Lagi lama ibu menyusukan bayi, lagi rendah risiko kencing manis. Anda pasti terkejut dengan fakta ini kan? Betul ke ibu yang menyusukan bayi mampu menurunkan risiko menghidap diabetes?

Menurut Dr. Ezairy M.Sallih, data yang diperoleh ke atas 1238 wanita berumur 18 hingga 30 tahun dalam suatu kajian selama 30 tahun semenjak pertengahan tahun 1980an. Hasil daripada kajian tersebut mendapati tidak ada seorang pun daripada mereka mempunyai masalah diabetes. Semua mereka telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, menyusukan bayi dan mereka telah menjalani follow up sekurang-kurangnya tujuh kali selama tiga dekad!

Kajian yang disiarkan di Journal JAMA Internal Medicine ini merumuskan bahawa ‘protection against diabetes’ meningkat dengan jangka masa seorang wanita itu menyusukan anaknya.

Ibu yang menyusukan anaknya untuk sekurang-kurangnya tempoh enam bulan didapati menurunkan risiko mendapat kencing manis sebanyak 47% berbanding dengan dengan wanita yang tidak menyusukan anak!

Risiko juga berkurang 25% bagi mereka yang menyusukan kurang daripada enam bulan!

Puan-puan, kakak dan adik-adik semua…

Disamping faedah baik yang dibuktikan ini, anda secara tidak langsung sedang mencipta ‘bonding’ bersama anak. Lagi lama tempoh penyusuan, lebih dekat anak-anak dengan si ibu. Ini dah tentu lebih elok kan?

Bagi yang memang susu tak banyak macam mana? Mudah dapat kencing manis ke?

Makin Lama Ibu Menyusukan Bayi, Lagi Rendah Risiko Dapat Kencing Manis

Bukan ini persoalannya. Ada susu ke, tak ada ke bukanlah suatu isu yang ingin saya ‘highlight’kan di sini. Yang penting, para ibu harus sedar dan tahu akan maklumat ini. Supaya daya tolakan, agar keperluan serta kepentingan untuk menyusukan anak diberi perhatian. Itu saja.

“Alaah, tak apa lah. Susu saya memang selalu tak banyak, lagi pun nanti dah kerja susahlah nak pam-pam. Susu botol je senang,”

IKLAN

Eh, jangan ingat tak ada ibu-ibu yang seperti ini? Bukan bermakna tidak sayang anak. Bukan bererti kasih kepada anak dikurang-kurangkan. Tapi lebih kepada kurangnya pendedahan dan kesedaran akan pentingnya susu ibu. Itu yang dirisau.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah Ayat 233:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”

Merujuk kepada ayat al-Quran di atas, secara asasnya dapat kita fahami bahawa Allah menggalakkan para ibu untuk menyusukan anak-anak mereka sejak mereka lahir hinggalah mereka berusia 2 tahun.

Beberapa tip mudah yang boleh saya kongsi di sini untuk para ibu, kakak, adik-adik dan kawan-kawan di luar sana yang baru nak belajar-belajar teknik breastfeeding yang sesuai.

1. ‘Observe’ dan ‘set up support’.

IKLAN

Ini penting. Sebab ramai di kalangan ibu muda khususnya gagal untuk melalui proses ini. Pastikan anda mendapat sokongan yang kuat daripada suami dan keluarga. Lihat bagaimana mereka yang lain menyusukan anak. Belajar bagaimana teknik, cara dan gaya kehidupan mereka. Kehidupan anda akan bertukar 360 darjah sebaik sahaja bayi yang anda kandungkan lahir nanti. Ibu muda kena sedar ini!

  1. Susui bayi seawal mungkin

Cuba sedaya mungkin mulai susukan bayi dalam sejam atau dua jam pertama kelahiran. Ini dapat membantu pengecutan rahim anda disamping memberi susu colostrum yang mengandungi banyak khasiat kepada bayi. Penting ini.

  1. ‘Skin to skin contact’

Ini penting terutama beberapa hari selepas kelahiran. Enam minggu pertama lazimnya waktu yang mencabar bagi ibu. Ada yang berputus asa. Tenang. Kerapkan hubungan sentuhan dengan anak. Ini semua membantu.

  1. Sentiasa sedia dan ubah ‘mindset’

Ibu-ibu perlu sentiasa bersedia untuk menyusukan anak terutama dalam tempoh awal selepas kelahiran. Susu akan bertambah masuk hari ketiga dan keempat dan seterusnya. Jangan takut-takut. Jangan teragak-agak.

Makin Lama Ibu Menyusukan Bayi, Lagi Rendah Risiko Dapat Kencing Manis

IKLAN
  1. Susukan bayi sekerap mungkin

Sekurang-kurangnya lapan ke dua belas kali sehari untuk yang baru lahir. Anda boleh perhatikan tanda-tanda bayi anda inginkan susu seperti kerap memegang mulut, mencari-cari puting, menangis, tidak selesa, dan sebagainya.

  1. Fully breastfeeding

Cuba elakkan guna apa-apa puting selain natural breastfeeding. Ini akan mengganggu proses normal penyusuan ibu. Take note!

  1. Air yang cukup

Ibu perlu minum banyak air. Ini penting. Tapi ramai yang tak sedar. Pastikan anda mendapat air secukupnya setiap hari bagi memastikan susu sentiasa sihat dan sedia untuk anak.

  1. Cari ‘comfort zone’

Cuba menyusu di kawasan yang tenang dan tidak terlalu ramai orang. Ini akan membantu proses penyusuan anda khususnya ketika baru-baru proses kelahiran.

  1. Positif

Perkara ini nampak biasa. Macam remeh kan? Siket-siket positif. Ya, tapi jika kita dikelilingi oleh orang yang negatif, yang selalu memomokkan cerita yang tidak elok even sebelum kita melahirkan anak, sudah tentu akan mendatangkan idea tidak elok kepada kita. Justeru, sentiasa kekal positif, jauhi mereka yang negatif! Pergi jauh-jauh!

Saya doakan anda semua sihat bersama keluarga, suami dan anak-anak tentunya. Silakan #SHARE untuk kebahagiaan dan manfaat kita bersama.

Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih

www.twitter.com/drezairy

Rujukan : Lactation Duration and Progression to Diabetes in Women Across the Childbearing Years: The 30-Year CARDIA Study, Gunderson E et al, JAMA Internal Medicine Kaiser Permanente Diabetes UK

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI