
Makanan pantang kesuburan sering menjadi perkara yang ramai ambil ringan, sedangkan ia boleh memberi kesan besar kepada peluang untuk hamil.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan zuriat sebagai penyeri kehidupan rumah tangga. Namun, usaha yang konsisten dan pemilihan gaya hidup yang bijak sering menjadi kunci membuka pintu kepada peluang yang selama ini dinanti-nantikan.
Baru-baru ini, perkongsian Azril Nizam Jamaludin di Facebook mengenai pemakanan pantang untuk wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat mencuri perhatian ramai.
Dalam catatannya, Azril menyenaraikan beberapa makanan yang sebaiknya dielakkan untuk meningkatkan peluang kehamilan, serta berkongsi tip pemakanan dan gaya hidup yang boleh menyokong kesuburan wanita.
Perkongsian ini bukan sahaja memberi inspirasi, malah ramai yang mula berkongsi pengalaman mereka selepas mengubah diet dan gaya hidup mengikut cadangan Azril. Ada yang berjaya hamil dalam masa beberapa bulan, sementara yang lain melaporkan perubahan positif dari segi kesihatan.
Senarai Makanan Pantang untuk Wanita yang Sedang Berusaha Mendapatkan Zuriat

Berikut ialah makanan yang digariskan sebagai makanan pantang kesuburan bagi membantu wanita meningkatkan peluang kehamilan:
- Roti – elakkan semua jenis roti putih dan diproses.
- Kuih-muih berasaskan tepung gandum – tinggi karbohidrat halus dan gula.
- Mee dan ramen – mengandungi garam, pengawet dan bahan kimia tambahan.
- Gula fruktosa – boleh mengganggu hormon dan metabolisme tubuh.
- Susu pekat manis – kandungan gula tinggi, kurang sesuai untuk kesuburan.
- Produk soya diproses – termasuk air soya, tofu dan tempe (tempe perlu dihadkan).
- Makanan ultra-proses – nugget, ais krim, wafel, bijirin sarapan segera, keropok jajan.
- Minyak bijirin dan marjerin – minyak bunga matahari, kanola, jagung, kacang soya, dan marjerin.
- Minyak sawit digoreng berulang kali – boleh menjejaskan sistem pencernaan dan kesihatan hati.
- Buah-buahan tropika berlebihan – pengambilan berlebihan boleh mengganggu keseimbangan gula darah.
- Kopi lebih dari secawan sehari – lebih baik minum air mineral.
Tip Pemakanan & Gaya Hidup untuk Menyokong Kesuburan
Selain mengelakkan makanan pantang kesuburan, beberapa langkah pemakanan dan gaya hidup turut membantu tubuh lebih seimbang serta bersedia untuk hamil:
- Utamakan makanan haiwan berprotein tinggi dan telur untuk rasa kenyang lebih lama.
- Ambil sayuran hijau secara sederhana setiap hari.
- Kawal portion nasi dan karbohidrat lain agar tidak berlebihan.
- Amalkan Intermittent Fasting (IF) sekurang-kurangnya 12 jam sehari, khususnya pada waktu haid.
- Boleh cuba IF lebih panjang apabila tubuh berada dalam keadaan sihat.
- Tambahkan aktiviti fizikal ringan seperti berjalan 30–40 minit sehari jika tiada komplikasi kesihatan.
Inspirasi daripada Pasangan yang Berjaya TTC (Trying to Conceive)

Ramai pasangan berkongsi kejayaan mereka selepas mengubah pemakanan dan gaya hidup:
“Sungguh! Kami TTC 9 tahun, nekad ubah pola pemakanan. Dalam masa 3 bulan sahaja, Alhamdulillah berjaya hamil,” kongsi Suhaila.
“Terima kasih share tuan. Saya tambah rutin berjalan 30–40 minit sehari selain makan makanan sihat, memang berkesan,” komen Zera.
“Dalam sebulan lebih, berjaya turun 10kg, terus hamil, rajin bersenam dan buat IF. Semua dalam senarai tuan saya ikut. Sekali-sekala berkorban sikit kalau nak sesuatu, usaha memang penting,” cerita Yaya.
Azril turut menasihati bahawa bagi pasangan yang ingin melakukan IVF, pengurangan berat badan dan pengamalan diet sihat sebelum prosedur amat penting untuk meningkatkan peluang kejayaan.
Kesuburan bukan sahaja ditentukan oleh faktor genetik atau rawatan perubatan, tetapi juga dipengaruhi oleh pemakanan dan gaya hidup seharian. Dengan mengenal pasti makanan pantang kesuburan, mengamalkan diet berkhasiat, dan menjaga gaya hidup yang sihat, pasangan berkahwin yang sedang berusaha mendapatkan zuriat berpeluang lebih besar untuk berjaya hamil serta meningkatkan kesihatan keseluruhan mereka.
Sumber: Azril Nizam Jamaludin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!











