Siti Aafiyah, anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia menjadi kesayangan ramai. Dato’ Sri Siti Nurhaliza mensasarkan untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.

Beliau yang dilahirkan 11 Januari 1979 menerima kehadiran permata hati pertama pada iaitu Siti Aafiyah yang kini sudah berusia satu tahun selepas 11 tahun menanti.

Mahu Beri Aafiyah Adik, Siti Nurhaliza Target Tambah Cahaya Mata Sebelum 43 Tahun

Artikel berkaitan: [Dah Buat Rawatan IVF 5 Kali! Datuk Seri Siti Nurhaliza Kongsi Dugaan Menanti Zuriat Selama 10 Tahun!]

AWALNYA MAHUKAN ANAK RAMAI 

Kata Siti kepada Gempak, hasrat pada awal perkahwinan ialah untuk memiliki anak yang ramai.

“Selepas berkahwin, saya memang teringin untuk mendapat cahaya mata yang ramai. Tetapi hasrat itu tidak kesampaian.

“Alhamdulillah, selepas menanti lama baru saya dikurniakan dengan kehadiran Siti Aafiyah.”

Mahu Beri Aafiyah Adik, Siti Nurhaliza Target Tambah Cahaya Mata Sebelum 43 Tahun

IKLAN

MAHU TAMBAH BILANGAN ANAK SEBELUM USIA 43 TAHUN

Isteri kepada Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa ini juga menyatakan hasrat untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.

Mahu Beri Aafiyah Adik, Siti Nurhaliza Target Tambah Cahaya Mata Sebelum 43 Tahun

“Insya-Allah, jika diizinkan Allah dan ada rezeki, saya mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.

“Sebelum itu, saya harus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihar terlebih dahulu.

IKLAN

“Saya mohon doa yang baik-baik dari semua peminat, Insya-Allah,” kata Siti.

Mahu Beri Aafiyah Adik, Siti Nurhaliza Target Tambah Cahaya Mata Sebelum 43 Tahun

SEBAK LIHAT AAFIYAH MEMBESAR

Siti yang ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersama kelab peminatnya, Sitizone di The Pearl Kuala Lumpur menyatakan rasa sebak melihatkan perkembangan si kecil Aafiyah yang kini semakin membesar.

“Masa itu terlalu cepat berjalan. Rasa macam sekejap sahaja, kini Aafiyah sudah boleh berjalan. Jujur saya akui saya rasa sebak dan gembira melihat dia membesar depan mata.

IKLAN

Mahu Beri Aafiyah Adik, Siti Nurhaliza Target Tambah Cahaya Mata Sebelum 43 Tahun

SYUKUR ATAS PENGALAMAN MENJADI IBU

Penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini juga memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan Ilahi memberi peluang menjadi ibu. Siti turut mendoakan pasangan yang masih menantikan kehadiran zuriat dalam rumah tangga.

“Naluri ibu, saya rasakan semuanya pasti dapat fahami apa yang saya sedang hadapi sekarang. Alhamdulillah, Allah memberikan rezeki untuk saya merasai pengalaman menjadi ibu.

“Saya juga mendoakan agar semua ibu bapa yang menanti cahaya mata di luar sana turut dikurniakan rezeki yang sama, Insya-Allah,” katanya lagi.

Mahu Beri Aafiyah Adik, Siti Nurhaliza Target Tambah Cahaya Mata Sebelum 43 Tahun

Sumber: www.gempak.com

Artikel berkaitan: Atas Nasihat Doktor, Siti Bakal Lahirkan Anak Secara Pembedahan 2 Minggu Lagi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI