
Selepas tiga minggu kelahiran cahaya mata sulung yang dilahirkan pada 22 Julai lalu, vokalis Ayie Floor88 turut berkongsi nama buah hati mereka.
Sepakat memilih nama Nayla Amanda buat cahaya mata sulung mereka, akui Ayie jadual hidupnya kini berubah.
Malah akui Ayie lagi, dia kini mula merasai istilah tidak cukup tidur seperti yang diperkatakan oleh orang lain.
“Usia bayi belum sampai sebulan lagi, Insyallah saya akan kongsikan wajah bayi pada masa yang sesuai.
“Kehadiran Nayla melengkapkan kebahagiaan saya dan isteri,” luahnya berkongsi.

Berkongsi cerita dan pengalamannya bergelar bapa di usia muda kata Ayie ia adalah satu cabaran buat dirinya.
Pun begitu akui Ayie ia satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.

“Sekarang saya dah rasa bagaimana menjaga anak yang bangun pada tengah malam dan tak tidur hingga ke pagi. Begitu juga dengar dia menangis.
“Ia satu pengalaman baru yang menyeronokkan dan membahagiakan dalam hidup saya kini.

“Alhamdulillah saya juga sekarang makin selesa menjaga anak bagi membantu isteri yang dalam pantang.
“Selain itu, keluarga saya dan mentua juga banyak membantu kami dalam menguruskan Nayla,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Ayie mendirikan rumah tangga bersama Natasha Ahmad Nawawi. Pasangan ini menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 22 Julai lalu.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bazli UNIC Azam Didik Anak Keduanya Affan Hafal Surah Al-Quran Macam Arwah Syahid

Mesti ramai masih ingat anak lelaki Bazli UNIC, arwah Syahid yang pergi buat selamanya kerana penyakit kanser tahun lalu.
Di sebalik kesakitan yang dialami oleh anak syurga bernama Muhammad Syahid,4, kanak-kanak itu dikagumi ramai kerana mampu menghafal banyak surah dari al-Quran dalam usia yang masih kecil.
Selepas pemergian Syahid pada Jun tahun lalu, Bazli berazam melakukan petua yang sama pada anak keduanya Affan.

Bazli pernah berkongsi video di Instagramnya cara dia mengajar arwah Syahid menghafal surah al-Quran ketika anak syurga itu berusia 2 tahun lebih.
Katanya kini dia melakukan perkara yang sama dengan Affan pula dan berdoa agar dapat mendidik Affan menjadi anak yang hebat nanti, Insya Allah
A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on
Masa ni syahid umur 2thun lebih.. Kami akan selalu keluar berdua kualiti time berdua ayah dan anak. Skrg dgn affan pulak..
Syahid senyum manis ceria membacakan Surah Al Qariah. Syahid anak istimewa autism yg sgt minat pada alquran walaupn masih baru 2tahun.
Moga ayh dapat mendidik affan jadi ajak yg hebat juga insya Allah!
Syahid dalam kenangan bersama ayah…
Petua Bazli Mendidik Syahid
Bazli pernah berkongsi petua bagaimana dia mendidik Syahid suka mengaji al-Quran ketika di seminar Pendidikan Kekeluargaan Islam anjuran Kepitar, Abim & Wadah Terengganu.
Anak-anak memang mudah dibentuk ketika mereka masih kecil..Cc: Seminar Pendidikan Kekeluargaan Islam anjuran Kepitar, Abim & Wadah Terengganu.
Posted by Afwan Rosli on Wednesday, 4 October 2017
Sewaktu Syahid belum lahir lagi, sebagai ayah kita punyai impian. Dari dalam perut kita dah bayangkan nak anak macam ni.
Macam mana nak ajar anak baca Quran?
Ajar seronok-seronok pada mulanya. Ajar anak sambil berlari pun okay. No 1 nak ajar seronok dalam Quran. No 2 al-Quran tak semestinya atas sejadah.
Waktu paling tepat saya ajar waktu pakaikan baju anak, peluk anak, pegang anak sambil pakai baju, baca quran. Masa umur berapa bulan Syahid dengan sendirinya sambung bacaan.
“Selain itu, Ayah dengan anak mesti ada quality time, keluar berdua dengan anak. Sembang dengan anak supaya anak cepat matang. Dalam rumah kena ada suasana Quran, mak ayah kena baca Quran.”
Doakan Affan Juga Cintakan Al-Quran
A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on
Video yang dimuat naik semalam menunjukkan Bazli mengajak Affan menyambungkan surah yang dibacanya.
Telatah lucu Affan yang lebih fokus bermain namun tetap menyambung bacaan surah tersebut membuatkan ramai netizen geram dengan si comel.
Dalam kapsyen yang ditulis, Bazli mendoakan anaknya akan terus bersemangat dan cintakan al-Quran juga.
Ramai turut mendoakan supaya si comel ini menjadi anak yang soleh dan mampu menurut jejak langkah arwah abangnya Syahid yang boleh menghafal surah dalam usia muda.

Sumber: Instagram bazliunic
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Taktik Sekat Anak Hadap Phone 24 Jam. Berkesan Bagi Yang Ketagih Gajet

Ketaksuban anak-anak menonton video atau mendengar muzik di gajet dan telefon bimbit sukar dibendung. Anak-anak sekarang sudah bijak menggunakan gajet tanpa perlu bantuan orang dewasa. Hendak dihalang memang sukar, tetapi sebagai ibu bapa kita harus bijak mencari jalan untuk mengelakkan mereka dari menggunakan gajet dan telefon bimbit secara berlama-lamaan.
Bijak mencari penyelesaian, pengguna akaun Facebook, Afiza Aziz memuat turun sebuah aplikasi yang dapat membantu untuk menghentikan internet mengikut tetapan masa yang dibuat.
Beginilah perkongsian Afiza Aziz:
Tengah kusyuk menulis, tiba-tiba terdengar jeritan kecil.
“Alamak!”
“Alahhhhhh”
Terkejut mak! Ingatkan kenapa. Rupanya telefon masing-masing dah kena block sebab saya dah setkan masa sampai pukul 11 malam.
Dalam hati saya tahan tawa. Saya buat bodoh, buat tak tahu macam tak ada apa yang berlaku.
Tapi pelik juga. Kenapa lagi seorang tak ada respon.
Pelan-pelan saya capai phone dan buka apps untuk check setting. Oh, rupanya seorang lagi terlepas setting block pukul 11.30 malam. Jadi saya terus tukar setting ke pukul 11.00 malam juga.
Tak sampai beberapa saat, terdengar jeritan dari bahagian atas rumah. Kali ini lebih kuat dari jeritan pertama dan kedua tadi.
“Alahhh ibuuuuu”
Hahaha.

Kali ini jeritan Kak Long yang tak puas hati telefon kena block ketika tengah syok menyanyi sambil dengar headphone ketika dia tengah gosok baju.
“Alah ibu. Kak Long nak dengar lagu je pun. Bukannya guna internet”, dia bersuara lagi, tak puas hati.
“Ibu tak buat apa-apa la Kak Long. Memang setting dia macam tu”, jawab si adik yang phone dah kena block lebih awal.
Saya tak menjawab apa. Diam je sambil mata konon-konon terus menghadap laptop.
Lepas tu si Abang bersuara, “Abang nak tengok tv la ibu. Nanti Abang naik”.
“Nak Ibu pasang apps kat tv keluaq time for bed jugak ka? Ka nak bagi keluaq time to go to school?” tanya saya selamba.
Hahaha. Pecah berderai ketawa dua beradik tu. Yang lagi seorang kat atas tu entah apa cerita. Dah jadi muncung cencerut agaknya.
Saya memang tak bagi anak-anak pegang telefon pada hari persekolahan, kecuali atas sebab-sebab tertentu yang dirasakan munasabah. Mereka cuma akan dapat telefon pada hari sabtu atau cuti umum, dan kena pulangkan semula pada hari ahad malam sebelum pukul 11.
Ataupun pada hari mereka perlu keluar tanpa saya atau suami, saya akan berikan telefon tapi syaratnya, kena pulangkan semula sebaik sahaja mereka sampai ke rumah.

Itu pun selalunya terlajak jugak. Bila mintak, jawapannya kejap, kejap. Bila ibu dah jadi hijau barulah masing-masing kelam kabut nak bagi balik. Haha.
Bagus juga ada apps ni. Untuk mak bapak yang ada anak-anak yang bila dah pegang phone, tak ingat dunia atau buat-buat tak ingat bila nak pulangkan balik, apps ni sesuai untuk korang.
Ini apps yang korang boleh cuba install :
1. Pergi ke Play Store dan cari Google Family Link for Parents. Install ikut arahan.
2. Pastikan telefon anak yang nak di link ada dengan korang dan korang tahu apa email yang mereka guna untuk log in Google beserta dengan password.
Kalau tak ada password pastikan korang minta dengan anak-anak. Sebagai ibu bapa kita ada hak untuk tahu password setiap akaun yang mereka ada.
3. Pada telefon anak – buka Play Store dan install Google Family Link for Children & Teenagers. Masa ni email dan password akaun anak diperlukan.
4. Bila dah siap install, korang dah boleh mula setting apa yang patut dan boleh add bilangan akaun sekiranya ada lebih dari seorang anak atau telefon.
Kelebihan apps ni pada saya memudahkan untuk set masa penggunaan telefon anak-anak. Antaranya limit penggunaan berapa jam sehari, waktu penggunaan telefon dan mengenalpasti lokasi anak melalui gps.
Walaupun apps ni tak boleh nak kawal penggunaan telefon anak-anak sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya dapatlah membantu sedikit sebanyak. Kata orang, bolehlah dari tak ada langsung. Kan?
Korang macam mana? Ada guna apa-apa apps untuk monitor phone anak-anak?
Semoga dengan perkongsian ibu ini dapat membantu kita semua menyekat penggunaan gajet secara berleluasa oleh anak-anak kita. Tidak salah untuk beri mereka pendedahan, tetapi kalau berlebihan tidak elok juga. Selamat mencuba!
Sumber: Afiza Aziz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Perlu ‘Judge’ Rumah Orang Ada Anak Kecil Ni Sepah, Pemalas. Pakar Kongsi Itu Perkara Normal!

Baru sahaja lepas kemas rumah 5 minit, tiba-tiba anak sepahkan balik. Tarik nafas dalam-dalam si mama dan papa tengok rumah bersepah. Bukan tak kemas rumah, bukan pemalas tapi anak-anak yang sedang membesar seronok meneroka dalam rumah.
Mungkin ada mulut yang berkata-kata “sepahnya rumah dia” ataupun “nampak tak buat apa pun itu yang rumah dia asyik bersepah” tapi disebalik rumah yang disepahkan anak-anak itu sebenarnya anak dia sangat bijak. Namun, jika anda mempuyai anak yang sudah mencecah 2 tahun anda perlu mengajar dia selepas sepahkan kena kemaskan rumah. Jangan dibiarkan sikap tersebut sehingga dia dewasa. Untuk lebih penjelasan, kita baca apa kata pakar.

“TAK PANDAI KEMAS RUMAH KEEE???” 😪
Kalau ada yang tanya soalan di atas, tolong “invite” masuk group Anak Sepahkan Apa Hari Ini? . Baru dia tahu langit tinggi atau rendah 😎

Dulu sebelum saya masuk dalam bidang terapi, saya pun pernah tertanya.
“Macam mana boleh biar je anak conteng dinding?”
“Macam mana boleh terlepas bagi anak main alat solek?”
“Macam mana rumah boleh jadi huru hara?”
“Mak bapak tak pantau anak ke?”
Tapi itulah realitinya, anak seorang pun dah boleh menghuru harakan rumah kita. Tak perlu tunggu anak ramai 😂
Kalau rumah yang ada anak normal pun dah macam itu, apatah lagi rumah yang ada anak istimewa. Saya pernah ada klien yang ada anak autisme cerita yang rumahnya tak ada apa-apa pun, di ruang tamu kosong sehinggakan TV pun tak ada. Mana kan tidak,
Lapik tikar getah rumah pun anak cabut buat main.
Pen sebatang tertinggal dah boleh buat 1 sisi dinding terconteng. ✍🏾
Mak ayah basuh tangan 5 saat, anak dah tabur nasi 1 ruang meja makan. 🍚
Setiap kali beli tv mesti anak pecahkan. 😫
Kabinet dapur yang berat dan tinggi pun boleh roboh dibuatnya, mujur sangat anak sempat selamatkan diri. 🧘♂️
Di pusat terapi saya juga tidak lari dari sepahan anak-anak didik, pernah juga berlaku episod:
1. Anak korek tahi sendiri dan makan. 💩
Ya, makan!
Memang ada isu ini sejak sebelum dapatkan bantuan terapi. Akhirnya, kami minta mak ayah pakaikan baju renang zip belakang badan ataupun sediakan tali pinggang supaya anak tak boleh masuk tangan dalam diaper baru selesai masalah.
2. Anak membuang air besar di diaper, sejurus selesai membuang terus calit semua “hasilnya” di dinding. 😭
Kes ini, memerlukan kehandalan deria baru mak ayah dan Teachers. Saat lepas habis membuang terus kena tukar diaper. Sesaat pun tak boleh lepas!
3. Anak buka zip bean bag yang digunakan semasa terapi. Habis 1 ruang terapi penuh “benda alah” putih itu. 🤯
Sesiapa yang pernah berada di situasi ini pasti tahu keazaban nak kutip “benda alah” putih itu. Azab! Akhirnya, semua bean bag kena jahit di bahagian zip. Bila anak cuba buka zip tak boleh, Teacher yang zip akan tersenyum lebar.
4. Anak obses dengan label barang-barang.
Habis nak berebut semua benda. Sabun basuh pinggan, sabun mandi atau benda yang berlabel kena buka label kalau tak mahu anak bawa dan cium label ke hulu ke hilir.
5. Anak makan semua benda termasuklah bekas bungkusan plastik. Paling suka getah tempe! 😱 Ya MAKAN, bukan tersalah baca ya. Kami terpaksa jauhkan anak ini dari segala benda. Perlu 100% pantauan, tak boleh terlepas walaupun 1 saat.
Ini baru 5 episod, tiap-tiap hari berdepan dengan episod lain-lain. Kadang-kadang terfikir, kami yang baru berdepan berapa jam pun dah macam ini. Macam mana mak ayah di rumah?
Memang tak dapat bayang. Tapi nak buat macam mana, itulah tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kita bila dah jadi mak ayah.
Disebalik rumah yang bersepah, terdapat makhluk kecil yang sedang berusaha mengembangkan otaknya sendiri.
Kena pilih, nak rumah bersepah tapi otak anak berkembang ataupun rumah tak bersepah tapi perkembangan anak terbantut?
Jangan terkejut kalau saya kata terbantut, sebab anak suka buat sepah itu adalah NORMAL bagi anak umur bawah 3 tahun. Paling ekstrim semasa umur 1-2 tahun, fasa dimana anak dah mula aktif kesana sini dan pantang lihat barang terkemas. Waktu ini normal anak RIMAS
– Barang dalam bakul.
– Barang dalam almari.
– Baju terlipat.
– Barang dalam kotak.
– Barang dalam beg.
Normal juga anak MARAH kalau kita kemas, sebab waktu ini anak rasa bila kita mengemas masuk benda dalam bakul, almari, beg atau kotak, barang itu HILANG selama-lamanya. Ada anak yang boleh menangis macam kena dera setiap kali mak ayah mengemas mainan dia 😂
Inilah dipanggil skil “object permanence” masih dalam pembinaan. Biasanya umur 2-3 tahun, skil ini akan mula berkembang dan barulah anak redha bila mak ayah mengemas ataupun dia pun akan mula belajar kemas mainan.
Saya pernah ada kes anak lewat bercakap, mak ayah dengan bangganya beritahu:
“Anak saya baik, tak pernah buat sepah, conteng dinding dan boleh dengar kata cuma masalah bercakap”
Bila dah buat terapi, deria-deria anak sudah “dibangunkan” barulah mak ayah tersebut tahu yang dia tidak lari dari masalah rumah bersepah dan biasanya saya akan pesan awal-awal untuk lakukan persediaan. Bila mak ayah layankan sepahan anak, tiba-tiba semua komponen perkembangan anak meningkat.
Tapi sepah-sepah juga, jangan abaikan keselamatan keselamatan dan kebersihan. ⚠️ Mohon:
1. Elakkan beri anak main tali yang 12 inci ke atas untuk elak anak terjerut. ⛔
2. Untuk anak yang masih masukkan benda dalam mulut, jangan beri anak main mainan yang lebih kecil dari saiz mulutnya. Boleh cuba masukkan dalam ruang silinder bekas tisu tandas. 🚫
3. Belon atau bekas plastik, jangan beri anak main tanpa pantauan. Simpan di tempat yang anak tak boleh capai sebab sudah banyak kes anak tercekik ataupun lemas disebabkan ini. 👶
4. Pisau, cecair pencuci, bahan api atau mudah terbakar mohon sorokkan dari pandangan anak. Letak di kabinet berkunci.
5. Bedak talkum sebenarnya bahaya untuk anak, ramai pakar kanak-kanak tak sarankan anak guna bedak talkum sebab risau habuk-habuk bedak masuk dalam saluran penafasan anak dan boleh buat penafasan tersekat dan risiko kanser paru-paru. ⚠️
6. Jangan beri anak main lidi, kayu panjang, straw ataupun apa-apa yang panjang dan tajam tanpa pantauan. Risiko tercucuk mata atau anak letak. Dulu pernah jiran saya tercucuk anak tekak sebab menyanyi dan buat mikrofon guna lidi. Seriau! 😨
7. Pastikan balkoni atau tingkap sentiasa tertutup jika tidak ada gril. 🏢
Tapi itulah, bila nak cerita bahaya. Anak main selimut pun bahaya. Anak-anak pun panjang akal, ada sahaja projeknya. Maka, jalan terbaik adalah usaha dahulu, tawakal kemudian.
Sebab itu, saya tak pernah judge rumah orang bersepah. Sebab rumah saya pun selalu bersepah! Bila ada orang nak datang, kelam kabut kemas. Bila rumah terkemas, tak ada pula orang nak datang. Masalah mak anak kecil seantero dunia. 😂
Terima kasih, semoga bermanfaat.
Kredit: Maryam Jamadi,Pediatric Occupational Therapist, BEYOND Home Therapy Selayang & JB.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


