“Macam Mana Aku Bersarakan Isteri…” Win Cara Lelaki Ini Kongsi Strategi Demi Kebahagiaan Anak-Anak

Share

Kasih sayang ibu ayah selalunya jadi pendorong utama dalam setiap keputusan besar hidup mereka. Demi nak pastikan anak-anak membesar dengan baik, sihat dan penuh perhatian, ada ibu bapa sanggup korbankan banyak perkara termasuk kerjaya yang pernah jadi kebanggaan.

Dari perkongsian di Facebook Hafizi Norizan, beliau menceritakan bagaimana isterinya yang pernah bergelar Assistant Branch Manager di sebuah foreign bank akhirnya memilih untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Semuanya demi memberi tumpuan kepada anak-anak, dengan sokongan penuh dan perancangan rapi daripada suami.

Ikuti perkongsian beliau

Macam Mana Aku Bersarakan Isteri Aku

Isteri aku 1st class Degree student &
last jawatan dia adalah Assistant Branch manager di satu foreign Bank sebelum jadi full time house wife.

Macam mana aku berjaya convince dia resign?

Orang perempuan ni apa yang dia nak cuma security.

Kalau kau si lelaki jenis makan bayar asing tok sah baca status ni sampai habis! Pi sambung sembang “beras kami beli, beras kami beli”

Kau suruh dia resign, income putus nak kena bayar PTPTN, duit poket parents, makeup & segala keperluan personal duit datang dari celah mana?

Kau rasa Mak Bapak dia hantar belajar berhabisan duit, target untuk anak dara dia jadi typical house wife & tiap masa nak kena menagih duit suami ke?

Tak mudah nak jadikan realiti.
Tapi aku dah berjaya, aku ajar cara nya

1. Kau sebagai lelaki kerja macam ada pisau kat tengkuk. Lupakan tidur nyenyak 8 jam kau tu untuk naikkan ekonomi personal. Ini masa kau perlu pilih circle yang betul.

Kalau kerja makan gaji tolong buat 2,3,4 kerja tambahan. Sama ada partime kerja atau side income jual apa-apa product. Meniaga all out InsyaAllah income berganda. Selagi kau tak rasa 24 jam tu terlampau sekejap maknanya kau belum cukup usaha.

2. Income extra yang dapat dari extra effort tu allocate jadikan gaji untuk isteri. Aku bermula gajikan isteri separuh dari gaji last masa dia berkerja.

Duit tu khas untuk dia sara keluarga dia kat kampung, beli keperluan personal dia & simpanan dia sahaja. Lain-lain tanggungjawab suami.

Gaji untuk isteri kena konsisten macam majikan bayar contoh setiap 25 haribulan suami wajib bank in RM 3000 sebulan tanpa culas. Tanpa banyak cekadak

Aku beruntung lepas nego & discuss proposal aku diterima.

Target kami keselamatan, kesihatan & pertumbuhan anak-anak.

3. Perempuan paling lemah dgn baby sendiri. Bila touch bab keselamatan, kesihatan & pendidikan anak confirm dia sanggup lupakan yang lain.

Tapi tolong jangan ambik kesempatan sampai kau herdik dia bila nak mintak duit beli barang rumah atau personal item. Kau yang loser dah tak mampu, paksa isteri jadi housewife.

4. Niat & tindakan yang betul buka pintu rezeki seluasnya. Janji Allah tu benar, rezeki macam air mengalir.

Aku firm & commit menggajikan isteri bertahun tanpa culas. Tiap tahun ada ‘increment’ & hari ini dia receive lebih dari apa yang dia dapat dulu.

Kau ingat suri rumah tu kerja senang?

5. House wife biasanya sensitif bab kerjaya so bila ada yang ‘menganjing’ jawatan suri rumah si suami wajib defend & attack walaupon keluarga sendiri.

Berapa ramai aku dah attack?
Kalau korang baca status ni harap faham.

Aireen 9 tahun, maknanya 9 tahun aku berjaya gajikan real housewife.

Tahun ni dia boring sebab Aireen Adam dah primary school almost half day tak ada rumah.

Makanya tahun ni aku bagi dia galas tanggungjawab baru. PR Manager untuk aku dan tugasnya menghidu, menyusun lobang & peluang yang ada untuk aku masuk terus kasi jadi 

Sumber: Hafizi Norizan

Published by
Nor Yusoff