meluahkan rasa syukurnya kerana majlis itu berlangsung dengan lancar dan baik.
Remy dan Ezza tampil sedondon dengan warna putih bersih bagi meraikan anak sulung mereka. Malah akui Ezza lagi, majlis itu cukup bermakna buat mereka kerana kehadiran insan istimewa selepas dua tahun mendirikan rumahtangga.
“Alhamdulillah! Majlis tahnik & cukur jambul Tuah Alam ni sangat special bagi kami berdua sebab Ayah & Bonda Tuah majlis kahwin 2 tahun lepas takde rezeki nak buat dulu disebabkan PKP.
“Tahun ni, 2023 sambut Tuah Alam dilahirkan, 2 tahun Anniversary perkahwinan kami juga. Tuah rezeki Ayahanda & Bonda,” tulisnya lagi.
Ibu yang cukup manis dengan senyuman ini juga turut berterima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis istimewa itu.
“Terima kasih semua sudi hadir luangkan masa di Majlis kecil kami. Tuah dapat banyak hadiah,” luahnya berkongsi.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut setia Ezza dan Remy juga turut memuji nama indah pilihan mereka berdua.
Terdahulu, Remy dan Ezza selamat menimang cahaya mata sulung mereka, Tuah Alam pada tanggal 27 Julai yang lalu.
Rezeki musim banjir, penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.