Mak ayah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak. Namun lumrah setiap anak pastinya mempunyai karakter dan pencapaian yang berbeza.
Inilah sebenarnya ujian terbesar buat mak ayah agar dapat berlaku adil dan tidak membeza-bezakan anak-anak. Tiada istilah anak kesayangan mahupun anak tak guna pada anak-anak. Semuanya perlulah dilayan sama rata.
Perkongsian oleh Kaunselor Motivasi, Hj Hushim Hj Salleh ini wajar dijadikan peringatan buat mak ayah.
Ads
Pengalaman kes yang pernah ditangani apabila anak masih berdendam dengan arwah bapanya apabila membeza-bezakan di antara adik beradiknya.
Anak tersebut dibandingkan dari segi kepandaian akademiknya yang kurang berbanding adik beradiknya yang lain. Kesan psikologi dan trauma yang dialami oleh anak tersebut, berbekas dan tersimpan sekian lama sehingga dewasa dan sampai ke tua.
Tambah Hj Hushim lagi, mak ayah kadangkala ‘mulut tak dijaga’ bezakan anak-anak dari segi warna kulit, pencapaian akademik, akhlak dan moral. Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Peringkat awal remaja banyak cabaran yang harus mak ayah tempuhi.
Ads
Banyak kes yang ditangani, anak yang tak pandai itulah yang menjaga mak ayah sewaktu tua. Bila mana anak-anak yang bijak pandai, sibuk bekerja.
Ads
Sebab itulah jangan sesekali beza-bezakan anak-anak. Setiap anak pasti ada kelebihan masing-masing dan berhak dilayan sama rata.
Sebut pasal menyimpan untuk anak bukan hanya wang ringgit sahaja. Bahkan nak lebih teruja dan lagi bertambah semangat mak ayah gantikanlah simpanan emas untuk anak kecil kita.
Masa anak baru lahir saja, belikan emas 1gm sebagai hadiah. Bila anak sudah besar bolehlah diberikan gelang atau rantai sebagai hadiah. Bukan sahaja cantik, mak-mak tengok pun rasa seronok. Betul tak?
Tak rugipun menyimpan dengan emas. Berbaloi!
Ruginya mak ayah kalau tak buat simpanan untuk anak-anak dari sekarang! Bukan apa. Waktu tahun 2000 dulu harga emas RM30 je. Dan tahun 2020 harga emas sudah cecah RM300 iaitu harga yang paling tinggi untuk tahun 2020!
Kita boleh lihat di sini dalam masa 20 tahun harga emas naik 10x ganda tingginya! Ini baru cerita untuk 1 gram. Bayangkan kalau mak ayah yang ada anak baru lahir. Setiap bulan kita hadiah simpanan 1 gram untuk dia.
1 bulan simpan = 1 gram 1 tahun simpan = 12 gram 18 tahun dah ada simpanan emas = 216 gram
Nampak tak nanti umur anak dah 18 tahun dah ada simpanan sebanyak RM57,672! **RM267 harga hari ini x 216 gram = RM57,672
Ini baru darab dengan harga emas yang tengah jatuh murah hari ini.
Bayangkan tahun 2038 umur anak 18 tahun. Masa itu mungkin harga emas sudah mencecah RM400 – RM500 segram! Best tak kalau anak dah besar mereka ada simpanan sebanyak itu?
Dengan duit itu la anak-anak nanti boleh guna untuk bayar kos pendidikan Diploma dan Ijazah mereka sekitar RM40,000.
Kita tak nak dah anak-anak generasi akan datang kena lalui macam mana ramainya anak muda lalui sekarang ini.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Biasanya ubi kentang yang disimpan terlalu lama bertukar kepada warna hijau dan tumbuh tunas. Bagaimanapun kerana tak mahu membazir, ada sesetengah orang tetap menggunakannya untuk memasak..
Biasanya kebanyakan kita akan memotong bahagian hijau atau tunas tersebut. Namun sebenarnya, ubi kentang yang bertunas sebaiknya dibuang sahaja. Berikut tip penyimpanan untuk melambatkan kentang bertunas seperti yang dikongsikan oleh Puan Yatie Eimra.
TIPS PENYIMPANAN KENTANG
Tempoh hari saya ada post tentang baki kentang yang dah 2 bulan tapi masih elok dan hanya sebiji 2 sahaja baru nak bertunas. Sebelum-sebelum ini, tak sampai 2 minggu pun semuanya dah bertunas.
Sekarang memang dah jarang sangat alami masalah kentang bertunas awal. Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan share sikit tip kentang.
Kentang ini kalau betul cara simpan, boleh bertahan hingga 4 bulan walaupun hanya simpan di dapur.
1. Jangan simpan kentang bersama bawang merah atau bawang putih kerana bawang ini akan menghasilkan gas yang cepatkan kentang bertunas.
2. Kentang perlukan pengudaraan yang cukup. Sebaiknya simpan kentang dalam bakul atau jaringan supaya cukup aliran udara.
3. Jangan simpan kentang bersebelahan dapur gas atau tempat memasak kerana suhu panas akan cepatkan kentang bertunas. Wap-wap terhasil pula akan menyebabkan kelembapan udara tinggi dan menjadikan kentang mudah berkulat dan busuk.
4. Penting untuk pastikan kentang disimpan ditempat yang kering tapi tak terlalu terang atau kena cahaya matahari atau lampu secara direct. Jika kentang mula bertunas dan berwarna kehijauan, itu tandanya kentang terdedah pada cahaya lampu.
5. Jika tempat simpanan kentang anda agak terang dan kena cahaya yang banyak, boleh juga tutup sedikit lapisan atas kentang dengan kain guni atau kain muslin. Tujuannya supaya cahaya tak kena secara langsung pada kentang tapi dalam masa yang sama kentang masih dapat pengudaraan yang baik.
6. Sesekali periksa keadaan kentang dan gunakan kentang yang mula bertunas dulu.
Peringatan jangan simpan kentang mentah dalam peti sejuk
Sesetengah orang gemar simpan kentang mentah dalam peti sejuk untuk panjangkan hayat kentang. Tapi sebenarnya bila kentang disimpan dalam peti sejuk (terutama dalam tempoh yang lama), suhu sejuk akan tukarkan kandungan kanji dalam kentang kepada gula. Akibatnya:
– Rasa kentang akan jadi lebih manis.
– Kentang akan berwarna kehitaman semasa dimasak akibat gula dalam kentang dikaramelkan.
– Kentang yang disimpan dalam peti sejuk mempunyai kandungan gula yang tinggi, jadinya cara ini sangat tak digalakkan bagi mereka yang perlu kawal pengambilan gula terutama yang mengalami masalah diabetes, ibu-ibu mengandung yang mengalami GDM.
– Kandungan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan kandungan toksin akrilamida lebih tinggi (bila kentang dimasak dengan suhu tinggi).
Saya simpan kentang dalam bakul dan anyam sendiri sahaja penutup dari tali hemp dengan bahagian tepi (atas) dibiarkan kosong . Boleh cover sikit kentang dengan kain guni atau kain muslin tapi pastikan tak mengganggu pengudaraan.
Memiliki sepasang cahaya mata, Black dan isterinya Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira bersyukur kehidupan mereka dah lengkap.
Berkongsi pengalaman mempunyai anak kecil dan menguruskannya bersendirian tanpa pembantu, Cira anggap ia satu proses yang cukup mematangkan dirinya dan Black.
Walaupun Black mempunyai jadual padat sebagai penyanyi namun dia sesekali tak lupakan tanggungjawabnya sebagai bapa.
Cira cukup bertuah Black sangat memahami dan ringan tulang menguruskan anak bila berada di rumah.
“Boleh katakan Black seorang daddy yang cukup penyayang dan serba boleh terutama bab jaga anak.
“Waktu malam kalau anak menangis, Black yang akan bangun, tukarkan pampers, buat susu dan tidurkan semula anak.
“Kiranya malam saya tak perlu nak susah bangun kerana Black suruh saya rehat walaupun hakikatnya dia penat dan balik lewat malam,” katanya.
Black Seorang Yang Tenang
Sementara itu, sebagai ibu bapa muda, Cira akui bila anak menangis tak berhenti memang sangat gelabah.
“Bagaimanapun Black seorang yang tenang dan banyak main peranan dalam hal ini.
“Memandangkan kami tidak tinggal bersama ibu bapa, jadi tiada orang tua untuk membantu. Apa yang dilakukan Black bila dalam situasi ini dia akan angkat, selawat dan dukung.
Lagi satu, Black cukup prihatin bila anak sakit. Contoh kalau Dayyan demam, dia tak kan tidur. Cukup 3 jam dia bagi ubat, lap badan anak. Sanggup pula kunci jam untuk bangun dan follow up dengan doktor apa perlu buat.
“Anak merengek sebab kembung pun, dia akan tuam. Memang saya tak susah hati kalau ada Black. Dia sangat cekap urus anak,” jelas Cira.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.