Ads

“Dua Tahun Berturut, Dan Rezeki Anak” Fattah Amin Cium Tangan, Ini Reaksi Amira

Dalam kehidupan berumah tangga, sokongan suami isteri bukan hanya ketika berdepan kesusahan, tetapi juga saat meraikan kejayaan bersama. Apatah lagi selepas kehadiran cahaya mata, apabila masing-masing perlu menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu sebagai ibu dan ayah.

Ada masanya, perkara kecil yang dilakukan pasangan sebenarnya membawa makna cukup besar. Tidak perlu hadiah mahal atau kata-kata romantis, cukup sekadar menghargai pengorbanan dan sentiasa berada di sisi ketika diperlukan.

Begitulah kemanisan yang dapat dilihat menerusi pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman apabila kedua-duanya mencuri perhatian pada malam Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026, baru-baru ini.

Bukan sahaja berjaya mempertahankan kemenangan sebagai Selebriti Maskulin Terhangat buat tahun kedua berturut-turut, malah tindakan spontan Fattah Amin cium tangan Amira turut menjadi antara momen manis yang mendapat perhatian.

Lebih bermakna, kemenangan itu diraikan selepas pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Jarir Umar, pada 23 Jun lalu.

Amira Jadi Jurusolek ‘Kecemasan’ Buat Fattah

“Dua Tahun Berturut, Dan Rezeki Anak” Fattah Amin Cium Tangan, Ini Reaksi Amira

Siapa sangka, di sebalik penampilan kemas Fattah Amin pada malam anugerah tersebut, rupa-rupanya ada sentuhan istimewa daripada isteri tercinta.

Amira Othman yang kini hampir empat bulan bergelar ibu kepada Muhammad Jarir Umar tampil menjadi jurusolek ‘kecemasan’ buat suaminya apabila Fattah berdepan kesukaran mendapatkan khidmat jurusolek profesional pada saat akhir.

Bukan mudah sebenarnya untuk menyiapkan solekan selebriti lelaki, lebih-lebih lagi bagi menghadiri acara berprestij yang menjadi tumpuan ramai.

Walaupun solekan lelaki kelihatan ringkas, pemilihan produk dan teknik yang kurang sesuai boleh membuatkan wajah kelihatan kusam atau terlalu tebal apabila terkena pencahayaan dan lensa kamera.

Namun, Amira ternyata berjaya membantu suaminya tampil kemas dan segak pada malam berkenaan.

Ketika ditemui pada sidang media AMT 2026 di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam, pada Ahad, Fattah mendedahkan isterinya menjadi penyelamat selepas kebanyakan jurusolek mempunyai komitmen bersama artis lain.

“Untuk pengetahuan semua, hari ini sebenarnya saya tak dapat ‘lock make up artist’. Semua sibuk dan sudah ada artis masing-masing.

“Jadi, ‘make up artist’ saya hari ini sebenarnya Amira Othman. Terima kasih. Lepas ini boleh hubungi dia kalau ada artis yang memerlukan khidmatnya,” katanya berseloroh.

Pengakuan tersebut turut memperlihatkan sisi Fattah yang tidak keberatan memberikan penghargaan kepada isterinya di hadapan pihak media.

Malah, Amira yang tampil berseri mengenakan busana berwarna biru dilihat tersipu-sipu mendengar pujian suaminya. Nyata jauh di sudut hati Amira sentiasa ingin membahagian suaminya tercinta.

Artikel Trending: STR 2027: Bantuan Hingga RM150 Sebulan, Keluarga Anda Layak Terima Berapa? Ini Syarat & Tarikh Penting Permohonan

Ads

Artikel Trending: KKM Dedah Penyakit Berkaitan Jerebu Meningkat, Amaran Bahaya Untuk Kanak-Kanak & Warga Emas

Artikel Trending: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Dua Tahun Berturut-Turut, Fattah Anggap Rezeki Anak

Dalam pada itu, malam AMT 2026 menjadi lebih istimewa apabila Fattah sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang kategori Selebriti Maskulin Terhangat.

Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, 36, berjaya mempertahankan trofi berkenaan buat tahun kedua berturut-turut.

Menariknya, Fattah mengakui langsung tidak menjangkakan kemenangan itu memandangkan dia dan Amira pada asalnya hadir ke majlis berkenaan untuk menjalankan tugas sebagai penyampai anugerah.

Menurutnya, terdapat ramai lagi calon lain yang dianggap layak memenangi kategori tersebut.

Namun, apa yang menyentuh hati apabila Fattah turut mengaitkan kemenangan itu dengan rezeki kehadiran anak lelakinya, Jarir, dalam kehidupan mereka.

Walaupun menerima trofi tersebut dengan perasaan terkejut, Fattah tetap tidak melupakan insan-insan yang sentiasa berada di belakang kejayaannya.

Dalam ucapan ringkasnya, dia turut menzahirkan penghargaan kepada peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan, selain menyebut isteri dan anak tersayang.

Ucapan ringkas tetapi penuh makna itu memperlihatkan betapa keluarga menjadi antara insan terpenting dalam meraikan setiap kejayaan yang diraih.

Ads

Malah peminat-peminatnya menanggap kemenangan itu adalah rezeki setelah kelahiran anak sulung mereka.

“Dua Tahun Berturut, Dan Rezeki Anak” Fattah Amin Cium Tangan, Ini Reaksi Amira “Dua Tahun Berturut, Dan Rezeki Anak” Fattah Amin Cium Tangan, Ini Reaksi Amira “Dua Tahun Berturut, Dan Rezeki Anak” Fattah Amin Cium Tangan, Ini Reaksi Amira

Fattah Amin Cium Tangan Amira, Ini Reaksi Amira : Momen Romantis Curi Perhatian

Bukan sekadar kemenangan Fattah, kemesraan pasangan suami isteri ini turut menjadi perhatian menerusi sebuah video yang tular di media sosial.

Menerusi rakaman tersebut, Fattah dilihat secara spontan mencium tangan Amira sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Selebriti Maskulin Terhangat.

Lebih manis, reaksi Amira yang kelihatan sedikit terkejut dengan tindakan spontan suaminya turut membalas kemesraan itu dengan mencium tangan Fattah.

Momen ringkas tersebut cukup untuk menggambarkan hubungan mesra pasangan berkenaan yang saling menghargai dan meraikan kejayaan antara satu sama lain.

Apatah lagi, selepas bergelar ibu dan ayah kepada Jarir, kedua-duanya kini melalui fasa kehidupan yang berbeza dengan tanggungjawab keluarga semakin bertambah.

Bagi ibu ayah, hubungan suami isteri yang terus dipupuk dengan kasih sayang dan rasa hormat amat penting, lebih-lebih lagi ketika membesarkan anak kecil.

Kadangkala, penghargaan terhadap pasangan boleh dizahirkan melalui tindakan sederhana, termasuk ucapan terima kasih, pujian atau sentuhan penuh kasih.

“Dua Tahun Berturut, Dan Rezeki Anak” Fattah Amin Cium Tangan, Ini Reaksi Amira

Ads

“Dua Tahun Berturut, Dan Rezeki Anak” Fattah Amin Cium Tangan, Ini Reaksi Amira

Amira Titip Ucapan Manis Buat Suami

Sementara itu, Amira turut berkongsi rasa gembira dan bangga terhadap kejayaan suaminya menerusi hantaran di Instagram.

Penyanyi berkenaan meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menemani Fattah menerima anugerah tersebut, selain menitipkan ucapan tahniah buat suami tercinta.

“Menemani suami saya ke Anugerah Melodi semalam untuk mengambil award anugerah yang dimenangi. Alhamdulillah tahniah suami saya.

“Tahniah juga pada semua yang tercalon dan menang,” tulisnya.

Perkongsian ringkas itu turut memperlihatkan sisi bahagia dan syukur seorang isteri melihat kejayaan suaminya dalam bidang seni.

Artikel Trending: Jerebu Sangat Berbahaya Kepada Bayi, KKM Beri Amaran Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah!

Artikel Trending: Wanita Wajah Cantik Lebih Ramai Anak, Ini Fakta Kajian Saintis Yang Ramai Tak Tahu

Arttikel Trending: Bella & Syed Saddiq Kahwin, Ramai Nak Tahu Status Mahram & Aurat Anak Tiri, No. 7 Paling Ramai Tak Tahu!

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

“Dua Tahun Berturut, Dan Rezeki Anak” Fattah Amin Cium Tangan, Ini Reaksi Amira

Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 sebelum dikurniakan putera sulung mereka, Muhammad Jarir Umar, pada 23 Jun 2026.

Kehadiran Jarir pastinya membawa lembaran baharu dalam kehidupan pasangan berkenaan, yang kini bukan sahaja berkongsi perjalanan sebagai suami isteri, tetapi juga tanggungjawab membesarkan anak bersama.

Sesungguhnya, dalam rumah tangga, kebahagiaan bukan hanya terletak pada kejayaan besar yang diraikan, tetapi juga pada cara pasangan saling menyokong, menghargai dan tidak melupakan satu sama lain.

Semoga kasih sayang yang terjalin antara Fattah dan Amira terus berkekalan, malah kehadiran Jarir menjadi penyeri serta penyejuk hati keluarga kecil mereka.

Sumber: Ohbulan, IGs & IG Fattah Amin , IG Amira Othman

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Tercekik Belon Ketika Birthday, Kehidupan Fateh Berubah! Dulu Johan Taekwondo, Kini Belajar Berjalan!

Tercekik Belon Ketika Birthday, Kehidupan Fateh Berubah! Dulu Johan Taekwondo, Kini...

Tercekik belon ketika sambutan hari lahir, kehidupan Fateh berubah. Dulu johan taekwondo, kini dia berjuang belajar berjalan semula.