Tahniah buat pasangan selebriti popular, Rizky Febian dan Mahalini Raharja yang baru sahaja menimang anak pertama mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri Rizky menerusi Instagramnya.
“Bismillahirahmanirahim. Telah lahir buah hati kami “Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian” dengan selamat walafiat pada tanggal 15 Februari 2025.
“Selamat datang little star. Semoga kelak menjadi anak yg berbakti, solehah, dan memberikan berkah untuk orang banyak ya nak.
“Mohon doanya semuanya ,” ujar Rizky Febian di dalam kapsyen Instagram miliknya.
Menerusi hantaran itu, Rizky yang kini sudah pun bergelar bapa turut memuat naik momen manis itu ketika menyambut kelahiran bayi comel mereka.
Terdahulu, pada awal Januari, Mahalini atau Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 25, memaklumkan beliau sedang hamil dan mengambil keputusan untuk berehat dari dunia muzik sehingga selepas bersalin.
Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024.
Dikalangan masyarakat kita, air selusuh ketika sebelum bersalin sememangnya cukup popular. Namun benarkah air ini amat membantu proses bersalin menjadi lancar dan mudah?
Menerusi perkongsian Huwaidah Athirah di media sosial, dia menjelaskan bahawa air tersebut antara punca bayi maut dalam kandungan.
Hal ini kerana air selusuh yang dibeli di kedai mengandungi akar-akar kayu dan herba di mana ia boleh mengganggu proses ketika kontraksi sebelum tibanya waktu tepat untuk bersalin.
“Ada sesetengah orang buat air selusuh dengan campur akar kayu, akar Fatimah (rose of jericho) dan herba-herba yang menyebabkan hormon oksitosin (kontraksi) muncul.
“Jadi bayangkanlah jalan untuk anak dalam kandungan keluar tak buka lagi tapi dah ada kontraksi. Ini boleh menyebabkan anak meninggal dalam perut atau perlu buat pembedahan kecemasan akibat minum air selusuh campuran,” jelasnya.
Air selusuh sebenar jadi penenang jiwa
Sebenarnya, air selusuh ini air yang dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran untuk memudahkan proses bersalin dan dijadikan sebagai penenang jiwa.
Air tersebut boleh dibacakan oleh suami, dengan niat dan doa dalam hati supaya urusan isteri bersalin dipermudahkan. Menurutnya, proses bersalin sememangnya lancar apabila mengamalkan air selusuh ini.
Panduan air selusuh
1. Baca surah al-Fatihah sebanyak 11 kali.
2. Baca surah al-Hasyr ayat 21-24
3. Baca selawat syifa
4. Akhir sekali, baca doa selusuh
“Ya Allah, dengan maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama isteri) penderitan bersalin, dengan rahmat Mu Wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.”
Paling utama elakkan membeli air selusuh yang dibeli di kedai. Buat sahaja sendiri dengan yakin akan pertolongan Allah untuk memudahkan proses bersalin kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada Sabtu lalu, pasangan selebriti Akim dan Ummu Shaikhah Stacy Anam turut berkongsi pilihan nama ringkas untuk anak lelaki mereka.
Kongsi Akim menerusi satu petikan akhbar, dia dan Stacy sepakat memilih nama ringkas iaitu Isa untuk bayi lelaki mereka.
Malah kata Akim lagi, nama ringkas itu dipilih kerana ia cukup dekat dengan nama dua anaknya yang lain.
“Saya pilih nama itu. Ia ringkas dan dekat dengan nama anak-anak saya yang lain. Kalau gabung ketiga-tiganya boleh jadi Isabella,” kongsinya.
Tidak hanya berkongsi nama bahkan Akim turut berkongsi rasa terujanya saat melalui detik kelahiran anak keduanya ini.
Berkongsi keterujaan itu, Akim yang juga bapa kepada seorang cahaya mata turut berkongsi rasa terharunya bila mana dapat menemani Stacy di dewan bersalin.
Paling menyentuh hati kata Akim lagi, dia dapat mengazankan anak lelakinya.
“Saya sangat teruja kerana dapat menyaksikan proses kelahiran bayi kami. Lebih istimewa adalah momen dapat azankan zuriat saya itu tadi dalam dewan bersalin buat pertama kalinya.
“Tidak dapat saya gambarkan perasaan saya waktu itu, sangat luar biasa.
“Selain itu, saya diberi peluang untuk bersama anak saya dalam sesi khas untuk mengukuhkan ikatan antara ayah dan bayi yang baru lahir,” jelas Akim lagi.
Terdahulu, Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Eshaal Afiq Akim, 5 dan putera yang baru dilahirkan, Isa.
Pasangan penyanyi ini juga mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella De Luna Valentina yang kini berumur 10 tahun.
Siapa yang tak sedih jika orang yang kita sayang pergi buat selamanya. Lagi-lagi ibu bapa, isteri atau anak sendiri. Perasaaan sedih itu adalah fitrah bagi setiap manusia, tiada siapa yang mampu halang. Ia datang dengan sendiri. Tapi, jangan lupa ianya perlu kan had dalam keadaan yang optimum.
Tetapi kita harus ingat mati itu adalah lumrah manusia. Setiap yang hidup pasti akan mati, dan itu adalah hukum dunia yang Allah telah tetapkan. Nak tak nak kita tetap kena reda dan terima dengan hati terbuka. Percayalah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya walaupun kita rasa berat sangat ujian ini.
Seperti perkongsian seorang suami di Facebook yang menggunakan profil nama Muhammad Harraz, dia berkongsi kesedihan setelah kehilangan isteri tercinta ketika berjuang melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Difahamkan, arwah isterinya telah dijemput ilahi pada hari yang penuh barakah iaitu hari Jumaat.
Perginya isteriku di bulan yang baik. Syahid dan syurga buat mu sayang baba akan selalu mendoakan mama. Baba akan ingat selalu pesan mama. Baba rinduu mama, baba tak kuat maaa. Baba akan jaga anak baba dengan mama yang terbaik semoga anakku jadi anak yang soleh seperti mama yang solehah baba tak kuat.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati, apabila lelaki ini sempat menitipkan janji buat arwah isterinya untuk menjaga dan membesarkan putera sulung mereka dengan sebaik mungkin walaupun terpaksa membesarkan anak tanpa seorang isteri di sisi.
Ya Allah ampuni dosa-dosa isteriku. Rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga rohnya di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.
Jual baju kanak-kanak secara live di Facebook
Dalam pada itu, si suami sebelum ini turut menjalankan perniagaan menjual baju kanak-kanak yang dijual dengan harga yang berpatutan menerusi kaedah Facebook live pada waktu malam.
Ramai yang terkesan dengan pemergian isteri tercintanya kerana bagi yang pernah mengikuti sesi live jualan tersebut, arwah isterinya juga pernah sama-sama membantu suaminya.
Sebagai bapa tunggal yang kini bergelar ibu dan ayah kepada bayi lelakinya, semua memberikan kata-kata semangat dan turut sama menyokong serta membeli pakaian yang dijual.
Moga apabila si anak membesar nanti, dia akan rasa bangga dengan pengorbanan ibu melahirkannya walaupun tak pernah rasa setitik susu dan pelukan dari ibu tercinta.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Insiden kebakaran melibatkan dua beradik yang ditemui separuh sedar di sebuah apartmen membuka perbincangan penting tentang keselamatan kanak-kanak apabila ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan.