Setiap ibu mesti mahu yang terbaik untuk anak-anak. Tapi tiada apa yang sempurna di dunia ini, adakalanya tidak dapat menyediakan seperti yang dirancang, ibu rasa akan kecewa.
Datuk Dr Norhafizah Musa berkongsi kerinduannya semasa anak-anaknya masih kecil. Tidak dinafikan ada rasa bersalah dalam diri tidak dapat memberikan yang terbaik buat anak-anak dulu.
Beliau tidak terus berputus asa. Dalam berusaha, dia juga mendoakan anak-anak. Ustazah Norhafizah turut berkongsi doa yang selalu diamalkan olehnya supaya anak-anaknya diberikan kecemerlangan dan kebaikan.
Ads
ustazahnorhafizahmusa Rindu kan zaman anak2 masih kecil dulu…maafkan umi kalau tidak dapat buat yg terbaik dulu…umi selalu doa begini pd Allah bila nak minta Allah beri kecemerlangan dan segala kebaikan pd anak2…
DOA IBU UNTUK KECEMERLANGAN & KEBAIKAN ANAK
“Ya Allah…mungkin anakku itu tidak mendapat ibu yg terbaik…kerna ibunya ini adakalanya lalai dan banyak dosa….tapi anakku adalah hambaMU…
Ads
dia ada Allah Yg Maha Baik…Maha Terbaik..Maha Sempurna…maka hamba memohon dgn segala kesempurnaanMU agar kurniakanlah segala yg terbaik pd anak2 ku...
Setiap orang ada kebaikan. Setiap orang juga ada keburukan. Tak ada siapa dalam dunia ni sempurna.
Kalau kita boleh terima ni, kenapa kita nak harap anak-anak kecil kita tu jadi sempurna? Langsung tak realistik, kan!
Macam mana yang realistik?
Kita cari kebaikan anak. Dan bantu bimbing kekurangan.
Tak payah nak compare anak kita dengan anak-anak orang. OK?
Anak ni rupanya tak automatik jadi baik. Lincah dan nakal tu semulajadi tingkah laku mereka. Sebab mereka tak tau apa baik dan apa buruk. Kita mak ayah ni la rupanya yang perlu motivasikan anak jadi baik.
Untuk motivasikan anak untuk jadi baik, kita perlu buat mereka rasa diterima, didengari, diperlukan, bernilai dan jadikan mereka rasa mereka sebahagian dari ahli keluarga. Bukan individu yang berasingan.
Bila mereka luah perasaan, letak tepi barang yang kita pegang. Pandang matanya.
Bila kita buat kerja rumah, beri sekali tugas kepada mereka.
Bila mereka memerlukan, kita hadiahkan pelukan.
Biar mereka tau, sumber kasih sayang ada dalam rumah. Tak perlu nak cari di sekolah. Atau menagih pada orang yang salah.
Kalau ada perangai anak yang kita tak senang, reflek semula diri kita. Adakah kita yang jadi penghalang anak untuk jadi baik?
Adakah kita hargai bila mereka berbuat baik? Atau adakah kita hanya nampak mereka bila mereka buat salah?
Kalau kita rasa anak kita nakal, tangkaplah mereka waktu mereka buat baik. Anak nakal sebenarnya lagi perlu banyak dipeluk dan dipuji.
Apabila anak-anak cemerlang dalam pelajaran atau akidahnya, perkara pertama yang akan dilihat adalah bagaimana ibu bapa itu mendidik. Begitu juga bila dalam sebuah keluarga, ada anak yang hafaz al-Quran dan menjadi hafiz.
Ibarat kata orang, corak didikan ibu bapa tersebut akan menjadi contoh kepada ibu bapa lain. Begitulah yang dirasai oleh Abby Abadi dan Norman Hakim apabila anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim telah bergelar al-Hafiz dan mempunyai kelulusan diploma dalam bidang hafazan al-Quran dari Mekke Kursu Kuran Isparta,Turki.
Menerusi perkongsian Norman Hakim di instagramnya, dia cukup bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana impian nak lihat anaknya menjadi seorang Hafiz Quran akhirnya tercapai.
Salah satu status yang dimuat naik Norman Hakim juga cukup mengambarkan dia begitu gembira dengan kejayaan yang ditunjukkan oleh anak sulungnya ini.
Alhamdulillah..mohon doakan anak ini dan kawan-kawannnya dari seluruh dunia yang dihimpunkan disini dalam perjuangan mereka demi AL-QURAN tercinta Aamiin Ya Rabb.
Sementara itu, Norman Hakim juga turut mengingatkan anak-anaknya walau setinggi mana pun kita, dahulukan ibu. Restu ibu adalah penawar yang terbaik untuk terus mencapai kejayaan dalam hidup.
SYURGA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU..peringatan untuk Abg Danish Hakim ,untuk anak-anak papa yang lain termasuk diri papa jugak dan kawan-kawan yag ada kat sini; kalau ada ‘proposal’ duniawi samada nak dapat 4 flat ke..nak dapat first 1 mil dalam business ke..nak dapat jodoh yang baik-baik ke..apa jugaklah impian yang ada, mintaklah dengan mama (Abby), mummy (Memey) & ibu, mak, mama, mummy, ummi, ummu uolls buat ‘submission’ dalam tahajud & dhuha diorang.
Jangan pandang ringan ‘effort’ ni sebab doa keramat hidup kita yang syurga kita terletak ditapak kaki mereka tidak terhijab untuk kebaikan kita.Yang dah buat akan percaya dgn kata-kata saya, yang tak percaya? Cuba buat dulu.YAKIN & ISTIQOMAH.In shaa Allah️
Susulan kejayaan yang dicapai oleh Danish, ramai peminat Norman Hakim dan Abby Abadi mendoakan kejayaan anak mereka. Ada juga yang mengharapkan Danish akan menjadi contoh kepada generasi muda lain untuk terus kekal berjuang dan memartabatkan al-Quran.
Sumber: instagram Norman Hakim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap tahun isu banjir di negara kita pasti akan berlaku. Namun adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi bencana alam ini lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak kecil.
YB Nurul Izzah Anwar berkongsi antara barangan yang perlu ada dalam dalam bag kecemasan anak-anak sebagai langkah persediaan menghadapi bencana alam ini.
KIT KECEMASAN KHAS UNTUK KANAK-KANAK
Barang pertama wajib ada dalam kit bencana tersebut ialah:
1. Beg kalis air.
Beg kalis air ini berfungsi untuk menyimpan barang-barang bagi mengelakkan daripada terkena air ketika banjir.
2. Air mineral dan makanan tahan lama.
Seperti yang kita tahu, bekalan makanan atau minuman yang secukupnya sukar untuk didapati ketika banjir melanda. Justeru, dengan adanya air mineral dan makanan tahan lama boleh mengurangkan tahap kelaparkan kanak-kanak yang secara umumnya memang memerlukan makanan yang secukupnya untuk tumbesaran.
3. Baju hujan.
Baju hujan ini bertindak untuk memberi perlindungan kepada golongan kanak-kanak daripada hujan lebat. Perkara ini sangat membantu dari aspek keselamatan dan kesihatan kanak-kanak supaya lebih terjaga.
4. Buku aktiviti mewarna dan pensel warna.
Barangan ini diperlukan oleh golongan kanak-kanak iaitu bertujuan untuk mengisi masa sepanjang mereka berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
5. Ziplock Bag.
Ziplock beg ini digunakan untuk menyimpan dokumen penting supaya dapat dihindari daripada terkena air banjir atau air hujan.
6. Selimut haba kecemasan.
Selimut ini sangat penting bagi golongan kanak-kanak untuk membekalkan haba atau mengembalikan suhu badan mereka kepada suhu yang asal selepas hujan melanda.
7. Kit kebersihan.
Kit Kebersihan ini diperlukan untuk golongan kanak-kanak supaya kebersihan diri sentiasa terjaga. Hal ini kerana ketika berada di PPS, rata-rata bekalan seperti sabun, ubat gigi dan sebagainya agak sukar diperolehi, selain faktor kepadatan lokaliti yang memberi risiko kepada kebersihan.
8. First Aid Kit iaitu keperluan dari aspek kebajikan kanak-kanak. Hal ini akan memberi persediaan awal kepada golongan kanak-kanak sekiranya mereka mengalami kecederaan atau luka.
9. Wisel.
Dengan adanya wisel ini pasukan keselamatan ini akan mudah mengetahui keberadaaan gologan kanak-kanak melalui pendengaran.
10.‘Glowstick‘.
Penggunaan ‘glowstick’ ini perlu dipatahkan terlebih dahulu sebelum menggunakannnya. Dengan cahaya yang dibekalkan, maka pasukan keselamatan akan mudah mengesan keberadaan golongan kanak-kanak melalui penglihatan.