Bekas penyampai radio dan juga pengacara terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI memuat naik status di Instagramnya menentang tindakan sesetengah pihak yang memuat naik video saat isteri tengah bersalin
Nampaknya semakin ramai yang merekod dan memuat naik video saat isteri tengahh bersalin melahirkan bayi di media sosial.
Wajarkah trend tersebut dilakukan oleh para suami atau isteri? Ramai netizen memberikan pendapat masing-masing berkenaan isu tersebut sama ada bersetuju atau tidak dengan perbuatan itu.
Pada pendapat FBI perbuatan tersebut sangat tidak wajar sama sekali di saat isteri sedang bersabung nyawa melahirkan zuriat. Ia adalah saat sangat peribadi dan tak patut ditunjukkan pada umum.
Bapa yang telah menyaksikan lima kelahiran anaknya ini juga berharap agar perkara ini tidak akan dicontohi oleh orang lain serta berpendapat mereka yang pakar dalam bab agama wajar memberikan pandangan dalam hal ini.
Ads
Nampaknya status FBI dipersetujui oleh ramai netizen yang rata-rata merasakan ia bukan cara yang betul untuk menghargai pengorbanan isteri dan saat meneran bayi adalah perkara paling peribadi untuk dipertontonkan kepada umum.
Setiap tahun, netizen memang tertunggu-tunggu dengan gambar dan koleksi baju raya Che Ta sekeluarga sebab memang ‘vogue’ habis. Bagi koleksi baju rayanya kali ini dari raya pertama hinggalah raya kelima tak pernah mengecewakan.
Sudah menjadi kebiasaan, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan akan memilih lebih dari satu tema warna baju ketika menyambut hari raya aildifitri, bukan satu ya! Jom kita lihat koleksi raya tahun ini.
Anak hebat ini pernah viral di media sosial gara-gara aksinya bersilat bersama ayahnya di sebuah majlis. Aksi Ahmad Danish Danial Salihen yang baru berusia 3 tahun ketika itu ternyata mencuit hati semua penonton.
Kini Danish sudahpun berusia 6 tahun dan telah pun memasuki alam persekolahan. Kata ayahnya, Salihin Sarbini, 35 tahun yang juga merupakan Naib Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Gayung Cula Sakti Malaysia, bakat anaknya mula dikesan sejak berusia 9 bulan.
“Danish ketika itu dalam stroller. Seingat saya dia baru berusia 9 bulan dan bila dipasangkan dengan lagu pencak silat, dia hayunkan tangannya sama seperti gerakan silat.
Dan bila dia sudah boleh berjalan ketika usianya 1 tahun, dia sudah mula mengikut gerak langkah silat. Jujurnya ketika dia dalam kandungan lagi saya dan isteri selalu bawa dia ikut ketika saya mengajar silat. Mungkin daripada situlah dia sudah terbiasa dengan lagu, kiraan dan gerak langkah,” kata guru silat yang berpengalaman lebih 23 tahun ini.
Bukan itu sahaja malah lebih hebat lagi anak kecil ini bijak menggabungkan seni langkahnya sendiri tanpa diajar oleh sesiapa, hanya berdasarkan apa yang dilihatnya sahaja. Bakat semulajadi yang dimiliki oleh anak kecil ini sentiasa menjadi dambaan semua penonton yang melihatnya.
“Saya memang tak pernah ajar Danish apa-apa, dia tengok sahaja dan gabungkan sendiri bunga-bunganya dengan langkah dan setakat ini gabungannya tak pernah salah.
Pertama kali Danish minta pada saya untuk buat persembahan silat dikhalayak ramai adalah pada majlis perkahwinan saudara saya. Saya terkejut kerana dia anak yang pemalu tetapi dia yakin untuk buat persembahan. Dan itulah permulaannya. Bila penonton bertepuk tangan dan bersorak ketika persembahan, dia bertambah seronok dan beritahu saya dan isteri untuk buat persembahan lagi.
“ Persembahan Danish di Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Daerah Gombak pada tahun 2016 yang jadi viral pun sebenarnya tak dirancang. Ketika menunggu keputusan pertandingan, penganjur minta Danish untuk buat persembahan selingan dan tak sangka pula dia mahu.
Sejak itulah bakat Danish mula dilihat oleh semua orang. Setiap bulan ada sahaja undangan untuknya termasuklah membuat persembahan di hadapan menteri serta VVIP dan tak kurang juga kejohanan besar seperti Kejohanan Sukan Selangor dan sebagainya. Ini termasuklah majlis-majlis perkahwinan dan keraian lain. Bukan di Lembah Klang sahaja, bahkan Danish juga sering menerima jemputan di seluruh negeri.
Sukakan Cabaran
Bagi memperkukuhkan lagi bakat yang ada, ketika usianya 5 tahun, ayah dan ibunya, Nor Zakiah Mohd Zaki sepakat untuk memasukkan Danish ke kelas silat yang sebenar.
“Selama ini dia gabungkan sendiri bunga dan langkah mengikut gerak hatinya dan kini dia sudah mula pandai. Saya mahu dia belajar dan tahu silibus seni silat gayung yang sebenar untuk menambah kemahiran yang ada. Bukan berguru dengan saya tetapi dengan rakan saya. Saya nampak Danish lebih berdisiplin dan tahu dengan apa yang dipelajarinya.
Kalau diikutkan Danish sebenarnya anak yang pemalu dengan orang lain tetapi bila membuat persembahan, karektornya terus bertukar dan inilah yang membuatkan saya kagum dengannya. Di rumah juga dia merupakan abang yang sangat melindungi adiknya, Nur Dhiya Kayyisa, 1 tahun 11 bulan.
Malah sejak mula belajar silat secara serius saya nampak sikapnya yang lebih berdisiplin dan pandai berdikari. Dia tahu bila mana dia kena pergi sekolah, siapkan kerja sekolah dan jalani latihan setiap hujung minggu tanpa diberitahu oleh saya dan isteri,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi Rayan! Doakan agar Rayan dapat diselamatkan segera. Pasukan penyelamat di Maghribi ketika ini sedang berusaha menyelamatkan seorang budak lelaki berumur 5 tahun bernama Rayan yang terperangkap selama 3 hari setelah terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter.
Kisah ini pada tarikh ini (5 Feb 2022) telah menjadi tajuk dan peristiwa besar di Maghribi (Morocco). Malah liputan mengenainya telah tersebar luas ke seluruh Afrika Utara dan Eropah. Ianya adalah mengenai seorang budak yang baru berusia lima tahun yang bernama Rayan.
Pada 1 Feb 2022 yang lepas, Rayan mengikuti bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumahnya. Pada ketika bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain-main di sekitar perigi tersebut. Setelah beberapa ketika bapanya mula sedar, anaknya Rayan hilang.
Setelah puas mencari, baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering itu. Bapa Rayan kemudiannya meminta penduduk kampung datang membantu tetapi terdapat masalah. Jika kita lihat pada draf di bawah, kedalaman tempat Rayan terjatuh melebihi 30 meter.
Dah pulak tu, lubang perigi hanya berukur lilit 25 sentimeter lebar sahaja. Tidak cukup dengan itu, semakin dalam, lubangnya semakin sempit. Segala input ini telah dicerap oleh pasukan bantuan dari pelbagai agensi yang datang kemudiannya untuk membantu mengeluarkan Rayan.
Walau bagaimanapun, pihak penyelamat telah mengesahkan bahawa Rayan masih hidup di bawah sana. Corong oksigen, lampu, air minuman dan makanan serta kamera telah dihulurkan ke bawah. Mereka kini dapat mengawasi keadaan Rayan, tengok Rayan kat dalam lubang tu sorang-sorang, sebak saya.
Pihak penyelamat telah mencuba pelbagai teori, salah satunya ialah untuk menghantar seseorang untuk membawa Rayan naik ke atas menggunakan tali. Tetapi disebabkan lubang perigi yang semakin mengecil ke bawah, ianya adalah sesuatu yang mustahil.
Dan kini mereka menggunakan method seperti yang dapat kita lihat seperti di dalam gambar yang paling kanan sekali di bawah itu. Mereka menggali keseluruhan tanah untuk sampai ke tempat di mana Rayan berada. Bermakna, mereka menggali bertan-tan tanah sedalam 30 meter lebih daripada sisi.
Satu yang merisaukan mereka, semakin dekat dengan Rayan, semakin tinggi risiko tanah runtuh. Kalau mengikut keadaan mereka semasa artikel ini ditulis, hanya beberapa meter sahaja lagi penggalian dari sisi akan sampai ke tempat di mana Rayan berada.
Diharap, Rayan akan dapat diselamatkan. Helikopter telah tersedia menanti di lokasi ini untuk membawa Rayan ke hospital jika segalanya berjalan lancar. Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan kanak-kanak kecil ini.
Air dan oksigen berjaya disalurkan menerusi paip. Penggalian perigi masih diteruskan pasukan penyelamat.
Kita doakan moga pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan Rayan. #SaveRayan sedang viral di Maghribi ketika ini.
Sumber: Mohd Aznam Abdul Rahman
Zulhafidz Yahaya via MalDef
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.