Anak-anak kita yang sedang membesar tidak dinafikan amat menguji kesabaran kita. Ada sahaja perbuatan yang dilakukannya untuk menarik perhatian kita. Mahu lebih perhatian. Hal semacam ini biasa.

Jangan cepat marah dan melenting kerana inilah lumrah anak kecil kita. Apa mak ayah nak buat? Menurut Terapis Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol, kenal pasti anak dan sebabnya terlebih dahulu, kemudian barulah mak ayah dapat mengatasi sebaiknya.

Mahu Lebih Perhatian, Menangis & Memberontak Tanpa Sebab, Mak Ayah Kena Kenal Pasti Ni!


5 Sebab Tingkah Laku Kanak-kanak yang Menguji Kesabaran

Pening kan melayan karenah tingkah laku yang pelbagai? Itu baru seorang, kalau dah 2,3 orang?
Kalau cikgu di sekolah pulak? Haa, lagi pening.

Sebagai ibu bapa atau guru pendidikan khas, penting untuk tahu sebab tingkah laku anak/murid
Daripada punca inilah kita boleh aplikasi teknik modifikasi tingkah laku. Kita akan bincangkan minggu ini.

1. Mendapatkan perhatian
Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau guru atau terapis melayan lebih daripada seorang kanak-kanak. Menangis adalah perkara biasa untuk ‘attention seeker’.

Attention seeker adalah naluri normal kanak-kanak tau. Kalau dia tak ada ciri-ciri attention seeker ni, hmm.. mungkin kena check carta perkembangan dia.

Mahu Lebih Perhatian, Menangis & Memberontak Tanpa Sebab, Mak Ayah Kena Kenal Pasti Ni!

2. Mendapat barang atau aktiviti yang dikehendaki
Perkara ini biasa berlaku apabila hendakkan mainan atau makanan kegemaran.
Biasa berlaku di shopping mall yang mana ibu bapa boleh ‘stuck’ kat depan kedai mainan melayan karenah ini. 

3. Mengelak aktiviti atau tugasan
Ini sering berlaku kepada terapis. Kanak-kanak yang ada tingkah laku manipulatif biasanya akan menangis bila nak buat terapi. Atau pergi ke sekolah. Sebab apa? Sebab sesi terapi dia kena buat kerja, ada task, kena ikut arahan untuk capai occupational goals.

Di sekolah juga ada rutin ke ikut, kena beratur, kena tunggu dan ada tugasan yang perlu diselesaikan.

IKLAN

Kanak-kanak jenis manipulatif ini tidak suka ikut arahan, suka ikut kemahuan sendiri. Jadi, nak elak, menangis dan meronta-ronta.

Mahu Lebih Perhatian, Menangis & Memberontak Tanpa Sebab, Mak Ayah Kena Kenal Pasti Ni!

Ibu bapa yang malu dengan tingkah lalu ini akan mudah mengalah. Pujuk suruh diam dan kadang-kadang bagi tablet atau ‘tak payahlah buat terapi, kita balik ye’.

Jika ia pertama kali baru jumpa terapis atau berada di tempat baru, mungkin sebab mereka tak tahu ‘expectation’ daripada tempat baru atau dengan terapis baru atau sekolah baru. Maka jadilah tingkah laku yang tidak diingini ini.

Ibu bapa, terapis dan guru boleh gunakan teknik social story untuk menceritakan ‘expectation’ di tempat yang baru dilawati itu.

Teknik social story ini menggunakan cerita bergambar (visual) untuk memberi kefahaman tentang sesuatu situasi.

Mahu Lebih Perhatian, Menangis & Memberontak Tanpa Sebab, Mak Ayah Kena Kenal Pasti Ni!

IKLAN

4. Ada masalah sensori
Ya, ini yang saya mahu ibu ayah dan cikgu faham betul-betul. Kita boleh keliru sebab kadang-kadang kita anggap ia masalah tingkah laku tapi sebenarnya ia adalah masalah sensori.
Contohnya mengamuk atau menjerit apabila berada di tempat awam yang ramai orang, itu tanda sensory overload.

Contoh lain situasi di sekolah, bunyi mesin rumput atau bunyi vacuum, terus tutup telinga atau menjerit-jerit tanda protes. Tanda sensory over respinsitivity.

5. Ada masalah kesihatan
Ini contohnya macam sakit perut ke, sakit kepala, sakit mata dan sakit lain-lain tapi tak tau nak habaq. Especially kanak-kanak non verbal.
Makanya, menangis dan meraunglah jawabnya.

Untuk menghadapi tingkah laku mencabar tidak kiralah bagaimanapun cabarannya, perlu ada sesi ‘calm down’.

Calming down boleh dibuat dalam situasi yang ringkas, bawa keluar daripada situasi tersebut dan tenangkan mereka.

Mahu Lebih Perhatian, Menangis & Memberontak Tanpa Sebab, Mak Ayah Kena Kenal Pasti Ni!

Paling mudah dalam kereta. Tetapi jika berlaku di tempat terapi (pengalaman sendiri), ignore semua tingkah laku yang berlaku disebabkan no 1,2 dan 3.

IKLAN

Untuk no 2 dan 3, terapis perlu bijak menggunakan teknik motivation and reward. Guna mainan kegemaran mereka sebagai guide untuk habiskan task. 

Ibu bapa boleh guna tablet atau phone sebagai reward material juga. Limitkan penggunaan. Selesaikan task dahulu baru bagi. Tegas.

Untuk sebab no 4, ia perlukan intervention. Sensory assessment. Dan perlu guna atas nasihat terapis juga.

Untuk sebab no 5, definitely perlu jumpa doktor. Hal kesihatan kita serahkan kepada yang pakar. 

Menarik: Nak Jadi Macam Kakak, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Biasakan Anak Dengan Taekwondo!

Mahu Lebih Perhatian, Menangis & Memberontak Tanpa Sebab, Mak Ayah Kena Kenal Pasti Ni!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI