Saban hari, kes membabitkan ibu hamil yang positif Covid semakin meningkat. Apa yang sedihnya, ibu dan bayi dalam kandungan turut berisiko sehingga ada yang perlu menjalani pembedahan melahirkan bayi lebih awal dan ibu terpaksa ditidurkan.
Keadaan ini turut memberi kesan buat ahli keluarga dan anak-anak yang mengharapkan si ibu dapat kembali sedar dan pulang ke rumah seperti biasa.
Moga ada keajaiban buat isteri
Melalui perkongsian seorang suami, Mohd Zulkifli Mohdisa, dia sangat mengharapkan doa orang ramai boleh memberi keajaiban buat isterinya, Faiqah yang kini sedang bertarung nyawa dan ditempatkan di ICU setelah disahkan Covid.
Lagi sedih, anak dalam kandungan juga terpaksa dilahirkan awal kerana oksigen isterinya turun mendadak sehingga terpaksa menggunakan mesin pernafasan dan pemantauan rapi.
Terpaksa operate, keluarkan bayi usia 31 minggu
Ketika ditemubual oleh Pa&Ma, Mohd Zulkifli berkata, doktor terpaksa buat keputusan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi walaupun usia kandungan baru 31 minggu. Ini bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.
“Sejak isteri ditidurkan dan melalui pembedahan, sehingga sekarang keadaannya masih tidak sedar. Manakala bayi lelaki yang dilahirkan turut berada di NICU bawah pemantauan doktor kerana paru-parunya pun ada jangkitan.
Ads
“Apa yang menyedihkan, kelahiran bayi kedua ini sangat ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga kerana anak sulung adalah perempuan dan kiranya kehadiran bayi lelaki melengkapkan kehidupan saya dan isteri. Namun Allah lebih mengetahui segala-galanya,” ujarnya.
Jangkitan di paru-paru isteri teruk dan kuman dalam darah tinggi
Tambah Mohd Zulkifli lagi, daripada apa yang diberitahu doktor, keputusan untuk tidurkan isteri kerana paru-parunya mengalami jangkitan yang agak teruk dan kadar jangkitan dalam darahnya juga tinggi.
“Sekarang hanya harapkan doa daripada orang ramai untuk beri kekuatan isteri kembali sembuh seperti sediakala. Ini saja yang saya harapkan buat masa ini,” katanya.
Tak sampai 36 jam, oksigen turun mendadak
Ketika ditanya bagaimana isterinya disahkan Covid, Mohd Zulkifli jelaskan, pada awalnya mereka satu keluarga positif dan isteri ditahan di wad Hospital Sungai Buloh kerana mengandung dan berisiko.
Ads
Manakala saya dan anak hanya kuarantin di rumah kerana tiada apa-apa simptom dan tak teruk sangat. Selepas habis tempoh kuarantin dan keadaan isteri pun dah sihat, dia dibenarkan pulang ke rumah.
Lepas dibenarkan keluar hospital, seminggu selepas itu dapat tarikh untuk vaksin dan isteri pergi. Namun selepas itu dia kembali demam dan muntah-muntah. Saya bawa pergi hospital dan doktor buat pemeriksaan mendapati paru-parunya ada jangkitan dan darah dia pun ada jangkitan kuman yang tinggi.
Dalam masa tak sampai 36 jam, oksigennya drop sampai 51%. Disebabkan itulah doktor terus ambil keputusan untuk tidurkannya dan bersalinkan awal anak kami.
Doa orang ramai penguat isteri
Pada yang mengenali isteri saya Faiq Iqah beliau telah ditidurkan kerana kadar oksigennye turun mendadak hingga 51% dan memerlukan alat bantuan pernafasan 100%.
Ads
Dan dalam pada masa yang sama, baby dalam kandungan telah dkeluarkan dengan cara operation pada petang tadi (4 Ogos). Alhamdulillah baby ok cuma agak lemah kerana pramatang.
Mohon sahabat semua yang mengenali isteri saya, mohon doa kalian agar beliau dberi kesembuhan seperti sedia kala. Segala jasa baik kalian hanya Allah sahaja mampu membalasnya…. #semogaadacahayadihariesok
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sahaja sebentar tadi, pelakon Aidil Aziz suami kepada Fasha Sandha berkongsi berita gembira, isteri tercinta telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Dalam perkongsian yang dibuat melalui Instagram miliknya, Aidil mengucapkan rasa syukur dengan kelahiran bayi yang dipanggil ‘Baby A’.
Pelakon Camelia itu turut mengucapkan terima kasih buat Fasha Sandha yang mengandungkan anak mereka selama sembilan bulan.
Malah menurut Aidil menerusi kapsyen yang memuat naik gambar bayi mereka turut menyatakan akan bercuti sebulan untuk menjaga dan menemani Fasha selama berpantang.
“Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan & sehat.Syukur Ya Allah.
“Alhamdulillah di atas rezeki ini.
“Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini.I cuti sebulan jaga & teman u berpantang ok.
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus2 mendoakan utk kami.
“Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian..Aminn,” tulisnya.
Hari ini genap setahun usia cahaya mata bongsu pasangan selebriti Shuib dan Arwah Siti Sarah iaitu Ayash Affan.
“6 Ogos 2022 genap Ayash Affan setahun. Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar”
Berkongsi tentang kehidupan terkini, ternyata bekas ahli kumpulan Sepahtu ini masih lagi cuba untuk bangkit kembali selepas kehilangan isteri tercinta.
“Bialah i yang mati dulu, sebab tak sanggup nak hadap. Tapi Allah Maha Dasyat, Maha Hebat.”
“Kenapa Allah tak boleh belanja saya lagi 20 tahun, Sebab saya dengan arwah dah almost 10 tahun. Saya terfikir, tak boleh belanja lagi ke 20 tahun. Tapi itulah, jalan cerita yang semua orang akan lalu cuma saya cepat sikit lalui”
Bapa kepada 4 cahaya mata ini juga meluahkan rasa apabila bakal berhadapan dengan soalan yang bakal diajukan anak bongsunya ‘di mana ibu saya’ suatu hari nanti.
“Kalau one day Ayash akan tanya. Di hari pemergian Sarah, saya dah terfikir soalan ni.”
“Cuma sekarang saya kena buat yang terbaik buat anak-anak, education dan kehidupan anak-anak.”
“Tipu lah kalau saya boleh beri sentuhan seperti ibu, anak-anak lelaki saya perlukan sentuhan dari ibu. Saya tak boleh pakai tudung macam ibu dia. Itu saya kalah lah, semua saya boleh berikan, anything cuma part sentuhan ibu tu saya tak dapat bagi pada anak-anak.”
Usahawan Bubble Bee ini sempat menitipkan ucapan buat anaknda bongsu tercintanya.
“Semoga menjadi anak yang baik untuk keluarga & dipelihara Allah Swt selalu. Aamiin”
Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu akibat COVID-19, iaitu tiga hari selepas melahirkan anak bongsu, Ayyash Affan.
Selain Ayash, Allahyarhamah meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9 dan Ariq Matin, 7.
Bila dalam pantang jika perah dapat 1oz itu NORMAL. Bila anak dah menyusu kerap jika perah dapat 2oz itu BANYAK. Bila anak sentiasa bersama dan menyusu bila-bila masa jika perah dapat 3oz itu LUAR BIASA.
Dalam pantang tak perlu stres nak target 20 – 30oz sehari ye ibu-ibu. Tak perlu jadual pam yang membebankan jika anak tiada sebarang masalah untuk menyusu terus di payudara. Cukup perah 1-2 kali saja atau waktu anak dah kenyang tapi anda masih rasa bengkak. Berlatih skill memerah menggunakan tangan itu lebih baik yang penting bila dah mula bekerja nanti barulah kena fokus dan komited dengan jadual pam bila anak tak bersama.
Sebab bila naik kerja kita perlu bekal pada anak lebih banyak stok chilled atau fresh berbanding stok frozen sebab baby bawah 6 bulan masih “tak pandai” nak bina antibodi sendiri jadi mereka dapat melalui susu ibu.
Khasiat susu frozen pun tak setanding chilled atau fresh EBM jadi biarlah anak dapat khasiat semaksimanya. Kalau sehari dapat kumpul 2-3oz pun sebulan dah boleh kumpul 60-90 oz, 2 bulan dah boleh dapat 120-180oz itu dah lebih dari cukup.
Kecuali jika anda niat dari awal memang planning nak jadi ibu susuan atau mampu beli deep freezer banyak-banyak anda bolehlah teruskn aktiviti seperti sesetengah pihak syorkan.
Saya berkongsi semua ini bukan untuk anda saya bercakap demi anak anda. Pewaris masa depan kita. Mereka berhak menikmati kehangatan tubuh ibu mereka sekerap yang boleh. Jangan dirungut jika anak seakan tidak kenyang-kenyang, jangan merungut jika anak seolah tak puas-puas, jangan merungut jika anak seperti tak boleh langsung diletak, jangan merungut jika anak menyusu tak henti-henti. Itu semua fitrah yang Allah SWT aturkan sebagai cara semulajadi untuk membanyakkan susu ibunya sendiri.
Kembalilah kepada fitrah sebab itu penyusuan susu ibu disebut BREASTfeeding, bukan BREAST MILK feeding maksudnya penyusuan terus di payudara ibu. Jannga terlalu bergantung pada BREASTPUMP sehingga mengganggap satu-satunya cara membantu banyakkan susu ibu hanya melalui aktiviti mengepam. *enyusuan susu ibu sepatutnya menjadi kenangan terindah untuk ibu dan anak.