Donat antara kuih yang cukup digemari oleh anak-anak kita. Rupanya yang bulat ditaburi dengan gula sememangnya digemari. Pun begitu, usahakan untuk tidak diberikan dengan kerap kerana saduran gulanya yang tinggi atau memilih untuk memberikan donat kosong jika memilih untuk mengawal gula pada si kecil kita.

Namun donat yang satu ini cukup lembut dan gebu seperti span. Ditambah lagi cara membuatkan yang mudah kerana menggunakan sukatan cawan. Jadi senanglah ibu mencubanya di rumah. Apa kata kita cuba donat lembut dan gebu ini untuk anak-anak kita. Mainlah uli-uli bersama, dapat juga bonding dengan anak-anak. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Zurina Kifli ini.

Main Uli-Uli Dengan Anak, Cuba Buat Donat Gebu Macam Span Ni, Senang Je Pakai Sukatan Cawan!

Perapan Yis:
1 1/2 cawan air suam- isikan dalam gelas besar @mangkuk, nanti yis berbuih takut melimpah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis Mauripan@saf
1@2 biji kuning telur gred A@B yang dibuang pusat, kacau-kacau dahulu (ni rahsia lembut gebu)

Bahan-bahan lain:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
2 sd makan shortening
2 sd makan marjerin @ (kalau tak ada shortening boleh letak 3 sd makan marjerin, cairkan dan biar sejuk)
2@3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sd teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada

Cara buat perapan yis

Satukan air suam dan gula, kacau hingga gula larut. Masukkan yis dan kacau-kacau sekejap, biarkan 15 minit atau hingga berbuih. Bila yis dah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati siap.

IKLAN

Satukan semua bahan lain

Main Uli-Uli Dengan Anak, Cuba Buat Donat Gebu Macam Span Ni, Senang Je Pakai Sukatan Cawan!

Gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Tuangkan perapan yis yang dah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat. Kalau dah rasa ok tak perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung. Doh mesti lembut melekit-melekit sedikit.

Terus uli dengan cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin. Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas-ramas, sekali sekala picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit.

Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Doh dah tak melekat-melekat pada tangan.

IKLAN

Main Uli-Uli Dengan Anak, Cuba Buat Donat Gebu Macam Span Ni, Senang Je Pakai Sukatan Cawan!

Tutup bekas doh dengan tudungnya atau kain lembap atau plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.

Apabila doh dah cantik kembang, tekan-tekan atau tumbuk perlahan untuk buang angin dan bentukkan dengan bentuk disukai. Samada bentuk donat biasa, bentuk hati atau bentuk bunga. Sentiasa lumurkan tepung pada tangan supaya doh tak melekat pada tangan.

Dah siap bentuk rehatkan lebih kurang 30 minit, bergantung suhu ruang. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar apabila hendak digoreng. Jangan sampai doh terover kembang tau, nanti donat mengecut lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.

IKLAN

Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan, balikkan sekali sekala sahaja hingga masak kedua-dua bahagian untuk dapatkan ring putih pada tepi donat.Jangan kerap balik-balikkan donat nanti hilang ring Putin tu.

Api pulak jangan kuat sangat nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dalam tak masak sepenuhnya. Ingat tu. Angkat donat dan toskan minyak, boleh lapik bekas dengan tisu dapur. Apabila donat dah suam bolehlah salutkan dengan gula, susu tepung+gula atau coklat.

Main Uli-Uli Dengan Anak, Cuba Buat Donat Gebu Macam Span Ni, Senang Je Pakai Sukatan Cawan!

GULA SALUT DONAT:
1/2 cawan Snow Powder @Dusting Powder
Sedikit gula castor

Satukan kedua-dua gula dan kacau rata. Letak donat dalam bekas besar bertutup rapat. Goncang perlahan-lahan hingga gula tersalut cantik.

Kredit: Zurina Kifli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI