Adakalanya kita selalu melarang anak-anak kita daripada melakukan pelbagai aktiviti. Setiap aktiviti sebenarnya mampu melatih anak untuk menjadi lebih mahir dalam sesuatu malah paling utama melatih minda mereka.
Salah satu aktiviti yang paling memberi impak pada anak-anak adalah kemahiran manipulatif di mana melibatkan peralatan atau permainan serta objek yang dimanipulate dengan jari-jemari atau anggota badan lain.
Menurut Puan Mahfuzah Zainol, Occupational Therapist, menyenaraikan beberapa permainan biasa yang nampak mudah tetapi besar impaknya kepada anak-anak kecil kita. Ayuh cuba!
Mainan yang biasa tetapi impaknya luar biasa
1. Kemahiran manipulatif bermaksud segala peralatan atau permainan atau objek yang boleh di’manipulate’ dengan jari-jemari atau anggota badan lain (e.g: kaki).
Ads
2. Manipulative skills require focus and attention, finger strength, visual, tactile and coordination skills.
3. Manipulative skills tidak restricted kepada hanya permainan fine motor skills sahaja.
Ads
4. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran manipulatif kategori fine motor skills :
6. Permainan manipulatif tidak termasuk akiviti seperti :
– Merangkak
– Berlari
– Berjalan
– Membongkok
– Melompat (unless guna tali skipping)
Jadi bila anak cuba main permainan di atas, sebaiknya biarkanlah sahaja dia mengasah mindanya. Ada baiknya untuk perkembangan si kecil kita. Mama sila jangan larang ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada usia tiga tahun, anak sedang membesar dan telatahnya pasti mencuit hati. Sebagai ibu ayah, inilah fasanya kita menyaksikan anak kesayangan menjadi semakin aktif dan bijak. Dengan umur begini, mereka masih kecil dan hanya mahu bermain. Kadang-kadang apabila bermain, mungkin berlaku kejadian yang tidak diingini sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian.
Seperti yang dipetik dari portal Sinar Harian, seorang wanita dan kekasihnya yang dituduh mengabaikan kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kematian telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.
Mengikut pertuduhan, Noraini Haron, 42, dan Mohd Khairul Shamsua Israk, 38, dengan niat bersama sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Nuraireen Afeeya Muhammad Padzli telah mengabaikan kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan kematian.
Perbuatan kejam itu dilakukan tertuduh dari 18 Mac hingga 24 Mac 2024 di sebuah rumah di Taman Mayung di Port Dickson.
Susulan daripada itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syafina Mohd Radzuan tidak menawarkan jaminan kerana menyifatkan kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius. Noraini yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana tidak bekerja dan mempunyai tiga anak anak termasuk mangsa. Manakala Mohd Khairul memberitahu, dia hanya bekerja sebagai pembantu bengkel dan mempunyai enam orang anak serta menanggung ibu bapa.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh dengan syarat perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan. Sebutan semula kes untuk laporan forensik 2 Mei depan.
Terdahulu, polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Bandar Sunggala, Port Dickson bagi membantu siasatan membabitkan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
Jatuh Dari Kenderaan
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan dari Hospital Port Dickson pada 24 Mac memaklumkan mangsa dalam keadaan kritikal akibat terjatuh daripada kenderaan.
Sebelum ini media melaporkan polis menerima laporan daripada Hospital Port Dickson, Ahad lepas yang memaklumkan mangsa berada dalam keadaan kritikal akibat terjatuh daripada kenderaan.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 15 Mac kira-kira jam 8.30 malam ketika suspek yang dipercayai teman lelaki kepada ibu mangsa ingin membuka pintu van semasa berhenti di sebuah kedai, dalam perjalanan dari Taman Anggerik ke Taman Mayung, Telok Kemang.
Ekoran daripada kejadian tersebut, kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan lebam di beberapa bahagian anggota badan dan mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian adik lelaki tunggal dalam keluarga sememangnya memberi kesan yang begitu mendalam buat pelakon popular Yana Samsudin.
Dalam entri sebelum ini, Yana telah memaklumkan bahawa adiknya, Muhammad Fahmi Harith telah meninggal dunia ketika dalam tidur seorang diri.
Adik meninggal dalam tidur
Dia yang nyata terkejut dengan keadaan tersebut sempat memaklumkan kepada semua dan memohon agar orang ramai menyedekahkan al-Fatihah buat adiknya itu.
Namun begitu, menerusi posting terbaru Yana di Instagram, dia telah memuat naik kembali penulisan seseorang yang menjadi orang terawal yang menemui jenazah adiknya.
Ternyata apa yang ditemui oleh Ustaz Faizal, (individu yang menemui arwah dirumah) di pintu bilik allahyarham adiknya sangat menyentuh hati. Nota yang ditampal dipintu bilik adalah pesanan dari isteri yang sedang berpantang di kampung buat suaminya yang berada seorang diri di rumah.
Menerusi perkongsian Ustaz Faizal lagi, terdapat sepasang baju bayi dibahu arwah ketika jenazahnya ditemui diatas katil dalam keadaan seakan sedang tidur itu.
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Perkongsian yang dibuat oleh Yana Samsudin di Instagram miliknya telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Mereka juga berasa pilu membaca perkongsian tersebut kerana mengenangkan keadaan allahyarham yang baru saja bergelar bapa 37 hari lepas.
Ucapan takziah turut tidak putus diterima dan masing-masing mendoakan agar allahyarham adik kepada Yana Samsudin itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Belum sempat rasa kasih sayang ayah
Sumber: IGYana Samsudin & OMM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Punya anak ramai sering dikatakan seumpama tidak punya masa untuk diri sendiri. Malah untuk tampil cantik seperti dulu juga terpaksa dilupakan kerana tidak sempat.
Hakikatnya anak ramai sememangnya cukup membahagiakan dan ini diakui sendiri oleh penyanyi Adira Suhaimi yang turut mempunyai empat orang cahaya mata dikala usianya baru menginjak 31 tahun.
Malah akui Adira, dia dan suami sebenarnya mensasarkan untuk punya anak sempat sebelum usianya 30 tahun. Namun tersasar dan melahirkan anak bongsunya pada usia 31 tahun.
Malah ibu kepada empat cahaya mata ini amat bersyukur kerana dikurniakan empat cahaya mata pada usianya masih muda iaitu 31 tahun.
“Memang saya rancang untuk beranak dulu, lepas tu berhenti untuk mulakan balik karier seni.
“Sebenarnya saya dah ‘ikat’ (peranakan) dah sebab keempat-empat anak bersalin Czer. Jadi saya ambil keputusan tu atas nasihat doktor dan suami juga. Saya bersyukur dah ada dua anak lelaki dan dua perempuan.
“Saya cadang nak berhenti beranak sebelum atau masa umur 30 tahun tapi sebab Covid dan sebagainya, lahir anak last umur 31 tahun,” katanya berkongsi.
Punya anak ramai bagi dirinya langsung tidak memberikan tekanan malah dakwaan punya anak ramai akan melenyapkan kecantikan dan awet muda seorang perempuan disangkal oleh ibu cantik manis ini.
“Tak semestinya anak seorang, dia akan nampak awet muda dan tak semestinya juga anak ramai, akan nampak lebih tua.
“Saya rasa yang penting, mental kita kena jaga dan emosi serta rutin harian kita. Begitu juga apa yang kita makan. Kadang-kadang orang muda tapi tak ada anak pun dah nampak tua. Mungkin dengan masalah tempat kerja atau sebagainya.
“Jadi saya rasa wanita khususnya ibu kena sihat mental dan fizikal. Diikuti rutin apa yang dia buat dan pemakanan.
“Kalau tanya saya sebenarnya, beranaklah ramai-ramai. Seronok ada anak ni sebab bagi saya, bila bujang dulu lain dia punya vibes.
“Bila dah jadi seorang ibu ni, lain lagi yang mana saya rasa ia sangat bagus untuk diri saya. Bila ada anak-anak, saya banyak belajar dari segi jadi matang seorang ibu dan jadi multitasking. Saya seronok buat semua tu,” kongsi Adira lagi.
Jangan takut beranak ramai
Malah isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red ini turut menasihatkan wanita agar jangan takut untuk berkahwin dan memiliki zuriat sendiri.
“Jangan takut untuk kahwin dan beranak. Beranak ramai sebab anak itu adalah rezeki,” ujar ibu cantik ini lagi.
Adira yang kini kerap muncul di media sosial sentiasa menghiburkan wargamaya dengan keletahnya bersama anak-anak. Ada sahaja sisi keibuan yang ditonjolkan Adira untuk perkongsian semua.
“Mungkin sebelum ini saya kurang aktif di media sosial. Sekarang, lepas kahwin dan beranak-pinak dengan permintaan terhadap media sosial, saya kena ikut peredaran masa,” katanya lagi.
Terdahulu, Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Anggrek berusia 6 tahun, Asan; 5 tahun, Anggun umur 4 tahun dan Ayub yang lahir pada September tahun lalu.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.