Melewati Instagram pelakon, Elfira Loy dengan gelagat dua anak saban hari memang mencuit hati. Paling menarik pastinya si comel Muhammad Rayyan Khalaf, anak sulung Elfira yang semakin aktif meraih perhatian ibunya saban waktu.
Berkongsi gelagat comel Rayyan, kongsi Elfira menerusi Insta Story nya, sebolehnya dia cuba memperuntukkan sebanyak mungkin waktu untuk anak sulungnya itu untuk bermain sama-sama.
Melihat perkongsian Elfira jelas membuktikan Rayyan anak yang cukup aktif dan tidak duduk diam.
Pun begitu kata Elfira, dia bersyukur anak sulungnya begitu pandai berdikari, lebih-lebih lagi sejak punya adik.
“Yang mommy bersyukur is Rayyan is very independent tapi adalah cheeky cheeky tu.
Ads
“Yang penting he can play on his own, boleh tolong mommy if i need anything,” kongsinya.
Namun paling menarik pastinya minat Rayyan pada barangan tertentu yang membolehkan dia duduk diam.
“Kalau nak dia duduk diam-diam main, kena bagi cable, bunga kantan, ranting, tisu atau daun-daun. Tu favourite dia,” kongsi Elfira lagi.
Tidak hanya sukakan elemen alam seperti ranting dan daun-daun paling menarik salah satu video yang dimuat naik Elfira, Rayyan bermain dengan tangkai petai dengan begitu kusyuk sekali. Comelnya gelagat Rayyan.
Ads
“Dia boleh main petai ni, sorang-sorang dah nak sejam,” kongsi Elfira lagi.
Comelnya gelagat Rayyan yang begitu kusyuk bermain dengan petai. Tak perlukan mainan mahal, memang jimat.
Luang masa dengan Rayyan
Ada waktunya Elfira dilihat bermain kejar-kejar sambil mengendong anak keduanya, Aria. Semuanya demi memastikan Rayyan tidak rasa tersisih.
Ads
Antara aktiviti menarik yang dikongsikan Elfira adalah ketika anak kecil itu membaca buku malah bermain dengan bahan-bahan yang tidak dijangka. Memang comel.
Siapa yang tidak sayangkan zuriat sendiri, kan? Namun adakalanya sikap anak boleh menguji kesabaran ibu bapa. Jom kenal pasti 5 perangai anak yang boleh mendatangkan kebimbangan.
Kebimbangan mengenai sikap anak
Sebagai ibu bapa, pastinya tertanya-tanya apakah perwatakan anak yang mungkin di luar batasan normal seorang kanak-kanak.
Tidak dinafikan pada tahap tertentu, anda perlu berdepan dengan tingkah laku anak yang mungkin mendatangkan masalah.
Pastinya cara anda bertindak balas terhadap sikap anak itu memainkan peranan utama.
Pun begitu, terdapat beberapa perangai anak boleh dianggap sebagai petanda masalah yang lebih serius dan memerlukan bantuan profesional.
Fahami perangai anak
5 sikap anak berikut mungkin bermaksud mereka menderita gangguan tingkah laku atau didasari masalah tertentu.
Ia boleh digunakan untuk membantu anda mengenal pasti permasalahan anak, seterusnya membawa mereka untuk mendapatkan bantuan profesional bagi pencegahan awal.
#1. Membantah
Walaupun terdapat banyak penjelasan yang mendasari perangai anak ini, namun seringkali ia disebabkan gangguan tingkah laku seperti:
Gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD)
Gejala bertentangan dan bantahan (oppositional defiant disorder, ODD)
Conduct disorder (CD). Selalu tanda-tanda gangguan di atas sering bertindih kerana mempunyai gejala yang lebih kurang sama. Namun, perwatakan anak yang suka membantah ini akan lebih terserlah pada anak dengan ODD dan CD.
Walau bagaimanapun tidak dinafikan, ia adalah perkara biasa untuk seorang anak menguji had kesabaran anda. Jadi jika anak membantah permintaan anda, tawarkan sesuatu kepadanya, seperti, “Kalau Qila kemas mainan, kita boleh pergi berjalan di taman.”
Dan sekiranya mereka masih tidak mahu mengikutinya, berikan amaran yang diikuti dengan akibat. Paling penting, pastikan anda konsisten. Jangan hari ini anda memarahi perangai mereka dan keesokan harinya, tiada sebarang hukuman jika anak mengulanginya.
#2. Kurang tumpuan
Antara sikap anak yang paling menguji kesabaran ibu ayah apabila mereka tidak memberikan fokus. Situasi ini seringkali berlaku jika mereka tidak berminat kepada sesuatu perkara itu.
Namun, sekiranya anda menyedari mereka sukar menumpukan perhatian atau kerap bertukar aktiviti tanpa menyelesaikannya, ia mungkin gejala ADHD.
Anak juga mungkin tampak impulsif – melakukan sesuatu dengan terpaksa dan terlalu aktif.
#3. Agresif secara fizikal
Bermula daripada tantrum hingga interaksi negatif dengan rakan sebaya lain, perangai anak yang agresif secara fizikal pastinya perlu ditangani segera.
Sebagai contoh, bagi anak dengan CD, perwatakan ini mungkin akan dikembangkan dengan mencederakan haiwan pula.
Secara keseluruhan, anak akan mungkin lebih terlibat dalam pengaduhan dan sukar mendengar kata.
#4. Menyalahkan individu lain
Apabila anak berkelakuan buruk, adakah mereka akan menyalahkan individu lain?
Secara umumnya, ia adalah sikap anak yang biasa untuk mengelak daripada mendapat masalah. Tetapi bagi anak yang mempunyai gangguan tingkah laku, perwatakan ini akan lebih ketara dan kerap dilakukan.
Anda akan melihat perangai anak yang secara berterusan tidak mahu menggalas tanggunjawab serta keengganan untuk menanggung kesalahan mereka sendiri.
#5. Tingkah laku antisosial
Jangan tersilap ya parents, sikap malu dan antisosial tidak sama. Biasanya kanak-kanak lelaki yang menghidap conduct disorder akan lebih cenderung menunjukkan tingkah laku antisosial berbanding kanak-kanak perempuan.
Tingkah laku antisosial yang teruk pada fasa awal kanak-kanak akan membawa kepada diagnosis CD atau ODD.
Sebagai ibu bapa, anda juga akan melihat pelanggaran peraturan sosial, mengingkari autoriti dan mengabaikan individu lain.
Mengubah tingkah laku anak
Umumnya, seorang kanak-kanak cenderung meneruskan tingkah laku yang sama apabila diberikan penghargaan dan menghentikannya apabila tidak diendahkan.
Konsistensi tindak balas anda terhadap perangai anak adalah penting.
Ini kerana jika anda pernah memberi pujian di atas sikap anak yang tertentu, tapi pada hari lain hukuman diberikan untuk tingkah laku yang sama, ia boleh menyebabkan mereka keliru.
Apabila anda menganggap tingkah laku anak sebagai keadaan yang mendatangkan masalah, tiga pilihan berikut boleh dilakukan:
Perlu diingat bahawa adalah perkara biasa bagi anak-anak membuat perangai sekali-sekala.
Ini merupakan satu proses perkembangan yang perlu dilalui oleh anak anda. Tetapi, jika masalah tingkah laku tidak bertindak balas terhadap strategi disiplin atau sikap anak mula menjejaskan pelajaran dan hubungan rakan sebaya, berbincanglah dengan pakar pediatrik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya jika kita sudah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan pada awalnya, sudah tentu akan memasang impian untuk mempunyai anak lelaki pula untuk kali ketiga.
Siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT. Apabila disahkan hamil anak ketiga, mengandung sembilan bulan, yang keluar akhirnya anak perempuan juga.
Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa. Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata “Lahhhh.. rezeki kau dapat anak dara lagi.”
Harapnya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah R.A dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
Hati ibu mana sanggup lihat anak berdepan detik cemas. Itu yang dilalui oleh penyanyi dan pelakon, Fara Hezel apabila anak lelakinya, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra dilaporkan telah terperangkap dalam kereta yang terkunci selepas melakukan aktiviti riadah di sebuah kawasan rekreasi di Terengganu.
Menurut Fara, pintu keretanya itu terkunci secara automatik ketika dia meletakkan anaknya itu di kerusi bayi di tempat duduk penumpang dan bila nak masuk kereta, tiba-tiba pintu dah terkunci dari dalam.
“Tak tahu nak buat macam mana, Fara terpaksa meminta pertolongan orang ramai yang berada di kawasan tersebut untuk memecahkan tingkap kereta tersebut.
“Allahuakbar! Dugaan betul hari ni. Korang tahu tak harini Fara diuji. Farah bawa Aisy jalan-jalan dekat Lagoon, Kuala Ibai. Masa nak balik, letak Aisy dekat seat dia, Fara dah siap lock dia Fara nak masuk kereta, kereta terkunci dari dalam.
“Allahuakbar tak tahu nak cakap macam mana nervous dia. Nasib Aisy tak nangis. Fara risau dia lemas sebab enjin kereta tak start lagi.
“Fara tak fikir malu dah. Terus jerit panggil orang tolong. Terima kasih sangat-sangat pada pak cik, abang-abang dan kakak yang membantu tadi. Fara suruh je dia pecah tingkap, takda fikir apa dah,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Setiaku Pasti ini menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories.
Fara akhirnya mampu menarik nafas lega selepas anaknya itu berjaya dikeluarkan dengan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian ini benar-benar buatnya trauma.
“Guys dengan apa yang terjadi dekat Fara ni beri kesan yang sangat dalam pada Fara. Fara cuba buat yang terbaik untuk Aisy tapi still gagal. Allah uji Fara.
“Tapi tak mengapa, Fara ambil semua ini sebagai peringatan pada diri Fara untuk lebih peka. Alhamdulillah Allah masih melindungi kami,” kongsinya.
Di kesempatan itu juga, Fara turut mengingatkan para ibu untuk sentiasa peka, lebih-lebih lagi soal keselamatan anak.
“Kepada korang yang ada anak tolong guys. Kalau nak bawa anak berdua make sure korang lebih peka. Jangan tinggal kunci dalam kereta. Make sure ada di tangan.
“Itulah kesilapan Fara. Please ibu bapa di luar sana jangan sebab kelalaian kita anak jadi mangsa,” katanya.
Fara yang mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dari Terengganu, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 2019 itu dikurniakan anak sulung pada 18 Oktober 2020.
Kredit: IG Officialfarahezel
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.