Main Sorok-Sorok Nasi Bagi Anak Kenyang, Mama Boleh Sediakan Lempeng Nasi Ni!

Share

Bila anak makan nasi, secara automatik mama akan merasa lega. Bila anak kenyang perut barulah anak senang nak tidur dan dapat khasiatnya. Begitu tanggapan semua. Namun hakikatnya, karbohidrat boleh digantikan dengan roti serta aneka mi dan pasta. Begitu juga dengan kentang yang mempunyai khasiat tinggi.

Jadi usah paksa bila anak tidak mahu makan nasi sebaliknya cuba berkreatif dengan menyorokkan nasi di dalam makanan lain. Salah satu menu yang boleh diusahakan adalah meletakkan nasi di dalam lempeng, seperti yang dikongsikan oleh Resipi Rarra Sakura ni. Nampak sedap!

 

Al kisahnya si Lempeng Nasi untuk si manja. Dah dekat seminggu anak reject nasi. Makan tapi dia main luah, tenyeh-tenyeh pulak.

Ye faham tu bagus untuk proses perkembangan psikomotor dia. Mommy tak marah tapi stress jugak. Mommy tetap kata nasi tu lagi kenyang.. so kita main sorok-sorok nasi. Nak try buat lempeng nasi pulak.

2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan ikan bilis
2 cawan air

Semua ni blend sampai hancur.

Letak sikit air, ikut sukatan dua cawan.

Dah hancur dan sebati.

Ratakan kuali non stick dengan sedikit minyak. Ambil sesenduk adunan ratakan buat macam lempeng. Bagi garing sikit takpe. Siap!

 

 

IKLAN