Sebelum ini kecoh apabila pelakon Ezzaty Abdullah memaklumkan bahawa pembantu rumah yang baru sebulan berkhidmat telah melarikan diri dan meninggalkan anak-anaknya bersendirian di rumah ketika dia dan suami keluar bekerja.
Terkini, Ezzaty memberitahu bahawa dia telah mengupah pembantu rumah baru bagi menjaga anak-anaknya di rumah walaupun mengakui masih dalam keadaan trauma selepas sebulan insiden berlaku.
“Lepas sebulan. Terpaksa bagi kepercayaan juga dan yang sekarang ni saya ambil maid yang berusia sikit supaya, ya la kadang-kadang yang muda ni dia nak seronok kan dia nak ada boyfriend nak bebas.
“Jadi yang tua ni dia memang betul-betul nak kerja, so far Alhamdulillah masih okay harap-harap yang ini yang terbaiklah untuk kami kan Insya-Allah,” ujar Ezzaty.
Ditanya mengenai impak kejadian tersebut, isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu mengakui bahawa ia memberi impak yang sangat kuat terhadap mental dan fizikalnya.
“Impak dia memang kuatlah, nak tak nak memang kena ambil juga, jadi saya agak trauma.
“Sebab dia lari tu saya tengah busy time tu, tengah busy sangat yang shooting kadang sampai 3 sehingga 4 pagi, penat. Tiba-tiba time tu dia nak lari.
Ads
“Last minute tak ada siapa nak tolong jaga anak saya semua sampai susu badan saya kering, so anak saya dapat susu saya sampai empat bulan je.
“Sebab saya terlalu stress, saya stress sampai saya nangis banyak kali. Saya menangis sebab saya tak tahu nak buat macam mana dah,” kongsinya.
Kongsinya lagi, gara-gara kejadian itu, dirinya menjadi fobia dan akan sentiasa memantau anak-anaknya di kamera litar tertutup (CCTV) melalui telefonnya ketika keluar bekerja.
“Memang penuhlah CCTV dekat rumah dan saya selalu berinteraksi dengan CCTV dekat phone.
“Saya dah jadi macam fobia, baru masuk dalam kereta dekat porch kereta saya dah letak CCTV dah, so kalau nampak apa-apa saya akan macam maid kenapa tu.
“Sambil drive pun sambil kadang bukan tengok Waze saya tengok CCTV, so apa-apa saya terus macam tanya kenapa macam tu… Saya dah jadi takut so saya akan sentiasa tengok CCTV,” jelasnya.
Ads
Ezzaty ditemui ketika sesi penggambaran poster drama bersiri Rindu Kasih di Sri Pentas, Petaling Jaya.
Tak sampai hati ambil tindakan
Walaupun diperlakukan sebegitu, Ezzaty reda dengan ujian yang diberikan malah dia mengambil keputusan untuk menghantar pulang bekas pembantu rumah itu dengan baik ketika ditanya mengenai tindakan yang diambil selepas kejadian larikan diri.
“Saya tak sampai hati nak hantar dia ke imigresen, kalau hantar imigresen kena tangkap memang duduk dalam penjara tujuh bulan so saya tak sampai hati.
“Saya beli tiket balik, saya spend banyak sangat duit untuk hantar dia balik dengan tiket pertama burn… beli lagi satu lagi tiket.
Ads
“Satu tiket lebih RM1,000 jadi lebih RM3,000 habis dekat tiket ja kan, pastu hantar dia baliklah.
“Sementara nak tunggu hari flight dia tu, dekat dua minggu jugalah dia stay kat rumah saya, tapi masa tu dia macam dah bertaubat jugalah. Saya memang tak bagi phone langsung kat dia,” katanya lagi.
Untuk info, Ezzaty sedang menjalani sesi penggambaran bagi drama terbaharunya yang berjudul Rindu Kasih dan memegang watak sebagai Murni.
Wanita sangat sensitif dengan fizikal mereka. Baik kurus mahupun gempal, sebaik-baiknya soal ini jangan dijadikan satu bahan ejekan. Biarpun mereka nampak tenang, tapi sebenarnya ia memberi impak kepada perasaan mereka. Dek kerana usikan yang kononnya hanya gurauan itu sebenarnya telah banyak menjadikan orang lain menjadi murung.
Ada wanita sanggup makan ubat kurus, telan pil pelangsingan atau minum jamu yang tidak diketahui keberkesanan dan keselamatannya semata-mata kerana mahu tampil kurus. Risau suami cari yang lain, takut suami ‘hilang selera’. Sebuah artikel di portal Tech Explorist mengatakan, suami yang mempunyai tubuh gempal sangat bahagia kerana faktor-faktor tertentu.
Tahukah anda, sebuah kajian yang dijalankan oleh UNAM’S Department of Pychology mendapati lelaki yang terlibat dalam perhubungan dengan wanita berisi dikatakan 10 kali lebih bahagia?
Pandai Selesaikan Masalah
Dalam kajian tersebut, ketika ditanyakan kepada para responden, mereka memberitahu biasanya wanita yang berbadan gempal ini lebih mudah mencari penyelasaian kepada sesuatu masalah kerana kemahiran kendiri yang lebih baik.
Mudah Terima Perubahan, Jenis Tak Kisah
Mereka juga dikatakan mudah untuk menerima sebarang perubahan dalam kehidupan. Rupa-rupanya inilah yang menjadi punca mengapa pasangan mereka dapat hidup lebih lama! (sudah tentu dengan ketentuan Tuhan juga kan?)
Tambah menarik, para responden dalam kajian itu turut memberitahu kebanyakan pasangan mereka jika mempunyai tubuh yang lebih besar mudah melahirkan anak. Mereka juga sentiasa berfikiran positif dan selalu tersenyum. Keputusan hasil kajian tersebut sememangnya memeranjatkan, tetapi penting untuk kita ingat, cinta sejati sebenarnya tidak mengenal bentuk fizikal seseorang. Ya kan?
Sebenarnya, normallah jika seorang isteri itu risau tubuhnya besar. Katanya hilang seri dan selalu sakit-sakit kakilah, badanlah. Sebagai suami yang penyayang dan sentiasa menyokong keadaan isteri anda, salurkan aura positif kepada mereka.
Suami, Tunjuklah Rasa Sayang Anda Pada Mereka. Tak Susah Pun!
Tunjukkan yang anda ambil berat – Jika isteri bercerita atau berkongsi tentang kerisauan tentang bentuk badannya, pastikan anda bersikap terbuka dan menjadi pendengar yang baik. Sentiasa prihatin dengan apa yang mahu dia katakan.
Jauhi pengaruh jahat – Andainya isteri anda ditanyakan tentang bentuk badannya dengan cara yang kurang sesuai atau memalukan, segeralah ambil hati mereka. Jauhkan mereka dari sebarang pengaruh yang akan menggalakkan mereka untuk buat perkara-perkara yang tidak patut.
Bersenam bersama – Kalau isteri ada hasrat mahu mula bersenam, janganlah dikecam. Untuk menyokong niatnya itu, anda boleh bersenam dengannya. Sekurang-kurangnya apabila dia melihat kesungguhan anda menyokong, isteri akan lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti kecergasan itu.
Pujilah selalu – Lumrah seorang wanita, sukakan pujian. Apa lagi dari suaminya. Banyakkan memuji dan memberi kata-kata positif kepada isteri anda. Buat dia rasa dihargai dan tidak malu berhadapan dengan orang lain.
Pilih diet – Diet yang baik adalah jika ia baik untuk kesihatan dan tidak terlalu berat. Jika isteri mahu melakukannya, pastikan anda sama-sama membuat carian maklumat tentang diet terbaik yang boleh isteri anda cuba dalam usaha menurunkan berat badannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah sekian lama menanti, akhirnya pempengaruh yang juga usahawan, Bella Park mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama bersama suaminya, Haikal Anuar.
Menerusi media sosialnya, Bella memuat naik video ketika cuba berkongsi perkhabaran gembira itu kepada suaminya.
Tambah Bella lagi, dia dan suami begitu terharu tambah pula anak sulungnya menerusi perkahwinan pertamanya sudah lama mengimpikan seorang adik.
“Alhamdulillah, kami dua emosi sangat sebab terus terbayangkan Nenel.
“Dia kan dah 10 tahun umur, dia memang teringin adik sangat-sangat,” tulisnya Bella menerusi kapsyen itu.
Melalui video yang dikongsikan Bella, ibu kepada seorang cahaya mata ini meletakkan kit kehamilan di dalam sebuah bekas sebelum berkongsi kegembiraan itu dengan suami.
Kedua mereka dilihat mengalirkan airmata sebagai tanda rasa syukur atas kurniaan rezeki yang dinantikan sekian lama.
Bella juga menerusi videonya turut sama mendoakan agar pejuang garis dua sentiasa bersemangat tidak putus asa untuk mendapatkan zuriat.
“Bella doakan semua yang tengah TTC akan diberikan zuriat secepat yg mungkin, Amin,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Bella dan Haikal mendirikan rumah tangga pada 1 Februari lalu. Bella turut mempunyai seorang cahaya mata menerusi perkahwinannya yang terdahulu, Muhammad Danial Nazran atau lebih dikenali sebagai Nenel, 10 tahun yang juga anak autism.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengumumkan kelonggaran merentas sempadan negeri untuk pasangan suami atau isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja.
Menurut beliau, kelonggaran diberikan untuk pasangan suami atau isteri untuk bertemu dengan keluarga setelah masing-masing ‘berpisah’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
“Mengenai perjalanan rentas negeri, saya diberitahu ada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja.
“Misalnya, suami bekerja di Perlis, isteri di Johor. Oleh kerana larangan perjalanan rentas sempadan negeri, ada suami yang dah tak berjumpa anak dan isteri selama dua bulan.
“Jadi saya nak mengumumkan kita berikan kelonggaran kepada pasangan suami atau isteri ini untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga.
“Bagi yang melibatkan perjalanan rentas negeri Sabah dan Sarawak, saya mohon supaya kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga memberikan kelonggaran yang sama.
“Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan,” ujar beliau.
Dalam perutusan tersebut juga Perdana Menteri turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.