Untitled design (9)

Anak sepahkan mainan di ruang tamu kita yang stress semacam. Lagi-lagi mak ayah jenis yang ada Obsessive Compulsive Disorder atau OCD, pantang nampak mainan bersepah di mana-mana. Mulalah nak kemas habis satu rumah, siap mop lantai lagi.

” Dulu saya kategori yang tak boleh tengok satu barang pun sepah, tapi lepas ada anak saya bertolak ansur dengan diri sendiri sebab nak kemas sentiasa setiap lima minit rasa macam bibik pula. Nak kemas selalu pun dah tak ada tenaga. Jadi nak jimatkan tenaga saya biarkan sahaja sampai anak dah tak nak main, baru saya bantu dia kemas sekaligus.”

Ya betul, selepas ada anak seharusnya mak ayah jadi lebih bijak dan teknik mengemas juga perlu tepat. Jadi tak payah lah nak bersusah payah nak kemaskan mainan anak sentiasa. Bertahan sekejap dan kemaskan sahaja pada waktu yang tepat. Malah nak menyimpan pun ada teknik yang tepat, barulah rumah nampak kemas dan bersih.

Mainan Seketul Atas Lantai Pun Rasa Nak Marah, Tak Payah Stress, Tenang-Tenang Je Simpan Mainan Anak!

 

Bukan itu sahaja, penyimpanan yang tepat pun buat anak rasa seronok nak main malah sentiasa fokus ketika nak bermain. Ada cara mak ayah perlu tahu. Tip yang dikongsikan oleh ibu Sabariah Sareh ini mama boleh cuba!


TIPS SUSUN MAINAN

IKLAN

Hari ni mama Imani nak share macam mana nak simpan mainan untuk anak main.

Mama letak mainan Imani dekat rak buku biasa ni. Hari-hari mama ubah kedudukan dia. Fungsi dia mudah je. Hari-hari Imani masuk bilik dia akan pilih dia nak main apa. Nanti sudah main mama suruh dia kemas. Yes dia baru 14 bulan tak pandai kemas, mama train mama pegang tangan dia suruh kutip mainan dan simpan. Memang tak perfect ye la 14 bulan baru kan haha..Mat saleh cakap PRACTICE MAKE PERFECT. Hari-hari ulang juta-juta kali ye sila jangan jemu.

Mainan Seketul Atas Lantai Pun Rasa Nak Marah, Tak Payah Stress, Tenang-Tenang Je Simpan Mainan Anak!

Beza letak mainan dekat rak dan storrage box. Dekat rak mata anak masuk bilik fokus mainan dan ambil terus main. Kalau dalam storrage box anak akan ambil mainan kemudian dia buang, lepas tu ambil barang lain pulak. Kesudahannya anak penat buat sepah, mak-mak penat mengemas hahaha.

Boleh letak dalam bakul tapi hari-hari bagi mainan yang berbeza satu persatu jangan bagi semua dalam bakul tu nanti anak jemu tak fokus nak main yang mana satu.

IKLAN

Untuk buku digalakkan susun menghadap tajuk ke depan untuk memupuk anak membaca. (sesuai untuk anak pra-sekolah memupuk budaya membaca)

Mainan Seketul Atas Lantai Pun Rasa Nak Marah, Tak Payah Stress, Tenang-Tenang Je Simpan Mainan Anak!

Mainan tak semestinya beli, mainan DIY juga dapat meransang motor skill dan sensory juga, mak-mak sila kreatif tau untuk mainan yang lebih jimat hihi.

Ps:-Di samping anak lebih berdisiplin, bilik anak pun nampak kemas dan kita tak perlu hias lebih, mainan anak yang tersusun rapi dapat ceriakan bilik anak. Anak pun pandai buat keputusan sendiri dia nak main apa dan suka yang mana.

IKLAN

Mainan Seketul Atas Lantai Pun Rasa Nak Marah, Tak Payah Stress, Tenang-Tenang Je Simpan Mainan Anak!Imani suka mainan yang ada banyak warna dan menarik.

Mainan Seketul Atas Lantai Pun Rasa Nak Marah, Tak Payah Stress, Tenang-Tenang Je Simpan Mainan Anak!Contok rak yang mengikut ketinggian anak.

Mainan Seketul Atas Lantai Pun Rasa Nak Marah, Tak Payah Stress, Tenang-Tenang Je Simpan Mainan Anak!

Rak DIY pun boleh tiru jika mak-mak kreatif.

Mainan Seketul Atas Lantai Pun Rasa Nak Marah, Tak Payah Stress, Tenang-Tenang Je Simpan Mainan Anak!Ni susun ikut kategori.

Bagi nak mudahkan mama mencari rak dan tempat penyimpanan sesuai untuk anak-anak menyimpan buku dan permainan anak dengan teratur seperti yang dikongsikan oleh ibu ini boleh klik di sini, Shopee. 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI