Musim durian datang lagi! Bagi sesetengah keluarga, inilah masa paling ‘heaven’ sebab satu keluarga memang kaki durian. Pantang ada bau durian, confirm semua berkumpul—mak ayah, anak-anak, menantu sampai cucu pun join sekali ‘kenduri durian’ tepi rumah.

Tapi dalam seronok-seronok makan, pakar kesihatan tetap pesan jangan sampai lupa diri, terutama golongan tertentu.

“Individu berusia lebih 50 tahun, perokok tegar dan mereka yang ada penyakit kronik seperti diabetes perlu kawal pengambilan durian. Jangan lebih dari satu atau dua ulas,” pesan Dr Safiya Amaran, Pakar Kesihatan Perubatan Awam.

Ads

Mak Ayah ‘Hantu’ Durian? Ini Had Yang Selamat Jika Ada Masalah Kesihatan Kata Doktor!

Beliau menjelaskan, durian mengandungi gula dan tenaga yang tinggi, jadi kalau makan berlebihan, risiko untuk kena penyakit lain termasuk strok boleh meningkat. Kes terbaru melibatkan anggota kumpulan Nico G, Dino, yang katanya terkena angin ahmar selepas makan 7 biji durian sehari.

Ads

“Durian memang sedap, dan ada indeks glisemik (GI) yang rendah sebab seratnya tinggi, tapi bila diambil berlebihan, ia tetap boleh naikkan paras gula dalam darah secara mendadak bahaya bagi pesakit diabetes atau pradiabetes,” tambahnya lagi.

Ads

Dan ya, petua lama minum air dari pangsa durian tu ada betulnya. Kajian UKM 2023 sahkan, air kosong boleh bantu turunkan balik suhu badan lepas makan durian. Tak kisah pun kalau minum dari gelas biasa atau dari pangsa durian, kesannya lebih kurang sama je.

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads