Ada hari anak tantrum tanpa sebab. Ada hari anak tak mahu makan walaupun kita dah masak sedap-sedap. Ada hari anak tak mahu mandi, tak mahu tidur, tak mahu ikut cakap. Kita rasa lemah. Rasa gagal. Rasa macam kita tak cukup bagus untuk jadi mak atau ayah.
Tapi sebenarnya, kita tak pernah perlu jadi sempurna. Kita cuma perlu jadi cukup baik. Anak-anak tak perlukan ibu bapa yang flawless. Mereka perlukan ibu bapa yang cuba sedaya upaya, walaupun tak sempurna.
Setiap ibu pernah rasa bersalah. Salah bagi anak tengok gajet lama sangat. Salah sebab tak sempat ajar anak ABC hari ni. Salah sebab kita marah anak walau tahu dia belum faham. Tapi semua rasa tu menunjukkan yang kita peduli. Yang kita ambil berat.
Ads
Anak akan membesar dengan kenangan tentang bagaimana kita layan mereka, bukan apa yang kita bagi. Mereka tak ingat pun mainan mahal yang kita beli, tapi mereka ingat bila kita duduk baca buku sama-sama. Mereka tak ingat lauk apa yang kita masak, tapi mereka ingat bila kita cakap “Mama sayang adik.” Anak akan simpan semua rasa tu dalam hati mereka, walaupun mereka tak tahu cara nak ungkapkan.
Ads
Ada masa kita buat silap. Kita marah terlebih. Kita abaikan anak sebab terlalu penat. Tapi kita masih ada peluang untuk betulkan. Kita boleh peluk anak, minta maaf dan cakap, “Mama pun tengah belajar jadi mama.”
Ads
Tak ada siapa lahir-lahir terus pandai jadi ibu atau ayah. Kita semua belajar sepanjang jalan. Dan dalam proses tu, anak pun belajar — tentang kesabaran, tentang kasih sayang, tentang manusia yang tak sempurna tapi tetap mencuba.
Jadi jangan bandingkan diri dengan ibu bapa lain. Jangan terlalu tekan diri sendiri untuk jadi ‘perfect’. Cukup kita hadir, dengar, peluk dan cinta. Itu pun dah luar biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sumbing bibir dan lelangit merupakan keadaan kongenital yang berlaku apabila bahagian bibir atas, lelangit atau kedua-duanya tidak bercantum dengan sempurna ketika bayi sedang berkembang di dalam kandungan.
Keadaan ini bukan sekadar melibatkan rupa fizikal. Bergantung pada jenis dan tahap sumbing, bayi mungkin menghadapi kesukaran untuk menyusu, bertutur, mendengar serta mengalami masalah pertumbuhan dan susunan gigi.
Namun, dengan rawatan awal serta pemantauan oleh pasukan pakar, kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sumbing bibir dan lelangit boleh membesar dengan baik dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.
Sumbing bibir berlaku apabila terdapat bukaan atau rekahan pada bahagian bibir atas. Rekahan tersebut boleh menjadi kecil atau memanjang sehingga ke bahagian hidung.
Ia boleh berlaku pada sebelah bibir yang dikenali sebagai sumbing unilateral atau pada kedua-dua belah bibir yang disebut sumbing bilateral.
Sumbing lelangit pula berlaku apabila terdapat bukaan pada bahagian bumbung mulut. Ia boleh melibatkan lelangit lembut di bahagian belakang mulut, lelangit keras di bahagian hadapan atau kedua-duanya sekali.
Sesetengah bayi hanya mengalami sumbing bibir, sesetengahnya mengalami sumbing lelangit, manakala ada juga yang dilahirkan dengan kedua-dua keadaan tersebut.
Pembentukan wajah bayi berlaku pada peringkat awal kehamilan.
Bibir biasanya terbentuk dan bercantum sekitar minggu keempat hingga minggu ketujuh kehamilan. Lelangit pula terbentuk sedikit kemudian apabila tisu pada kedua-dua belah kepala bayi bercantum untuk membentuk bumbung mulut.
Apabila proses percantuman tersebut tidak berlaku dengan sempurna, satu ruang atau rekahan akan terbentuk pada bibir, lelangit atau kedua-duanya.
Dalam kebanyakan kes, punca sebenar sumbing bibir dan lelangit tidak dapat dikenal pasti dengan tepat.
Pakar percaya keadaan ini mungkin berlaku akibat gabungan faktor genetik dan persekitaran. Ia bukan semestinya disebabkan oleh sesuatu yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh ibu ketika hamil.
Risiko mungkin lebih tinggi sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah dilahirkan dengan sumbing bibir atau lelangit.
Dalam sesetengah keadaan, sumbing juga boleh berlaku sebagai sebahagian daripada sindrom atau keadaan genetik tertentu. Namun, ramai bayi mengalaminya tanpa sebarang masalah kesihatan lain.
Pendedahan kepada rokok ketika mengandung dikaitkan dengan peningkatan risiko kecacatan kelahiran tertentu, termasuk sumbing bibir dan lelangit.
Oleh itu, ibu hamil disarankan mengelakkan rokok serta asap rokok sepanjang kehamilan.
Wanita yang menghidap diabetes sebelum mengandung mungkin mempunyai risiko lebih tinggi melahirkan bayi dengan kecacatan kelahiran tertentu sekiranya paras gula dalam darah tidak dikawal dengan baik.
Sesetengah ubat, termasuk ubat sawan tertentu seperti valproate dan topiramate, pernah dikaitkan dengan peningkatan risiko sumbing jika digunakan pada peringkat awal kehamilan.
Namun, ibu tidak boleh berhenti mengambil ubat dengan sendiri. Sebarang perubahan ubat perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan doktor kerana menghentikannya secara tiba-tiba juga boleh membahayakan ibu dan kandungan.
Sumbing bibir kadangkala dapat dikesan melalui imbasan ultrabunyi ketika pemeriksaan kehamilan, termasuk imbasan anomali sekitar pertengahan kehamilan.
Walau bagaimanapun, sumbing lelangit lebih sukar untuk dilihat melalui imbasan kerana kedudukannya berada di dalam mulut. Ada kes yang hanya dikenal pasti selepas bayi dilahirkan dan menjalani pemeriksaan fizikal.
Sumbing yang kecil atau berada di bawah lapisan tisu lelangit juga mungkin hanya dikesan apabila anak mula mengalami masalah penyusuan, pertuturan atau pendengaran.
Bayi yang hanya mengalami sumbing bibir mungkin masih boleh menyusu secara terus dengan bantuan posisi dan teknik yang sesuai.
Namun, bayi yang mengalami sumbing lelangit mungkin sukar menghasilkan sedutan yang kuat kerana terdapat ruang antara mulut dan hidung. Susu juga boleh keluar melalui hidung ketika bayi menyusu.
Bayi mungkin mengambil masa lebih lama untuk minum, cepat penat atau tidak mendapat susu yang mencukupi.
Pasukan perubatan mungkin mencadangkan botol dan puting khas bagi membantu susu mengalir dengan lebih mudah. Berat badan serta pertumbuhan bayi juga perlu dipantau secara berkala.
Ibu tidak perlu berasa bersalah sekiranya bayi sukar menyusu secara terus. Perkara paling penting ialah memastikan bayi menerima nutrisi yang mencukupi dengan kaedah penyusuan yang selamat dan sesuai.
Kanak-kanak dengan sumbing lelangit lebih mudah mengalami pengumpulan cecair di bahagian telinga tengah atau keadaan yang dikenali sebagai glue ear.
Keadaan ini berlaku kerana otot di sekitar lelangit yang membantu fungsi saluran telinga tidak berfungsi seperti biasa. Jika tidak dipantau, ia boleh menyebabkan masalah pendengaran dan seterusnya mempengaruhi perkembangan pertuturan anak.
Pemeriksaan pendengaran secara berkala mungkin diperlukan. Sesetengah kanak-kanak memerlukan alat bantuan pendengaran atau tiub kecil yang dipasang pada gegendang telinga untuk membantu mengalirkan cecair.
Lelangit memainkan peranan penting dalam membantu seseorang menghasilkan bunyi dan pertuturan yang jelas.
Walaupun sumbing telah dibaiki melalui pembedahan, sesetengah kanak-kanak mungkin mempunyai suara sengau atau sukar menyebut bunyi tertentu.
Pakar terapi pertuturan akan memantau perkembangan bahasa dan pertuturan anak. Terapi awal boleh membantu anak belajar menghasilkan bunyi dengan lebih jelas serta berkomunikasi dengan lebih yakin.
Sumbing yang melibatkan bahagian gusi boleh mempengaruhi pertumbuhan dan kedudukan gigi.
Gigi mungkin tumbuh tidak sekata, bertindih, tidak tumbuh atau muncul pada kedudukan yang luar daripada biasa. Kanak-kanak juga mungkin memerlukan rawatan ortodontik seperti pendakap gigi apabila semakin besar.
Penjagaan kebersihan mulut perlu diberikan perhatian kerana struktur gigi dan gusi yang berbeza mungkin menjadikan sesetengah bahagian lebih sukar dibersihkan.
Rawatan bergantung pada jenis serta tahap sumbing yang dialami oleh anak. Penjagaan biasanya melibatkan pasukan pelbagai disiplin seperti:
Pembedahan sumbing bibir biasanya dilakukan ketika bayi masih kecil, manakala pembedahan lelangit dilakukan mengikut usia, tahap kesihatan dan penilaian pasukan pakar.
Anak mungkin memerlukan beberapa rawatan susulan sepanjang tempoh tumbesaran, termasuk pemeriksaan pendengaran, terapi pertuturan, rawatan pergigian serta pembedahan tambahan jika perlu.
Ya. Kebanyakan kanak-kanak yang mendapat rawatan sumbing bibir dan lelangit boleh membesar dengan sihat, bersekolah, berkomunikasi serta menjalani kehidupan seperti biasa.
Rawatan mungkin mengambil masa dan memerlukan beberapa temu janji sepanjang zaman kanak-kanak hingga remaja. Namun, pembedahan dan terapi boleh membantu memperbaiki penampilan wajah serta mengurangkan masalah penyusuan, pertuturan, pendengaran dan pergigian.
Mengetahui bayi dilahirkan dengan sumbing bibir atau lelangit mungkin membuatkan ibu ayah terkejut, sedih atau tertanya-tanya sama ada mereka telah melakukan kesilapan sepanjang kehamilan.
Namun, kebanyakan kes berlaku tanpa punca yang dapat dikenal pasti dan bukan disebabkan oleh kecuaian ibu atau ayah.
Apa yang diperlukan oleh anak ialah sokongan, pemantauan serta rawatan daripada pasukan perubatan yang berpengalaman. Dengan penjagaan yang tepat, anak bukan sahaja boleh makan dan bertutur dengan lebih baik, malah boleh membesar sebagai individu yang sihat serta yakin terhadap dirinya.
Sekiranya bayi mengalami kesukaran menyusu, berat badan tidak meningkat, susu kerap keluar melalui hidung atau ibu ayah mengesyaki terdapat bukaan pada lelangitnya, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Selain mendapatkan rawatan, ibu ayah juga digalakkan menghadiri temu janji susulan mengikut jadual yang ditetapkan kerana pemantauan berterusan memainkan peranan penting dalam memastikan perkembangan anak berada pada tahap terbaik. Sokongan keluarga, terapi yang konsisten dan kerjasama dengan pasukan kesihatan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya.
Menjaga bayi bukan sekadar memastikan mereka cukup makan dan tidur tetapi kena tahu bahawa ada 5 masalah kesihatan bayi bawah sethun yang ibu ayah kena tahu. Dalam tempoh tahun pertama kehidupan, bayi lebih mudah terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan kerana sistem imun mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Sebab itu, setiap perubahan pada tingkah laku, corak tidur atau keadaan fizikal si manja perlu diberi perhatian oleh ibu bapa.
Berbeza dengan orang dewasa, bayi tidak mampu memberitahu apa yang mereka rasa. Tangisan, rengekan atau perubahan pada rutin harian sering menjadi petunjuk bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Sebagai ibu bapa, memahami isyarat-isyarat ini amat penting supaya masalah kesihatan dapat dikesan dan dirawat lebih awal.
Justeru, ketahui beberapa masalah kesihatan bayi yang sering dialami oleh bayi berusia bawah setahun agar anda lebih bersedia untuk mengenal pasti simptom dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Terdapat beberapa masalah kesihatan bayi yang biasanya dihadapi semasa sedang membesar.
Sedu adalah masalah kesihatan bayi yang perkara biasa berlaku. Memang kerap berlaku dalam sehari. Bagi ibu, usah risau kerana sedu adalah normal. Menurut doktor, keadaan ini disebabkan bayi terlalu kenyang.
Petua orang-orang tua, basahkan sedikit tisu dan letakkan pada bahagian dahi bayi anda. Sedu akan hilang selepas itu.
Masalah kesihatan bayi seperti selsema kerap berlaku setiap bulan. Sistem pertahanan bayi masih belum kuat dan mudah dijangkiti virus. Selsema akan meyebabkan bayi tidak selesa dan adakalanya tidak lena tidur.
Selsema terjadi disebabkan kahak terkumpul pada bahagian paru-paru bayi. Untuk membuang kahak, memang sukar, kerana bayi masih kecil. Anda juga boleh mencuba untuk melakukan Teknik Steam/Garlic Steam untuk melegakan bayi anda.
Atau sapukan minyak bawang putih di bahagian dada, belakang dan tapak kaki bayi. InshaAllah, cara ini akan memberikan kelegaan kepada bayi anda.
Masalah kesihatan bayi ini biasa berlaku dan selalunya kerap berlaku pada waktu malam. Banyak punca kembung perut terhadap bayi, antaranya disebabkan oleh pemakanan ibu, cuaca dan juga susu formula yang tidak sesuai.
Untuk melegakan perut bayi, sapu minyak angin atau minyak telon di bahagian perut, bahagian belakang badan, telapak kaki dan pada bahagian betis. Pastikan minyak yang digunakan selamat untuk bayi.
Cara tradisioanal juga boleh digunakan dengan menggunakan tungku herba yang telah dipanaskan, pastikan suhu yang selamat untuk kulit bayi dan tuam pada perut bayi. Insya-Allah, ini akan melegakan kembung perut bayi.
Ada yang menyatakan bahawa jika bayi buang air besar lebih daripada tiga kali dianggap cirit-birit. Akan tetapi, perlu juga dilihat dari segi warna najis dan juga bentuknya.
Biasanya jika bayi mengalami cirit-birit, najisnya sedikit dan cair serta membuang lebih daripada tiga kali. Bayi yang kerap menyusu juga kerap membuang.
Untuk mengatasinya, anda haruslah memberi bayi anda air(untuk bayi 6 bulan ke atas) atau menyusu secara kerap kerana telah berlaku dehidrasi atau mendapatkan rawatan dengan segera.
Keadaan ini biasa berlaku kepada bayi. Ibu bapa kena pantau. Ia normal bagi bayi menyusu badan. Biar anak membuang secara semulajadi. Jika nampak anak tak selesa boleh terus rujuk pada doktor.
Masalah kesihatan bayi yang popular dan kerap terjadi ialah ruam. Sebagai ibu, kerisauan melanda jika terdapat bintik-bintik merah yang timbul pada wajah dan bahagian kulit yang lain terutamanya punggung.
Biasanya yang kerap berlaku kepada bayi ialah ruam lampin. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh lambat menukar lampin bayi dan juga kulit bayi cepat berpeluh. Kulit bayi sangat lembut dan sensitif, jadi penjagaan yang rapi amat diperlukan.
Ruam juga terjadi pada bahagian celah-celah paha dan lipatan anggota badan bayi. Sebagai penyelesaiannya, gunakan krim pelindung ruam yang tidak menyerap air.
Lampin yang basah perlu ditukar segera atau sebaik-baiknya 6 jam sekali. Jika bayi anda buang air besar, jangan melambatkan proses pembersihan kerana keadaan tersebut membuatkan bayi anda tidak selesa dan boleh menyebabkan gatal-gatal.
Kebiasaannya berlaku selepas menyusu atau setengah jam atau sejam selepas penyusuan. Kuantiti muntah adalah sedikit dan jika muntah bayi terlalu banyak dan tidak henti, ibu perlu membawa bayi ke klinik. Bayi anda mungkin mengalami masalah pada usus.
Muntah juga berlaku kerana bayi menyusu terlebih dos. Perut bayi tersangat kecil dan mempunyai had untuk menyimpan susu. Sebab itulah bayi memang kerap menyusu iaitu sekurang-kurangnya 8 kali sehari.
Sebaiknya, selepas menyusu sendawakan bayi dengan memangku dan meletakkan kepala bayi menghadap bahu anda, kemudian tepuk perlahan-lahan.
Masalah kesihatan bayi yang seterusnya ialah demam. Suhu biasa bagi bayi ialah 37 darjah celcius, jika suhu melebihi 38 darjah celcius ke atas, itu tandanya bayi anda demam.
Cara nak menurunkan suhu bayi adalah dengan meletakkan tuala basah di kepala dan juga dicelah ketiak bagimemastikan suhu badan dalam keadaan normal.
sumber: rezekisihat.com
Walaupun kebanyakan masalah kesihatan bayi boleh dirawat dengan baik, ibu bapa tidak seharusnya mengambil mudah sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda seperti demam tinggi, kesukaran bernafas, muntah berulang, sawan, kurang menyusu atau kelihatan terlalu lemah.
Pemeriksaan awal dapat membantu mengenal pasti punca penyakit dengan lebih cepat dan mengelakkan komplikasi yang lebih serius.
Masalah kesihatan bayi merupakan perkara yang lazim berlaku sepanjang tahun pertama kehidupan. Dengan memahami simptom awal serta mendapatkan rawatan pada masa yang sesuai, ibu bapa dapat membantu memastikan tumbesaran bayi berjalan dengan lebih sihat dan selamat.
Walaupun tidak semua simptom menunjukkan penyakit yang serius, sikap peka terhadap perubahan tingkah laku, corak tidur dan selera makan bayi merupakan langkah terbaik dalam menjaga kesihatan si manja. Jika anda berasa ragu-ragu atau simptom berterusan, segera dapatkan nasihat daripada doktor atau petugas kesihatan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu ayah nak anak pandai. Nak tengok anak cepat faham, bijak berfikir, berakhlak baik dan ada masa depan yang cerah. Tapi hakikatnya, kepandaian anak bukan datang semata-mata dari sekolah atau genetik cara kita membesarkan mereka setiap hari itulah yang paling besar kesannya dalam usaha anak jadi pandai.
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, ada 10 perkara mudah yang kalau diamalkan secara konsisten, boleh bantu anak jadi pandai dan berperibadi tinggi.
Berikan makanan yang halal dan bernutrisi (toyyiban). Utamakan makanan natural dan home-cooked. Biasakan anak minum air mineral, makan sayur dan buah. Kurangkan makanan tinggi gula seperti kek, coklat dan minuman kotak. Apa yang masuk dalam badan, itu yang bentuk otak dia dan memainkan peranan besar dalam proses anak jadi pandai.
Banyak bercakap dengan anak. Jangan sekadar arahan, tapi beremosi guna mimik muka, nada suara, gelak bersama. Masuk ke “dunia” mereka. Dari situ, otak dan emosi anak berkembang serentak.
Anak perlukan movement. Bermain bukan sekadar hiburan, tapi cara mereka belajar. Main fizikal untuk kuatkan badan, main minda untuk latih otak. Tanya soalan pelik-pelik pun tak apa dari situ kita nampak cara mereka berfikir.
Nyanyi bersama, bergurau dalam kereta, cipta memori kecil. Benda simple ni yang akan anak ingat sampai besar. Kadang bukan hadiah mahal, tapi “masa” itu yang paling mahal dalam membentuk anak jadi pandai dan stabil emosinya.
Bawa anak explore dunia. Tunjuk benda sekeliling pokok, haiwan kecil, bulan di langit. Teman mereka tengok kartun pun dah cukup, asalkan ada connection. 10–15 minit pun dah bermakna.
Anak belajar dari apa yang dia dengar. Biasakan “terima kasih”, “tolong”, “sayang”. Tegur bila mereka guna perkataan kasar. Didik dengan pengulangan — lama-lama jadi habit.
Ini ramai pandang ringan, tapi sebenarnya sangat powerful. Peluk dan cium anak sekurang-kurangnya sekali sehari. Walaupun dia dah tidur, tetap buat. Anak yang cukup kasih sayang, biasanya lebih tenang, lebih dengar kata, dan emosi lebih stabil asas penting untuk anak jadi pandai.
Dengar anak. Bila dia takut, jangan dismiss. Setiap anak berbeza ada yang kuat, ada yang sensitif. Tugas kita bukan bandingkan, tapi faham.
Tak semua anak kena pandai akademik. Ada yang berbakat dalam seni, sukan, komunikasi. Jangan paksa ikut impian kita. Bantu dia jadi versi terbaik diri dia sendiri.
Perkenalkan pelbagai bahasa sejak kecil. English, Mandarin, Arab otak anak macam sponge. Lagi banyak exposure, lagi kuat perkembangan kognitif dia dan membantu anak jadi pandai dengan lebih menyeluruh.
Akhir sekali, jangan lupa — doa. Doakan anak depan mereka. Biar mereka dengar harapan kita untuk mereka.
Hakikatnya, kecerdasan anak bukan hanya bergantung pada genetik tapi cara kita membentuk mereka setiap hari. Konsistensi, kasih sayang dan perhatian adalah kunci utama dalam proses anak jadi pandai.
Dark chocolate dikatakan mampu membantu fokus dan memori anak ketika musim peperiksaan. Ketahui penjelasan Pakar Otak Dr Rizal Abu Bakar, manfaat flavanol serta cara memilih dark chocolate yang sesuai.