Allah sayunya rasa hati ini di saat kita yang masih boleh makan dengan pelbagai jenis makanan sedap, tapi masih ada lagi yang terpaksa ikat perut atas kekangan tertentu.
Lagi tersentuh perasaan ini apabila perkongsian melalui Facebook Siti Fatimah Abd Hamid di mana seorang nenek yang terpaksa menjaga tujuh cucu kini berada dalam keadaan kesempitan untuk memberikan susu dan menyediakan makanan buat cucunya.
Minta 4 tin susu pekat untuk bancuh bagi cucu minum
Menurut Siti Fatimah, ketika menelefon nenek ini untuk bertanyakan apa barang keperluan dan jenis susu yang diperlukan, dia hanya minta 4 tin susu pekat manis dulu.
Allahuakbar rasa tak sanggup dengar permintaan nenek ini.
Ads
“Puan, mak cik mau 4 tin saja susu pekat manis tu.”
Haih, berhabuk lagi mata. Mak cik ni tak minta banyak. Cukuplah dulu susu pekat saja 4 tin untuk cucu-cucunya.
Kata nenek ini lagi, cucu-cucunya dah biasa minum susu cap junjung (susu pekat manis), yang penting ada warna putih-putih. Itu pun sudah cukup untuk bancuh bagi pada cucu saya yang kecil-kecil ni. Ok sangat dah tu. Tambah nenek ni lagi.
Ibu & ayah kepada 7 orang cucu
Ads
Apa yang menyedihkan juga, nenek inilah ibu dan ayah kepada tujuh orang cucunya sekarang. Ibu kepada cucu-cucunya itu telah meninggal selepas 3 bulan melahirkan anak yang bongsu.
Manakala bapa anak-anak ini pula terkandas di Keningau dan tak dapat balik kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
Ads
Kini nenek ini hanya mengharapkan cucu sulungnya yang membantu menguruskan adik-adik yang masih kecil selain membantu apa yang patut.
Sesungguhnya ujian setiap daripada kita tidak sama. Marilah bergandingan untuk sama-sama menjayakan misi Covid-19 kepada mereka yang memerlukan.
Potensi seseorang itu kadang-kadang sudah terserlah sejak kecil lagi. Seperti di Malaysia, ramai anak genius yang kita ketahui kemampuan mereka dalam pelajaran. Untuk mengukur kebijaksanan seseorang dari segi akademik dan ilmiah, ia dilihat melelaui IQ mereka.
Baru-baru ini tular tentang seorang kanak-kanak lelaki dari Malaysia yang berusia tiga tahun diterima memasuki Mensa, yang menjadikan dirinya ahli termuda di dalam komuniti masyarakat IQ tinggi antarabangsa. Kini, usianya sudah pun 5 tahun.
Kanak-kanak ini yang menetap di United Kingdom bersama ibu dan ayahnya telah berjaya menyertai Mensa dua tahun lepas setelah mendapat skor 142 dalam ujian Stanford Binet iaitu sejenis penilaian keupayaan kognitif yang digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan IQ seseorang.
Menurut laporan dari Metro UK, dengan keputusan tersebut meletakkan Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmi Naim dalam 0.3 peratus tertinggi penduduk. Berkongsi tentang rahsia kecerdikan anaknya, Nur Anira Asyikin Hashim mengatakan mereka telah mendedahkan buku kepada Haryz seawal usianya dua tahun.
Cerita Anira, anaknya menyebut perkataan pertama ketika berumur tujuh bulan dan semasa dua tahun, dia sudah mampu membaca buku cerita. Kedua-dua ibu ayah Haryz memiliki latarbelakang dalam bidang kejuruteraan dan tidak pernah menyangka anak mereka mempunyai kepintaran begitu.
Kata Anira lagi, mereka tidak menyedari tentang kebijaksanaan Haryz kerana tidak biasa memandangkannya anak pertama. Namun setelah menghantar Haryz ke pusat asuhan, dia dan suami dimaklumkan bahawa anak mereka mempunyai keupayaan yang melebihi kanak-kanak lain.
Apabila mereka sedar tentang kepintarannya, Anira dan suami kemudian membuat saluran Youtube yang dinamakan Little Haryz dengan tujuan untuk memberi galakan kepada kanak-kanak lain.
“Biarpun dia mempunyai IQ yang tinggi, Haryz sama sahaja seperti kanak-kanak lain yang sama umur dengan dia. Dia suka melompat, melukis, menyanyi dan buat semua benda yang budak-budak lain suka. Dia suka tonton Story Bots dan Numberbloks dan gemar bersembang dengan orang dewasa.”
Suka membaca dan Haryz juga suka bercakap mengenai nombor dan angkasa lepas. Tambah Anira lagi, mereka akan memberi galakan sepenuhnya kepada anak mereka di dalam bidang yang diminati dan sentiasa berbangga dengan apa jua pencapaian Haryz.
Berkongsi tentang amalan ketika hamil, Anira memberitahu yang dia mengamalkan membaca al-Quran dan bahan berkaitan keibubapaan. Selain itu, dia juga banyak membaca tentang bahan berkaitan pengajiannya. Kata Anira lagi, dia hanya membaca mana-mana surah dari al-Quran dan tidak mengamalkan sebarang surah secara spesifik.
Awal sesi persekolahan baru-baru ini, tular sekeping gambar seorang murid perempuan yang begitu berselera menikmati bekal yang disediakan oleh ibunya. Apa yang uniknya, bekas makanan yang dibawa murid tersebut adalah mangkuk tingkat.
Jika dilihat dari sudut positif, ramai yang kagum dengan cara ibu murid tersebut menyediakan bekal untuk anak sewaktu rehat di sekolah. Orang kata air tangan ibu tiada tandingannya walaupun hanya lauk ringkas.
Bagaimanapun, tak disangka-sangka, dari sekeping gambar, ia mendapat perhatian ramai dengan memuji dan tak kurang juga ada yang memberi kata-kata sindiran. Budaya ini seolah sebati dalam masyarakat.
Ambil dari sudut positif
Namun bagi memperbetulkan keadaan, ibu kepada murid perempuan ini, Puan Hasimah Abdullah mengambil pendekatan positif dengan berkongsi sisi kehidupannya yang mana anak-anak dah terbiasa bawa bekal ke sekolah. Ini bukanlah perkara baru dan ibarat rutinnya sebagai ibu.
Baru tahu anak viral di facebook sebab mangkuk tingkat ni. Tak apalah kita ambil dari sudut positif ye semua. Bagi wanita yang menjadi ibu, anda sebenarnya hebat. Tak kisah yang bekerja atau surirumah.
Anak-anak memang suka bawa bekal
Mak bekerja ke mak tak bekerja ke semua mak-mak yang baik, rajin dan sayangkan anak. Jadi banggalah kita sebab dah bagi yang terbaik untuk anak-anak. Tak kisah lah beli ke masak ke janji keperluan anak sentiasa tersedia.
Alhamdulillah anak saya ok je bawa mangkuk tingkat tu. Dia seronok lagi adalah sebab boleh makan macam-macam yang mak dia letak dalam tu. Tu kalau masa mak dia rajinlah.
Tiada yang mengejek, cikgu bagi galakan
Setakat hari ini kawan-kawan anak tak ada yang mengejek. Anak-anak sekarang semua dah cerdik dan matang. Hasil didikan kita jugakan mak ayah semua. Cikgu-cikgu di sekolah pun semua baik sangat. Galakan dan puji kakak sebab bawa mangkuk tingkat. Pagi-pagi semangat nak pergi sekolah dan bawa bekal dia.
Bagi semangat untuk anak-anak ke sekolah
Masak sendiri ke beli ke sama je janji anak rajin belajar dan semangat nak ke sekolah tiap-tiap hari. Terima kasih semua yang bagi kata-kata positif. Pandangan negatif kita amik buang tepi ya.
Owh ya mangkuk tingkat tu tak besar mana. Kecil je, cukup untuk bekal seorang makan dan yang bawa bekal tu papa dia yang mengajar kat sekolah tu juga. Masa dia rehat papa dia yang bawa bekas tu ke kelas.
Untuk ibu-ibu semua semangat ye bekalkan anak-anak tiap hari. Tak kisah la beli ke masak ok. Salute untuk semua ibu-ibu yang bekerja atau tak bekerja.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila kes Influenza meningkat dan media massa banyak membicarakan isu ini, terdapat pelbagai khidmat nasihat yang berlebih-lebihan pula disebarkan. Nampak terlalu panik dan obses pula masyarakat dalam mencegah dan merawat kes selesema dan demam.
Bagaimanapun menurut Dr Suhazeli Abdullah, sebagai masyarakat dan ibu bapa, anda kena bertenang dan ikut langkah pencegahan ini.
EMPAT langkah ini sudah memadai dalam mencegah penyakit Influenza.
1. Jaga Etika batuk. Di mana anda perlu menutup mulut ketika batuk/bersin samada menggunakan tisu atau sapu tangan. Jika tak sempat capai tisu atau sapu tangan, tekup dengan tapak tangan pun ok. Jangan hembur wap batuk atau bersin itu kepada orang sebelah. Adat sopan perlu dijaga.
2. Memakai penutup mulut dan hidung dengan topeng muka (mask). Pemakaian mask ini pun tidak perlu keterlaluan sehingga masuk bilik mandi pun terpaksa pakai mask. Bagi pergerakan biasa kita yang tidak mengalami gejala influenza, pun tidak perlu memakai mask. Hanya kes dan individu tertentu yang berisiko seperti anggota kesihatan, pesakit kurang daya imun badan atau berada di kawasan padat yang amat disarankan memakai topeng muka ini.
3. Kerap Mencuci tangan. Kaedah ini amat penting supaya kita senantiasa menjaga kebersihan. Tangan adalah anggota paling aktif dalam kehidupan kita. Berjuta kuman berada di tangan tanpa kita sedari. Virus influenza dari orang yang positif boleh merebak kepada orang lain melalui pernafasan atau sentuhan badan. Sudah tentu apabila kita bertemu dengan rakan taulan, tangan adalah anggota utama kita berjabat salam.
4. Pencegahan paling ampuh setakat ini adalah vaksin. Tetapi jangan anda semua sasau-minda (panik) untuk mendapatkan vaksin. Bagi golongan tertentu sahaja yang amat-amat memerlukan vaksin kerana terdiri dari kumpulan berisiko. Keutamaan vaksin Influenza diberikan kepada:
1. Kanak-kanak umur bawah 5 tahun dan orang berumur lebih 65 tahun.
2. Orang dewasa yang berisiko seperti penghidap penyakit kronik, kencing manis, lelah dan seumpamanya. Bincanglah dengan doktor adakah anda perlu ambil atau tidak.
3. Petugas kesihatan atau penjawat yang berdepan dengan orang ramai seperti polis, imegresen, pegawai khidmat pelanggan dan sebagainya.
4. Individu yang merancang ke luar negara yang tinggi kejadian influenza.
5. Bakal haji/umrah.
6. Ibu Hamil.
7. Berlebihan berat badan.
Virus influenza tidak kekal lama di persekitaran. Kajian menyatakan antara 5 minit hingga 2 jam sahaja. Kemudian jika virus tidak memasuki manusia sebagai perumah tetap mereka, akan mati di persekitaran. Virus influenza juga boleh melekat di peralatan rumah atau pejabat yang mempunyai sentuhan terus dari pesakit yang positif influenza. Tidak perlulah terlalu obses dengan spray / sembur semua peralatan rumah. Hinggakan kipas dan TV pun kena spray. Keterlaluan tu. Kita bukannya bercium berpeluk dengan TV pun. Memadai persekitaran kita sentiasa bersih.
Janganlah beri nasihat yang melampau kepada masyarakat sehingga isu influenza ini menjadikan negara seperti darurat. Tidak perlulah semua orang wajib berkurung dalam rumah, membeli barang harian pun secara online sahaja. Nasihat keterlaluan itu menimbulkan sasau-minda orang ramai.
Jika anda atau anak-anak mempunyai tanda-tanda influenza, berjumpa segera dengan doktor bukannya berkurung dalam rumah. Cuma jika mempunyai gejala, hadkan pergerakan anda supaya tidak berada di kawasan tumpuan orang ramai. Kuarantin dilakukan atas nasihat doktor bukannya jurujual produk.
Satu lagi, vitamin C bukan gantian kepada vaksin ye. Ya betul vitamin C itu ada kefungsian untuk menjaga integriti sel tubuh. Ianya anti oksida agar tubuh kita senantiasa segar. Tetapi ianya bukan antivirus atau gantian vaksin yang boleh mencegah influenza secara spesifik. Jangan terpengaruh dengan dakyah antivaksin supaya ambil vitamin C megadose. Mereka nak lariskan produk kesihatan mereka sahaja.
Begitu juga dengan petua tabur bawang merah sekeliling rumah. Tidak perlu membazir. Bawang merah bukan anti virus. Kesian pula rumah anda jadi bersepah dengan bawang di segenap penjuru. Cukuplah bawang merah atau putih itu menjadi resepi masakan sahaja.
Kekalkan gaya hidup sihat, selalu bersenam, pemakanan seimbang, cukup minum air seharian dan banyakkan berdoa agar dihindari penyakit.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.