Sesetengah wanita dikurniakan kelebihan walaupun sudah mempunyai anak namun saiz badan langsung tak berubah dan kekal langsing seperti zaman belum berkahwin.
Bahkan ada yang anak sudah semakin besar sampaikan ramai keliru ia bukan kelihatan seperti ibu dan anak sebaliknya kakak dengan adik.
Pelakon yang pernah popular dalam filem Congkak ketika zaman kanak-kanak, Erynne Erynna kini sudah bergelar ibu kepada seorang anak perempuan diberi nama Medina, 2 tahun.
Mesra dengan panggilan Erynne, baru-baru ini pelakon tersebut memuat naik satu video pendek bersama anaknya. Namun apa yang menarik perhatian peminatnya adalah gaya pemakaian simpleh ibu muda ini.
Dengan fesyen pakaian yang sopan, ramai memuji penampilan Erynne yang santai dan lebih mengagumkan mereka kerana wajah pelakon ini masih kekal ‘baby face’.
Mereka terkejut melihat wajah Erynne yang kelihatan sama ketika melakonkan watak dalam filem Congkak.
Rata-rata warganet mengatakan pelakon ini dan anaknya kelihatan seperti adik-beradik. Pengikut Erynne memuji nya yang sentiasa kelihatan awet muda.
IKLAN
Pakai Harness Untuk Keselamatan Anak
Selain daripada penampilan Erynne yang simple, tindakan Erynne menggunakan harnes untuk keselamatan anaknya di tempat awam turut mendapat perhatian.
Ramai yang memuji tindakan Erynne dan turut mengakui pemakaian harnes banyak membantu ibu bapa mudah mengawal pergerakan anak di tempat awam berdasarkan pengalaman masing-masing.
IKLAN
Dipuji Ramah & Humble
Erynne yang kini masih aktif berlakon turut dipuji kerana sangat ramah dan suka membalas komen-komen peminat di Instagram.
Rata-rata peminat tersebut sudah mengikuti lakonan Erynne sejak dia kanak-kanak lagi dan sangat mengagumi bakat lakonannya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Suami, jika anda ingin rezeki sentiasa mencurah-curah, sentiasa dalam keadaan bahagia maka bahagiakanlah isteri dan anak-anak anda. Kerana keredaan dalam rumahtangga datangnya dari hati seorang isteri. Begitulah pesanan ustaz ebit lew buat para suami.
Jika anda berusaha membahagiakan anak dan isteri, anda juga akan terkejut dengan rezeki yang tak disangka-sangka. Kerana adanya doa seorang isteri yang setia bersama anda.
Dah 4 tahun isteri saya menghabiskan duit suaminya…
Dulu, isteri seorang wanita yg bekerjaya, ada pendapatan tetap…gaji bersihnya hampir 3k setiap bulan…hidup mewah bila suami isteri dua-dua bekerja…dari anak seorang, sehinggalah lahir yang ketiga.
Selesa, tak rasa langsung sesak tengah bulan.
Bila isteri ada pendapatan, maka apa yang ada dalam fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya boleh mintak kat dia…then hadirlah nafsu utk tukar HP, tukar sport rim, modified kereta dan sebagainya.
Tak tanya isteri dah, terus buat keputusan sendiri.
Balik rumah dengan HP baru, sport rim baru. Isteri berleter la kejap, pastu dia cool…bulan yang spend duit untuk beli macam-macam tu mesti bajet lari, maka mintak duit isteri…isteri bagi jugak la, tapi siap dengan pakej berleter…
Bila pengasuh tiba-tiba tak boleh jaga anak ketiga yang masih baby tu, isteri ambik cuti untuk jaga sementara nak cari pengasuh baru…kami duduk berbincang, bersembang hati ke hati…saya tak bersedia lagi untuk dia berhenti sebab komitmen bulanan tu masih sama, plan atas gaji 2 orang…tapi bila difikirkan tentang anak-anak, maka isteri kata keputusan yang terbaik adalah berhenti kerja, dduk rumah, uruskan anak-anak sebab anak-anak dah nak start sekolah.
Apa perkara pertama yang terlintas di fikiran saya? Cukup kah gaji seorang saja ni.
Alhamdulillah, tahun ni dah tahun keempat isteri menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa sebarang punca pendapatan…komitmen masih sama, hutang masih sama, dan ditambah pulak dengan yuran sekolah untuk setiap anak…sepanjang 4 tahun dia menghabiskan duit suaminya, duit suaminya TAK PERNAH HABIS…
Ajaibkan aturan Allah…semuanya suami beli, semuanya suami sediakan, semuanya suami bagi, tapi rezeki suami makin murah, makin mencurah-mencurah…Tiap-tiap tahun gaji asyik naik sahaja…bonus suami pun banyak…
Rupa-rupanya, tak miskin si suami yang tanggung isteri sepenuhnya…tak susah si suami yang memudahkan urusan isteri dan tak berkira dengan isteri…
sepanjang 4 tahun ni jugak, Allah berikan kesihatan yang cukup-cukup baik kepada saya… jarang sakit untuk keluar mencari rezeki untuk keluarga…
Setiap urusan tu rasa mudah dan setiap kali bekerja tu hati rasa tenang…walaupun gaji dihabiskan utk keluarga, tapi ianya tak menyebabkan diri rasa serabut dan DUIT TAK CUKUP…
Setiap bulan sentiasa ja cukup…Allah s.w.t tak pernah kedekut dan kejam pada hamba-Nya yg menjalankan tanggungjawab serta kewajipan yg diamanahkan kepadanya utk DITUNAIKAN…
Semoga bermanfaat..
Kredit: Penulis Asal
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sahaja seakan mendapat lampu hijau dari doktor yang merawatnya, kini Ainul terpaksa berada di hospital lagi sehingga keadaannya benar-benar stabil.
Menurut perkongsian walidnya, Ahmad Safiuddin, Ainul Mardhiah yang sudah semakin stabil sepatutnya dibenarkan untuk pulang ke rumah semalam atau hari ini namun keadaan Ainul yang secara tiba-tiba terkena sawan sekali kali membuatkan dia terpaksa terus kekal hingga stabil.
Pun begitu, kongsi bapanya menerusi FB, serangan sawan kali ini tidaklah seteruk sebelum ini. Pun begitu hati kecilnya amat simpati melihat Ainul yang terkena sawan tanpa henti.
Jumaat lepas Ainul dah off oksigen, nampak keadaan dia stabil. Doktor kata isnin/selasa boleh prepare untuk discharge.
Tapi itu lah, Allah SWT masih tak izin. Ahad tengah malam Ainul sawan semula. Dari Ahad pukul 12 tengah malam sehingga lah Isnin jam 7 petang non stop Ainul sawan.
Dia rest dalam 10 15 minit je, lepas tu sawan dia datang. Tapi sawan dia tak seteruk masa pertama kali dia kena. Sawan dalam 10 seconds.
Cuma yang saya sedih, sawan dia berterusan. Non stop. Mesti Ainul sangat penat sekarang bila dia kerap low oxygen ketika sawan menyerang.
Ainul sebelum ini pernah demam panas di rumah, tapi tak pernah kena sawan. This time bila dia dapat jangkitan kuman yang teruk, terus dia dapat sawan.
Kalau dulu dalam medical report Ainul tak pernah ada sejarah sawan, tapi sekarang tertulis lah di situ yang Ainul ada sawan.
Saya lelaki, ayah, saya kental orangnya, tapi bila tengok Ainul struggle begitu, jatuh juga air mata saya ni. Menangis teresak esak rasa tersangkut dekat tekak, tak boleh nak lepas.
Saya tak sekuat Ainul. Saya dah bisik pada Ainul minta dia beri sikit semangat dia pada saya.
Saya rasa, semangat saya lah yang kritikal. Setiap kali berdoa, saya minta Allah ada dengan saya, minta Allah peluk saya dan tenangkan saya.
Hari ni saya dah tenang sikit bila tengok Ainul dapat tidur nyenyak malam tadi.
“Besar nanti jadi anak soleh ya sayang,” ungkapan sering diucapkan kebanyakan ibu bapa kepada anak. Namun bagaimana caranya untuk menjadikan anak itu sebagai anak yang soleh dan solehah?
Anak soleh bermula daripada didikan
Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak yang soleh, mendengar kata dan bijak. Tetapi bagaimana sebenarnya cara yang terbaik untuk menjadikan si kecil membesar menjadi anak soleh? Adakah ia sukar untuk dilakukan?
Sebenarnya, untuk menjadikan anak membesar sebagai insan yang soleh dan solehah bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini kerana ia bermula daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri.
Dalam erti kata yang mudah, jika ibu bapa mendidik anak dengan cara yang betul dan terbaik, maka impian memperolehi anak soleh dan mendengar kata, pastinya akan dapat dicapai. Tetapi bagaimana?
Mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Dalam masa yang sama tanggungjawab tersebut perlu dilengkapi dengan perasaan kasih sayang.
Kaedah mendidik anak
Bagaimana yang dikatakan sebagai cara didikan yang betul dan terbaik agar si manja membesar menjadi anak soleh? Penulis akui, setiap ibu bapa mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza dalam mendidik anak.
Walau bagaimanapun, berikut adalah antara beberapa kesilapan yang tanpa disedari dilakukan oleh kebanyakan individu bergelar ibu bapa:
Penggunaan bahasa yang kasar
Anda pasti pernah berada dalam situasi di mana seorang ibu memarahi anaknya di depan khalayak umum, bukan? Ataupun pernah tak anda mendengar jiran anda menjerit dan menggunakan bahasa yang kasar kepada anaknya?
Apakah perasaan anda tatkala mendengar jeritan, maki hamun dan amarah seorang ibu kepada anaknya? Mungkin anda berasakan itu adalah cara si ibu melepaskan tekanannya akibat sikap si anak.
Tetapi sebenarnya perbuatan seperti itu lebih cenderung menjadi ikutan si anak apabila dewasa kelak. Mereka mungkin akan menjerit, marah dan memaki sesiapa sahaja yang tidak mengikut keinginannya. Adakah anda mahu anak anda menjadi individu seperti itu?
Bukankah setiap tutur kata ibu bapa itu adalah doa? Bukankah anak itu cerminan diri ibu bapa? Maka jika anda mahu si kecil menjadi anak soleh dan solehah, maka elakkan daripada menuturkan perkataan kasar yang tidak elok. Ubah diri anda terlebih dahulu sebagai ibu bapa sebelum anda membentuk si manja menjadi anak yang baik.
Memaksa anak
Anda mahukan anak mendengar setiap kata dan mengikut telunjuk anda. Anda langsung tidak cuba memahami keinginan si kecil. Adakah anda sedar tindakan anda itu boleh menyebabkan si kecil menjadi tertekan? Lebih menakutkan jika mereka tidak mempunyai keinginan dan semangat untuk melakukan sesuatu seperti bermain?
Ya, kita semua sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, tetapi adakah apa yang kita rasakan terbaik itu, sememangnya terbaik buat si kecil? Bayangkan jika anda berada di tempat si manja dan dipaksa melakukan sesuatu yang bukan kehendak anda, apakah perasaan anda? Malahan, tidak mustahil ia boleh menyebabkan wujudnya dendam dalam hati si manja.
Sebaiknya, jangan terlalu memaksa anak anda mengikut telunjuk anda semata-mata. Berikan si kecil peluang menikmati zaman kanak-kanak mereka. Benarkan mereka untuk mempunyai pengalaman dan memori menyeronokkan dan akan dikenang sepanjang hayat mereka.
Jika mereka mempunyai minat dalam sesuatu perkara, bantu mereka untuk menjadi terbaik dalam apa juga bidang kegemaran mereka. Jika mereka masih kabur, maka ia adalah tugas anda untuk membantu mereka membina dan mewujudkan perkara yang mereka gemari.
Melarang anak
Pernah tak si kecil secara tiba-tiba datang kepada anda dan menyatakan “Mama, Husna nak tolong sapu sampah”, apakah reaksi anda? Mengizinkan atau menghalang? Jika anda mengizinkan, maka anda membuat keputusan yang betul walaupun hakikatnya si kecil mungkin hanya akan menambahkan lagi kerja anda.
Ini sekurang-kurangnya dapat mendidik sifat dan keinginan untuk membantu dalam diri mereka. Dalam masa yang sama membangunkan rasa tanggungjawab dalam diri anak anda.
Sebaliknya, jika anda memarahi mereka dan menolak keinginan mereka untuk membantu, malah lebih teruk lagi apabila anda memarahi mereka, percayalah situasi ini akan menyebabkan mereka sukar untuk membantu dalam melakukan tugasan di rumah.
Menipu
Kenapa anak takut untuk bercakap benar apabila melakukan kesalahan? Sudah tentu kerana mereka bimbang akan dimarahi anda. Kenapa anak gemar untuk menipu? Pastinya kerana mereka pernah melihat anda menipu.
Seperti yang dikatakan pada awal tadi, anak adalah cerminan diri anda sendiri. Jika anda merupakan individu yang tidak beradab, gemar meninggikan suara dan menipu, maka tidak mustahil anak anda juga akan bersikap sebegitu. Si kecil mudah meniru apa yang sering mereka lihat.
Buat perangai
Anak meminta anda membelikan sesuatu dan anda tidak memenuhi permintaannya, apa yang akan berlaku? Adakah dia mengamuk, menangis atau mendiamkan diri? Jika mereka mengamuk dan membuat perangai, ini bermakna mereka sudah biasa dengan situasi segala kehendak dan keinginan mereka dipenuhi.
Mungkin ada antara anda bertanyakan, adakah ia sesuatu yang tidak bagus sedangkan anda mampu untuk memberikannya? Sebenarnya, anak anda harus mempunyai satu kesedaran bahawa bukan semua perkara yang diingini akan diperolehi.
Mereka harus belajar bersyukur dengan apa yang mereka miliki dan bukannya hanya tahu meminta-minta. Ini kerana dikhuatiri sikap ini akan terbawa-bawa sehingga anak anda sukar menerima pendapat dan pandangan individu lain.
Segalanya bermula daripada didikan anda sebagai ibu bapa. Banyakkan bersabar, okay?
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!