Bersedia dengan sebarang kemungkinan, semua orang membuat pembelian barangan dapur di kebanyakan pasar raya. Ada yang sehingga keterlaluan, sampaikan tak ada stok untuk orang lain. Jangan terlalu pentingkan diri, kita masih keluar untuk membeli barangan keperluan.
Ada sesetengah pihak tidak bertanggung jawab yang ‘borong’ semua barang. Yang menyedihkan apabila tiba-tiba tak jadi membeli, semua troli ditinggalkan begitu saja. Dengan barang mentah yang membusuk dan sayuran yang layu.
Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga tidak ketinggalan berkongsi pengalamannya membeli barangan dapur.
Ikuti perkongsian beliau.
Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order berkenaan coronavirus ni. So Mew Choo pon suruh pergi beli ape yg patut untuk 2 minggu ni.
Ads
Wife add maths lagi terrer, so ikot shopping list wife. Family 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 bag, sayur 2 minggu, Maggie 2 pack, telor 2 dozen, buah, toilet paper 1 bag.
Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie2 makcik2, macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul Jantan! Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife.
Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tgk mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer j***r kat rumah. (Toilet papers are important during previous pandemic period due to unclean water and psychological effect).
Datang suatu suara menyeru dari belakang, ”Lee, nah amik bag ni. I terambik 2. Tadi tgk sumer rebut tapao wa pon terikot amik extra, ntah kenape, bukan I pakai untuk basuh pon!“ Dia Nazir, sahabat yang tinggal berhampiran. Kita tergelak and catch up sket. Selepas tu, makin ramai gangster trolly serbu, I pon terus cabut, sebab I tau virus ni merebak mudah.
Ads
Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya. Dan I minta tolong semua duduk di rumah jgn keluar sementara ni. Jangan balik kampong macam cuti raya.
Ko mungkin ok, tapi yg mati nnt orang tersayang.
Ads
Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panic. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat.
Kepada frontliners, para doctor, missi, kakitangan hospital dan juga cashier pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk kehormatan dari saya!
Cara paling baik kita membalas budi dan bersumbang, is to #STAYHOME
Ada benarnya saranan beliau ini. Kekal bertenang dan jangan panik. Ikut saja setiap arahan dan saranan yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi menangani isu ini. Sekiranya kita bekerjasama, hal COVID-19 ini mungkin dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Sama-sama kita doakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gelagat anak pelakon, Intan Ladyana dan Harris Alif, Evie Khadeeja yang kini baru berusia 1 tahun lebih menarik perhatian ramai. Ada sahaja aksi comel Evie yang dikongsikan oleh ibu dan ayahnya.
Terbaru, menerusi Instagramnya, Intan memuat naik video Evie yang memberi tindak balas menolak pelawaan bapanya dengan keras ketika berada di rumah.
“Evie girl is so garang,” tulis Intan menerusi kapsyennya.
Mana tidaknya, aksi comel Evie yang begitu garang ketika dipanggil bapanya, ketika keluarga kecil ini berada di meja makan mengundang perhatian.
Evie bukan sahaja tidak mahu mendekati bapanya bahkan menyebut perkataan NO berkali-kali. Memang comel!
Namun si comel Evie kembali reda bila mana bapanya mula menangis. Cute!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Intan di Instagram cukup teruja dengan gaya Evie yang bersahaja bersama bapanya.
Terdahulu, Intan dan Harris mendirikan rumahtangga pada 4 Februari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Evie Khadeeja yang kini berusia setahun lebih.
Sakit bersalin masih terasa lagi, diuji pula dengan pemergian bayi secara mengejut. Hati ibu mana yang tak sedih tapi itulah hakikat yang perlu dilalui dan sudah ketentuan ilahi. Walaupun hati mula belajar untuk reda, kenangan bersama bayi masih lagi kuat.
Peristiwa yang langsung tak terjangka sama sekali ini terjadi pada seorang ibu yang dikenali sebagai Thira Mishu yang berkongsi di Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) baru-baru ini yang menyatakan bayi lelakinya ditemui meninggal dunia setelah jatuh di celah katil.
Dalam perkongsian itu, dia memuat naik beberapa foto yang memaparkan pasukan forensik yang melakukan siasatan di bilik tidurnya dan wajah bayi lelaki berusia dua bulan itu.
Menurutnya, dia baru sahaja bangun dari tidur. Ketika itu menyedari anaknya, Mohd Adrayyan Zayn Amsyar tiada bersebelahan. Langsung sama sekali tak terlintas bayi sudah terjatuh di celah katil berkenaan.
Disebabkan pemergian anak secara mengejut, dia mengalami trauma yang agak teruk sehingga menyebabkan dirinya mahu berpindah rumah baharu.
Hi, siapa dekat sini ada pengalaman anak meninggal umur 2 bulan jatuh celah katil bukan tepi katil tapi celah katil kelamin. Trauma bilik tu pun takut nk masuk apa lagi tidur atas katil tu.
Macam mana nak hadap. Sekarang saya sampai nak pindah rumah. Punca trauma terbayang-bayang jumpa baby celah katil tu. Ya Allah. Saya tak kuat. Kadang rasa nak gila bila jumpa arwah dah tak bernyawa. Anak dah 11 hari meninggal. Sampai sekarang takut nak masuk bilik tu sorang-sorang.
Ramai yang tanya celah katil tu macam mana. Saya sertakan gambar dibawah. Sampai sekarang sejak arwah meninggal saya seram takut trauma nak msuk bilik ni sorang-sorang. Asyik terbayang jumpa baby celah tu dengan tak bernyawa. Saya baru je duduk rumah ni sebulan.
Di ruangan komen postingnya itu, ramai yang memberi kata-kata semangat dan faham perasaan seorang ibu kehilangan anak.
Malah si ibu ini juga turut menjawab beberapa pertanyaan yang menyalahkannya kerana cuai. Namun jika ini sudah tertulis, siapa kita nak menafikannya.
Ibu ini memberitahu, bayi ini adalah anaknya yang keenam. Ramai menuding jari menyatakannya cuai tapi semua itu hanya Allah yang tahu.
Jika orang kata saya cuai, anak-anak yang lain alhamdulillah sihat membesar. Sebelum anak keenam lahir, dah ada anak kembar. Kalaulah saya ni cuai, pasti anak-anak yang lain pun tak membesar dengan baik.
Tiada niat apa-apa pun, saya cuma berkongsi perasaan sedih ini untuk minta semangat daripada orang ramai. Harap semua dapat memahami.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malang tidak berbau, siapa sangka percutian yang difikirkan akan menjadi kenangan terindah seisi keluarga bertukar menjadi tragedi yang memilukan. Paling menyedihkan apabila sebuah bot pelancong terbalik dalam kejadian di perairan Pulau Perhentian, Besut pada malam Sabtu yang lalu turut melibatkan kemalangan jiwa.
Menurut Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Hamiludin Che Awang, tiga mangsa yang maut adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan seorang lelaki dewasa berusia 40 tahun.
Penduduk Kampung Bantu Selamatkan Mangsa
Ujar Hamiludin, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melalui Pusat Penyelamat Maritim Kuantan (MRSC) pada pukul 10.55 malam, sebelum Operasi Mencari dan Menyelamat diaktifkan pada pukul 11.17 malam.
“Setibanya di lokasi, semua mangsa telah diselamatkan oleh penduduk kampung yang bertindak pantas memberikan bantuan awal,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sumber foto: mStar
Mangsa Dewasa & Kanak-Kanak Terlibat
Menurut beliau, insiden itu melibatkan sembilan orang dewasa berusia antara 19 hingga 57 tahun, serta enam kanak-kanak berumur antara tiga hingga 11 tahun.
Difahamkan ketika kejadian, bot yang dinaiki 15 individu itu hilang kawalan akibat ombak kuat dan cuaca buruk sewaktu dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar, sebelum terbalik pada jarak 0.05 batu nautika dari Cozy Chalet Resort.
Kesemua mangsa yang terselamat dibawa ke Jeti Pelancong Besut menggunakan bot Maritim Penggalang 45 sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Ujar Hamiludin, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian selain mempertingkatkan aspek keselamatan pengangkutan laut.
Pengusaha Bot Pelancongan Perlu Patuhi Prosedur
Beliau dalam masa yang sama menyeru semua pengusaha bot pelancongan dan pengunjung agar sentiasa mematuhi prosedur keselamatan serta membuat semakan ramalan cuaca sebelum memulakan pelayaran, bagi mengelakkan insiden tidak diingini.
Pemandu Bot Ada Rekod Jenayah Lampau
Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, pemandu bot yang merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an direman bagi membantu siasatan.
Ujarnya, hasil siasatan juga mendapati lelaki berkenaan mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.
Tambahnya lagi, siasatan awal turut mendapati kesemua penumpang tidak memakai jaket keselamatan semasa kejadian berlaku.
Melangkah masuk ke kediaman mewah ini sudah cukup buat sesiapa teruja. Gabungan dekorasi eksklusif, sentuhan landskap ala resort, dan suasana rumah yang begitu “hidup” menjadikan setiap ruang seolah-olah bercerita tentang gaya hidup si pemiliknya yang penuh warna dan inspirasi.