“Maafkan ibu… maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja. Awfa dah pergi tinggalkan ibu”. Ini antara luahan hati, Hasmah Masroh, 32, selepas anaknya, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, dua tahun meninggal dunia dipercayai sesak nafas selepas 4 jam ditinggalkan dalam kereta di parkir sebuah kolej kemahiran di Batu 3, Port Dickson, semalam.

Tanyalah mana-mana ibu, siapa yang sanggup nak tinggalkan anak sendiri. Sebelum nak menunding jari mencari kesalahan ibu tersebut, adakah kita terfikir apakah yang berlaku disebaliknya?

Mungkin kejadian ini akan menjadi peringatan bersama dan buatkan ibu bapa lain lebih berhati-hati mengenai keselamatan anak. Kita tidak tahu ajal maut yang menanti kerana semuanya dah tertulis.

“Maafkan Ibu Sayang, Ibu Tak Sengaja”. Luah Ibu Yang Anaknya Meninggal Lepas 4 Jam Dalam Kereta

IKLAN

Berdasarkan laporan, ibu mangsa menyedari anaknya tertinggal dalam kereta apabila pihak taska menghubunginya lebih kurang jam 1 petang. Itupun selepas empat jam dan terus meluru ke kereta.

Namun Allah lebih sayangkan anak syurga ini apabila dah disahkan meninggal dunia oleh doktor sejurus tiba di Klinik Kesihatan Port Dickson.

Sebelum kejadian, Hasmah memberitahu rakannya dia mengangkat anaknya yang sedang tidur di rumah di Taman Hartamas, Sunggala dan meletakkan di tempat duduk belakang kereta Proton Saga miliknya.

Katanya, sebaik tiba di kolej itu, dia terus mematikan enjin kereta lalu memasuki pejabat hingga tak sedar anaknya ada bersama.

IKLAN

——————————————————————-

Sebagai peringatan bersama, ibu bapa pastikan jangan sesekali tinggalkan anak-anak dalam keadaan kereta berkunci di cuaca yang panas tanpa pengawasan orang dewasa.

IKLAN

Strok haba boleh berlaku akibat kepanasan melampau dan waktu puncak suhu paling panas antara jam 12 tengah hari sehingga 3 petang.   

Apabila kepanasan dirasai badan, seseorang akan mengalami proses berpeluh bagi menyejukkan badan. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.

Sumber: Sinar Harian & Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI