“Mak Ayah Mana Yang Suka Anak Sakit, Nourul Depp Trauma Anak Lelaki Diserang Sawan!

Share

Pengalaman berdepan dengan anak yang terkena sawan cukup menyukarkan. Cemas dan trauma dengan keadaan sebegitu. Penyanyi Nourul Depp baru-baru ini berdepan dengan keadaan yang sama bila mana, anak lelakinya, Raphael Depp terkena sawan sebelum dimasukkan ke hospital disebabkan demam denggi.

Menceritakan detik cemas itu, Nurul berkongsi kisahnya yang panik saat anaknya terkena sawan. Menurut Nourul, 43, Raphael juga diserang sawan selepas kali terakhir berlaku pada tahun 2018.

“Dah balik ‘merentas desa’ dari Cyberjaya ke Shah Alam dan ke Kuala Lumpur, anak kuat kami ni demam dan kena lagi fibral fit dia tu (tarik). Selepas sudah dua tahun solid tak kena.

“Mak dia jenuh berkuntau dalam kereta bila dia kena tarik dalam panas lit lit balik sekolah lepas sekolah call. Haaa apa lagi masuk hospital lah!

“Sekali check darah laaaaa … patutlah demam sat sat. Rupanya denggi! Biadap punya nyamuk. Hang saja suka anak kecik kan.

“Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah… luruh hati tengok dia tarik dalam seminit setengah tu,” katanya di Instagram.

Luluh Hati Tengok Anak Dicucuk Jarum
Hati ibu mana yang tidak luluh melihat anak menangis, apa lagi meronta saat anak dicucuk jarum untuk memasukkan air. Tidak sanggup rasanya. Kata Nourul dia juga berdepan hal yang sama.

Malah kata Nourul lagi, demam denggi anaknya tidak tinggi malah melalui sedang melalui proses penyembuhan.

“Sampai hospital, apa lagi semestinya kena masuk drip semua kan. Adoiii.. Mama pun nak nangis tengok masuk jarum.

“Denggi tak tinggi. Kami pelik laa nyamuk denggi ni. Doktor kata mungkin dah empat hingga lima hari kena tapi badan #raphaeldepp di tahap nak sembuh. Kami blur sat”.

Raphael Makin Stabil
Sementara itu, isteri kepada Eric Depp ini juga turut melahirkan rasa syukur selepas melihat keadaan anak kesayangannya yang semakin stabil malah kini melalui proses penyembuhan.

“Hang ni memang robocop lah Raphael oiii. Mama papa bersyukur tak teruk. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

“Takut bahagian tarik tu. Kami trauma sat. Hilang cool kami terpanik hari ini. Mungkin sebab hormon pun dok nak betul lagi lepas kami tiga minggu buat #hysterectomy.

“Yang pasti, parents mana suka anak sakit. Semoga Allah pelihara anak anak kita dan beri kesihatan yang baik. Amin,” tulisnya lagi.

Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp dan pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp. Nourul turut mempunyai seorang anak lagi, Ayu Nazirah, melalui perkahwinannya yang terdahulu.

 


EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK

Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Menarik: Banyak Beza Alahan Kali Ni Lebih Lama Scha Alyahya Akui Cepat Penat Tapi Emosi Lebih Relaks!

IKLAN