Macam Mana Cara Nak Tahu Bayi Dah Kenyang? 10 Petunjuk Ini Penting Untuk Ibu

Share

Bila suap bayi makan, macam mana hendak tahu sama ada dia sudah kenyang atau belum? Kadang kala bayi tetap mengangakan mulutnya walau sudah semangkuk penuh anda menyuapnya makan.

Kalau yang jenis cerewet makan pula, cepat sahaja dia menutup rapat mulut apabila tangan ibu hendak menyuap makan. Seboleh mungkin dia mengelakkan makanan daripada masuk ke dalam perut.

Hairan ibu dibuatnya. Macam mana hendak kenyang jika satu makanan pun belum masuk ke dalam perut.

Tugas mengenal pasti anak sudah kenyang atau selesai makan menjadi tanggungjawab seorang ibu.

Ia nampak remeh tetapi ia penting untuk memastikan si manja tidak terlalu kekenyangan sehingga boleh menyebabkan dia termuntah kembali apa yang dimakan.

Ia juga menjadi satu tugas yang agak ‘tricky’ terutama kepada bayi yang sudah mula belajar makan sendiri tetapi mereka belum boleh bercakap untuk memberitahu mereka sudah kenyang.

Setiap bayi mempunyai cara unik tersendiri untuk memberitahu ibu dan ayah bahawa mereka sudah kenyang tetapi beberapa petunjuk berikut ini mungkin berguna untuk dijadikan panduan memahami ‘signal’ si kecil anda.

1. Membuat muka bosan

2. Mula bermain dengan makanannya

3. Memicit dan melenyekkan makanan

4. Melihat ke arah ibu dan melontarkan makanan

5. Memasukkan makanan ke dalam lampinnya

6. Menolak makanan jauh daripadanya

7. Menggunakan lengannya untuk menolak makanan di atas dulang kerusi makanannya

8. Lebih berminat kepada benda selain daripada apa yang ada di kerusi makan

9. Cuba memanjat keluar daripada kerusi makan

10. Menggelengkan kepala jika ditawarkan makanan lagi

Jadi bila si kecil anda ada menunjukkan salah satu daripada tanda-tanda berikut, janganlah paksa dia untuk terus makan lagi. Ia hanya akan membuatkan bayi membenci sesi makannya nanti.

IKLAN