Lihat anak gembira dah satu kepuasan buat ibu bapa. Lagi-lagi dapat merealisasikan impian anak untuk memiliki mainan idaman. Mungkin bagi orang yang berkemampuan, nak beli mainan mahal tiada masalah. Tapi yang dari keluarga sederhana bajet itu kena betul-betul kira.
Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang kreatif dan pandai memanfaatkan barangan terbuang atau gunakan apa yang ada, anda tetap boleh membahagiakan anak kecil.
Seperti perkongsian ibu ini, Ain Zaki yang membuat dan mendeko sendiri dapur mainan anaknya, memang sangat comel. Paling penting ia mudah nak buat mengikut bajet sendiri. Berikut antara perkongsiannya.
Ads
Ni side table. Saya makeover buat kitchen utk anak sy. Hadiah harijadi la kira. Umur 2 tahunBuat lubang sink mengikut size bekas yang nak digunakan. Lepas tu boleh letak playwood di belakangBoleh spray ikut warna kegemaranHiasan boleh letak ikut kesesuaian.Kebanyakan hiasan ni di beli di Mr DiyDah siap. Lepas tu pasang langsir. Rail langsir sy guna straw besi beli di diy jugak. Ngam2 ukuran dia. Letak screw kiri kanan.
Ads
Keadaan waktu malam apabila lampu dipasang
Jadi kepada ibu bapa yang mungkin tiada modal besar tetapi tetap nak memberi anak-anak rasa gembira, inilah idea yang boleh anda lakukan untuk anak-anak.
Ads
Boleh beli barang dan sama-sama buat pada waktu cuti hujung minggu ni. Tak semestinya yang kreatif je boleh buat tau. Asalkan ada rajin sikit je pasti boleh!
Diuji dengan kehilangan cahaya mata sulung selepas tiga hari dilahirkan benar-benar dirasai oleh vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhammad. Lagi sedih penantian 10 tahun itu bukan satu tempoh yang singkat.
Isteri menangis, mengigau rindu anak
Menerusi kenyataan Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Saat, 34, kepada Mstar, beberapa hari selepas pemergian bayi yang diberi nama Khairul Afnan pada 30 September lalu, isterinya berdepan tekanan.
“Ada masanya kalau dia duduk sendiri tu, dia akan menangis sebab teringatkan anak. Ketika tidur pun dia selalu mengigau hingga saya kena tenangkan dia.
“Sejujurnya saya lebih memikirkan keadaan isteri berbanding kehilangan anak. Saya reda dengan pemergiannya, saya perlu kuat untuk isteri..saya risau kesihatan dia terganggu.
“Alhamdulillah sekarang Allah permudahkan urusan isteri, emosi dia juga semakin baik,” katanya.
Pada 27 September lalu, Azmi berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu selama 10 tahun secara pembedahan.
Namun kegembiraan itu hanya seketika apabila bayi yang berdepan masalah kegagalan fungsi otak sejak dilahirkan itu meninggal dunia tiga hari kemudian.
Bercerita lanjut tentang kehidupan dia dan isteri selepas lebih seminggu kehilangan anak tercinta, Azmi berkata dia sudah kembali bekerja.
Namun kata Azmi, dia cuba melapangkan jadualnya pada waktu malam bagi memberi tumpuan kepada isteri yang sedang berpantang.
“Sekarang dah boleh kerja tapi saya ambil waktu siang saja, waktu malam saya nak jaga isteri.
Harapkan ada pengganti Afnan
Tambah Azmi dia dan isteri reda dengan ujian Allah dan akan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat pada masa akan datang.
“Kami akan tetap berusaha dapatkan anak, InsyaAllah. Tapi tunggu sampai masing-masing dah sedia dan kalau ada rezeki.
“Apa yang terjadi dalam hidup kami ni satu kisah yang tak boleh kami lupakan.
“InsyaAllah saya akan keluarkan lagu berkisarkan perjalanan dan kisah hidup kami yang menanti kehadiran anak namun berakhir dengan kesedihan,” ujarnya.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Duit syiling berjaya dikeluarkan dari tubuh seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun di China setelah dia menelannya semasa bermain di rumah.
Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital apabila dia mengalami gejala muntah-muntah dan mual, kata ibunya kepada doktor.
Setelah doktor melakukan imbasan CT, ada sesuatu yang mengejutkan apabila gambar sinar-X mendedahkan objek bulat yang tersangkut di bahagian belakang tekak pesakit kanak-kanak ini.
Kejadian itu dimaklumkan setelah ibu bapa membawa anak itu mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Perubatan Tradisional Cina Nanning di wilayah Guangxi.
Gadis kecil yang dipanggil manja sebagai Bei Bei, telah tinggal di rumah bersama neneknya ketika kejadian, kata sebuah laporan hospital.
Dia dikatakan mengambil duit syiling satu yuan dari meja dan menelannya sebelum nenek menyedari apa yang telah berlaku. Berdasarkan pada versi mata wang, duit syiling satu yuan biasanya berukuran sekitar 25 milimeter (0,98 inci) lebar.
Neneknya yang cemas melihat kejadian itu segera menghubungi ibu bapa Bei Bei yang kemudian bergegas pulang untuk memeriksa anak perempuan mereka.
Bei Bei telah keluar dari hospital Nanning setelah menjalani pembedahan, menurut laporan itu.
Doktor memberi amaran kepada ibu bapa mengenai bahayanya anak-anak menelan benda asing secara tidak sengaja.
“Kami ingin mengingatkan semua penjaga agar memastikan benda-benda kecil dan mainan kecil berada ditempat tinggi dari kedudukan bayi mereka supaya tidak dapat dicapai,” kata seorang doktor.
Kredit: Daily Mail
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejadian penemuan bayi lelaki di belakang rumah tular apabila bayi tersebut ditinggalkan bersama sekeping NOTA yang dipercayai ditulis oleh ibunya. Ringkasan daripada nota tersebut, ibu bayi itu merupakan ibu tunggal dan terpaksa meninggalkan bayinya kerana tidak mampu untuk menjaganya.
Lelaki berusia 25 tahun menemui bayi yang ditinggalkan atas meja di belakang rumah mereka di FELDA Palong 8, Jempol malam tadi.
Sekeping Nota Bersama Bayi
Akibat terkejut dengan kejadian tersebut, lelaki itu terus memanggil ibunya. Mereka memeriksa bayi tersebut dan didapati masih hidup. Namun mereka dikejutkan lagi dengan NOTA yang ditinggalkan bersama bayi tersebut.
“SAYA minta tolong jagakan budak ini sampai besar. Saya tak mampu jaga sebab saya ibu tunggal. Tolong jangan hantar ke kebajikan/pengasuh. Saya amanahkan kepada keluarga ini untuk jaga anak ini. Saya hanya mampu tengok dari jauh. Nama ‘baby’ ini Farish Azwan.”
Itu nota ditulis pada kertas yang ditinggalkan bersama bayi lelaki ditemui di belakang rumah di FELDA Palong 8 di Jempol, malam tadi.
Bayi Dibawa Ke Hospital Untuk Rawatan
Selepas itu mereka terus menghubungi pihak Polis. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, bayi yang masih hidup itu ditemui 10.15 malam oleh penghuni rumah yang keluar untuk mengambil barang di dalam kereta.
Muhd Nur Hishamuddin berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan.
Menurutnya, bayi terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya. Beliau berkata, polis sedang giat mengesan ibu kepada bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.