Anak bijak IQ adakah disebabkan oleh faktor pemakanan ataupun genetik semata-mata? Sebenarnya pertumbuhan otak anak ada kaitanya dengan pemakanan anak-anak. Otak yang sihat datangnya daripada pemakanan yang sihat. Ikuti perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar.
Kenapa otak power penting untuk anak?
Otak yang power dapat memproses matlumat dengan laju. Tiada lagi ‘errr’ atau tak ingat barang letak mana. Senang untuk mengingat apa yang dipelajari. Keputusan cemerlang. Senang hati ibu bapa.
Saya mahu kongsikan cara untuk POWER-kan otak anak kita:
1. Berjalan
Dalam kajian di jurnal Frontiers in Public Health tahun lepas dapati berjalan 10 minit tingkatkan kapasiti menjawab soalan matematik bagi pelajar. Memori mereka jadi lebih baik.
Lebih menarik lagi pelajar yang tidak cemerlang akademik tunjukkan lebih peningkatan dalam ujian matematik. Bolehlah jadikan berjalan ini aktiviti keluarga. Atau di saat anak buntu dengan kerja sekolah, minta anak berjalan dahulu. Sambung kerja sekolah kemudiannya.
Kajian lain di Journal Experimental Biology 2017 pula dapati berjalan kaki tingkatkan aliran darah ke otak. Peningkatan darah di otak naikkan prestasi otak dan baiki memori. Berjalan je kot. Power kan?
Sekarang mari kita lihat tips kedua.
2. Beri Anak Makan B.I.T
Kita adalah apa yang kita makan. Anak kita pun sama. Anak kita adalah apa yang mereka makan. Mereka makan jajan, itu tanda bahaya akan datang.
Beri anak kita makan B.I.T:
Buah Berries – Contohnya blueberries, cherry, blackberries dan strawberries. Beri kuasa besar pada hippocampus anak-anak. Memori jadi power.
Ikan – Ikan kembung contohnya ada omega 3 yang tinggi. Bagus untuk otak. Ini makanan wajib untuk anak-anak. Tuna dan salmon pun bagus.
Telur – Ia ada Choline. Penting untuk perkembangan memori anak-anak. Menu wajib sarapan.
Makanan mempengaruhi sikap anak. Beri kesan kepada tingkah laku. Tinggalkan impak kepada prestasi otak.
Perlu hati-hati dalam menjamu anak. Usah meracun anak sendiri. Apa lagi yang boleh di dijamu? Saya ada kongsi 11 Makanan Terbaik Untuk Otak. Silakan cuba.
Selain berjalan dan makan, jom beralih ke poin seterusnya.
3. Berzikir Untuk Tambahkan Sel Otak
Kajian dari Harvard University tahun 2011 mendapati bahawa zikir besarkan hippocampus. Pusat memori dan belajar. Bayangkan apabila hippocampus besar. Apa akan jadi pada kemampuan mengingat dan belajar? Bukankah lebih hebat?
Ads
Kajian ini juga dapati amygdala, pusat TAKUT manusia menjadi kurang aktif. Tiada ketakutan. Muncul TENANG. Timbul DAMAI. SubhanAllah hebatnya zikir ini. Kajian dari Yale University pula dapati ia mampu tenteramkan fikiran liar kita.
Fikiran yang melompat sakan dari satu topik ke topik lain tanpa henti. Bahasa Sains Otak ialah Monkey Mind. Bukankah apabila fikiran tidak melayang, kita terasa DAMAI?
Suruhan zikir ini juga menurut kajian di UCLA tingkatkan bahagian grey matter (bahagian kelabu) otak. Bahagian ini punya sel otak yang paling banyak.
Maksudnya?
Mudah. Sel otak bertambah dengan zikir. Hebat sungguh!
Zikir juga meningkatkan aktiviti pada bahagian Posterior Cingulate Cortex. Bahagian ini adalah pembekal motivasi. Studi jadi panjang. Pelajar lebih fokus pada studi. Pesan pada anak, andai mahu impak maksima pada otak, pada studi, zikir perlu di hati.
Boleh pesan anak untuk zikir sebelum study selepas ni?
Sekarang kita lihat point seterusnya, bab yang kita tidak ambil peduli sebelum ni.
4. Tidur Awal Supaya Hormon Dapat Bekerja
Ini adalah perkara yang sering terlepas pandang. Ramai orang tidak peduli. Apalah yang ada pada tidur. Tidur ini istimewa. Allah ciptakan tidur khusus untuk kita. Apabila tidur tidak cukup, maka ada bahaya yang bakal menimpa.
Apa dia?
Kesan tidur tidak cukup:
1. Memori – prestasi memori merudum 2. Keputusan – kemampuan membuat keputusan juga merosot 3. Perubahan hormon pada otak. Boleh membawa kepada kemurungan. 4. Tingkatkan risiko kegemukan 5. Jadikan kita cepat lapar. Pastikan anak cukup tidur. Tidur antara 6 hingga 8 jam untuk dewasa penting.
Ads
Tidur 9 jam untuk remaja dan kanak-kanak itu wajib.
Waktu tidur akan muncul ‘makcik cleaner’. Muncul di perut. Namanya melatonin. Tugasnya mudah. Mencuci. Proses healing semulajadi mengambil tempat. Andai tidur lewat, ‘makcik cleaner’ ini tidak dapat menjalankan tugas.
Bayangkan tandas yang tidak dicuci seminggu atau dua minggu. Bagaimana rupa dan baunya?
Sanggupkan kita masuk ke tandas sebegitu. Begitu juga dengan tubuh kita. Perlu dicuci dalam dalam. Melatonin perlu dibiarkan bekerja.
Apabila tidur kurang dari enam jam kadar kelembapan siapkan kerja naik 3 kali ganda. Begitu juga dengan kesalahan. Kajian ini dimuat dalam jurnal saintifik Lancet. Perlu ambil berat.
Tips seterusnya agak mencabar. Menarik di mata, sedap di mulut, belum tentu baik untuk otak.
5.Elak Makan Jajan Demi Otak Cantik
Tadi saya ada kongsi makanan B.I.T. Supaya tidak terjebak ke dalam dunia jajan. Sekali terperangkap, sukar mahu keluar. Iklan jajan ada di mana-mana.
Saya terangkan dapatan kajian kesan makanan ringan ke atas otak:
-Bahagian otak yang terlibat dalam pembelajaran, memori dan kesihatan mental iaitu hippocampi menjadi kecil. -Mengurangkan hormone BDNF di dalam otak. Tugas hormon ini ialah memelihara sel-sel otak dari rosak. -Lebih terdedah kepada kemurungan, kerisauan dan nyanyuk. -Menyebabkan keradangan pada otak.
Ia juga mengganggu pembentukan memori sekurang-kurangnya 3 minggu setiap kali kita mengambil makanan ringan. Kefahaman dari kajian ini ialah makanan ringan atau jajan merosakkan otak.
Kita jadi sukar untuk belajar. Memori gagal terbentuk selama tiga minggu setiap kita berjajan-jajan. Yang terburuk sekali ianya mengecilkan otak.
Lebih buruk otak anak-anak yang sedang membesar. Andai kita pemberinya, kitalah juga punca bodohnya anak kita.
Ads
Mahu anak pandai hentikan jajan.
Adakah jeruk termasuk?
Ya. Termasuk sekali. Begitu juga cereal.
Poin seterusnya masuk bab puji anak. Puji anak perlu kena dengan caranya. Supaya kesan lebih efektif.
6.Puji Usaha Anak, Bukan Hasil
Apabila kita puji anak dengan sebut “Pandailah Along. Tahniah!” ia akan jadi racun minda.Apabila kita beri pujian seperti di atas, kita programkan otak anak kita bahawa berjaya atau gagal ditentu oleh faktor luaran. Bukan dalaman.
Faktor luaran ini akan matikan aktiviti STRIATUM. Ini bahagian motivasi di OTAK. Motivasi anak akan cepat padam.
Mereka akan pilih aktiviti yang senang. Mereka cenderung untuk tidak buat apa yang sepatutnya dibuat. Sebabnya? Takut gagal. Apabila gagal tiada dendangan pujian akan didengar. Lebih baik tidak buat. Mereka tidak akan jadi berani.
Cara yang lebih baik ialah puji USAHA- nya. Katakan “Along berjaya ini sebab Along studi kuat ni. Tahniah Along atas usaha kuat Along.”
Fokus pada USAHA. Apabila pujian diberi pada USAHA, ia aktifkan STRIATUM. Aktiviti di STRIATUM akan jadi lebih panjang.
Sebabnya? Faktor dalaman menjadi penentu. Bukan luaran.
Faktor dalaman ini akan jadi kekuatan pada anak. Sistem operasinya akan bermula dari diri sendiri. Bukan faktor luar. Bukan sebab disuruh. Anak akan studi atas kemahuan sendiri. Mereka lebih cenderung mulakan inisiatif.
Sanggup hadapi cabaran besar. Tidak mudah mengalah. Konklusinya, puji USAHA bukan sifat. Pandai itu sifat. Rajin itu sifat. Puji CARA kerja mereka.
Fokus pada USAHA dan CARA itu mesra OTAK. Faktor dalaman ini akan jadi kekuatan pada anak. Sistem operasinya akan bermula dari diri sendiri. Bukan faktor luar. Bukan sebab disuruh. Anak akan studi atas kemahuan sendiri. Mereka lebih cenderung mulakan inisiatif.
Sanggup hadapi cabaran besar. Tidak mudah mengalah. Konklusinya, puji USAHA bukan sifat. Pandai itu sifat. Rajin itu sifat. Puji CARA kerja mereka. Fokus pada USAHA dan CARA itu mesra OTAK.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Duduk rumah, lepas makan, makan lagi. Berat pun rasa makin bertambah. Nak keluar untuk beriadah pun risau dengan keadaan sekarang ni. Apa yang boleh buat hanya ambil angin di halaman rumah atau koridor sahaja.
Bila dalam keadaan sekarang, ramai juga yang risau berat badan akan naik tanpa sedar. Bagi anda yang cuba nak kekalkan pemakanan sihat, boleh cuba buat lemon madu. Ia dikatakan bagus untuk kurangkan kolesterol dan bagi badan rasa ringan sikit. Berikut perkongsian Siti Hasnah AR
Lemon madu buat stok. Lagi lama simpan lagi sedap. Boleh makan dengan buahnya sekali. Tak pahit ke? TIDAK sama sekali. Yang ni betul-betul pati ya. Nak makan/minum kena tambah air!
Nak buat untuk ubat batuk pun boleh atau pun campur dalam teh, jadi teh lemon.
Bahan dan cara membuatnya:
#6 biji lemon rendam kejap dengan air garam dalam 10 minit, kemudian bilas dan basuh bersih dan potong nipis, buang biji. Tambah halia, kalau tak suka halia tak payah letak. Tapi halia bagus..
#Masukkan 1 senduk gula perang, 300ml madu asli, secubit garam. Jangan tambah air. Gaul sampai sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar sudah cukup, dah sebati boleh la masuk dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk, esok boleh guna.
Saya minum sehari sekali sebelum tidur untuk kurangkan kolestrol.
1: Untuk yang bertanya macam mana saya amalkan? Macam ni dalam balang tu pati yang saya baru buat smlm.
Cara saya, saya ambil pati lemon dalam 2 sudu besar dan tambah air panas, minum sebelum tidur tanpa gula tambahan. Untuk detox dan cut kolestrol, insyaAllah bangun pagi-pagi badan tak sakit-sakit. Tambah pula ada halia, sedap kentut pagi-pagi. Tak ada bau, sungguh!!.
2:rendam dengan kulit tak pahit ke?
Jawapannya tak pahit bg saya.. utk pengetahuan kulit lemon ni banyak khasiatnya, beli mahal2 rugi la kalau buang kan!?
3:Kata tak letak air! Tapi dalam balang dekat nak penuh airnya..
Jawapan: sungguh saya tak tipu! Untuk yang mungkin tak tahu bahawa lemon ada air tersendiri ciptaan Allah, bila dah gaul dengan gula dan madu maka terjadi la gitu. Masa nak minum nanti tambah la air.
4: Tak sakit perut ke tu??
Jawapan.. akan sakit perut kalau minum pati tu habis sebalang. Jangan!… Itu pati!
5: Tak letak gula boleh ke?
Jawapan.. BOLEH, lemon dan madu je pun ok, bila nak minum nanti pandai-pandai la korang olah. Yang nak letak stevia tu korang letak time nak minum, jangan perap sekali lemon nanti rosak khasiat stevia.
P/s ~.. jus lemon ni boleh diolah dengan pelbagai cara untuk tambah sedap dan lazat. Tapi untuk detox dan cut kolestrol korang amalkan pagi dan malam tanpa gula tambahan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ada yang berasa ‘geli’ dengan kaki ayam. Sebenarnya hasil chicken bone brooth banyak khasiatnya untuk menaikkan berat badan, kuatkan antibodi dan juga penambah rasa semula jadi dalam makanan anak anda.
Melalui perkongsian dari Puan Azizah Binti Mohd Zan, dia ada kongsikan cara buat chicken bone broth untuk si kecilnya dalam misi nak naik berat badan anak dan menaikkan antibodi badan. Jadi inilah yang terbaik. Senang sahaja untuk membuatnya, yang penting ianya MURAH, dan SENANG.
Chicken Bone Brooth Penambah Rasa Semula Jadi Makanan
Jom tengok apa kebaikan bone broth ni, biasanya yang utama kita maklum ia adalah untuk KUATKAN ANTIBODI ANAK. Immune system mereka, jadi jarang jatuh sakit, bila sakit demam ke apa cepat sembuh inshaaAllah.
LAGI BEST BILA CAKAP IA ADALAH BRAIN FOOD YANG BAIK UNTUK ANAK. DARI BABY KITA DAH BOLEH BAGI BONE BROTH NI, SEBAGAI NATURAL MSG KEPADA BAYI, MAKANAN MEREKA JADI SEDAP, LAGI BERSELERA LAH NAK MAKAN. GULA DAN GARAM ADALAH SANGAT BERBAHAYA UNTUK ANAK BAWAH 1 TAHUN TERUTAMANYA SEBAB GINJAL MERKEA PERLU KERJA KERAS BERGANDA-GANDA.
Ia juga PUNCA LEMAK BAIK, jadi sesiapa yang dalam misi nak tambahkan berat anak/bayi memang patut buat cbb ni. Hasilnya nanti kita boleh lihat minyak dari kulit kaki ayam timbul yang seakan jelly.
Bahan utama yang wajib ada:
1. Tulang (boleh guna kaki ayam, tulang rangka ayam, tulang lembu, tulang kambing)
2. Air
3. Mild acid
*Yang lain-lain tambahan itu optional, nak tambah boleh, bagi rasa sedap.
Periuk aluminium dan non stick tidak boleh digunakan sebab ia akan bertindak balas dengan acid dan jadi toksik. Aluminium pula larut akan jadi racun.
Rice cooker boleh guna jika inner pot dia bukan aluminium. Tapi kebiasaannya rice cooker guna aluminium. Jadi elakkan.
Masukkan semua sekali ke dalam periuk kaca.
Tempoh masak:
Renih lagi lama lagi berkhasiat,guna api kecil
✅ dapur biasa 4-5 jam
✅ slow cooker 7-8jam
✅ pressure cooker 1 jam (cuma kena make sure inner pot dari stainless steel)
Mild Acid:
Boleh gunakan samada cuka (apple cider vinegar), atau lemon, atau tomato atau asam keping.
Pilih salah satu sahaja bahan masam ini.
Sukatan anggaran cuka, 1 sudu cuka = 4 cawan air.
Lemak mula kelihatan di permukaan.
Lemak mula kelihatan di permukaan
Ini resepi yang saya buat, boleh rujuk gambar:
Kaki ayam (saya beli murah saja dalam rm3/rm4) dapat banyak
Rempah 4 beradik (saya add sup bunjut sebab anak dah boleh makan rempah ratus umur 11bulan)
Bawang putih
Bawang besar
Carrot
Kentang
Cellery (saleri)
Daun sup
Mild acid saya letak lemon (di gambar ada tomato & asam keping juga-cuma pilih satu sahaja tak perlu letak semua)
air
Hancur semuanya selepas 4 jam.
Renih dengan api kecil 4-5 jam, saya guna periuk kaca.
Tambah air dari masa ke semasa.
Tapis, ambil airnya sahaja. Yang lain boleh buang.
Bila siap, keluarkan dan tapis, ambil airnya sahaja.
Masukkan dalam bekas ais kiub, bekukan dalam freezer. Tahan 1 bulan. Nak guna ambil sahaja beberapa kiub masukkan dalam bubur baby, buat sup, buat biskut bayi pun boleh.
Masukkan ke dalam peti sejuk bahagian sejuk beku. Jangan lupa sejukkan dulu kemudian tutup bekas ini. Tahan lama.
Rasanya sedap sangat dah macam bergaram lemak semua cukup. Saya buat bihun sup esoknya, licin anak makan.
Otak adalah organ utama tubuh yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan. Disebabkan itu, apa yang dimakan boleh mempengaruhi diri kita. Bukan itu saja, jika sejak dari kecil anak-anak dibiasakan pemakanan sihat, pasti akan membesar dengan baik dan daya fikiran juga bagus.
Menurut Perunding Kanan Malaysia Brain Academy, Dr Rizal Abu Bakar, beliau memberitahu banyak pemakanan yang diambil selama ini mempengaruhi otak setiap individu tanpa sedar.
Berikut antara perkongsian beliau:
MAKANAN YANG BAHAYAKAN OTAK
Tahukah kita ada banyak ‘makanan’ merosakkan otak? Lebih menakutkan adalah makanan ini adalah makanan biasa kita.
Dikongsikan 3 jenis makanan yang biasa dimakan oleh rakyat Malaysia. Pastinya ia adalah hasil dari kajian.
Contoh makanan ialah:
1. Tauhu – ada phytoestrogen. Beri kesan buruk pada memory. Turunkan prestasi otak. Berlaku apabila dimakan lebih dari sembilan kali dalam seminggu.
Semak jurnal Dementia and Geriatric Cognitive Disorders untuk detail maklumat.
2. Garam – kajian dapati apabila kita ambil antara 10-15g garam sehari selama seminggu, ia dedahkan kita pada nyanyuk (baca alzhemer).
Untuk bacaan lanjut semak jurnal Neurobiology of Aging
3. Makanan deep fried. Banyak sangat kajian berkenaan hal ini. Banyak makan makanan deep fried tingkatkan tahap kebodohan. 25-35% itu biasa.
Elakkan beri anak makanan seperti ini. Kita pun perlu jauhi benda puaka ini.
Otak kita tanggungjawab kita. Hentikan dari terus menjadi peracun otak sendiri dan keluarga.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.