Ads

Majlis Akikah Cicit Tun Dr Mahathir, Ally Mukhriz Sebak Kenang Gunting Emas Arwah Nenek!

Majlis Akikah Cicit Tun Dr Mahathir, Ally Mukhtiz Sebak Kenang Gunting Emas Arwah Nenek!

Majlis akikah cicit kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran dan menyentuh hati apabila keluarga turut mengenang insan tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya.

Menerusi perkongsian di media sosial, cucu Tun Dr Mahathir, Ally Mukhriz, berkongsi momen sekitar majlis akikah anaknya, Eden Zakaria, yang kini berusia dua bulan.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu turut diserikan dengan bacaan tahlil ringkas serta ucapan daripada bapanya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang mengenang pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah.

Majlis Akikah Cicit Tun Dr Mahathir, Ally Mukhtiz Sebak Kenang Gunting Emas Arwah Nenek!

Ally Mukhriz Sebak Kenang Gunting Emas Arwah Nenek

Lebih menyentuh hati, Ally turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah neneknya dan berkongsi kenangan istimewa mengenai gunting emas yang sempat dipinjamkan sebelum pemergiannya.

“Pemergian Tok benar-benar terasa. Kami rindukan Tok.

Ads

“Terima kasih kerana sempat meminjamkan gunting emas istimewa Tok kepada kami sebelum Tok pergi buat selama-lamanya”

Perkongsian itu menggambarkan betapa kasih sayang dan kenangan bersama insan tersayang tetap terpahat dalam ingatan, lebih-lebih lagi ketika keluarga berkumpul meraikan kehadiran ahli baharu.

Semoga majlis kesyukuran itu membawa keberkatan buat seluruh keluarga dan si kecil Eden teruslah membesar menjadi anak yang soleh serta sentiasa dilimpahi kasih sayang.

Majlis Akikah Cicit Tun Dr Mahathir, Ally Mukhtiz Sebak Kenang Gunting Emas Arwah Nenek!

Ads

Majlis Akikah Cicit Tun Dr Mahathir Bertemakan Warna Biru

Pada majlis kesyukuran itu, Ally dan suaminya tampil manis mengenakan busana sedondon berwarna biru. Begitu juga dengan ahli keluarga lain yang turut menggayakan pakaian dalam rona sama, sekali gus menyerikan lagi suasana majlis.

Pemilihan warna biru sebagai tema pakaian keluarga menjadikan majlis tersebut kelihatan cukup harmoni, apatah lagi diraikan bersama insan tersayang biarpun masih lagi dalam kesedihan kerana kehilangan susuk tubuh yang begitu disayangi semua.

Majlis Akikah Cicit Tun Dr Mahathir, Ally Mukhtiz Sebak Kenang Gunting Emas Arwah Nenek!

Majlis Kesyukuran Penuh Makna Buat Keluarga

Dalam kemeriahan meraikan kehadiran Eden Zakaria, majlis akikah cicit Tun Dr Mahathir ini turut menjadi detik penuh bermakna buat seluruh keluarga apabila kenangan terhadap insan tersayang terus hidup dalam ingatan.

Ads

Biarpun majlis tersebut diraikan dalam suasana sederhana, perkongsian Ally memperlihatkan betapa setiap kenangan bersama arwah neneknya begitu berharga, terutama apabila melibatkan sesuatu yang mempunyai nilai sentimental seperti gunting emas istimewa itu.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: @ally.mukhriz

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Orang Lain Minta Nasi Lemak, YB Cuma Nak Nestum” Bella...

Bahagia dalam rumah tangga bukan hanya tentang hadiah mahal atau percutian romantis. Kadangkala, perkara paling sederhana seperti menikmati sarapan bersama, menghantar anak ke sekolah...