Kalau dulu majlis konvo tu biasanya dibuat untuk graduan-graduan yang bakal terima diploma, ijazah dan yang seangkatan dengannya di universiti. Tapi sekarang budaya konvo ni bukan sahaja di peringkat institusi pelajaran yang tinggi sahaja, malah dari tadika sampailah sekolah menengah semua pakat berlumba buat majlis.
Dari dewan biasa sampailah ke hotel menjadi lokasi untuk membuat majlis-majlis sebegini. Sampaikan baru-baru ini tular beberapa kisah yang meruntun hati warganet. Ada yang terpaksa bawa motorsikal bos ke majlis konvo tadika anak dan ada pula yang ayahnya menyamakan jumlah untuk membeli jambangan bunga sama dengan 20 kilo beras. Ternyata trend ini bukan sesuai untuk semua orang. Bagi sesetengah pihak ia lebih kepada membebankan.
Bagaikan terpanggil untuk membuka mata ibu bapa tentang isu ini, perkongsian daripada seorang wanita di Facebook ada benarnya. Menurut Noridawati Awang majlis konvokesyen yang dahulunya dilihat gah serta eksklusif tidak lagi dipandang sebegitu susulan budaya terbaru yang memulakan majlis graduasi di peringkat tadika dan juga sekolah rendah.
Tak salah raikan pelajar tapi biarlah ikut kemampuan
Menurutnya lagi bukanlah salah untuk meraikan pelajar-pelajar itu tapi perlulah mengikut kemampuan ibu bapa mereka kerana tidak semua berasal dari keluarga yang senang. Wanita itu juga berharap perkongsian tersebut dapat membuka mata semua.
Ads
Ramai yang bersetuju
Tenyata perkongsian yang dibuat mendapat respon yang menyatakan persetujuan. Lebih daripada 5 ribu komen diterima dengan 14 ribu perkongsian dibuat. Ramai yang berkongsi pendapat masing-masing tentang majlis konvo untuk anak-anak kecil yang menjadi trend pada masa kini.
Ads
Ads
Dah nak habis penggal persekolahan tahun ini, moga tahun-tahun hadapan tak ada lagi isu sebegini. Seperti kata Noridawati, tak salah pun nak buat majlis konvo untuk anak-anak murid. Tapi kalau boleh buatlah yang ikut kemampuan semua.
Sebolehnya kita mahu untuk sihat, semuanya demi menguruskan anak kecil kita yang perlukan penjagaan rapi. Namun beruntungnya bagi pelakon, Shakilla Khoriri yang dimanjakan anak kecilnya, Ameena Sofia ketika tidak sihat.
Walau baru berusia berusia tiga tahun lebih, namun si cilik Ameena Sofia seakan begitu memahami kesakitan yang dialami ibunya.
Tidak hanya mendengar kata ibunya bahkan Ameena yang menjadi kesayangan semua ini turut membantu ibunya.
Menerusi Instagramnya, Shakilla memuat naik video Ameena yang begitu rajin membantu ibunya.
“Paling takut kalau diuji dengan sakit ketika ni. Lebih risaukan keadaan Ameena dari diri sendiri. Apa perasaaan dia.
“Actually dah berapa hari badan bagi hint macam nak sakit. Tapi digagahkan juga. But not today. Cramp belakang sampai tak daya nak bangun buat apa pun. Baring since pagi tadi. But still bangun juga untuk uruskan Ameena,” kongsi Shakilla.
Paling membanggakan anak yang masih kecil itu begitu akur dan memahami agar tidak membuatkan ibunya risau. Malah lebih mengharukan Ameena turut meminta supaya ibunya berehat.
Hati ibu mana yang tidak merasa sebak dan terharu bila anak sekecil itu begitu mengambil berat akan dirinya.
“Risau terlelap takut Ameena buat apa-apa luar jangkaan. Tapi today Ameena main depan TV ni je.
“Sambil dia cakap, Umi sleep lah REST. Ameena tak buka pintu. Ameena tak main jauh. Ameena tak pergi naik atas. Ameena main depan eyes Umi je. Hmmm… sebak!,” kongsinya sebak.
Bukan itu sahaja, bahkan Ameena juga begitu risaukan ibunya yang tidak mahu makan. Tidak membiarkan ibunya kesakitan seorang diri, bahkan Ameena turut menawarkan diri untuk melegakan sakit kepala yang dialami ibunya.
Ameena tekun memicit kepala ibunya bagi meredakan tekanan. Memang anak yang bijak!
“Lepas bagi dia makan, dia tanya why Umi tak makan? Tak suka makan dengan Ameena ke? Sebab kalau waktu makan memang kitaorang akan makan sama-sama.
“Aku simbat juga lah makanan walaupun hujung tekak dah nak termuntah. Lately ni loya nak muntah tak sedap tekak.
“Dah settle makan Ameena kata, Umi pening kepala ke?? Ameena picitkan. Hmm… pandai dah budak ni.
“Tak sangka banyak ajaran yang aku tak sedar aku ajar dan tunjukkan dekat dia , dia APPLY dalam kehidupan dia. Ya Allah. Walaupun hujung-hujung dia magickan aku. Thank you sayang @ameenasofia_,” kongsinya penuh sebak.
Ibu mana yang tidak berbangga melihat anak sendiri cukup prihatin berkat didikan hebat buatnya sejak kecil lagi. Semoga Ameena terus sihat dan membesar serta menjadi peneman setia ibunya.
Perginya dalam keadaan menantikan zuriat pertama, namun takdir Allah semua itu tak kesampaian apabila ibu dijemput ilahi terlebih dahulu akibat wabak Covid-19. Lagi tersentuh, pemergian arwah yang juga seorang jururawat ibarat satu kehilangan besar pada negara ketika ini.
Pemergian arwah Norfaizah Mohamed Nor, 34, benar-benar terkesan apatah lagi arwah pergi selepas terpaksa melahirkan bayi yang baru berusia 26 minggu dan ini juga anak pertama yang dinantikan sejak 10 tahun.
Tak sempat tengok bayi
Menerusi Harian Metro, Norfaizah Mohamed Nor, telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.02 pagi selepas melahirkan anak berusia 26 minggu secara pembedahan.
Berjangkit dari pesakit
Difahamkan, Norfaizah telah disahkan positif Covid-19 peringkat kelima selepas mendapat jangkitan daripada pesakitnya.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan jururawat itu meninggal dunia akibat Covid-19. Beliau berkata, Allahyarham adalah jururawat di Hospital Gua Musang, Kelantan dan seorang petugas yang berdedikasi.
“Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang,” katanya.
Setakat ini, bayi jururawat wanita itu telah ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk rawatan lanjut memandangkan lahir dalam kondisi pramatang.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu ayah sudah tentu kita mahu buat yang terbaik untuk anak-anak. Kita juga mahu anak mendapat kasih sayang yang secukupnya supaya mereka tahu, kita sebagai ibu ayah sentiasa ada dengan mereka. Untuk menunjukkan rasa kasih pada anak-anak, ibu ayah sanggup berbuat apa sahaja!
Salah satu cara adalah dengan memenuhi kehendak anak. Kadang-kadang anak tak minta pun, kita yang akan beli. Contohnya mainan. Sampai penuh bakul kita belikan untuk mereka. Sebenarnya, mainan yang banyak bukan saja akan menyebabkan rumah bersepah, tetapi daya fokus anak juga terganggu.
Memetik perkongsian Maryam Jamadi, seorang Occupational Therapist melalui laman Facebooknya, membelikan mainan yang banyak atau berjenama untuk anak bukanlah cara menunjukkan kasih sayang kepada mereka. Ikuti penerangan beliau ini:
Cara nak tunjuk kasih sayang kita pada anak bawah 2 tahun, bukan dengan membeli mainan berbakul-bakul atau membeli barangan bayi berjenama. Sebab anak tak tahu pun harga atau jenama yang kita beli untuk mereka. Kita cakap “I love you” pun masa ini anak tak faham pun maknanya. Jadi macam mana nak “beritahu” anak yang kita sayang mereka? ❤
Tak susah pun, mudah sahaja nak menambat hati anak bawah 2 tahun disebabkan perkembangan berfikir mereka bergantung kepada rangsangan deria dan mereka masih belum pandai manipulate dan faham maksud “I love You”, kita baca puisi membebel panjang yang kita sayang anak pun mereka tak faham.
Masa dimana tumpuan 100% pada anak, tanpa sambil berbalas whatsapp atau comment di Facebook. Layankan mereka bermain, anak yang dalam fasa meniarap mak ayah pun join meniarap macam komando. Anak yang dalam fasa merangkak, mak ayah pun main kejar kejar sambil merangkak. Tak jatuh pun maruah kan? Hehe 😅
Kalau mak ayah yang bekerja, mainlah bersama anak sekurang-kurangnya 1 jam. Tutup tv, biarkan hanya suara kita dan suara anak sahaja ada. Dapatkan “trust” suara kita dalam perkembangan emosi anak bawah 18 bulan. Pastikan suara kita nombor 1, macam mana nak test? Kita bisik atau dari jauh anak dah kenal suara mak ayah ataupun dalam keadaan bising pun anak boleh kenal suara kita.
Kalau kenal, tahniah! Encik puan dah memang tempat pertama “Carta Suara” dalam hati anak 👏
Perkembangan emosi anak akan berkembang dengan pesat dan stabil jika kita selalu memeluk anak terutamanya semasa umur bawah 2 tahun. Pelukan umpama “makanan” minda anak, terlalu banyak kebaikan pelukan dalam perkembangan otak yang sihat.
Peluk, belai kepala anak seterusnya cium dahi anak. Alangkan kucing yang garang pun jadi jinak dan manja bila kita usap kepala mereka, apatah lagi anak. 😘
Badan anak dari selepas lahir ini umpama orang bina badan terutamanya semasa bawah 1 tahun, dari tak ada otot lembik sahaja selepas lahir. Mereka setiap hari “bina badan” untuk ke posisi meniarap, merangkak, dan berjalan. Jadi, urutan memang diperlukan untuk melegakan otot-otot halus mereka yang tegang terutamanya di kawasan betis disamping memberi rangsangan deria sentuhan pada anak.
Kalau nak anak merangkak cepat atau jalan cepat, caranya bukan beri walker ya. Tetapi salah satu cara yang berkesan adalah dengan urutan 😉
Berapa kali sehari? Pendapat saya, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan waktu yang paling sesuai adalah selepas mandi. Penting sangat urutan bagi anak bawah 1 tahun. Jangan abaikan part ini!
Ada kajian tentang kesan urutan untuk anak pramatang selepas lahir, terbukti bayi yang kerap diurut akan keluar hospital cepat berbanding bayi yang tidak diurut. Kalau nak anak sayang kita lebih, urutlah anak selalu 😍
Ada 1 kajian lain tentang kasih sayang dan perkembangan otak anak berumur 2 tahun. Terbukti perkembangan otak anak yang cukup kasih sayang mempunyai struktur yang berbeza dengan otak anak yang kekurangan kasih sayang semasa umur bawah 2 tahun.
Fakta: 80% perkembangan otak adalah bergantung kepada rangsangan persekitaran semasa bawah 2 tahun. 👶
Takut kan? Besar sangat amanah mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun untuk memastikan berkembangan yang baik dari segala aspek.
Selamat “menunjukkan” kasih sayang! ❤❤❤
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu ayah yang mempunyai anak di bawah usia dua tahun tentang bagaimana caranya menunjukkan kasih sayang kepada mereka tanpa memanjakan dengan mainan atau kemewahan yang lain. Hanya keberadaan ibu ayah di sisi anak-anak sambil melakukan aktiviti berkualiti bersama sudah cukup untuk merangsang tumbesaran mereka secara sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!