Anak keempat kesayangan Mua Bellaz, Nur Aisywara Nealofa yang dilahirkan pada 29 Julai tahun lalu sentiasa menjadi perhatian wargamaya.
Setiap kali muncul di Instagram ibunya, wajah comel bak anak patung baby Aisywara Nealofa ini senantiasa menyejukkan mata yang memandang.
Kali ini, anak kesayangan MUA Bellaz itu tampil memakai rambut palsu yang sengaja diletakkan untuk bergambar. Pastinya wajah comel anak kecil ini kelihatan cukup comel. Tak hairanlah mendapat pujian ramai.
“Kita baru balik saloon tau.
Ads
“Sapa bagi like kat kita dia comel macam saya,” tulis Mua Bellaz berseloroh di kapsyennya.
Ramai yang memuji wajah comel Baby Aisywara Nealofa seperti anak patung kala ditambah rambut palsu cantik berombak itu.
Ads
Selain memiliki kulit putih melepak, kemerah-merahan, matanya yang cantik bewarna perang kekelabuan itu turut membuatkan hati bertambah tenang.
Ramai yang memuji wajah comel Aisywara bak anak patung. Cantik sekali!
Terdahulu, anak keempat MUA Bellaz ini, Nur Aisywara Nealofa dilahirkan pada 29 Julai 2022. Mua Bellaz turut dikurniakan dengan seorang lagi cahaya mata perempuan dan dua orang cahaya mata lelaki.
“Tak sangka pula gambar anak pakai baju sekolah viral. Sebenarnya koleksi gambar ini hanya untuk kenangan kami sekeluarga apabila Keisha dah besar.” Itu yang dikongsikan oleh Muhammad Shaffiq, ayah kepada Keisha aL Mikhayla berusia 2 tahun 2 bulan.
Menurut Shaffiq, tak pernah terlintas pun gambar Keisha ini akan diviralkan. Ini kerana saya letakkan di Facebook untuk tatapannya bila dah besar nanti. Mungkin yang membuatkan orang suka gambar itu, kerana dia memakai baju sekolah menengah dan kebetulan pula pelajar SPM sedang menduduki peperiksaan.
“Orang kata kebetulan, sebab idea ini dari isteri saya. Memandangkan adik-adik ipar bakal bersekolah tak lama lagi dan masing-masing sibuk membuat persiapan persekolahan, jadi terfikir, kalau Keisha pakai baju sekolah pun ok juga.
“Isteri bawa ke tukang jahit dan beritahu idea tersebut. Mula-mula kami risau juga takut dia tak mahu pakai. Sebab ada anak-anak sebaya dengannya tak mahu dipakaikan pakaian yang mereka rasa rimas, tapi nasiblah Keisha jenis tak kisah,” katanya.
Rumah dekat dengan sekolah
Kongsi Shaffiq lagi, kebetulan rumah berdekatan dengan sekolah, jadi taklah jadi masalah. Masa ambil gambar-gambar Keisha dia sendiri yang posing ikut apa yang dia rasa nak buat. Saya hanya bagi arahan ringkas saja.
“Keisha pula yang teruja dapat bergambar pakai baju sekolah. Mungkin dia nampak di cermin gayanya lain dari pakaian dipakai sebelum ini.
“Semua koleksi gambar Keisha saya sendiri yang ambil kerana memang minat dengan dunia fotografi.
“Melalui komen yang saya baca, ramai suka tengok gayanya yang bersahaja dan sesuai dengan mimik muka. Nak kata dia selalu depan kamera tak juga tapi mungkin sebab dia jenis yang mood ok dan susah nak meragam.
“Lagipun mungkin juga dia dah terbiasa denga hobi saya mengambil gambar dan ikut saja arahan saya dan isteri,” ujarnya.
Sesi photoshoot ini pun taklah terlalu lama. Dalam satu jam semua dah siap dengan 40 aksi yang dilakukannya. Harap memori ini akan beri kenangan manis untuk Keisha bila besar nanti.
**Dapatkan kelengkapan anak pada harga berbaloi, klik sini untuk ketahui lebih lanjut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi kebiasaan masyarakat kita, apabila pasangan memiliki anak lelaki, antara soalan yang sering ditanya bila pula nak memiliki cahaya mata perempuan.
“3 orang semua boy. Bila pula nak dapat gegirl ni?”
“Kamu ni kena ada anak perempuan, barulah boleh nak tolong-tolong kat dapur bila besar nanti.”
Kalau anak berderet sama jantina, maka makin banyak akan menerima soalan-soalan dan ayat seumpama ini.
Buat mama papa, jangan mengeluh dan berputus harapan. Kisah yang dikongsikan bapa ini yang menceritakan kembali perjuangan ibunya membesarkannya dan 15 adik beradik yang lain sungguh memberikan inspirasi.
Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa. 1 hingga 11 semua lelaki. 12 hingga 16 semua perempuan.
Ada orang rasa stress dan sedih bila beranak 5 orang sederet lelaki. Mak saya rilek je dapat 11 anak semua lelaki .
Alhamdulillah walaupun hidup sangat susah, kesemua 16 beradik berjaya sambung pelajaran ke universiti.
AYAH DISERANG STROKE DAN LUMPUH
Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke-16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150.
Mak besarkan kami 16 beradik dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan hanya 150 ringgit sebulan. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki dari Allah.
ANAK-ANAK BERDIKARI
Allah bagi “rezeki” kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
MAK TAK PERLU KELUH KESAH DEPAN ANAK
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.
MEMASAK DENGAN DAPUR KAYU JIMAT GAS
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
“TIDAK GUNA BELAJAR TINGGI DAN PANGKAT TINGGI TAPI SOLAT JEMAAH TIDAK DIJAGA”
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. Arwah ayah memang sangat menekankan amalan agama.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
ANAK LELAKI PERLU DIBIASAKAN SOLAT BERJEMAAH
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
– Ditulis oleh anak ke-11, Mohd Yazid Ismail.
Ini kisah survival keluarga suami saya. Saya copy & paste untuk bagi semangat kepada ibu-ibu yang tengah struggle. Kita ibubapa di zaman yang penuh cabaran ni kena ambil pengajaran dari kisah mereka. Solat jemaah kena betul-betul jaga supaya tenang hidup di dunia dan akhirat.
Rita rudaini atau nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar, 47, membesarkan dua anaknya Airit Qaqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin sebagai ibu tunggal sejak tahun 2013.
Ibu tunggal kepada dua anak lelaki ini rajin berkongsi perkembangan anak-anaknya di Instagram. Dalam pada itu, ramai turut memuji pelakon wanita ini yang disifatkan sebagai tabah membesarkan dan mendidik anak-anak seorang diri. Baru-baru ini, Rita memuatnaik video kompilasi gambar dia bersama anak-anak dari mereka kecil sehingga kini.
Menerusi perkongsiannya dia Instagram, dia meluahkan rasa syukur atas perjalanan hidupnya sebagai ibu tunggal dan diberikan tenaga, kekuatan dan emosi oleh Allah.
“Tak pernah terbayang waktu mereka sekecil ini, aku dah galas tanngungjawab sorang-sorang” kata Rita.
Tambah Rita, bukan senang untuk mengharungi liku-liku perjalanan untuk membesarkan anak-anak berseorangan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Walaupun hidup bertiga, Rita menyatakan keluarga itu bersyukur, terasa indah dengan pengalaman dan bahagia dengan cara tersendiri. Dia kini sudah bergelar ibu tunggal selama 10 tahun.
Terdahulu, Rita dan Aidil (pemain bola sepak) berkahwin pada tahun 2008 namun pasangan itu bercerai pada September 2013.
Rata-rata warganet meninggalkan komen kata-kata semangat dan berkongsi rasa yang sama:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.