Rita rudaini atau nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar, 47, membesarkan dua anaknya Airit Qaqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin sebagai ibu tunggal sejak tahun 2013.
Ibu tunggal kepada dua anak lelaki ini rajin berkongsi perkembangan anak-anaknya di Instagram. Dalam pada itu, ramai turut memuji pelakon wanita ini yang disifatkan sebagai tabah membesarkan dan mendidik anak-anak seorang diri. Baru-baru ini, Rita memuatnaik video kompilasi gambar dia bersama anak-anak dari mereka kecil sehingga kini.
Rita bersama Rayyan dan Arjuna
Menerusi perkongsiannya dia Instagram, dia meluahkan rasa syukur atas perjalanan hidupnya sebagai ibu tunggal dan diberikan tenaga, kekuatan dan emosi oleh Allah.
“Tak pernah terbayang waktu mereka sekecil ini, aku dah galas tanngungjawab sorang-sorang” kata Rita.
Tambah Rita, bukan senang untuk mengharungi liku-liku perjalanan untuk membesarkan anak-anak berseorangan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Ads
Sumber foto: Instagram Rita Rudaini
Walaupun hidup bertiga, Rita menyatakan keluarga itu bersyukur, terasa indah dengan pengalaman dan bahagia dengan cara tersendiri. Dia kini sudah bergelar ibu tunggal selama 10 tahun.
Terdahulu, Rita dan Aidil (pemain bola sepak) berkahwin pada tahun 2008 namun pasangan itu bercerai pada September 2013.
Ads
Rata-rata warganet meninggalkan komen kata-kata semangat dan berkongsi rasa yang sama:
Anak-anak kita ada perangainya masing-masing. Bila mereka duduk bersama, tiba-tiba boleh ‘bercakar’. Itu adalah perkara normal, ada saja perkara yang akan menyebabkan mereka bergaduh. Pergaduhan ini boleh merapatkan hubungan mereka, tetapi tidak elok juga kalau dibiarkan berlaku selalu.
Sebagai ibu ayah, dari awal lagi amat penting untuk kita terapkan nilai kekeluargaan dan kasih saying dalam diri anak-anak. Beritahu dan jelaskan kepada mereka mengapa kita sebagai satu keluarga tidak boleh bergaduh selalu. Jika ia dibuat sejak mereka masih kecil, pasti masalah bergaduh ini dapat dielakkan. Atau setidak-tidaknya, bolehlah dikurangkan kan?
Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat.
Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.
Ketika makan bersama-sama, kita akan saling bercerita dan lebih dekat dengan semua yang ada. Selain itu, makan bersama dapat mendidik anak-anak untuk berkongsi makanan. Lebih baik lagi, kita dapat mengajar anak untuk membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, kakak atau abang ambilkan makanan untuk si adik. Atau adik tolong tuangkan minuman untuk abang dan kakaknya.
Sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain. Yang lebih berusia perlu tengok adiknya yang lebih kecil. Malah anak yang lebih muda pun boleh melakukan perkara yang sama juga.
Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.” Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.
Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya.
Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.
Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.
Biarpun anak masih kecil tetapi sikap saling membantu perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama. Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata-kata pujian kepada mereka. Pastikan mereka bangga dapat berbuat baik sesama sendiri.
Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.
Sekiranya setiap sikap positif ini diterapkan dalam diri anak sedari mereka masih kecil, pasti boleh membentuk peribadi yang baik. Bergaduh adik-beradik adalah perkara normal, tetapi sebaik-baiknya kita sebagai ibu ayah mencuba untuk mengelakkan mereka dari kerap bergaduh dengan teruk. Mainkan peranan tetapi jangan gunakan kekerasan untuk mendidik anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ingin mandi, anak pun sibuk mahu turut serta, macam mana? Jika anda ingin mandi bersama anak, ada 7 tip mandi yang perlu anda lakukan.
Boleh ke mandi bersama anak?
Jika itu persoalan yang bermain di minda, sudah tentu jawapannya BOLEH. Malahan sejak si manja lahir ke dunia, pastinya kalian telah melakukan banyak perkara bersama.
Makan sambil menyusukan anak, mengemas rumah sambil mendukung si kecil dan pelbagai perkara lain. Jadi untuk mandi bersama bukanlah 1 isu yang terlalu pelik.
Walau bagaimanapun, jika anda ingin mandi dengan anak, pastinya terdapat beberapa tip mandi yang perlu anda pertimbangkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Selamat ke untuk mandi bersama anak?
Sudah tentulah anda perlu menunggu sekurang-kurangnya bayi anda sudah cukup kuat sebelum mandi bersamanya. Jangan pula pulang dari hospital selepas bersalin, terus ingin mandi bersama anak. Itu bahaya!
Pastinya wujud risiko-risiko tertentu kerana bilik air adalah tempat yang licin sama ada untuk anda mahupun si kecil. Risiko untuk jatuh atau tergelincir adalah tinggi.
Jika mandi menggunakan pancuran air, tekanan pancuran yang terlalu kuat, mungkin boleh mengejutkan anak. Bahkan suhu air yang terlalu sejuk juga tidak sesuai untuk mereka.
7 tip mandi dengan anak
Sedikit sebanyak anda tentu sedar bahawa mandi dengan anak bukanlah 1 perkara mudah, seperti mandi sendirian, dengan risiko bahaya yang menanti.
Jadi berikut 7 tip mandi yang boleh anda pertimbangkan sebelum masuk ke dalam bilik air bersama anak:
Sesuai usianya
Anda tidak boleh mandi bersama si kecil selagi tali pusatnya tertanggal dan sembuh sepenuhnya. Sebaiknya, tunggulah sehingga bayi anda mampu untuk duduk sendiri, kerana pada waktu itu, mereka sudah cukup kuat untuk menyeimbangkan diri.
Selagi belum sampai waktu tersebut, mandikan si kecil dengan menggunakan span lembut atau kain bersih bersama air suam. Anda boleh menggunakan teknik mengeratkan hubungan dengan meletakkan si kecil mendakap dada anda sambil mengelap badan mereka.
Suhu air yang bersesuaian
Tip mandi ini terpakai kepada semua individu sama ada dewasa mahupun anak kecil. Jika suhu air terlalu sejuk, sudah tentu ia boleh mengakibatkan rasa terkejut.
Jadi jika anda ingin mandi dengan si kecil, pastikan suhu air adalah bersesuaian. Ia seharusnya mengikut suhu badan atau lebih sedikit daripadanya.
Anda boleh menggunakan termometer jika tidak pasti dengan suhu air.
Kelengkapan tersedia
Jika mandi sendirian, anda mungkin hanya perlu menyediakan tuala untuk mengelap badan selepas mandi. Akan tetapi sekiranya ingin mandi bersama anak, pastikan segala kelengkapan sama ada untuk semasa mandi atau selepas mandi sudah tersedia.
Ini bagi memudahkan anda ketika mandi dan membolehkan anda untuk fokus kepada si kecil untuk mengelakkan risiko tidak diingini daripada berlaku.
Antara barangan yang perlu disediakan seperti sabun dan syampu anak berserta tuala mereka. Sekiranya ketika sedang mandi anda menyedari ada barangan yang tertinggal, anda ada 2 pilihan:
Membawa si kecil bersama untuk mengambil barangan tersebut, jika ia adalah barangan yang perlu ada ketika mandi
Elakkan untuk meninggalkan si kecil sendirian dalam bilik air walaupun untuk tempoh beberapa saat. JANGAN!
Satu persatu
Sekiranya anda mempunyai tab mandi, jangan masuk bersama-sama si kecil ke dalam tab tersebut. Ia 1 tindakan yang berbahaya kerana risiko tergelincir tinggi.
Jadi letakkan si kecil terlebih dahulu di dalam kerusi bayi di luar tab mandi, kemudian anda masuk ke dalam tab mandi sebelum mencapai si kecil dari kerusinya.
Cara yang lebih baik, adalah dengan mendapatkan bantuan pasangan anda.
Alas anti slip
Sama ada mandi bersama anak menggunakan tab mandi atau pancuran air, tip mandi yang tidak boleh diabaikan adalah memastikan adanya alas anti slip.Sudah tentu ia bertujuan untuk mengelakkan anda daripada tergelincir ketika mandi, apatah lagi bersama si kecil. Risiko berdepan bahaya akan berganda.
Jika mandi dengan tab mandi, pastikan anda sentiasa memegang si kecil setiap masa. Ini dapat menghindari situasi si kecil tenggelam.
Jangan menggunakan produk yang sama
Mungkin ketika anda sedang menyabun badan sendiri, anda terfikir untuk terus menyabun si kecil. JANGAN! Sabun atau syampu individu dewasa bukanlah pilihan terbaik untuk kulit si kecil yang sensitif. Ia boleh menyebabkan kulit mereka kering. Sebab itu pentingnya untuk mengikuti tip mandi #3.
Tetapi anda boleh menggunakan barangan mandian si kecil seperti sabun mereka. Mungkin kulit anda akan selembut kulit mereka!
Selesai mandi
Apabila selesai mandi bersama anak di dalam tab mandian, jangan terus keluar. Sebaliknya letakkan si kecil di dalam kerusi bayi, seperti sebelum mandi dan balutkan mereka dengan tuala.
Anda juga boleh meminta bantuan pasangan untuk mengeluarkan anak daripada bilik air. Ini sudah tentu dapat mengurangkan rasa sejuk mereka.
Jika bersendirian mandi bersama anak menggunakan pancuran, lakukan perkara yang sama. Balutkan badan mereka dengan tuala dan letakkan di dalam kerusi bayi terlebih dahulu sebelum anda mengelap badan sendiri.
Keselamatan perkara utama
1 perkara yang perlu anda ingat, ketika mandi bersama si kecil, anda mungkin akan lebih fokus membersihkan diri mereka berbanding diri sendiri. Jangan terkejut, okay?
Mandi dengan si kecil pastinya 1 pengalaman menyeronokkan bagi kalian berdua. Tetapi sangat disarankan untuk anda mengikuti tip mandi yang diberikan dan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan bersama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Jika anak sedang batuk berkahak, salah satu bahan makanan semulajadi yang bagus ialah
biji kembang semangkuk. Air rendaman biji semangkuk, bagus untuk keluarkan kahak dan hingus anak yang selesema dan batuk.
Biji Kembang Semangkuk (Malva Nut/Taiwan Sweet Gum)
Ia berupaya bukan sahaja menyejukkan badan, tetapi juga membuang kahak.
Cara-caranya:
Rendam 2 biji kembang semangkuk ke dalam air.
Selepas setengah jam, tapis. Ambil airnya.
Airnya dicampur sedikit madu. Minum 3 kali sehari.
Juga boleh dijadikan pengganti air kosong, simpan dalam botol, minum sekerap mungkin.
Biasanya setelah minum, mungkin akan muntah beberapa kali untuk keluarkan kahak.
Selepas itu, akan lebih ok, Bi idznillah.
Untuk bayi bawah 1 tahun dan menyusu badan, ibu yang kerapkan minum. Sesuai untuk 1 tahun ke atas.
*** ELAKKANLAH MAKANAN/MINUMAN INI KETIKA BERKAHAK:
Makanan yang menghasilkan kahak – gula, junkfood, fastfood, cikedis, coklat, aiskrim, kek, biskut, susu tepung, susu (walau organik sekalipun), air bergas, air kotak, semua makanan berasaskan tepung gandum, barli, rye.
Tidak guna amalkan itu ini tetapi sumber utama penyumbang kahak kita tidak tinggalkan.
Di mana nak dapatkan biji Kembang Semangkuk?
Pasar harian, pasaraya bahagian rempah/barangan kering timbang, contohnya bahagian sagu, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain.
Juga ada yang telah dipekkan. Harganya dalam 3-4 ringgit saja, lebih kurang 10 biji.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.