Mungkin terlalu banyak Wawa makan durian, tarap, nanas dan makanan laut bayi dalam kandungan terkejut.
Itu yang dikongsikan pelakon Aeril Zafrel mengenai keadaan kesihatan isterinya Wawa Zainal yang mengalami muntah-muntah sehingga terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu.
Menurut Aeril, mungkin sebab terlalu banyak, jadi bayi dalam kandungan terkejut dan beri kesan pada kandungan.
Buat masa sekarang isterinya dalam keadaan stabil dan tidak terdapat sebarang masalah serius.
Ads
“Tidak dapat dipastikan sama ada Wawa keracunan makanan atau tindak balas bayi dalam kandungan. Cuma, saya berharap tidak ada apa yang teruk.
“Pagi semalam dia tiba-tiba saja muntah-muntah. Itu yang terus bawa ke hospital dan selepas pemeriksaan dia kena tahan,” katanya.
Aeril berkata, Wawa yang kini hamil lima bulan mengakui itu bukan kali pertama isterinya terkena perkara sama.
Ads
“Ketika hamil anak kedua dulu pun, Wawa pernah kena perkara sama. Tapi lebih teruk lagi.
“Cuma kali ini bagi saya ia biasa dan sikit saja. Doakan Wawa baik-baik saja,” katanya.
Dalam perkongsian di instagramnya juga, Aeril turut menyatakan berat sungguh dugaan seorang isteri atau ibu. Bukan mudah nak lalui semua ini. Wahai lelaki hargailah isteri kita…
Asid folik penting untuk membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin termasuk tiub saraf. Asid folik adalah suplemen vitamin B yang perlu diambil oleh wanita yang ingin hamil dan juga ketika hamil.
Asid folik membantu badan untuk mengurai, mengguna dan membina protein baharu. Ia adalah blok binaan bagi sel-sel tubuh kita. Asid folik juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan DNA dan pembentukan sel darah merah.
Ramai ibu-ibu hamil tertanya-tanya terutama ibu yang hamil kali pertama tentang waktu yang sesuai untuk makan asid folik. Adakah asid folik sesuai dimakan pada waktu pagi, petag atau malam?
Ketahui cara selamat dan betul untuk mengambilnya.
APA ITU ASID FOLIK?
Sebelum mengetahui waktu sesuai makan asid folik, jom kita fahami secara ringkas mengenai suplemen ini.
Asid folik merupakan bentuk folat sintetik – buatan manusia. Folat adalah sejenis vitamin B.
Folat diperlukan oleh setiap individu. Tetapi bagi ibu hamil, ia menjadi amat penting kerana peranannya dalam mencegah keabnormalan kelahiran.
Asid folik bersifat larut air, yang membolehkan tubuh memetabolismekannya dengan cepat.
Keperluan harian individu dewasa untuk asid folik adalah 400 mikrogram (mcg). Ia akan meningkat kepada 600 mcg semasa mengandung dan kemudiannya berkurangan kepada 500 mcg bagi ibu menyusu.
ASID FOLIK VS FOLAT
Asid folik adalah bentuk folat yang dihasilkan – vitamin B penting yang boleh didapati secara semula jadi.
Selain suplemen, sumber vitamin B lain adalah seperti makanan yang diperkaya dengan asid folik seperti bijirin sarapan pagi.
Terdapat pelbagai makanan lain termasuklah bayam, avokado dan pisang, turut mengandungi folat – bentuk semula jadi vitamin ini.
WAKTU SESUAI MAKAN ASID FOLIK: FAHAMI MANFAATNYA:
Asid folik membantu badan membuat sel-sel baru, termasuk sel darah merah.
Individu yang tidak mendapat asid folik mencukupi berisiko mengalami keadaan yang disebut sebagai anemia kekurangan folat.
Ia bermaksud tubuh tidak berupaya menghasilkan sel darah merah mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Kemerosotan ini boleh menjejaskan banyak aspek kesihatan, termasuklah fungsi organ.
Semasa mengandung, tubuh memerlukan lebih banyak asid folik kerana ia turut memainkan peranan penting dalam membantu janin membesar dan berkembang.
Salah satu peranannya yang penting adalah untuk mencegah kecacatan tiub saraf, termasuklah spina bifida dan anencephaly.
Spina bifida adalah keadaan di mana tulang saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya. Ia boleh menyebabkan pelbagai kecacatan yang boleh menjejaskan pembangunan, mobiliti dan kesihatan keseluruhan.
Bayi dengan anencephaly pula sama ada tiada otaknya tidak berkembang atau perkembangan yang sangat sedikit. Dalam kebanyakan kes, anencephaly boleh membawa maut – sama ada di dalam rahim atau sejurus selepas kelahiran.
Sering kali kesemua kecacatan ini berisiko terjadi semasa 28 hari pertama kehamilan – biasanya sebelum seseorang wanita itu mengetahui dirinya hamil.
WAKTU SESUAI MAKAN ASID FOLIK
Mana-mana wanita yang ingin merancang untuk mengandung harus mula mengambil suplemen asid folik sebelum kehamilan berlaku.
Waktu sesuai makan asid folik adalah semasa mencuba untuk mengandung. Sebaik-baiknya 3 bulan sebelum dan 12 minggu pertama kehamilan. Ini kerana kecacatan tiub neural berisiko tinggi terjadi pada peringkat awal perkembangan janin.
Jika anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan kecacatan tiub saraf, doktor akan mengesyorkan peningkatan dos sebanyak 5mg, diambil sekali sehari.
Ada juga pakar yang menyarankan ibu mengandung meningkatkan pengambilan asid folik kepada 600 mikrogram, ia bertujuan untuk membantu proses pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Secara amnya, tiada waktu khusus bagi pengambilan asid folik ini. Walau bagaimanapun, tabiat seperti mengambil vitamin pranatal setiap pagi bersama sarapan, boleh memudahkan anda mengingati pengambilan asid folik ini.
WAKTU SESUAI MAKAN ASID FOLIK PAGI ATAU MALAM?
*Jika perlu mengambil asid folik setiap hari, anda disyorkan memakannya pada waktu yang sama-sama ada pada waktu pagi atau waktu petang.
*Ambil tablet asid folik dengan segelas air.
*Suplemen asid folik ini boleh diambil dengan atau tanpa makanan.
*Jika terlupa mengambil dos harian, ambil ia sebaik sahaja teringat mengenainya. Tetapi jangan sekali-kali mengambil 2 dos untuk menggantikan yang terlupa
*Jika pengambilan asid folik jenis cecair, ia akan disertakan dengan picagari atau sudu plastik untuk membantu mengukur dos yang betul. Sekiranya tiada, dapatkan daripada ahli farmasi. Jangan guna sudu kecil dapur kerana ia tidak dapat mengukur jumlah yang betul.
ASID FOLIK & KESUBURAN:
Asid folik dapat membantu meningkatkan peluang untuk mengandung dan kekal hamil.
Terdapat kajian telah dilakukan pada tahun 2016, melibatkan 4,000 responden wanita dengan pengambilan asid folik. Hasil keputusan menunjukkan peserta yang mengambil suplemen lebih berkemungkinan untuk hamil.
Di samping itu, asid folik boleh membantu mencegah keguguran disebabkan beberapa keabnormalan kelahiran termasuklah kecacatan tiub saraf.
Kesimpulannya asid folik adalah nutrien penting untuk semua tetapi ia menjadi sangat penting semasa kehamilan. Mama yang ingin hamil disyorkan untuk berbincang dengan doktor tentang dos dan waktu sesuai makan folic acid pagi atau malam.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda disarankan merujuk doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Kredit: Hello doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Indonesia, Acha Septriasa mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua. Berita gembira itu dimaklumkan melalui instagram pada Ahad.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, Acha Septriasa turut memuat naik gambar baby bump yang dirakam dari jarak dekat.
“Ada manisnya tersendiri bisa ikut mencipta. Mengukir nama, membesarkan hidup dan mencipta kenangan bersama.
“Terharu dan bersyukur atas kesempatan kedua menjadi ibu bapa. Bridgia tak lama lagi akan menjadi kakak,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Bagaimanapun setakat ini, Acha Septriasa tidak mendedahkan usia kehamilannya.
Terdahulu, walaupun kini pasangan ini menetap di Australia, Acha tetap aktif berlakon dan antara projeknya terbarunya ialah sebuah filem yang mengandingkan dirinya dengan aktor Farid Kamil.
Naskhah yang dilakonkan mereka berkisar mengenai perjuangan seorang ahli politik yang juga Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Acha melakonkan watak datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Imbas kembali, Acha Septriasa berkahwin dengan Vicky Kharisma pada Disember 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Bridgia Kalina Kharisma.
Acha Septriasa mengambil keputusan menetap di Australia untuk mengikut suaminya bekerja di sana sejurus mendirikan rumah tangga.
Bakal menimang cahaya mata kelima tidak lama lagi, Datin Seri Shahida berkongsi perasaannya apabila anak keempat, Yusoff Al Qardawi seolah-olah belum puas bermanja lagi memandangkan akan menerima adik dalam jarak yang dekat.
Shahida yang kini hamil 8 bulan juga turut menyatakan akan berhenti mengandung sebelum usia 35 tahun untuk memberikan fokus sepenuhnya dalam membesarkan anak-anak.
“Mungkin sekarang saya rasa agak penat sikit memandangkan anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian serentak. Tapi lepas ni fasa saya berikan pula tumpuan untuk mereka membesar.
Dia turut mengakui Yusoff masih lagi tak puas bermanja dan apabila difikirkan rasa kasihan kerana bezanya hanya setahun dengan bayi yang sedang dikandungkannya.
Yusoff happy bila dekat dengan mama. Kesian Yusoff tak lama lagi nak dapat adik, tak puas nak manja.
Ramai-ramai anak ni yang paling dekat saya bersalin beza setahun je….kenapa dekat?? Sebab saya dah target last saya akan bersalin sebelum umur saya 35 tahun…lepas ni nak fokus besarkan anak-anak je.
Malam-malam Yusoff tidur dengan saya. Nanti ada adik pun sama jugalah tidur sekali dengan adik dan mama. Sebab pagi-pagi wajib gomol dia sebab dia akan bangun dan terus senyum……sambil sebut nak tengok na na na (didi & friend)😇😇
Harap anak lelaki sulung dapat jaga hubungan adik beradik
Shahida yang mempunyai anak lelaki sulung iaitu Ammar turut mengharapkan anak lelakinya itu mampu mengemudi dan membimbing adik-adik yang lain suatu masa nanti.
Suatu hari mama dan abah akan meninggalkan dunia ni. Ammar kena jadi contoh yang terbaik mengemudi keluarga menjaga hubungan adik beradik.
Sentiasalah sehati sejiwa sampai dewasa. Jangan gaduh-gaduh sampai putus silaturrahim. Apa juga yang terjadi berbalik la pada Allah SWT. Insya-Allah dia adalah sebaik-baik penjaga dan pelindung.
Sumber: Ig Datin Shahida
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Café-au-lait spot pada kulit anak biasanya tidak berbahaya, namun dalam keadaan tertentu ia boleh menjadi petunjuk kepada Neurofibromatosis Type 1 (NF1). Ketahui bila ibu ayah perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.