Sebenarnya tak susah pun nak cipta bonding dengan anak-anak di rumah. Tak perlukan kos yang tinggi pun. Cuma berikan tumpuan yang lebih saja. Salah satu permainan yang tak terjangka hebatnya adalah permainan congkak. Bukan saja cipta bonding tapi melatih motor skill anak kecil kita.
Perkongsian bapa penyayang ini, Ahmad Affzan Abdullah di facebooknya, mama papa boleh tambahkan ilmu di dada. Paling penting dapat rangsang motor halus anak dan kemahiran lain. Hebat!
Jika ada masa lapang, congkak inilah salah satu permainan kami sekeluarga. Anak aku yang umur 5 tahun pun seronok main bersama.
Apa kebaikan main congkak?
1. Mengasah skil psikomotor
Bukan mudah menggenggam guli-guli kecil dalam kuantiti yang banyak. Kemudian kau kena lepaskan satu persatu ke dalam lubang ikut tertib pusingan jam.
Kau bayangkan tangan orang dewasa pun terkial-kial nak buat, budak kecil apatah lagi. Namun itulah yang menajamkan lagi skil psikomotor mereka, lebih-lebih lagi waktu pusingan pertama yang kau berebut nak lepaskan guli laju-laju.
2. Belajar mengira
Sekurang-kurangnya anak kau yang kecil dah boleh mengira 1 hingga 7 waktu nak penuhkan lubang congkak sebelum mula bermain.
Kemudian waktu dia lepaskan guli itu satu-satu, kau mintalah dia kira dan sebut dengan kuat. Lama-lama sampai berbelas-belas pun dia dah pandai kira secara tak langsung.
3. Belajar mencongak
Ads
Nak main congkak ini bukan kau main hentam saja pilih lubang mana secara rawak. Kau kena congak juga kalau ambil guli dari lubang A, nanti akan habis dekat lubang mana.
Ini semua perlukan skil mencongak dalam kepala. Orang sekarang panggil ‘mental arithmetic’. Kalau anak kau dah boleh mengira, ajar dia mencongak pula supaya permainannya lebih seronok. Tak adalah dia stress asyik mati saja.
4. Belajar strategi dan merancang
Selepas pandai mencongak, anak kau juga perlu merancang nak ambil guli dari lubang yang mana dulu. Guli paling banyak atau paling sikit?
Contoh kalau ada 1 guli dalam lubang sebelah rumah, adakah kau nak masukkan guli itu terus ke rumah, atau tunggu dulu?
Sambil pihak lawan jalan, mata anak kau juga dah jeling-jeling untuk strategi seterusnya. Kemudian kena sentiasa peka, takut pihak lawan menipu. Patut masukkan satu guli, dimasukkannya 2 guli (yang ini kawan aku biasa buat waktu kecil. Aku saja yang jujur main congkak ni).
Ads
5. Melatih kesabaran dan kejujuran
Memang bengang kalau pihak lawan ‘tembak’ kita banyak-banyak. Lepas itu, asyik dia saja jalan tak mati-mati. Mau murung seharian dibuatnya. Sudahlah begitu, pihak lawan menang pula akhirnya.
Lalu mulalah kau nak mengelat macam aku cerita kawan aku buat tadi. ‘Skip’ lubanglah, masukkan tambahan guli dalam rumahlah dan macam-macam akal lagi.
Jadi bila nak main congkak ini, kau kena selalu ingatkan pada anak-anak erti sebuah kejujuran. Biarlah kalah, asal kita kalah bermaruah. Cewah.
Ini penting untuk diaplikasikan dalam hidup. Ramai orang menipu dan mengelat untuk lepaskan diri sendiri saja sekarang. Maka dengan bermain congkak ini, sifat jujur ini dapat kau pupuk pada anak-anak.
Ads
6. Kos yang murah
Congkak ini pun tak begitu mahal untuk kau beli sebagai bahan aktiviti masa lapang bersama anak-anak. Sekitar RM30-40 pun dah boleh dapat di Lazada.
Kemudian dia tahan lama. Dari anak kau tadika sampai masuk universiti pun masih bertahan lagi, dengan syarat kau tak hempas papan congkak ni ke simen lah.
Kalau guli hilang pun, tak sampai RM5 kau boleh beli sebungkus 100 biji.
7. Meneruskan tradisi warisan negara
Dalam zaman semuanya elektronik sekarang, memang sesuailah kau mesrakan juga anak kau dengan sesuatu yang lebih ‘natural’ dan ‘kembali ke asal’.
Terangkan pada anak-anak tentang permainan tradisional yang menjadi warisan budaya kita agar semua ini tidak hilang ditelan masa.
Walau sejauh mana kita melangkah, ingatlah akar yang menautkan kita dengan bumi yang kita pijak.
Begitulah.
Banyak kelebihan bermain congkak ini selain mengeratkan hubungan kau dengan anak-anak. Jika berkelapangan, ajaklah mereka main bersama. Insya-Allah bermanfaat untuk seisi keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang lumrah ibu-ibu, walaupun sakit tetap akan melakukan kerja rumah dan tetap menjalankan tugas sebagai ibu serta isteri. Penat macam mana sekalipun para ibu tetap tidak akan berhenti dan berehat. Baginya, selepas berkahwin hidup hanyalah untuk suami dan keluarga.
Tapi ibu-ibu perlu ingat, sekuat mana pun kita usaha untuk melaksanakan tugasan kita. Kita tetap memerlukan rehat. Ambil masa dan tenangkan diri, buatlah terapi diri yang anda sukai kerana ibu-ibu juga manusia biasa. Jika bukan anda yang meraikan diri sendiri, siapa lagi kan?
It’s OK Mommy…
It’s OK Mommy untuk take a break dari melayan anak bermain dan memintanya bermain sendiri pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari memasak dan memberi anak makan apa saja yang ada di rumah, asalkan kenyang pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari sesi pengajaran akademik dan membiar anak menonton kartun dari ipadnya pada hari ini.
It’s Ok Mommy untuk take a break dari mengemas dan mencuci lalu bergolek saja senang hati layan YouTube pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari mengurus rumah dan anak-anak untuk melepak sebentar bersama kawan-kawan pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari tidurkan anak on time demi layankan movie best di Netflix pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari habit pantang nampak makanan kegemaran anak di kedai pasti nak belikan dan beli saja apa anda mahu untuk diri sendiri pada hari ini.
Tidak ada sesiapa yang akan berikan ibu cuti jika bukan ibu sendiri.
Tidak ada sesiapa, TERMASUK anak- anak, boleh buat ibu gembira jika bukan ibu sendiri.
Tidak ada anak yang gembira memiliki ibu yang tak hidup dengan gembira.
Pemandangan indah yang terpampang di depan mata hanya MAMPU DI NIKMATI ANDAI
KITA MEMILIH UNTUK BERHENTI SEKETIKA.
Maka ibu belajarlah untuk berhenti seketika.
Kerana
Urusan hidup dan tanggungjawab tidak akan pernah selesai samada ibu pilih untuk take a break atau tidak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Farah Lee menceritakan pengalamanya bagaimana beliau menyambung pelajaran di U.K. Lebih mengagumkan apabila beliau sendiri tidak ditaja oleh mana-mana pihak tambah lagi membawa si kecil, maream bersama-sama tinggal di UK. Kuat betul semangat Farah kan nak tambah ilmu.
For those who asked; Bila self-fund, nak apply visa duit kena cukup untuk bayar yuran dan setahun expenses di sana yang immigration dah tetapkan (total tu kena ada dalam bank tak terusik selama 28days at least). Untuk Farah,
Tuition fee : £17,500 Student living cost : £9,135 Dependant (Maream) living cost : £6,120 Total £32,755 = RM180,000
Visa, tickets etc lebih kurang RM20,000 gak total.
Duit cukup.? Memang taklah wey ingat aku orang kaya.? Haha.. Parents pun bukan have2. Tapi I memang nekad jugak, dapat tak dapat scholarship, mesti pergi. Alhamdulillah adalah sikit savings, simpan sebab nak pergi haji tapi since mahram tak muncul2 lagi so gunalah duit tu dulu
Dan since I ada @ommaesabel, so hopefully sales OE boleh topup mana yang belum cukup. Ni pun pinjam duit OE bayar yuran. Tapi OE tu pun company aku.
Sesetengah orang mungkin cakap ruginya spend banyak2, total tu boleh beli kereta import cash ching2.
Tapi pada Farah, investment pada ilmu takkan pernah rugi. Sebab ilmu antara the only 3 benda yang boleh dibawa mati selain sedekah dan anak soleh. Kereta tak boleh Bukan lah taknak beli kereta, mengidam jugak Jaguar sebijik.
I tried to get scholarship, like really hard. Almost everyweek google ‘open scholarship 2018’, stayed up isi forms sebab siang sibuk dengan @ommaesabeldan Esabel ? buat essays 2000-3000 words etc, memang gigih. Applied to commonwealth, university’s, MARA and JPA, tapi takde rezeki.
Sponsors lain banyak tak support education studies, begitu juga MARA & JPA which I agak kelu lah bila mereka kata ‘Pendidikan tak termasuk dalam perimeter tajaan kami jadi anda tidak berjaya’ when I appealed my application. Like sampai bila2 Malaysia akan spend duit hantar student overseas sebab pendidikan tak improve2 sebab taknak invest part tu
Rata-rata netizen memberikan semangat kepada Farah Lee agar beliau dapat menamatkan pelajaran dengan baik. Ada juga yang kagum dengan semangat beliau, ibu tunggal bersam anak kecil tinggal di negara orang semata-mata untuk menambah ilmu.
Salute kt Farah, semangat kuat dgn anak kecil lagi
Fighting
Goodluck omma untuk hijrah
Semoga dimurahkan rezeki
Sumber: Farah Lee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon popular, Wawa Zainal sangat teruja melihat anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar atau mesra dipanggil Attar akhirnya meminta untuk makan ayam setelah 7 tahun hanya memilih untuk makan nasi dan sup kosong sahaja.
Masalah anak memilih makanan bukan hanya terjadi kepada Wawa sahaja malah ada warga maya yang mengakui bukan mudah untuk menarik selera makan anak-anak kecil.
Video tersebut dikongsi oleh Wawa melalui instagramnya dan berharap selepas ini Attar akan meminati sayur pula.
Menurut Wawa, pada mulanya Attar masuk ke dapur dan terbau kari ayam dan apabila anak sulungnya itu mencuba ayam tersebut dia terus menyukainya dan meminta lagi untuk Wawa menyediakan menu ayam hari ini.
“Alhamdulillah after 7 years Attar dah pandai makan ayam🥺”
“Semalam masak ayam kari then kebetulan dia kat dapur. dia cakap bau sedap & dia nak try. Dan akhirnya dia pun try ayam kari semalam. Sedap katanya dan request suruh masak lagi. so harini masakkan lagi ayam untuk Attar & he loves it!”
Gembira dengan penerimaan anak sulungnya terhadap masakan ayam, Wawa menceritakan bahawa Attar sememangnya tidak menyukai ayam dan sayur-sayuran sejak kecil hinggalah besar. Attar hanya akan makan nasi dengan sup kosong sahaja. Wawa berharap agar Attar akan menyukai sayur pula selepas ini.
“Sebelum ni Attar memang makan nasi & kuah sup kosong je. Buah-buah makan jugak. Tapi sayur langsung tak nak. Hopefully lepas ni makan sayur pulak😆😆”
Wawa sempat bertanya kepada para pengikutnya di instagram jika ada yang mempunyai pengalaman sama denganya dalam menguruskan anak ‘picky eater’
“Baru dia tau betapa nikmat & lazatnya daging ayam ni🤣 korang ada tak anak macam ni jugak??”
Rata-rata warga maya tertarik dengan kecomelan anak Wawa Zainal dan ada juga yang mengalami situasi sama seperti Wawa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini anak sentiasa bersama ibu dan ayah sejak kecil. Kali ini si kecil yang kita tatang bagai minyak yang penuh bakal melangkah ke alam persekolahan. Ibu mana yang tidak sayu hati berpisah seketika.