Sebab terlalu takut… anak belajar menipu. Betul ke parenting style yang garang boleh jadikan anak lebih memberontak dan menipu sebab mak ayah garang?
Kalau ikut logik, mak ayah yang tegas dan garang ni biasanya fikir mereka tengah “mendidik”. Tapi realitinya, bila anak diasak dengan bebelan, marah, jeritan setiap hari, dia bukan makin insaf… dia makin pandai sorok. Benda ni bukan main-main, sebab kesan dia boleh sampai ke tahap anak jadi takut nak buka mulut, dan akhirnya pandai menipu semata-mata nak elak kena marah.
Ads
Bila rumah jadi zon perang Bayangkan budak balik sekolah, penat, nak bercerita… tapi baru nak buka mulut, mak ayah dah start membebel. Hari-hari kena tempik, lama-lama anak hilang selera nak kongsi apa-apa. Yang paling sedih, anak mula fikir, “baik aku diam, nanti kena marah lagi.”
Kesan psikologi bukan main-main Kajian pun ada tunjuk, anak yang dibesarkan dalam suasana penuh tekanan dan suara tinggi ni cenderung jadi lebih agresif atau terlalu pasif. Dua-dua tak bagus. Ada yang jadi “yes man” sebab takut, ada yang jadi rebellious sebab dah tepu.
Mula belajar menipu, sebab takut Paling common – anak tak siap kerja sekolah, tapi cakap “cikgu tak bagi pun”. Atau pecahkan cawan, tapi tuduh kucing. Semua ni sebab satu je: takut dimarahi. Dia bukan suka-suka menipu, tapi sebab dia tahu reaksi mak ayah akan buat dia rasa lagi teruk.
Ada beza tegas dengan garang Tegas bermakna ada peraturan, ada rutin, tapi masih ada ruang untuk anak bersuara dan explain. Garang pula biasanya one-way – anak salah, terus dimarah. Tak ada ruang nak explain. Bila tak ada ruang nak explain, lama-lama anak pun tak bother nak cerita apa-apa.
Anak bukan nak mak ayah perfect, tapi nak rasa selamat Anak-anak tak perlukan mak ayah yang 100% betul. Dia cuma nak tahu, bila dia buat silap, ada orang akan dengar. Akan peluk. Akan ajar dengan sabar. Bukan terus jerit dan hukum.
So mak ayah, cuba refleks sikit. Kalau anak dah mula diam je, atau makin menjauh… mungkin dah sampai masa untuk kita slow down. Ubah nada. Buka ruang.
Ads
Sebab anak yang takut mak ayah, mungkin dengar cakap… tapi anak yang percaya dan rasa selamat dengan mak ayah, dia bukan je dengar – dia hormat, dia terbuka, dan dia jujur.
Ads
Tak salah nak disiplinkan anak. Tapi jangan sampai hilang hubungan.
Ramai ibu bapa memberi perhatian penuh kepada pemakanan bayi seperti susu formula, vitamin dan makanan tambahan, tetapi sering terlupa bahawa peralatan harian yang digunakan untuk menyediakan susu juga memainkan peranan yang sangat besar dalam keselamatan si kecil.
Salah satu aspek yang sering dipandang ringan ialah cara penggunaan botol susu bayi, terutamanya botol susu polikarbonat yang mungkin masih digunakan di sesetengah rumah.
Seiring dengan perkembangan ilmu kesihatan dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ibu bapa kini digalakkan untuk lebih peka terhadap risiko bahan kimia seperti Bisphenol A (BPA) yang boleh terkandung dalam sesetengah jenis botol plastik lama.
BPA merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan dalam penghasilan plastik polikarbonat. Walaupun ia memberi kekuatan dan ketahanan pada botol, kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada suhu tinggi seperti air panas boleh menyebabkan bahan ini terurai dan berpotensi larut ke dalam minuman bayi.
Keadaan ini lebih berisiko kerana sistem tubuh bayi masih belum matang sepenuhnya, khususnya organ hati dan buah pinggang yang bertanggungjawab menapis bahan asing dalam badan.
Oleh itu, antara langkah paling penting yang perlu diberi perhatian ialah mengelakkan penggunaan air panas secara terus ke dalam botol susu polikarbonat ketika membancuh susu formula.
Walaupun kelihatan seperti amalan biasa, tindakan ini boleh meningkatkan risiko pendedahan bahan kimia yang tidak sepatutnya masuk ke dalam tubuh bayi.
Sebagai alternatif yang lebih selamat, air suam yang telah dibiarkan mencapai suhu sesuai disarankan untuk digunakan ketika menyediakan susu.
Selain itu, proses penjagaan botol susu juga tidak boleh dipandang remeh. KKM menyarankan agar botol susu disterilkan mengikut arahan pada label produk. Jika tiada arahan khusus, kaedah merendam botol dalam air mendidih selama lima hingga 10 minit boleh diamalkan bagi memastikan kebersihan optimum.
Namun begitu, perlu difahami bahawa proses pensterilan ini tidak bermaksud botol boleh tahan selamanya. Penggunaan berulang kali, terdedah kepada haba tinggi serta proses cucian harian boleh menyebabkan struktur plastik menjadi lemah tanpa disedari.
Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk sentiasa memeriksa permukaan dalam botol susu. Sekiranya terdapat kesan calar, perubahan warna, bau pelik atau permukaan yang kelihatan kusam, botol tersebut perlu segera diganti.
Lebih penting lagi, walaupun tiada kerosakan yang jelas kelihatan, botol susu bayi disarankan untuk ditukar setiap enam bulan sebagai langkah pencegahan jangka panjang.
Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan risiko pendedahan bahan kimia, malah memastikan kebersihan dan keselamatan bayi sentiasa berada pada tahap terbaik.
Dalam pada itu, botol susu yang lebih selamat biasanya dilabelkan dengan tanda “BPA Free” atau “Bebas BPA”. Label ini menunjukkan bahawa produk tersebut tidak menggunakan bahan Bisphenol A dalam proses pembuatannya.
Ibu bapa juga boleh mempertimbangkan beberapa alternatif bahan botol susu yang lebih selamat seperti Polypropylene (PP), Polyethersulfone (PES), Polyamide (PA), serta botol kaca.
Setiap bahan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Contohnya, botol kaca tidak menyerap bau atau warna susu, manakala bahan PP dan PES lebih ringan serta tahan haba jika digunakan dengan cara yang betul.
Selain pemilihan botol, teknik penyediaan susu juga perlu diberi perhatian. Ramai tidak sedar bahawa suhu air yang terlalu panas bukan sahaja boleh merosakkan kandungan nutrisi dalam susu formula, malah boleh meningkatkan risiko perubahan struktur plastik botol tertentu.
Oleh itu, amalan terbaik adalah menggunakan air suam yang bersih dan sesuai, bukan air yang baru mendidih terus ke dalam botol.
Di samping itu, kebersihan peralatan juga perlu dititikberatkan. Span dan berus lembut disarankan untuk mencuci botol susu bagi mengelakkan permukaan tercalar. Calar halus yang tidak kelihatan dengan mata kasar boleh menjadi tempat pembiakan bakteria atau mempercepatkan kerosakan bahan plastik.
Dalam jangka panjang, kesedaran tentang penjagaan botol susu ini bukan sekadar isu kecil, tetapi sebahagian daripada tanggungjawab besar ibu bapa dalam memastikan kesihatan bayi berada pada tahap optimum.
Bayi yang masih kecil sangat bergantung kepada apa yang mereka minum setiap hari, dan sedikit kesilapan dalam penyediaan susu boleh memberi kesan yang tidak dijangka.
Kesimpulannya, walaupun botol susu nampak seperti peralatan biasa, ia sebenarnya memerlukan perhatian yang serius. Elakkan menggunakan air panas secara terus ke dalam botol polikarbonat, amalkan penjagaan yang betul, dan pastikan ia diganti secara berkala.
Langkah kecil ini mungkin nampak remeh, tetapi ia boleh memberi impak besar kepada keselamatan dan kesihatan bayi dalam jangka masa panjang.
Ketika membesarkan anak perempuan, banyak cabarannya. Perlu diajarkan tentang pelbagai perkara terutamanya kehormatan diri. Itulah yang menjadi kerisauan ibu ayah apabila anak perempuan sepanjang mereka membesar.
Nak besarkan anak perempuan dengan baik perlu elakkan enam perkara ini. Jadikan perkongsian dari Ustazah Aminah Mat Yusoff ini sebagai panduan untuk kita semua.
Pesan Imam Al-Ghazali.. Jauhilah 6 perkara ini daripada anak perempuan
Beberapa orang sahabat tanya saya, apakah bekal yang terbaik untuk seorang anak perempuan agar mereka beroleh kebahagiaan, pandai bawa diri, menyejukkan hati dan menjadi bakal isteri yang dicari-cari?
Perkara yang paling penting dalam hidup seorang anak perempuan ialah persekitaran yang baik, selamat, mawaddah dan penuh dengan mahabbah.
Pesan Nabi SAW : عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « إياكم وخضراء الدمن » ، فقيل : يا رسول الله ، وما خضراء الدمن ؟ قال : « المرأة الحسناء في المنبت السوء »
Dari Abu Sa’id al Khudry radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jauhilah khadhraaad diman.”
Mereka berkata, “Apakah khadhraaad diman wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda, “Wanita cantik yang tumbuh dalam lingkungan buruk.”
Dalam hadith ini Rasulullah SAW menyatakan pentingnya background family seorang perempuan. Anak yang didik dengan kasar, bebas, persekitaran yang tidak sihat sangat memberi pengaruh kepada pembentukan karekter dan sifatnya.
Ingat baik-baik pesan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal):
Jauhi anak perempuan dari 6 sifat ini:
1. Al-Annanah : Suka mengeluh dan malas.
Anak perempuan yang dimanjakan, banyak mengeluh dan suka mengadu. Buat-buat sakit, penat dan rasa terbeban dengan tugasan hariannya. Berpura-pura sakit kerana malas, banyak tidur dan menghabiskan masanya dengan hiburan semata-mata.
Bekalkan anak-anak dengan ilmu agama, ilmu keduniaan, ilmu kehidupan, skill penting seperti masak, kemas rumah, menjaga kebersihan diri dan keluarga.
Ajari mereka cara hidup yang susah dan berdikari. Hadiahkan mereka dengan kata-kata semangat dan pujian bukan dalam bentuk meterial semata-mata. Sentiasalah berdoa, sedekahkah al-Fatihah untuk roh mereka setiap malam dan ajari mereka lazimi surah al-Qadr untuk selamat dari maksiat.
2. Al-Mananah: Suka mengungkit-ungkit
Setiap kebaikan yang dilakukan lalu disusuli dengan sikap mengungkit-ngungkit, akan menghilangkan pahala kebaikan. Ajar anak untuk jadi seorang yang ikhlas dan redha dengan setiap usaha yang dilakukan. Terapkan nilai afektif, nilai murni dalam kehidupan seharian. Ia melatih anak-anak melakukan rutin harian dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak rasa terbeban. Disiplinkan mereka dengan jadual kehidupan yang teratur dari awal, jika sudah terlambat anak-anak akan mengatur kehidupannya dengan cara yang salah.
3. Al-Hananah : Merindui orang yang tidak sepatutnya.
Bahaya jika anak perempuan mula menaruh minat dan merindui seorang lelaki yang bukan pasangannya. Ia sedang menghampiri fitnah dan kerosakan. Rasa cinta, rindu dan suka itu tidak salah tapi mesti berada pada landasan yang betul. Penting ibu ayah terapkan rasa malu pada anak-anak perempuan agar peribadi dan akhlaknya sentiasa terjaga.
4. Al-Haddaqah : Boros dan suka berbelanja. Habit ini boleh mengundang kecenderungan lain yang lebih bahaya. Jika tidak dapat penuhi keinginannya kerana tidak mampu dan keluarga tidak berduit mungkin anak ini akan sanggup berhutang, mencuri dan meminta-minta. Ajari anak cara berjimat cermat, membeli apa yang perlu dan tidak mengikut nafsu. Menjadi bebanan yang sangat berat pada ibu ayah dan juga suaminya jika sifat boros ini tidak dikawal dengan baik.
5. Al-Barraqah : Imam Al-Ghazali mentafsirkan perkataan ini dengan dua makna,
a) Melampau dalam berhias semata-mata untuk mendapat perhatian orang ramai. Perbuatan ini mempunyai unsur maksiat dan mendatangkan dosa. Sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. Didik anak dengan sifat wasatiyyah iaitu bersederhana dari segala sudut. Sederhana ketika berhias dan berpakaian adalah lambang keindahan peribadi.
b) Bersifat selfish, pentingkan diri. Perumpamaan yang diberikan ialah menyembunyikan makanan yang sedap untuk dirinya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain termasuk ahli keluarga atau suaminya.
6. Al-Syaddaqah : Banyak bercakap perkara yang sia-sia.
Lidah punca ke Neraka, juga punca ke syurga. Latih anak-anak menggunakan bahasa yang sopan dan sedap didengar. Ibu ayah yang suka bergaduh depan anak-anak akan mempengaruhi perwatakan dan pemikiran anak. Anak berubah menjadi ganas, menggunakan bahasa yang kasar dan melawan cakap kerana ia diserap melalui persekitaran dan cara didikannya.
Jangan tunggu anak-anak dah jauh tersasar kerana kita tidak mampu lagi berhadapan dengan mereka. Pastikan kawannya adalah orang yang baik dan boleh dipercayai, pastikan juga bahan bacaan anak-anak, web yang dilayari, idola anak-anak dan minat anak-anak. Semua itu akan mempengaruhi pemikiran dan karekter mereka.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat semua.
-Aminah Mat Yusoff –
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati
Paksa anak puasa sampai menangis sering menjadi isu hangat setiap kali Ramadan menjelang. Ada ibu bapa yang terlalu tegas sehingga anak keletihan dan menangis, sedangkan hukum berpuasa bagi kanak-kanak sebenarnya berbeza daripada orang dewasa.
Isu hukum berpuasa bagi kanak-kanak sering menjadi persoalan dalam kalangan ibu bapa, khususnya apabila anak-anak sudah mula belajar berpuasa walaupun belum baligh. Ada yang tertanya-tanya, adakah puasa mereka wajib? Jika mereka berpuasa, adakah dikira sah atau sekadar latihan sahaja?
Menurut penjelasan rasmi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri, terdapat panduan jelas mengenai hukum dan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak berkaitan ibadah puasa. Berikut penjelasan lengkap yang boleh dijadikan panduan.
Secara asasnya, kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, sama ada mereka sudah mumaiyiz atau belum.
Ini kerana kewajipan berpuasa hanya dikenakan kepada individu yang memenuhi syarat tertentu, antaranya:
Selagi anak belum mencapai tahap baligh, mereka belum memikul tanggungjawab syarak sepenuhnya, termasuk kewajipan berpuasa.
Perkara ini berasaskan hadis Rasulullah SAW yang menyebut bahawa terdapat tiga golongan yang tidak dicatat amalan ke atas mereka, iaitu:
Para ulama menjelaskan bahawa maksud “tidak dicatat amalan” ialah mereka tidak dibebankan dengan tanggungjawab hukum-hakam syariah. Maka, jika kanak-kanak tidak berpuasa, mereka tidak berdosa.
Walaupun tidak wajib, status puasa kanak-kanak bergantung kepada tahap kefahaman mereka.
✔ Kanak-kanak mumaiyiz
Iaitu anak yang sudah boleh memahami arahan, membezakan baik dan buruk serta faham maksud ibadah.
➡ Puasa mereka sah jika dilakukan dengan betul.
✖ Kanak-kanak belum mumaiyiz
Anak yang masih belum faham makna ibadah atau tidak mampu mengawal diri dengan baik.
➡ Puasa mereka tidak dikira sah, kerana belum memenuhi syarat asas ibadah.
Dalam isu paksa anak puasa sampai menangis, ibu bapa perlu memahami bahawa pendekatan yang terlalu keras bukanlah kaedah terbaik dalam mendidik. Walaupun Islam menggalakkan latihan awal, ia mestilah dilakukan dengan penuh hikmah dan kasih sayang.
Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab melatih anak berpuasa sebagai persediaan apabila mereka baligh nanti, bukan memaksa tanpa mengambil kira kemampuan fizikal dan emosi anak.
✔ Umur 7 tahun
Anak yang sudah mumaiyiz dan cukup umur 7 tahun digalakkan serta disuruh berpuasa jika mereka mampu dan larat. Tujuannya supaya mereka biasa dengan rutin ibadah serta memahami konsep tanggungjawab secara berperingkat.
✔ Umur 10 tahun
Jika masih enggan berpuasa tanpa sebab munasabah, dibolehkan memberi teguran lebih tegas termasuk pukulan ringan yang tidak mencederakan, sebagai bentuk didikan — sama seperti latihan solat.
Namun, tindakan ini bukan bertujuan menghukum atau mendera. Dalam konteks paksa anak puasa sampai menangis, ibu bapa perlu menilai sama ada anak benar-benar mampu atau sekadar dipaksa kerana tekanan persekitaran.
Ibadah bukan sekadar kewajipan, tetapi juga pembiasaan. Anak yang dididik sejak kecil akan:
Latihan secara berperingkat jauh lebih berkesan berbanding pendekatan paksa anak puasa sampai menangis tanpa memahami had kemampuan mereka. Didikan yang lembut tetapi konsisten akan membentuk hubungan yang sihat antara anak dan ibadah.
Kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa dan tidak berdosa jika tidak melaksanakannya. Jika anak yang sudah mumaiyiz berpuasa, maka puasanya sah dan sangat digalakkan sebagai latihan.
Isu paksa anak puasa sampai menangis seharusnya membuka mata ibu bapa bahawa mendidik bukan bererti menekan. Tanggungjawab sebenar ialah membimbing dan membiasakan anak dengan ibadah mengikut kemampuan mereka. Didikan yang konsisten dan penuh kasih sayang sejak kecil akan menjadikan ibadah bukan sekadar kewajipan, tetapi satu amalan yang sebati dalam kehidupan mereka apabila dewasa nanti.