Usahawan berjaya, Madammu atau Eriyca Baiduri terpanggil untuk membantu golongan yang memerlukan dikala semua orang sedang hangat membuat persiapan raya.
Menyedari pelbagai rungutan tidak dapat menyediakan kelengkapan raya, Madammu tampil dengan menyediakan lebih 1000 helai baju raya buat yang memerlukan.
Malah katanya lagi, dia tersentuh hari membaca kisah mengenai mereka yang tidak berkemampuan membeli kelengkapan hari raya.
“Baru-baru ini saya terbaca berita tentang ramai yang tak dapat beli baju raya tahun ini dan tersentuh dengan kepayahan yang terpaksa di lalui mereka.
Ads
“Saya terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan insan-insan memerlukan di luar sana.
“Saya nak berikan secara percuma. Saya sediakan 1000 pasang baju kepada mereka yang memerlukan.
“Saya akan berada di butik Sabella untuk buat pilihan dan akan maklumkan bila tarikh pemberian yang akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.
Ads
Malah Madammu juga menyeru untuk sesiapa yang mengenali individu yang benar-benar susah dan memerlukan.
“Kepada yang kenal golongan susah, boleh maklumkan kepada saya.
“Saya juga tak boleh nak buat penghantaran secara pos sebab masa sudah suntuk. Saya akan beritahu bila akan diedarkan nanti,” katanya lagi.
Benarlah kata orang, menjaga anak perempuan tidak sama dengan anak lelaki. Anak perempuan perlu dijaga sebaiknya, dilentur agar patuh dengan agama dan adab, barulah mereka lebih terpelihara.
Perkongsian Dr Redza Zainol ini banyak benarnya, anak perempuan kita perlu dididik sejak kecil malah rasa percaya perlu dijaga sebaiknya diantara anak lelaki dan perempuan supaya segala permasalahan dapat dikongsikan sebaiknya.
Cuainya saya. Dulu pernah ada seorang jururawat minta tolong dari saya untuk azankan seorang bayi di wad bayi. Waktu tu dah malam dan saya kerja seorang. Ditakdirkan malam tu sibuk dengan beberapa kes yang serius. Banyaknya masa, saya tak bertanya sebab apa saya kena azankan sebab saya tahu bayi macam ni selalunya tak ada ayah.
Nak dijadikan cerita, saya pun lupa sampai balik ke rumah. Bila saya datang semula ke wad, saya pun dah tak ingat bayi dan jururawat yang mana satu.
Aduh, rasa bersalah tu datang berhari-hari dan sampai hari ni saya masih lagi rasa tak selesa bila teringat kecuaian saya tu. Teringat lagi beberapa tahun lepas. Masa kali pertama diminta azankan seorang bayi di bilik bersalin, saya tanya.
“Mana ayahnya kak?”
“Ni baby single marital status. Tak ada ayah. Tak ada doktor lain kat sini. Doktor je la tolong akak ya,” balas kak Ani.
Kak Ani tunjukkan bayi tu dan saya bawa ke sudut azan. Mata dia masih tertutup. Bila saya mula je azan, dia buka mata terkebil-kebil. Dia pandang je pada saya. Dia dengar dan sikit pun tak menangis. Lepas saya letakkan semula bayi tu, kak Ani panggil saya. Dia jururawat paling senior di situ.
“Bayi macam ni selalu ayahnya dah lari. Ada yang dibuang keluarga bila tahu anak mereka mengandung.”
Saya mengangguk perlahan. Dia pesan.
1) Ada anak perempuan, jangan ambil mudah. Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki.
2) Bila ada anak perempuan, jangan dibeli pakaian seksi. Ajar anak berpakaian sopan. Ajar anak erti malu.
3) Bila ada anak perempuan jangan dibiar tidur sana sini. Bahaya tu ada di mana-mana.
Jangan percaya kepada sesiapa walaupun saudara keluarga sendiri.
4) Bila ada anak perempuan, ajar mereka sentuhan selamat dan sentuhan yang tidak selamat.
5) Ajarkan mereka tentang harga diri. Ajar mereka untuk sayang diri sendiri.
6) Ajar anak lelaki, hormat pada wanita terutama pada ibu sendiri.
7) Ajar anak lelaki untuk sama-sama ada tanggungjawab di rumah. Bersihkan tandas, kutip sampah dan sidai baju juga kerja anak lelaki.
8 ) Ajar anak lelaki tentang cara nak selesaikan atau hadapi masalah dalam hidupnya.
9) Ajar anak lelaki tentang empati pada ahli keluarga dan pasangannya.
Kalau malu untuk berkongsi ilmu dengan anak, mereka akan cari juga di tempat lain.
Pesan dia yang terakhir ni yang buat saya betul-betul terkesan.
“Seorang ayah mesti jaga kepercayaan antara anak perempuan dan diri ayah. Barulah anak tu tak kekok nak mengadu apa-apa pada ayahnya.”
“Biarlah dia nak mengadu apa pun. Yang penting, ayah mesti jadi pendengar yang terbaik, walaupun sibuk dengan kerja harian.”
Bila anak perempuan mengadu, itulah tanda dia sangat percaya pada kita.
Redza Zainol Bukan ayah terbaik, tapi nak anak tahu kita dah usaha beri yang terbaik.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kehidupan ini penuh dengan cabaran dan keputusan yang perlu dibuat, terutama dalam soal kewangan dan perancangan masa depan. En. Azrol menerusi FB berkongsi pengalaman peribadinya mengenai bagaimana beliau memilih untuk menyimpan, meskipun dikritik oleh rakan-rakan sekelilingnya.
Ini menunjukkan bahawa perjalanan hidup seseorang tidak selalu dipenuhi dengan pengiktirafan, tetapi dengan matlamat yang jelas dan usaha berterusan, kita dapat merubah nasib.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di tengah lautan ucapan Hari Bapa yang membanjiri media sosial hari ini, salah satu yang paling mencuri perhatian datang daripada Noor Nabila menerusi laman Instagram Jebat Jayden. Beliau menitipkan penghargaan kepada bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad, lelaki yang kekal memainkan peranan besar sebagai ayah kepada anak mereka.
Dear baba…
Thank u for being an amazing father to our son…
For showing up with ur heart,time and presence.
U hv given him something so valuable… love, consistency, and pride in who his father is.
Perpisahan tidak menghalang Noor Nabila daripada menghargai peranan besar yang dimainkan oleh Sharnaaz dalam kehidupan anak mereka. Beliau turut meluahkan rasa kagum terhadap komitmen Sharnaaz untuk menjadi bapa yang terbaik buat Jebat Jayden.
“Awak telah memberi sesuatu yang sangat berharga iaitu kasih sayang, konsisten dan membuatkan dia bangga tentang bapanya sendiri.”
“Terima kasih kerana tidak pernah menghilang. Kerana semakin matang. Membuat Jayden rasa seolah-olah dia masih mempunyai kedua-dua ibu bapanya… Sentiasa hadir. Sentiasa menyayanginya sepenuh hati.”
“Untuk itu, syukur untuk kita berdua yang semakin matang dan bukan hanya sebagai ibu bapa tetapi juga kawan,” kongsinya menerusi Instagram hari ini.
Walaupun hubungan sebagai suami isteri telah berakhir, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila terus membuktikan bahawa perpisahan bukan penghalang untuk membesarkan anak dengan penuh kasih sayang. Mereka memilih untuk kekal bekerjasama dalam membesarkan Jebat Jayden melalui pendekatan co-parenting yang matang dan harmoni.
Keutamaan mereka jelas, memastikan Jebat membesar dalam persekitaran yang stabil, penuh perhatian, dan masih merasai kehadiran kedua-dua ibu bapanya walaupun tidak lagi tinggal serumah.
Sharnaaz mungkin dikenali ramai sebagai pelakon berbakat, selebriti lantang bersuara, figura penuh karisma. Tapi hari ini, kita menyaksikan satu sisi dirinya yang jauh lebih hebat sebagai seorang ayah.
Untuk rekod, Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017, namun perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada Julai 2020.
Daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, yang kini berusia enam tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.