Hati ibu mana yang tidak sayu dan bersalah sebaik menghantar anak pada pengasuh atau taska. Rasa bersalah kerana terpaksa meletakkan pada jagaan orang lain demi mencari rezeki. Dalam hati menangis yang teramat sangat bila sebahagian masa anak-anak tanpa hadirnya seorang ibu. Namun ibu jangan berlebih-lebihan.
Menurut Ibu Rose, jangan biarkan perasaan ini menghantui kita sepanjang waktu kerja. Syukuri dengan apa yang kita lalui. Mendengar kata-kata ini pastinya hati bertambah lega.
TERPAKSA TINGGALKAN ANAK
“Emm…sayu pula tengok muka anak ni. Pagi-pagi dah nak kena bangun, pergi ke TASKA. Bestnya kalau tak yah kerja. Boleh jaga dia sepenuh masa. Lihat dia membesar dengan mata, lihat setiap detik perkembangannya.”
“Maafkan mama sayang. Mama tak dapat jaga sayang macam mama yang surirumah tu. Mama terpaksa kerja. Untuk penuhi semua keperluan hidup kita. Kalau harap papa je, tak cukup untuk kita sekeluarga hidup kat bandar ni.”
Lagi-lagi bila anak tu sakit, lagilah mama ni tak keruan kat tempat kerja. Rasa bersalah tu mencengkam sangat. Tapi, apakan daya. Terpaksa juga. Komitmen banyak, untuk survival lagi.
Rasa bersalah terhadap anak-anak kerana tidak dapat menjaga mereka kerana perlu mencari rezeki itu baik. Namun, jangan izinkan ianya menjadi TERLEBIH.
Ads
Hmm…boleh kita PAUSE kat sini?
Take a deep breath. Cuba ingat niat anda.
Anda pergi mencari rezeki untuk kesejahteraan kehidupan mereka bukannya kerana anda berpoya-poya. Betul kan? Anda meninggalkan mereka di taska, pengasuh dan sebagainya kerana anda perlu mencari rezeki.
BUANGLAH PERASAAN BERSALAH itu. Gantikan dengan perasaan berSYUKUR anda dapat peluang untuk mencari rezeki untuk mereka. Bersyukur anda ada pekerjaan disaat ramai yang tidak punya pekerjaan. Bersyukur anda ada anak-anak yang ketika ini tak kurang pasangan yang belum dikurniakan anak.
Ads
Bersyukur anda masih hidup pada hari ini yang ketika ini telah ramai berada di alam barzakh. Bersyukur anda ada pancaindera sempurna yang boleh dimanfaatkan. Bersyukur dikurniakan rasa bahagia melalui anak-anak dan pasangan. Bersyukur punya rakan sekerja yang membantu dan majikan yang prihatin.
Bersyukurlah..Bersyukurlah..Bersyukurlah..
Anda ada 1001 sebab untuk bersyukur pada setiap hati, setiap masa. Kerana bila anda bersyukur, LEBIH BANYAK KEBAIKAN, KEAJAIBAN akan datang pada anda.
Bila anda buang perasaan bersalah berlebihan ini, TENAGA anda akan lebih dan bermaya untuk melakukan yang terbaik di tempat kerja anda.
Ads
VIBRASI anda meningkat. TENAGA anda menjadi besar. EMOSI anda jadi bestt.
Bila sampai masa untuk balik, anda akan berasa lebih bersemangat kerana sudah sampai peluangnya untuk anda menghabiskan masa secara peribadi dengan anak-anak pula.
Bersyukur itu sangat penting kerana Allah akan menambah lagi nikmatNya. Bukankah nikmat kita dapat peluang meraih rezeki dan mensejahterakan hidup anak-anak kita?
Nikmati setiap saat yang kita ada sekarang, janganlah terlalu mengenangkan semalam yang telah berlalu dan janganlah terlalu risaukan esok yang belum tentu menjelma buat kita. Keywordnya TERLALU.
So, appreciate every breath, every moment, every second that you have now. Lalui setiap masa dengan lakukan terbaik, sebaik yang anda mampu.
Bergembiralah, bersyukurlah..InsyaAllah, anak-anak juga akan begitu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pujian harus diberikan kepada anak-anak Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna kerana mereka boleh berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal.
Kalau diikutkan dengan usia mereka, cukup dengan puasa di bulan Ramadan pun dah memadai tapi atas rasa tanggungjawab untuk mendapat ganjaran pahala dua beradik ini bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya.
Menerusi instagram Rita Rudaini, Rayyan dan Arjuna tetap berpuasa walaupun tanpa mummy mereka bersama. Ini kerana Rita sedang berada di luar negara atas urusan kerjanya.
Di ruangan komen instagram Rita, ramai yang memuji sikap anak-anaknya yang berusaha untuk puasa sunat. Cara Rita mendidik pun sangat mudah biarpun tanpa suami di sisi.
“Wow baguslah rajin puasa anak-anak akak @ritrud727 ……belajar dari kecik..”
Anak-Anak Sangat Memahami
Dari kecil dibesarkan dengan kasih sayang seorang ibu, Rayyan dan Arjuna juga nampak sangat matang dari usianya dan pandai berdikari.
Mereka seolah-olah faham apa yang mummy lakukan demi kebaikan bersama.
Melalui perkongsian Rita sebelum ini, dia cukup tersentuh dengan kata-kata anaknya sewaktu membuat persediaan raya baru-baru ini.
Anak-anak lebih penting…tapi nasib baik dapat anak-anak yang tak meminta-minta.. tanya nak kasut tak? Diaorag tak nak..nak baju raya tak? Dia orang tak nak,diaorang cakap baju dulu dah ada…sedih dengar… bila mommy beli baju Melayu seorang dua pasang, Ryan bebel..dia cakap ‘nape mommy membazir? Beli dua?’ Dalam hati mommy sebak nak mati…mommy jawab ‘tak pe lah, nanti kat sek ada celebrate raya boleh pakai’ …tanya nak baju casual tak? Tak nak jugak…so ryan dan adik nak apa untuk raya? ‘Tak nak apa-apa,ryan nak balik kampung je’ Sayu dengar….mungkin tuhan nak bagi mommy senang dengan cara ni…
Bila baca posting Rita ni boleh bayangkan mereka tak nak menyusahkan mummy. Bertuah Rita dapat anak lelaki yang begitu menghargai seorang ibu.
Semoga Rita sentiasa diberi kekuatan untuk membesarkan cinta hatinya dengan sempurna dan dua beradik ini boleh membahagiakan mummy selama-lamanya.
Sumber: instagram Rita Rudaini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Emm…penatnya ada anak ni. Dahla anak-anak ramai. Rasa nak nangis pun ada.” Sedihnya bila terhilang sabar. Bukan sengaja nak sakitkan anak, tapi…rasa tak mampu nak tahan sabar tu.”
Ungkapan ini kadang terkeluar secara tak sengaja dari mulut ibu bapa. Ingat sebelum kita menyambut kedatangan anak kecil ke dalam hidup kita, ketahuilah dia adalah bingkasan kasih-sayang dari Penciptanya.
Kita perlu melihat dia SENTIASA dari mata penuh kasih sayang. Kerana akan tiba masanya kerana pertumbuhan dirinya, dia akan meragam, dia akan mencampak barang, dia akan memukul anda, dia akan merampas barang dari anak kecil yang lain, dia akan menyepahkan rumah anda, dia akan menjerit tidak keruan, dia akan tidak duduk diam, dia akan tidak mahu tidur, dia akan tidak mahu bangun tidur dan senarai ini berterusan.
Jika anda menerima (embrace) sangkaan bahawa dia didatangkan untuk menyusahkan hidup anda. Atau anda merasa benci dengan segala perangainya…tarik nafas, jangan terpedaya dengan pujukan syaitan itu.
Kerana sebenarnya, dia sedang membantu membentuk hati dan jiwa anda untuk menjadi lebih sabar dan membesarkan hati dengan kasih sayang tanpa syarat.
Jika tidak percaya, lihatlah dia semasa tidur. Dan jika sebelumnya, ‘he drove you mad’, anda akan nampak betapa ‘angelic’ , indahnya dia. Dan mungkin pada masa itulah anda menyesal terlalu garang kepadanya tadi. Pernah jadi macam ni?
Setelah bergelar bapa, suami kepada personaliti terkenal media sosial yang berasal dari Korea Selatan, Maryam You Narae, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim baru tahu nikmatnya dikurniakan anak.
Walaupun situasinya dah berubah, kepuasan itu sukar diungkapkan dengan kata-kata kerana hanya yang melalui sahaja akan memahami. Tak sangka kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Rina itu memberi kebahagiaan.
Pertama kali menatap wajah bayi, waktu tidur pun dah berubah, semua itu adalah momen berharga buat Ryzal dan Maryam.
Akui Ryzal lagi, baby Rina seolah ada chemistry dengannya. Ini kerana bila dapat lengan daddy terus lena, kalau dengan mummy dia punya jeritan itu boleh tahan. Alahai manja sungguh ya!
Bukan itu saja, Rizal juga turut berkongsi beberapa foto Rina yang dah pulang ke rumah. Apa yang menjadi perhatian, gelagat daddy yang tidur di sebelah Rina sangat mencuit hati.
Dengan menggunakan kapsyen macam ni rupanya jadi bapa, rata-rata peminatnya beritahu pengalaman ini akan dikenang sampai bila-bila.
“Tidur malam tak lena tu wajib kalau dah jadi bapa..”
“Anak tidur, bapa pun tumpang pejam sekali..”
Sementara itu, dalam perkongsian di instagram Maryam pula, dia ada berkongsi gambar Maryam yang tidur atas dadanya dengan menggunakan kapsyen “Ikut Bibir Mommy”.
Perkongsian itu telah menarik perhatian peminat pasangan ini dengan memberitahu Korea + Melayu = Jepun. Malah ada yang kata muka Rina sebiji mommynya.
Ryzal dan Maryam dikurniakan anak sulung selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Ryzal dan Maryam yang popular dengan gelaran ‘DurianKimchi’ telah disatukan pada Ogos 2019 di Korea Selatan dalam majlis serba ringkas.
Pasangan itu mula popular selepas Ryzal memuat naik beberapa video memperkenalkan bahasa dan budaya Melayu kepada Maryam di media sosial sehingga ia berjaya mencuit hati peminat.
Kredit: IG ryzalibrhm ; maryamyunrrr
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa ibu hamil perlu minum air gula? Ketahui fungsi ujian GTT, risiko diabetes ketika mengandung, langkah pemeriksaan dan bagaimana ia melindungi ibu serta bayi.