Pelakon Amyra Rosli tampil menjelaskan situasi sebenar apabila menggunakan buah nanas ke dalam masakan gulai lemak ketamnya baru-baru ini.
Khuatir akan penggunaan nanas yang didakwa sesetengah pihak bersifat ‘tajam’ bagi ibu yang sedang berbadan dua, ramai yang tampil menasihati Amyra.
“Laa kita masak lemak ketam letak nanas ramai DM tanya mengandung bole makan nanas? Tak tajam ke?
“Okey macam ni, semua individu berbeza. Kalau nak ikutkan maggi tak boleh makan, air gas tak boleh minum, durian tak boleh makan, makanan segera tak bole makan. Kenapa?
“Bagi saya, kalau hamil tu makanlah makanan apa pun, tapi kalau makanan itu memang dikatakan tajam atau panas tapi teringin juga nak makan, makanlah dalam kuantiti sangat sedikit.
Ads
“Sekadar nak lepaskan teringin kat tekak tu.
“Tapi kalau doktor anda sudah nasihatkan jangan sentuh langsung makanan itu atas sebab kesihatan, ikut cakap doktor tau,” terang Amyra.
Perkongsian itu kata Amyra dibuat memandangkan ramai yang cakna akan kandungan pelakon drama bersiri Nur itu.
“Saya kongsi ini kerana ramai yang ambil berat pasal saya letak nanas dalam makanan. Terima kasih kalian.
Ads
“Kalau anda was-was pasal pemakanan ketika hamil ni tanya saja doktor atau ibu anda okay,” tambahnya.
Mitos nanas penyebab keguguran bukan isu baharu dalam kalangan ibu yang sedang hamil.
Namun, pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin tampil menafikan tanggapan tersebut dan menjelaskan tiada bukti sahih yang mengaitkan nanas dan punca keguguran.
Penyanyi Nourul Depp diberikan rezeki hamil lagi di usia 41 tahun, harao bayi dikandung perempuan. Keterujaannya itu terserlah apabila sudah ada cadangan nama buat si kecil iaitu Isabella.
Nourul mengatakan rasa excited masih sama walau pun ini adalah ia adalah kehamilan anak yang keempat. Nourul sudah memiliki 3 anak. Ayu Nazirah, 20 tahun dari perkahwinan pertamanya dengan komposer Ajai. Nourul yang mendirikan rumah tangga dengan Eric Daniel Depp, seorang perunding kesihatan dari Perancis pada 6 Jun 2012 dikurniakan dua Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 dan terkini sedang hamil 10 minggu.
nouruldeppTerkesima tak tahu nak kata apa. Betapa besarnya kuasa Allah. Anak ke 4 pun dok rasa excited Sama macam anak first .
Saya decided untuk kongsi Kan Rahmat allah ini dnegan semua. .
Nanti bilik bersalin je lah tak boleh masuk ya. Tak boleh tengok. Kalau kita ornag putih pun, tak boleh tengok yang kena censored . Tak elok snagat aih Kan na .
Doakan yang ini semanis @ayu_ace doakan juga ianya seorang perempuan. Andai itu yang terbaik buat kami, mohon Allah izinkan. Tapi jika sebaliknya pun, tak apa. .
Niat di hati kalau perempuan nak namakan #isabella sebab minat dengan @aku.amysearch ??? .
Kalau lelaki, haaaa kena bukak buku nama lah nampaknya hahahaa. Tak prepare! .
Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat semua hambaNya
Para peminat mendoakan agar impian Nourul terlaksana. Ada juga yang meneka fetus ini ialah perempuan kerana kedudukannya di sebelah kiri tapi ada juga yang mengatakannya kanan.
Ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi seorang yang bijak dan pandai. Untuk melahirkan anak yang memiliki IQ tinggi, usaha perlu dilakukan sejak hamil lagi.
Berikut adalah usaha rangsangan perkembangan otak bayi yang boleh mama lakukan sejak dia di dalam kandungan lagi.
1. Rangsangan melalui perbualan
Bayi di dalam kandungan berupaya untuk mendengar, melihat cahaya dan bertindak balas melalui pergerakan. Jadi, ambil kesempatan ini dengan berbual-bual dengan bayi seawal usia kandungan.
Walaupun kemampuannya masih terbatas, namun bayi sudah dapat membezakan suara ibu atau bapanya.
Di Barat, doktornya mengesyorkan agar bayi dipendengarkan dengan muzik-muzik lembut. Tujuannya ialah tindakan ini dipercayai mampu merangsang otaknya sejak dari dalam kandungan.
Bagi Muslim, anda digalakkan untuk membaca atau memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran. Namun sebaik-baiknya, anda dan/atau suami yang membacakannya.
2. Rangsangan melalui visual
Salah satu rangsangan secara visual yang boleh dilakukan ialah melalui penggunaan gambar. Rangsangan sebegini akan melibatkan fungsi otak kanan dan bakal memberi pengaruh positif terhadap perkembangan bayi.
Otak kanan anda boleh dilatih dengan cara merakam gambar dan memotretkannya. Anda boleh juga melihat gambar permandangan. Rasa tenang daripada gambar yang dilihat itu akan merangsang peningkatan IQ pada bayi biarpun dia masih dalam kandungan
3. Rangsangan cahaya
Kajian di Barat mendapati cahaya redup yang dihalakan berdeekatan ibu hamil mampu merangsang bayi dalam kandungannya.
Untuk itu, anda boleh menggunakan lampu picit yang mempunyai kadar pencerahan bertahap. Elakkan pencahayaan yang terlalu terang kerana ia boleh mengganggu keselesaan bayi. Pergerakan yang dilakukan oleh bayi menunjukkan dia memberi tindak balas kepada cahaya yang ditalakan ke arahnya.
4. Pemakanan berkhasiat
Mengambil makanan yang kaya dengan sumber perangsang otak sangat penting untuk perkembangan otak si bayi.
Jadi, makanlah makanan-makanan yang dipercayai membantu usaha ini seperti ikan salmon, tuna dan sardin; minyak ikan, kekacang seperti pistachio, badam dan walnut; sayur-sayuran serta buah-buahan.
5. Kawal stres
Tekanan yang ibu hamil alami boleh menganggu kesihatan diri dan juga bayi. Untuk itu, anda boleh elak dan kawal tekanan dengan membiasakan diri untuk kekal bertenang walaupun menghadapi masalah.
Lakukan senaman ringan agar tubuh dan fikiran lebih relaks yang secara tidak langsung bermanfaat untuk menghindari stres. Ia turut mempengaruhi ketenangan bayi dan meningkatkan kecergasan otaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesetengah wanita mengalami masalah praeklampsia ketika mereka mengandung. Praeklampsia ialah gangguan sistemik hipertensi kepada ibu yang mengandung pada fasa trimester kedua yang melibatkan tekanan darah tinggi beserta rembesan protein dalam air kencing.
Peringkat kandungan yang berusia dalam 20 minggu keatas dengan tekanan darah melebihi 140/90mmHg dan mempunyai kandungan protein sebanyak 300mg sehari didalam air kencing diklasifikasikan sebagai preeklampsia. Pa&Ma mendapatkan penerangan lanjut tentang keadaan ini daripada Dr. Salini Suhaila Nasir, Pakar Kesuburan dan Sakit Puan dari Hospital Metro IVF, Klang.
Statistik menunjukkan kadar berlakunya praeklampsia untuk negara maju seperti US (United States) adalah sebanyak lima ke sepuluh peratus. Manakala di Asia atau negara yang sedang membangun kadar praeklampsia meningkat ke 10-20 peratus.
Jika dilihat pada kadar statistik tersebut, masalah ini perlu diberi perhatian kerana komplikasi kepada kematian ibu hamil adalah tinggi sekiranya keadaan ibu tidak dipantau dengan ketat.
Bagaimana ia boleh berlaku?
Etilogi mengenai praeklampsia masih belum dapat dijelaskan dengan tepat. Namun, kajian yang dijalankan mendapati, ia adalah berkaitan dengan masalah uri atau plasenta di dalam rahim ibu.
Patogenesis yang dikaitkan ialah:
Kenal Pasti Simptom Preeklampsia
Sistem pemeriksaan antenatal di Malaysia adalah salah satu yang terbaik di Asia, pemantauan secara penyeluruh telah berjaya mengesan risiko praeklampsia dalam kalangan ibu. Sekiranya ibu didapati mengalami tekanan darah lebih 140/90mmHg dan dikesan mengadungi protein di dalam kencing, pemeriksaan darah untuk beberapa ujian akan terus dijalankan.
Ini bertujuan untuk mengenalpasti risiko organ lain yang berkemungkinan terlibat kerana masalah praeklampsia. Tidak banyak simptom awal yang disedari para ibu tetapi sekiranya ada yang mengalami pembengkakan kaki yang teruk atau peningkatan berat badan yang mendadak perlu rujuk hal ini kepada doktor.
Simptom yang perlu dirujuk ke hospital dengan kadar segera ialah seperti sakit kepala, penglihatan menjadi kabur, sakit pada bahagia ulu hati, kencing dalam kuantiti yang sedikit atau rasa sesak nafas. Ini adalah simptom risiko sawan yang mungkin boleh berlaku sekiranya diabaikan.
Apakah risiko kepada ibu dan bayi dalam kandungan?
Risiko kepada ibu
Jika praeklampsia tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan komplikasi yang serius untuk ibu seperti kegagalan hati, kegagalan buah pinggang serta masalah jantung. Risiko sawan adalah keadaan yang paling digeruni kerana kegagalan fungsi otak mungkin boleh berlaku sekiranya bekalan oksigen terhenti.
Selain itu sindrom Penyakit HELLP (hemolisis, enzim hati yang tinggi, dan bilangan platelet yang rendah) – Keadaan yang biasanya berlaku lewat dalam kehamilan yang boleh menjejaskan pecahan sel darah merah, pembekuan darah, dan fungsi hati wanita hamil. Kesemua risiko ini boleh menyebabkan kematian atau morbiditi yang tinggi kepada ibu.
Praeklampsia boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke plasenta sehingga menyebakan kekurangan oksigen dan nutrien. Ini boleh menyebabkan pembantutan pembesaran janin didalam kandungan, pengurangan penghasilan air ketuban dan juga risiko kelahiran bayi pramatang.
Rawatan utama kepada ibu dan bayi adalah kelahiran. Untuk menstabilkan keadaan ibu tersebut pihak doktor terpaksa mengambil keputusan untuk kelahiran awal bagi mencegah risiko-risiko yang merbahaya kepada ibu dan bayi dari berlaku. Tidak ada cara untuk mengubati praeklampsia kecuali untuk bersalin awal dari jangkaan iaitu melalui kaedah pembedahan. Walaupun selepas bersalin, tanda-tanda dan gejala preeklampsia boleh bertahan sehingga enam minggu.
Siapakah yang berkemungkinan mengalami Praeklampsia?
Ini boleh dikategorikan kepada 2:
Ini merujuk kepada ibu-ibu yang pernah mendapat praeklampsia untuk kandungan sebelumnya, ibu yang mempunyai penyakit darah tinggi sebelum mengandung, pesakit diabetes sebelum mengandung atau pesakit buah pinggang.
Merujuk kepada ibu-ibu kandungan pertama dan kebiasaannya ibu remaja, atau berusia lebih dari 40 tahun, atau mempunyai BMI melebihi 30kg/m2 atau jarak kelahiran melebihi 10 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!