Anak adalah amanah dan anugerah terindah daripada Allah buat pasangan yang berkahwin. Bagi pelakon Lana Nodin, kehadiran dua anak, Gia Quinn dan William atau Billy melengkapkan kebahagiaan rumah tangganya dan suami, Mohd Daud McKienzie.

Makin Sihat & Aktif. Lana Syukur Allah Makbulkan Doa Semua Yang Sayangkan Billy

Kata Lana, dia sanggup berkorban apa saja demi memastikan dua anaknya itu membesar dengan sebaik mungkin.

“Selepas anak kedua, Billy diuji dengan masalah jantung sebelum ini, saya sedar betapa besarnya nikmat kesihatan pada anak.

Makin Sihat & Aktif. Lana Syukur Allah Makbulkan Doa Semua Yang Sayangkan Billy

“Saya bersyukur kerana kami sekeluarga berjaya melalui ujian getir itu sebelum ini berkat doa yang tidak pernah putus daripada keluarga, rakan dan peminat,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang, baru-baru ini.

IKLAN

Bercerita mengenai kesihatan Billy, Lana berkata, anak keduanya itu sudah pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan sebelum ini.

Makin Sihat & Aktif. Lana Syukur Allah Makbulkan Doa Semua Yang Sayangkan Billy

Billy menjalani prosedur rawatan ‘baloon valvuloplasty’ berikutan mengalami masalah injap sempit (aortic stenosis) di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Februari lalu.

IKLAN

“Alhamdulillah, Billy sudah sihat sepenuhnya selepas pembedahan dijalankan. Ia satu keajaiban kerana pembedahan itu berjaya dan sempurna,” katanya.

Makin Sihat & Aktif. Lana Syukur Allah Makbulkan Doa Semua Yang Sayangkan Billy

Bagaimanapun, doktor turut mengesan ada kebocoran di tempat lain pula selepas pembedahan itu tetapi ia tidak berbahaya.

IKLAN

“Kebocoran itu tiada kaitan dengan tempat atau kesan dari pembedahan terbabit. Doktor juga beritahu, kami tidak perlu bimbang mengenai kebocoran itu, “ katanya.

Makin Sihat & Aktif. Lana Syukur Allah Makbulkan Doa Semua Yang Sayangkan Billy

Walaupun keadaan Billy sudah pulih, mereka masih memantau keadaan kesihatan Billy dari semasa ke semasa.

“Saya akan membawa Billy untuk membuat rawatan susulan pada Ogos nanti. Keadaan Billy sekarang lebih aktif dan lasak daripada kakaknya, Gia. Sebelum pembedahan dulu, Billy kurang aktif,” katanya.

Sumber: Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI