Selepas beberapa hari kes melibatkan seorang ibu di Kenya yang dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan menikam anaknya berusia dua tahun sebelum memotong badannya dan memakan hatinya, kini dunia digemparkan sekali lagi dengan kes yang hampir sama.
Seorang ibu di Kaherah, Mesir tergamak mencekik anaknya yang berusia lima tahun sebelum mengerat tubuh badan anak lelakinya dan memakan sebahagian kepalanya.
Semuanya kerana mahu anak kecil berusia lima tahun itu sentiasa bersama dan tinggal selama-lamanya dengannya.
Suspek yang dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental itu dikhabarkan sudah berpisah dengan bekas suaminya selama beberapa tahun.
Ads
Suspek kemudiannya ditahan selepas polis menemui mayat anak kecil itu dalam baldi di rumahnya di Faqus, sebuah bandar di wilayah Ash Sharqiyah Mesir.
Tambah laporan yang dikongsikan oleh media tempatan, suspek memberitahu polis, dia tidak berniat membunuh anaknya malah dikatakan mengalami keadaan kesihatan mental yang menyebabkan dia melakukan perbuatan keji itu.
Sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan, suspek akan menjalani penilaian kesihatan mental terlebih dahulu bagi membantu siasatan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas baca review drama korea “Go Back Couple” yang dikongsi oleh pengguna facebook Nurul Shazalina Zainudin, admin rasa tertarik nak kongsi dengan semua pembaca. Drama ini sangat dekat dengan kehidupan kita yang sudah berkahwin dan berkeluarga.
Bagaimana kehidupan yang kita lalui sebagai suami isteri setiap hari, masing-masing sibuk dengan tanggungjawab untuk menguruskan kehidupan berumahtangga. Terkadang isteri rasa suami tak memahami dan terkadang suami penat dengan sikap isteri. Komunikasi yang baik sangat penting!
Sebenarnya kisah-kisah realiti seperti ini yang diadaptasi dalam drama boleh kita ambil pengajaran. Jangan terlalu ikutkan rasa hati dan pentingkan diri lebih-lebih lagi bila kita dah berkeluarga dan ada anak. Anaklah segalanya.. saat kita rindukan ‘hiburan’ luar sebenarnya ‘hiburan’ paling indah ada depan mata kita (anak-anak). Apa yang kita kejar diluar sebenarnya boleh membunuh kehidupan yang kita bina dari rasa kasih sayang.
REVIEW KOREAN DRAMA “GO BACK COUPLE”
Suami isteri kena tengok. Confirm korang akan hargai pasangan masing2 dan anak anda
Terus rasa nak bermaaf maafan hehe. Saya bukan lah kaki drama korea. Tv pun tak ada channel kat rumah ni. Bukan kaki tengok movie jugak!
Tapi tiba2 tertengok video pendek cerita ni. Macam best, elok pula terjumpa link full episodes dia. So anak2 tidur, layanlah. Konon nak layan sikit, tapi terus layan sampai habis😂
Tapi cerita dia sangat best! Part lawak, sy gelak sungguh2. Part nangis sy nangis sungguh2, sampai teresak2, terus rasa syg gila kat suami dan anak2. Dan2 gi peluk suami sebab takut kehilangan dia haha.. Emosi sungguh
Cerita ni sesuai ditonton oleh semua pasangan suami isteri. Lagi2 yg selalu gaduh 😅. Suami rasa isteri tak cantik, selekeh. Isteri rasa suami tak caring, tak layan elok2
Haa, tengoklah..
Cerita dia bermula dengan episod laki bini dah mula renggang. Isteri penat sangat jaga anak kecil. Nak makan pun tak sempat. Selekeh je duduk rumah (tapi taklah selekeh, sebab orang dia cantik, kita yang bersiap ni pun tak cantik macam pelakon tu haha).
Si lelaki pula sibuklah kerja. Isteri call tak angkat. Anniversary pun lupa. Selalu balik lewat malam.
Masing2 pendam je kemarahan pd psgn. Tapi 1 hari, isteri dpt gmbr laki dia pgg tgn seorg perempuan depan motel. Elok pula isteri dia tgk bil kredit kad suami dia sblm ni penuh dgn bil motel. Mmg menangis2 lah ingat laki dia curang. Dia pulak tgh low confident, rasa selekeh.
Tapi laki dia sebenarnya tak jahat. Dia dibuli oleh seorang doktor ni. Kena hina, kena tahan maki. Mcm2lah. Sebab tu dia stress. Balik kerja lambat.
Tapi dia tak bagitahu isteri dia. Kiranya kurang komunikasi. Last2 gaduh dlm phone, minta cerai.
Lepas isi borang cerai tu, 1 hari dua-dua org bangun tidur, masuk ke zaman lama mereka. Zaman di Universiti
Kelakar sgt tau part ni
Mcm mana diorang hadapi hari2 mereka semula. Excited sbb makin muda, jumpa kwn2 lama, dah tau apa jadi. Dan suami isteri ni dulu kenal kat Universiti yg sama. Diorang ni mmg sgt benci satu sama lain dah skrg. So diorang excited masuk zaman ni, cari balik crush lama mereka.
Buat perangai gila2, nak buat apa yg xboleh buat. Kelakarnya, walaupun mereka kembali zaman muda, tapi pemikiran mereka ikut umur mereka yg sbnr
Mcm2 lah jadi. Diorg enjoy sgt2. Sampai dua2 laki bini ni berjaya dekati crush masing2 dulu
Tapi lama2 mereka rasa sedih
Sedih sebab apa
Sebab dalam mereka meraikan kebebasan mereka, mereka sebenarnya kehilangan anak mereka
Mana mungkin anak mereka ada kalau mereka tak kahwin. Tiap2 malam isteri ni menangis rindukan anak mereka. Suami pun sama. Bayangkan kalau korang ada anak, syg sgt2 anak tu (of course la syg kan, lebih dari diri sendiri).
Tiba2 bangun, anak tu tak ada. Memang tak akan ada sebab korang kembali zaman dulu. Sedih tak? Sedih sgt2 kalau sy bygkan diri sy dlm cerita tu.
Mana akil, mana aurora.. Uwaaa (over kan imaginasi sy haha)
Start part ni, banyak sgt part sedih. Sedih yg betul2 sedih. Korang tengoklah. Mcm mana akhirnya
Dapat ke diorang kembali ke dunia asal mereka. Dapat ke jumpa anak mereka semula. Mereka bersama kembali atau dengan pasangan baru?
Recommended
Pengajaran sgt banyak untuk pasangan suami isteri. Komunikasi sangat penting. Jangan ingat laki boleh fhm fikiran isteri. Laki pun sama, jangan ingat isteri faham kenapa laki buat itu ini. Please jadi open. Barulah kurang masalah. Ni laki suka rahsia pasal kerja dia. Kenapa balik lewat, kenapa dingin. Yg perempuan pun, nak itu ini, tapi diam, pendam. Harap laki fhm sendiri. Memang masalah jadinya.
Selain tu, ada juga pengajaran hargai ibu bapa masa mereka masih ada. Diorang dah mati nanti, korang akan sedih sgt. Rasa nak putar masa. Dlm cerita ni, isteri tu diberi peluang jumpa mak dia semula. So dia lyn mak dia baik sgt2. Buat mcm2 bersama2. Sehingga dia boleh terima hakikat kalau mak dia takde nanti.
Baru tinggalkan sekejap dua beradik dalam rumah disebabkan ibu turun untuk mengambil juadah berbuka puasa, akhirnya seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kondominium yang terletak di Ampang Utama, Selangor.
Jatuh dari tingkat 12
Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan yang menjumpai mayat kanak-kanak perempuan itu sebelum melaporkan kepada pihak polis. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, sebaik sahaja menerima laporan tersebut pihak polis segera ke lokasi kejadian.
Tinggalkan dalam bilik bersama adik tujuh bulan
Mangsa ialah anak sulung daripada dua beradik. Ketika kejadian bapanya berusia 51 tahun keluar rumah untuk membeli juadah berbuka puasa, manakala ibunya berusia 27 tahun tinggal di rumah bersama mangsa dan adiknya berusia tujuh bulan pada jam 5.30 petang.
Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan kedua-dua anaknya itu di dalam bilik tanpa berkunci sementara dia mengambil juadah berbuka puasa di tingkat bawah. Tetapi malangnya, setelah ibu mangsa pulang, dia amat terkejut melihat pintu koridor rumah terbuka dan anak perempuannya itu telah terjatuh dari balkoni rumah mereka ke tingkat tiga bangunan tersebut.
Parah di kepala, kecederaan dalaman & luaran
Ibu mangsa kemudian turut dibawa ke Hospital Ampang dengan menaiki ambulans. Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan tengkorak pecah disahkan meninggalkan dunia pada jam 7.33 malam. Bukan itu sahaja, mangsa juga mengalami kecederaan luaran dan dalaman kesan jatuh dari tempat tinggi.
Bapa mangsa memang tidak pernah memohon untuk mendapatkan dokumen kelahiran kanak-kanak itu kerana tiada dokumen pernikahan sah kerana mereka yang juga warga tempatan berkahwin di Thailand.
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan.
Kanak-kanak yang masih kecil dan naif sebenarnya boleh menjadi mangsa. 5 proses grooming ini ibu ayah jangan pandang remeh. Kisah benar yang dikongsikan doktor ini wajar dijadikan pengajaran & peringatan.
Dr Farhanah Ibrahim telah berkongsi pengalamannya mengendalikan kes yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun 3 bulan yang telah melalui trauma kerana perbuatan tidak seononoh rakan lelaki yang lebih tua di tadika.
Pada awalnya kanak-kanak berkenaan hanya membisu. Dia adalah murid temuda di tadika itu.
Bila scan, pundi kencing penuh dengan air kencing kerana dari siang kanak-kanak tersebut takut untuk membuang air kecil.
Jawapannya membuatkan si ibu berubah pucat & ayahnya pula terkesima.
Bukan kes pertama, tapi sudah banyak kali dijumpai Dr Farhanah. Pelakunya ada yang bersekolah rendah, menengah dan sekecil kanak-kanak tadika.
IBU AYAH PERLU PERLU TAHU PROSES GROOMING
Apakah itu proses grooming? Grooming ialah proses merangsang kanak-kanak yang akhirnya membawa kepada terjebak kepada perlakuan berkaitan jenayah seksual.
Dr Farhanah telah berkongsi 5 cara yang kanak-kanak telah melalui proses grooming tanpa ibu ayah sedari. Antaranya ialah paparan video perbuatan yang kurang manis menggunakan watak-watak kartun di Youtube.
Drama yang ke udara di televisyen juga perlu dipantau ibu ayah. Kadang kala ada juga adegan-adegan cium, peluk & ranjang yang terlepas di kaca TV. Cara terbaik ialah tontonlah TV bersama anak.
Buku cerita yang dibaca anak juga perlu dipantau. Ibu ayah disaran agar memeriksa gambar-gambar & memeriksanya kerana bimbang ada storyline dan gambar berbaur negatif.
Ibu ayah juga perlu menjaga perilaku di depan anak-anak. Ini kerana apa yang dilakukan boleh menjadi proses grooming secara tidak langsung.
Ibu ayah perlu berhati-hati dengan apa yang anak-anak baca, lihat, dengar & rasa
Anak kecil belum pandai membaca/ mempelajari sesuatu yang berkaitan perkara tidak manis, jadi ibu bapa perlu memainkan peranan penting melindungi mereka. Lebih baik memainak peranan menjadi rakan yang rapat dengan anak.
3 TIPS IBU AYAH YANG ADA ANAK LELAKI
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak lelaki, Dr Farhanah mencadangkan 3 perkara yang perlu diajarkan supaya tidak dilakukan kepada perempuan iaitu agar tidak melihat sembarangan, tidak menyentuh sesuka hati serta tidak berkasar dengan perempuan.
MUHASABAH BERSAMA
Dr Farhanah berharap perkongsiannya ini menjadi muhasabah bersama. Semoga ibu ayah berhati-hati dengan grooming yang berlaku pada zaman alaf baru. Ia adalah cabaran yang perlu ditempuhi semua ibu ayah.
Satu kisah yang mengejutkan dan membuka mata ramai ibu bapa mengenai kepentingan pemakanan seimbang untuk anak-anak. Seorang pelajar darjah 2 dilaporkan mengalami buta sepenuhnya...