Wow! Siapa menduga idea jimat dengan hanya menggunakan alas pinggan di meja atau placemat boleh membuahkan hasil bila mana terpilih sebagai pemenang nombor dua.
Idea hebat seorang bapa, seperti yang dikongsikan oleh ibunya, Eika Azman ternyata membuatkan hasil bila mana anak kecil mereka dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua.
Menurut ibunya, idea menggunakan pelapik pinggan itu di bahagian bahu sebagai hiasan aksesori bagi menggayakan tema Walinongsari yang dibawakan anaknya.
“Dua hari lepas anak masuk pertandingan pakaian beragam tema Walinongsari, jenuh nak bagi siap.
Ads
“Kerawang kat atas bahu tu guna alas meja beli kat kedai Eco (idea ayahnya),” kongsinya.
Biar hanya menggunakan pelapik alas pinggan namun idea itu dilihat begitu kreatif dan amat bersesuaian dengan aksesori lain. Nampak cantik!
Tidak hairanlah bila mana anak kecil ini dianugerahkan tempat kedua. Malah si comel Nasya juga berjaya membawakan gaya Walinongsari dengan sebaiknya.
Ads
“Alhamdulillah rezeki anak, menang no.2. Syukur sangat-sangat. Almaklum la, zaman sekarang semua kena jimat.
“Ada tak yang guna benda tu kat rumah sebab kawan anak saya dia cakap sama macam alas meja rumah dia,” kongsinya lagi.
Ads
Idea hebat dan bijak itu turut menerima pujian dari wargamaya yang meninggalkan pelbagai pujian buat keluarga ini.
Tahniah diucapkan ibu dan bapa yang hadir dengan idea hebat demi untuk menggembirakan anak-anak. Syabas!
Hati-hati! Nampak bersih tapi bergelumang najis. Ini realiti yang ramai ibu terlepas pandang dan tak terfikir pun kesannya bila menguruskan bayi.
Perkongsian dari Ummu Salwa yang juga seorang ibu sangat membantu dan boleh dijadikan panduan bersama.
Seorang ibu memandikan bayinya. Pampers dicabut lalu direndam si anak di dalam besen atau bekas mandian khas bayi.
Selesai sahaja, diangkat bayi tadi dengan disiram sekali lalu (tidak rata) dengan keadaan kaki bayi yang masih menjulur lagi ke dalam besen yang bertakung najis.
Semasa anak kecil itu menunggu dipakaikan pampers, ia sudah terkencing. Terus si ibu mengelap dengan kain tuala yang digunakan juga untuk mengelap tubuh si anak, lalu baju pun disarungkan dengan tangan ibu yang telah terkena kencing si anak dan ibu ini meneruskan kerja-kerja yang lain tanpa membersihkan dengan baik kawasan yang terkena air kencing tersebut.
Ini kisah benar yang berlaku dan pelbagai macam ‘cara’ membersihkan najis yang salah serta dianggap remeh oleh segelintir kita.
Kita sedar atau tidak
1. Najis WAJIB dibersihkan dengan baik sehingga suci (hilang bau, warna dan rasa). Masyarakat kita menganggap najis itu adalah tahi sahaja. Sedangkan AIR KENCING juga adalah najis. Penyuciannya juga sama, wajib betul-betul bersih dan suci.
2. Besen yang direndamkan bayi tanpa menyuci dahulu kemaluan bayi yang terkena najis akan menjadikan seluruh air mandian tersebut telah tercemar dengan najis dan tidak dapat menyucikan lagi.
3. Tuala atau pakaian yang terkena air kencing bayi adalah najis dan jika terkena pakaian atau tempat lain ia boleh memindahkan najis tersebut.
4. Lantai tandas yang sudah terkena air kencing lalu tidak dijirus baik dan terkena pula pada pakaian atau badan adalah najis yang jika dibawa keluar akan memindahkan najis tersebut ke tempat lain.
5. Pakaian yang bernajis dipakai pula untuk solat serta solat ditempat bernajis tidak sah dan tidak diterima solatnya. Jika solat pun tidak diterima apatah lagi doanya.
Sedih melihat betapa kurangnya kefahaman kita tentang pengurusan najis. Segelintir kita mengangap asal tidak nampak betul-betul sebagai tahi ianya bukan najis. Ianya jelas kefahaman yang salah.
Tidakkah kita bertanya kepada diri ?
Mampukah kita mendidik baik anak-anak ini jika dari kecil tubuhnya bergelumang najis ?
Ibu ayah bergelumang dosa kerana pengabaian pendidikan thaharah dan penyuciannya ?
Lalu bagaimana solatnya, doanya harus diterima Allah ?
Akibatnya jauh lebih besar
Seisi keluarga solat tidak diterima, doanya tidak dimakbulkan, rumahnya menjadi tempat kotor persingahan syaitan, membesar anak-anak yang hatinya keras dan kematiannya dalam keadaan tercela dan diazab asbab daripada AIR KENCING.
Ianya bukan sekadar pendidikan “kebersihan” yang biasa-biasa, bahkan impaknya mampu memberi sebuah rasa ketenangan dan keharmonian dalam rumah tangga jika dijaga baik.
Ingatan saya untuk para suami dan isteri…
Wahai para suami, didik dan berikanlah ilmu agama yang secukupnya bermula daripada aspek “kebersihan dalam Islam” yang kian dipandang ringan oleh kebanyakan keluarga Islam.
Tidak salah anda membuka kembali ‘ Pelajaran Thaharah’ memperbincangkannya dalam bulatan kecil bersama keluarga sehingga difahami keseluruhan ahli keluarga anda dengan baik.
Mana yang nampak salah tegur dan ajak bersama-sama diperbaiki. Perhati cara isteri mengurus najis anak kecil, dan tegur dengan cara yang berhikmah jika terdapat kelemahan atau kesalahan.
Perhatikan cara anak-anak menggunakan tandas, sediakan kemudahan yang perlu untuk memastikan mereka mampu menjaga adabnya dengan baik. Anak-anak lebih mudah dididik melalui teladan. Jadilah seorang suami yang kepimpinan dan kewibaannya bukan hanya terletak pada katanya tetapi teladan yang baik yang membentuk isteri dan anak lebih dekat dengan ketakwaan.
Wahai para isteri, masamu mengurus anak adalah lebih lama berbanding suamimu maka perkemaskan diri dengan ilmu yang dipraktikkan dengan baik dalam aspek kebersihan ini.
Kita penat menjerit memarahi sikap anak yang melawan kata, geram dengan perangainya yang keras hati lalu tidak menyelidik rupanya kita gagal BUKAN mengurus emosi mereka tetapi dari kecil kita sendiri melakukan dosa membiarkan anak dan rumah tangga begelumang najis, lalu mengharap anak mendengar kata ? sedangkan rumah tangga yang kita bina didampingi syaitan akibat gagal mengurus najis dengan baik.
Kain baju bernajis bercampur aduk, anak-anak masih kecil sebebasnya keluar masuk tandas tidak beralas kaki, air kencing…tahi..muntah dll diuruskan dengan ceteknya ilmu.
Mulianya seorang isteri apabila ‘lelahnya’ mengurus keluarga bukan setakat makan dan minum tetapi memastikan keluarganya terpelihara daripada mendapat azab-Nya sehingga tidak ada ganjaran yang lebih layak baginya melainkan syurga.
*Ambillah juga pengajaran buat semua terutama yang dipertangungjawab menguruskan bayi yang baru lahir sama ada suami, isteri, ibu sendiri, ibu mertua, adik beradik atau sesiapa sahaja. Semoga Allah selalu memelihara dan merahmati.
Pada usia anak tiga tahun dan ke atas, anak sudah mula menunjukkan emosinya secara terang terangan kepada mak ayah. Mereka sudah mula mengekpersikan ketidakpuasan hati mereka pada mak ayah. Mengamuk antara salah satu emosi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka pada mak ayah. Mak ayah jangan panik kerana ia merupakan perlakuan biasa seorang anak kecil.
Menurut Ibu Rose, banyak langkah yang boleh dilakukan untuk menteteramkan keadaan ini. Tiga perkara dikongsikan beliau ini boleh anda contohi kala berdepan dengan situasi sebegini. Hanya gunakan kepakaran dan kesabaran mak ayah sahaja.
3 LANGKAH ATASI ANAK 2-3 TAHUN MENGAMUK DI PASARAYA
Seperti yang selalu Ibu katakan, anak pada usia ini sudah pandai merajuk jika anda tidak mengikut kehendaknya. Namun itu bukan bermaksud anda perlu memenuhi semua kehendakannya.
ANDA PERLU MEMEGANG TERAJU KEPIMPINAN ANDA DENGAN LEBIH KEMAS.
Adakala jika bersesuaian ikutlah dan penuhilah kehendaknya. Jika tidak sesuai, katakan sahaja itu tidak boleh.
Katakan dengan PENUH KASIH SAYANG dan TEGAS.
Oh, jika dia berguling-guling kat pasaraya apa nak buat? Ada 3 langkah mudah dilakukan (tapi perlukan kekuatan mental parents yang bijak) :
1.BIARKAN dan HANTAR TENAGA KASIH SAYANG, BACAKAN AYAT AL-QURAN
Anda boleh biarkan saja dan tengok sejauh mana dia hendak berguling. Biarkan dia melepaskan energy marahnya selagi tak merbahaya. Say nothing but send loving energy. Bacakan ayat Al-Quran supaya dia dan anda terhindar daripada hasutan syaitan yang banyak berkeliaran di pasaraya tu.
2.UBAH KEDUDUKANNYA atau BASUH WAJAHNYA DENGAN AIR
Anda boleh ambil sahaja dia dari situ dan bawa ke tempat yang lebih tenang. Kawasan yang luar dari lalu lalang, atau juga boleh ke dalam kereta. Boleh juga basuhkan mukanya, untuk redakan rasa kecewanya.
3.BILA TENANG BARU TERANG
Bila dia sudah tenang, anda boleh menerangkan kepadanya mengapa tidak. Teranglah dengan munasabah.
Dalam keibubapaan, begitulah. Ada saja cabarannya. Namun, ia akan lebih mudah di atasi, bila ibu bapa punya ilmu parenting yang baik dan benar. InsyaAllah, anak itu akan membesar menjadi orang yang berjaya dan berdaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada ibu bapa tanpa sedar atau menyedari bahawa mereka sebenarnya pilih kasih pada anak-anak. Anak yang pandai lebih disayangi manakala anak yang kurang pandai selalunya kurang diberi perhatian atau dipandang sebelah mata.
Biarpun anak-anak masih kecil, tetapi mereka juga mempunyai perasaan. Jika dimarahi, tetap akan terasa walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi kecil hati dan sebagainya. Salah satu keadaan di mana ibu ayah mungkin tidak sedar yang kita sebenarnya sedang menyakitkan hati anak-anak adalah apabila kita bersikap pilih kasih.
Adakah kita dibenarkan untuk pilih kasih antara anak-anak? Salah atau tidak jika kita melayan anak secara berat sebelah? Berikut adalah penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus berkaitan hal ini.
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya? Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
Artinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
Maksudnya : “Maka hendaklah kamu takut akan Allah dan hendaklah kamu berlaku adil antara anak-anakmu.”
Menyebut tentang impak sekiranya kita pilih kasih pada anak, mereka mungkin akan mengalami beberapa keadaan ini:
– Kurang keyakinan diri
– Kemurungan
– Cenderung bertindak kasar atau agresif
– Mengalami gangguan pembelajaran
– Berpotensi untuk mempunyai masalah komunikasi dengan orang sekeliling
Selain itu, untuk anak-anak yang terlalu diberi perhatian pula mungkin akan:
– Mengalami masalah dengan adik-beradik yang lain kerana rasa iri hati
– Mudah merasa terkongkong
– Tidak pandai berdikari dan terlebih manja
– Sentiasa memberontak dan tidak pandai untuk bertoleransi dengan orang lain
Sebagai ibu ayah, sebaik-baiknya cubalah mengelak untuk mempunayi sikap pilih kasih ini kerana ia memberi efek yang negatif pada anak-anak. Selain mengganggu proses tumbesaran mereka, keadaan ini akan menyebabkan anak cenderung memberontak dan sentiasa berperangai negatif.