Makin Handsomelah!. Peminat Puji Wajah Zayne Dah Iras Muka Ayah Mat Dan

Share

Hero Mat Dan, Muhammad Zayne Danial James Tyler yang kini dah menginjak usia 4 bulan mula jadi perhatian peminat ayahnya di laman instagram.

Walaupun Mat Dan tidak terlalu expose anaknya di laman sosial, namun setiap kali ada gambar terbaru rata-rata netizen teruja melihat kecomelan Zayne.

Biasanya muka bayi selalu berubah. Jadi bila Mat Dan memuat naik gambar anaknya ada yang memberi pelbagai komen.

“Muka Zayne dah iras atok sebelah Mat Dan. Makin besar dah nampak kacukannya.”

Ajar Anak Belajar Banyak Bahasa

Malah ada peminatnya yang menasihatkan Mat Dan untuk menggunakan bahasa Inggeris bila berkomunikasi dengan anaknya kerana bahasa Inggeris dah semakin penting sekarang ini.

Biarpun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan isteri Mat Dan orang Terengganu, kedua-dua bahasa ini tetap boleh diajar. Tak rugi anak pandai bahasa Melayu, Inggeris dan dialek Terengganu.

Jadi tak mustahil selepas ini anak Mat Dan boleh kuasai banyak bahasa dengan baik. Beruntung sangat Zayne bila besar nanti.

Sumber: Mat Dan

 

 

IKLAN