Makeover Dapur Mainan Untuk Anak. Hanya Guna Bahan Bajet, Hasilnya Terbaik!

Share

Lihat anak gembira dah satu kepuasan buat ibu bapa. Lagi-lagi dapat merealisasikan impian anak untuk memiliki mainan idaman. Mungkin bagi orang yang berkemampuan, nak beli mainan mahal tiada masalah. Tapi yang dari keluarga sederhana bajet itu kena betul-betul kira.

Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang kreatif dan pandai memanfaatkan barangan terbuang atau gunakan apa yang ada, anda tetap boleh membahagiakan anak kecil.

Seperti perkongsian ibu ini, Ain Zaki yang membuat dan mendeko sendiri dapur mainan anaknya, memang sangat comel. Paling penting ia mudah nak buat mengikut bajet sendiri. Berikut antara perkongsiannya.

Ni side table. Saya makeover buat kitchen utk anak sy. Hadiah harijadi la kira. Umur 2 tahun
Buat lubang sink mengikut size bekas yang nak digunakan. Lepas tu boleh letak playwood di belakang
Boleh spray ikut warna kegemaran
Hiasan boleh letak ikut kesesuaian.
Kebanyakan hiasan ni di beli di Mr Diy
Dah siap. Lepas tu pasang langsir. Rail langsir sy guna straw besi beli di diy jugak. Ngam2 ukuran dia. Letak screw kiri kanan.

Keadaan waktu malam apabila lampu dipasang

Jadi kepada ibu bapa yang mungkin tiada modal besar tetapi tetap nak memberi anak-anak rasa gembira, inilah idea yang boleh anda lakukan untuk anak-anak.

Boleh beli barang dan sama-sama buat pada waktu cuti hujung minggu ni. Tak semestinya yang kreatif je boleh buat tau. Asalkan ada rajin sikit je pasti boleh!

Sumber: Ain Zaki via Kelab Kaki D.I.Y

IKLAN