Makan Buah Segar Tak Nak, Tapi Bila Olah Anak Makan Sampai Habis, Cuba Chewy Apple Oat Ni!

Share

Tidak dinafikan ada di antara anak-anak kita yang kurang gemar makan buah. Atau ada juga dikalangan anak kecil kita yang memilih jenis buah tertentu untuk dijamah. Epal misalnya kurang digemari apabila dijadikan puri kerana rasanya yang masam namun bila diolah, epal menjadi cukup enak.

Resipi Chewy Apple Oat ini antara yang boleh dicuba oleh mama. Nak buatnya pun teramatlah senang. Puan Myra Shafie berkongsi resipi ringkas ini buat semua. Jom cuba.



Kudap-kudap petang ni. Apple banyak tak habis. Nak buat apple pie kang tak reti lagi nak gigit-gigit. Belemuihh kang. So ibu buat laa nie simple-simple aje. Tekstur dia tak keras pun. Chewy-chewy je. Bayi tak ada gigi pun boleh makan. Boleh follow step kat bawah.

Chewy Apple Oat


Bahan-bahan:
Apple sebiji
Unsalted butter
Sebiji kurma
Sedikit cinnamon powder



Masakkan sekejap sampai butter cair then tambah air.



Kemudian masukkan oat. Ni saya letak 3 sudu besar oat.



Gaul-gaulkan sekejap sambil tambah air sedikit demi sedikit. Agak-agak je air tu, jangan banyak sangat, nanti oat tercair.



Hampar atas dulang dan bakar suhu 160 dalam masa 20 minit. Bila dah sejuk potongkan macam gambar kat atas.

IKLAN