
Ramai ibu sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk anak, tapi kadang-kadang cara yang dipilih kurang tepat. Contohnya, ada ibu yang mula memberi bayi makanan pejal bayi 6 bulan sebelum usia sebenar yang disarankan. Niat memang baik, tetapi ibu perlu tahu tindakan ini sebenarnya boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan si kecil.
Pernah tak anda berada dalam situasi bila orang sekeliling, terutamanya orang tua, dengan selamba menyarankan supaya beri bayi makan hanya kerana dia asyik menangis? Sedangkan hakikatnya, usia bayi ketika itu pun belum mencecah sebulan. Situasi macam ini memang biasa berlaku, tapi penting untuk ibu bapa tahu apa yang sebenarnya terbaik untuk bayi.
Alasannya anak lapar sebab itu dia menangis. Kalau zaman tok nenek kita memang menjadi lumrah mereka memberikan bayi makan sebelum usia enam bulan. Biasanya makanan yang diberi adalah nasi lembik atau pisang lenyek dan mereka memberitahu tiada sebarang masalah berlaku kepada anak-anak zaman tersebut.
Tetapi sekarang kita tidak boleh mengikut lagi saranan orang tua-tua tentang memberi bayi makan sebelum usia enam bulan kerana zaman sudah berubah. Ilmu perubatan dan teknologi juga turut mengalami perkembangan dan berubah berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh para penyelidik.
Hasil kajian dan penyelidikan, akhirnya para pakar perubatan kanak-kanak menyarankan pemberian makanan pejal perlu diberi kepada bayi sebaik mereka mencecah usia enam bulan. Mengapa? Inilah sebab-sebabnya.
Pakar kesihatan seperti WHO dan KKM menyarankan agar bayi hanya mula diberikan makanan pejal bayi 6 bulan. Ini kerana pada usia ini, sistem penghadaman bayi sudah lebih matang dan bersedia menerima makanan selain susu ibu atau susu formula.
Sebelum usia 6 bulan, susu ibu sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi bayi. Memberi makanan terlalu awal bukan sahaja tidak perlu, malah boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan mereka.
Antara risiko utama jika ibu memperkenalkan makanan pejal bayi 6 bulan terlalu awal ialah sistem penghadaman bayi masih belum bersedia. Usus bayi yang masih lemah boleh menyebabkan masalah seperti cirit-birit, sembelit, atau kembung perut.
Ini boleh membuatkan bayi menjadi lebih tidak selesa dan kerap meragam, walaupun niat asal ibu adalah untuk menenangkan mereka.
Bayi yang belum cukup usia belum mempunyai koordinasi mulut dan tekak yang baik untuk menelan makanan. Ini meningkatkan risiko tersedak jika diberikan makanan pejal bayi 6 bulan terlalu awal.
Situasi ini boleh menjadi sangat berbahaya, terutamanya jika ibu bapa tidak bersedia atau tidak tahu cara mengendalikan kecemasan tersedak.
Pendedahan awal kepada makanan tertentu boleh meningkatkan risiko alahan. Sistem imun bayi yang masih berkembang mungkin bertindak balas secara negatif terhadap makanan baru.
Dengan menunggu sehingga waktu sesuai untuk makanan pejal bayi 6 bulan, ibu boleh memperkenalkan makanan secara berperingkat dan lebih selamat.
Apa yang ramai tidak sedar, pemberian makanan terlalu awal boleh menyebabkan bayi kurang menyusu. Sedangkan susu ibu adalah sumber nutrisi utama yang sangat penting dalam 6 bulan pertama kehidupan.
Apabila bayi kenyang dengan makanan lain, pengambilan susu akan berkurang dan ini boleh menjejaskan tumbesaran mereka.
Sebelum memperkenalkan makanan pejal bayi 6 bulan, ibu boleh perhatikan beberapa tanda penting seperti:
Jika tanda-tanda ini sudah ada, barulah ibu boleh mula secara perlahan-lahan dengan makanan yang lembut dan mudah dihadam.
Memberi yang terbaik untuk anak memang naluri setiap ibu bapa. Namun, dalam soal pemakanan bayi, ilmu dan kesabaran sangat penting. Jangan terburu-buru untuk memperkenalkan makanan pejal bayi 6 bulan sebelum waktunya.
Walaupun tekanan daripada orang sekeliling kadangkala sukar dielakkan, keputusan yang dibuat perlu berdasarkan fakta dan kesihatan bayi, bukan sekadar pengalaman lama. Ingat, setiap bayi berbeza dan apa yang paling penting adalah keselamatan serta perkembangan mereka yang sihat.