Bergelar ibu sememangnya bukan mudah. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan. Namun bagi pelakon, Ezzaty Abdullah, dua anaknya adalah segalanya bagi dirinya. Malah sebagai ibu dialah tunggak utama mendisiplinkan diri dua anaknya, Harum Dalia dan Ahmet.
Berkongsi cerita dua cahaya matanya, Ezzaty yang terpilih sebagai penerima anugerah Pa&ma Gala Award 2023, Best Mama Millennial yang membuka tirainya hari ini memilih cara ibu dan ayahnya yang penuh dengan disiplin dalam membesarkan dua anaknya.
Berkongsi kisah pengorbanan menjadi ibu, akui Ezzaty dia juga sama seperti ibu lain yang ada waktunya menangis dalam membesarkan dua anaknya.
“Kadang-kadang bila saya marah anak, macam saya pula memang tegas lepas itu saya akan menangis sendiri kerana termarah anak.
“Jadi bila saya fikir balik saya jadi sedih dan saya akan cepat-cepat minta maaf supaya anak jadikan kebiasaan dalam diri dia. Minta maaf bila terbuat salah.
“Ada waktunya bila Harum ada terbuat salah, saya selalu salahkan diri saya, adakah ini semua sebab saya dan persoalan itu selalunya akan buat saya menangis,” ujarnya berkongsi cerita dalam membesarkan anak-anak.
Ads
Ezzaty yang membuka tirai Pa&Ma Gala Award hari ini turut berkongsi keakrabannya bersama anak sulungnya Harum Dalia.
Anak sulung jadi penguat
Malah ketika video lama Harum masih bayi dipertontonkan padanya, Ezzaty mengalirkan airmata keibuaannya. Bagi Ezzaty, Harum adalah penguat dirinya dalam apa jua keadaan malah kala dirinya dalam kesedihan, Harumlah insan yang sentiasa ada dekat dengan dirinya.
“Harum memang penguat saya. Masa saya habis pantang anak kedua dulu operate, memang sakit sangat, setiap pagi saya akan menangis sebab nak cuci luka. Saya jadi takut dan trauma setiap pagi.
Ads
“Tapi bila ada satu hari, hari ketiga Harum datang, saya rasa kuat dan saya tak menangis. Dia macam miracle bila saya dapat pegang dia.
“Sampai sekarang pun bila saya dalam kesedihan pun saya akan panggil Harum untuk peluk saya.
“Mungkin dia anak sulung, apa-apa saya nak dia, dia ada aura positif yang membuatkan saya jadi cukup kuat. Dia jadi penguat saya,” luah Ezzaty berkongsi.
Ibu kepada dua cahaya mata ini turut menitipkan ucapan penuh makna buat dua cahaya matanya, Harum dan Ahmet ketika sesi live berlangsung. Kedua-duanya adalah segalanya dalam hidup ibu cantik manis ini.
Ads
Ezzaty yang tampil cantik jelita dengan busana warna merah jambu ini juga paling bersyukur bila mana dibantu suaminya, Azwan Kombos yang sentiasa membantu dalam mendidik dan menguruskan anak-anak mereka.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Tak sempat menatap wajah dan menyusukan bayinya, seorang ibu muda, allahyarham, Ain Farhana Mohd Fadzli, menghembuskan nafas terakhir sejurus bersalin anak kedua.
Difahamkan ibu yang baru berusia 27 tahun ini meninggal dunia akibat komplikasi di bahagian kepala sebaik lepas bersalin.
Menerusi media sosial yang dikongsikan oleh @mr_wan_cai_official, video tular suaminya yang mendoakan arwah isterinya menyentuh hati ramai.
Momen menyayat hati itu turut memaparkan detik-detik akhir pengurusan jenazah arwah Ain yang diiringi linangan air mata si suami dan ahli keluarga.
Dapat dilihat suaminya memberikan kucupan terakhir kepada jenazah isterinya dengan penuh rasa kehilangan dan redha.
“Ya Allah, dia adalah ibu & isteri terbaik. Dia lebih memilih anaknya diselamatkan daripada dirinya sendiri,” luah suami sebak dalam doanya.
Rata-rata wargamaya meluahkan rasa sebak apabila melihat jenazah ibu muda yang tidak sempat menatap wajah apatah lagi menyusukan bayinya.
@mrwancaiofficial77 DOA Ikhlas Buatmu, Wahai Isteriku yang Tercinta” Ikhlas aku titipkanmu pada Allah saat kau pergi di pelukan keabadian dengan darah perjuangan, kau hadiahkan kehidupan anak kedua kita lahir, sementara engkau kembali pada Pencipta-Mu. Air mataku tak sanggup menggantikan senyummu yang dahulu menguatkanku dalam gelap dan sendu. Kini jasadmu terbaring dalam damai suci,namun namamu tetap hidup di setiap denyut hati. Engkau syahid, wahai isteriku yang tabah pergimu bukan kalah, tapi puncak amanah melahirkan bukan sekadar tugas dunia tapi jalan menuju syurga bagi wanita mulia. Doaku mengiringi tiap langkahmu di alam sana semoga Allah muliakanmu di sisi-Nya dalam sabar ku peluk anak yang kau tinggalkan dalam cinta, akan ku didik dengan penuh harapan. Tenanglah, wahai cinta, dalam damai abadi kau tinggalkan kami dengan warisan kasih yang suci. Semoga di akhirat nanti kita bersatu kembali di Syurga, di mana tiada lagi air mata, hanya bahagia yang abadi. #AlmarhumahAinFarhana#KematianDiUsia27Tahun#AsbabPendarahanOtak#SyahidMelahirkanAnakKeDua#IbuMudaAnakDua#HargaiSelagiMasihAda♬ original sound – mrwancaiofficial77
Ucapan takziah turut dizahirkan buat suami dan seluruh keluarga Allahyarhamah. Ramai mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Kredit : @mr_wan_cai_official
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila kita hantar anak ke universiti dan mereka sertai aktiviti kokurikulum, perkara utama yang kita harapkan sudah tentu keselamatan mereka. Baru-baru ini, kisah pemergian seorang pelatih Palapes dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menarik perhatian ramai ibu bapa. Ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kejadian itu.
Menurut Menteri Pertahanan, hasil siasatan mendapati tiada langsung unsur penderaan atau kekerasan fizikal terhadap pelatih tersebut. Anak muda berusia 22 tahun ini difahamkan sedang mengikuti latihan intensif di Pusat Latihan Darat, Pulada, Ulu Tiram, Johor pada akhir Julai lalu. Latihan yang dijalani adalah sebahagian daripada modul yang memang telah ditetapkan untuk semua pelatih, dan segalanya dijalankan mengikut prosedur standard yang ditetapkan.
Kejadian berlaku apabila arwah tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Pegawai perubatan tentera yang berada di lokasi terus memberi bantuan kecemasan sebelum beliau dibawa ke hospital. Malangnya, nyawa anak muda ini tidak dapat diselamatkan. Siasatan lanjut termasuk bedah siasat dan temu bual lebih 30 saksi, termasuk rakan pelatih dan jurulatih, mengesahkan tiada kecederaan fizikal ditemui.
Kementerian Pertahanan juga membentuk jawatankuasa khas yang melibatkan beberapa kementerian lain untuk meneliti semua aspek insiden ini. Menariknya, hasil siasatan mendapati semua langkah keselamatan dan bantuan perubatan telah diambil dengan betul pada hari kejadian. Laporan penuh punca kematian dijangka akan siap dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi, namun setakat ini segalanya menunjukkan latihan dijalankan dengan selamat.
Walaupun berita ini sedikit sebanyak melegakan, ia tetap menjadi peringatan kepada kita semua tentang betapa pentingnya aspek keselamatan dalam latihan fizikal, lebih-lebih lagi apabila melibatkan cuaca panas atau aktiviti berintensiti tinggi. Sebagai ibu bapa, kita sememangnya mahu anak-anak mencabar diri dan menyertai aktiviti membina semangat seperti Palapes, tetapi pada masa yang sama, kita juga mahu mereka pulang dengan selamat dan sihat.
Harapnya pihak berkuasa dan institusi pengajian akan terus menambah baik prosedur keselamatan supaya kejadian seperti ini tidak berulang. Setiap anak yang kita hantar untuk menimba ilmu dan pengalaman adalah amanah yang paling berharga, dan mereka wajar dilindungi sepenuhnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isu tentang penggunaan bius epidural waktu bersalin kembali hangat dibincangkan. Baru-baru ni, satu video berdurasi 1 minit 21 saat yang dimuat naik oleh pelakon Ummi Nazeera menarik perhatian ramai netizen.
Apa yang buat video tu jadi tumpuan, ialah nasihat tegas dan serius dari suami Ummi sendiri yang bercakap tentang risiko serta kepentingan memahami prosedur epidural ni.
“Ini bukan benda main-main, ini nyawa isteri dan anak-anak,” katanya dalam nada yang cukup mendalam dan protective.
Ramai netizen puji sikap prihatin suami Ummi yang ambil tahu hal-hal melibatkan keselamatan isteri ketika bersalin.
Untuk info, bius epidural dah digunakan berdekad lamanya dalam dunia perubatan. Ia melibatkan suntikan ubat bius ke dalam ruang epidural di tulang belakang dan bertujuan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit.
Biasanya digunakan untuk ibu yang nak bersalin secara normal atau melalui pembedahan caesarean.
@izzaranwariBius Epidural adalah intervensi perubatan yang SELAMAT & BERKESAN. Kalau ada indikasi/ sebab untuk buat, tak jadi masalah. Yang buat bius epidural, tak bermakna anda tak hebat etc. Saya pun kena bius epidural untuk pembedahan lutut (ACL) saya dulu. Dah boleh kan. Ok je.
Topik ni penting untuk diberi perhatian, bukan saja oleh ibu mengandung, tapi juga para suami supaya sama-sama faham risiko dan manfaat sebelum membuat keputusan.
Untuk info Ummi Nazeera, pelakon terkenal Malaysia, telah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Anak sulung mereka, Ayra Aneesah binti Mohd Izzar, dilahirkan pada 22 Ogos 2018. Manakala anak kedua, Aysha Arsylia, dilahirkan pada 2 Jun 2021.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.