
Makanan jejari sering dihidangkan sebagai snek untuk si manja. Kalau selalu menggunakan ayam sebagai sumber protein, kali ini ibu ini menggunakan isi ikan pula. Amat baik kerana kaya DHA.
DHA atau docosahexaenoic acid yang banyak terkandung di dalam ikan baik untuk perkembangan otak si kecil. Walau pun penggunaan ikan dalam sajian bayi dan kanak-kanak amat baik, namun lebih elok jika bahan mentah yang diguna dipelbagaikan mengikut piramid makanan.
Puan Aza Razif telah berkongsi resepi Cutlet Fish atau Jejari Ikan yang dihasilkan untuk anak kecilnya, Aniq Al-Matiin yang kini berusia 1 tahun 5 bulan. Katanya fish cutlet ini boleh dijadikan finger food atau makanan jejari dan boleh juga dimakan dengan nasi atau bubur. Berikut ialah resipinya;
Fish Cutlet
BAHAN YANG DIPERLUKAN
-Isi Ikan (sy guna ikan merah)
-Ubi kentang
-Lobak merah
-Brokoli
-Bawang merah
-Serbuk bilis
-Serbuk kari
-Telur
-Tepung gandum unbleached
-Tepung jagung
-Garlic powder
-Serbuk kunyit

LANGKAH PENYEDIAAN
- Rebus isi ikan.
- Bawang merah dicincang halus.
- Kentang, lobak merah & brokoli di steam sehingga lembut (boleh guna apa-apa sayur favourite anak).

- Campurkn semua bahan-bahan dalam bekas dan hancur lumatkan (mash) semua sekali.
- Masukkan serbuk bilis, serbuk kari & garlic powder, gaul semua skli smpai sebati.

- Bentukkan fish cutlet tadi ( jgn terlalu tebal / terlalu leper, ikut kesesuaian / mudah utk baby pegang).
- Campurkan tepung gandum, tepung jagung, garlic powder & sedikit serbuk kunyit.

- Pukul telur dan celupkan fish cutlet td sehingga rata.
- Salutkan fish cutlet dgn tepung dan goreng sehingga keperangan, dh siap!

TIP DARI PUAN AZA RAZIF
-Isi ikan boleh digantikan dengan apa-apa sahaja yang sesuai. Boleh digantikan dengan ayam/ daging / udang.
-Ibu-ibu boleh adjust guna barang-barang yang ada di rumah / boleh alter letak apa-apa bahan lain lagi.
-Boleh buat banyak-banyak & disejuk beku (frozen).
Sumber: Puan Aza Razif
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!







Mula-mula celur dulu semua bahan-bahan diatas. Celur sayur air lain. Celur seafood air lain okey.
Tumis serai sampai naik bau, masukkan daun kari, masukkan bahan-bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
Masukkan bancuhan serbuk kari tumis sampai pecah minyak sekali lagi, kemudian masukkan sos tiram, sos cili.
Masukkan air rebusan seafood, asam jawa, gula, kiub ayam. Kalau tiada kiub ayam masukkan garam dan perasa. Perasakan secukup rasa masam manis, masin, pedas semua. Masukkan daun limau purut.
Masukkan seafood. Balik-balikkan sampai sebati.
Siappp!!!
Makan kat rumah tak kisah comot-comot dengan anak-anak. Sebab takde sapa nak tengok.




