Rezeki di petang Ramadan, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sambut kehadiran anak kedua. Kini Yusuf rasminya menjadi abang long!
Tiada apa yang menggembirakan bagi seorang ayah untuk menyambt kelahiran anak. Hairul menerusi Instagram berkongsi berita gembira.
Menurut Hairul, Hanis selamat bersalin pada jam 5.59 petang tadi. Turut dikongsikan gambar si kecil ahli baru keluarganya yang dinamakan Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen.
Pelakon Paskal ini turut mengucapkan penghargaan buat Hanis sempena kelahiran anak kedua mereka.
Ads
Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira, isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen
Petang tadi 5.59pm ,
Dua-dua anak Daddy lahir hari Jumaat,
Ads
Thank you Mommy @haniszalikha Thank you sayang Thank you my bam bam
Menariknya, si kecil Alisa Aisyah juga sudah pun memiliki akaun Instagram sendiri.
Ruang komen posting Hairul dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat. Masing-masing mengucapkan kesyukuran, memuji kecomelan Alisa Aisyah. Tidak kurang juga yang mengatakan Alisa Aisyah sangat seiras dengan abangnya, Yusuf Iskandar.
Setiap ibu bapa pasti ternanti-nanti detik pertama anak mereka menyebut “mama” atau “abah”. Tapi bagaimana kalau umur anak sudah masuk dua tahun, masih belum boleh bertutur dengan jelas? Panik? Jangan dulu. Tapi jangan pula kita abaikan tanda-tanda yang mungkin penting.
Pertama sekali, penting untuk ibu bapa tahu bahawa setiap anak berkembang dengan kadar berbeza. Ada yang cepat berjalan, tapi lambat bercakap. Ada pula yang lambat berjalan, tapi petah berbicara seawal usia setahun. Jadi, jangan terlalu cepat membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. Perbandingan yang tidak sihat boleh buat kita stres dan tanpa sedar, memberi tekanan kepada anak juga.
Namun begitu, jika anak sudah berusia dua tahun tetapi masih belum menyebut perkataan mudah seperti “mama”, “nak”, atau “air”, mungkin dah tiba masa untuk kita peka dan buat sedikit pemeriksaan awal.
Ada banyak sebab kenapa anak lambat bercakap. Antaranya:
Kurang rangsangan komunikasi – Anak yang kurang didedahkan kepada perbualan atau bacaan mungkin lambat memahami bahasa.
Penggunaan gajet berlebihan – Jika anak lebih banyak menghabiskan masa menonton skrin tanpa interaksi dua hala, otak mereka kurang terlatih untuk berkomunikasi.
Masalah pendengaran – Kadang-kadang anak lambat bercakap bukan sebab tak pandai, tapi kerana mereka tak dengar dengan jelas.
Masalah perkembangan bahasa (Speech Delay) – Ini boleh jadi sebahagian daripada isu perkembangan seperti Autism Spectrum Disorder (ASD) atau Developmental Language Disorder (DLD).
Jangan terus risau, tetapi ambil langkah bijak untuk bantu anak. Antara cara yang boleh dilakukan ialah:
Bercakap dengan anak setiap hari. Walaupun mereka belum faham sepenuhnya, teruskan berbual. Contohnya, “Adik nak susu ya? Ni susu sedap mama buat.”
Baca buku bersama. Pilih buku bergambar dan sebut nama objek dengan jelas. Bacaan rutin boleh bantu anak kenal bunyi dan perkataan.
Kurangkan skrin. Hadkan masa gajet dan gantikan dengan aktiviti interaktif seperti bermain pretend play atau menyanyi bersama.
Dapatkan nasihat pakar. Jika usia anak melebihi dua tahun tapi masih belum menunjukkan perkembangan bahasa yang baik, berjumpalah dengan pakar pertuturan (speech therapist) atau pakar pediatrik.
Ibu bapa jangan cepat menyalahkan diri. Apa yang penting ialah tindakan dan kesedaran awal. Dengan intervensi yang betul, ramai anak yang mengalami kelewatan bahasa berjaya mengejar semula tahap komunikasi normal mereka.
Yang paling penting, beri anak kasih sayang dan sokongan tanpa tekanan. Anak belajar paling cepat bila dia rasa gembira dan selamat.
Lambat bercakap bukan bermaksud anak tidak bijak. Ia mungkin tanda mereka perlukan lebih perhatian dan rangsangan. Jadi, jangan panik, tapi jangan juga ambil ringan. Ambil langkah sekarang untuk bantu anak berkembang dengan baik dengan penuh kasih, sabar, dan doa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selebriti terkenal, Diana Amir sememangnya kurang bercerita tentang pengalaman penyusuanya di laman sosial. Namun istimewanya kali ini sempena minggu penyusuan sedunia, Pa&Ma telah menemubual Diana secara eksklusif tentang pengalaman penyusuan beliau menerusi Facebook live di Facebook Pa&Ma dengan tajuk pengaruh selebriti dalam mempromosikan penyusuan susu ibu.
Pengalaman Diana sepanjang 6 tahun penyusuan secara eksklusif ini banyak memberikan sokongan dan inspirasi buat ibu-ibu yang sememangnya sedang mencari kekuatan untuk menyusukan anak-anak sehingga 2 tahun.
Pengalaman menyusukan anak
Diana ada 3 orang dan tetap menyusukan ketiga-tiga sehingga mereka cecah umur 2 tahun. Anak diana yang pertama and kedua berjaya menyusu sampai 2 tahun cukup. Cukup 2 tahun diana stop bagi mereka susu. Sampai sekarang Diana tak pernah berhenti menyusukan anak, dah masuk 6 tahun sebab anak-anak Diana bersambung-sambung. Umur mereka dekat-dekat. Ketika Diana hamilkan anak ketiga waktu tu Diana masih menyusukan anak yang kedua.
Untuk Diana, allah bagi kesihatan yang baik dan kita kena keep positif. Pujuk diri kita walaupun sakit badan, kena buat kerja rumah, bila menyusu anak pula macam-macam ragam. Kita jangan mengalah dengan situasi, bila penat kita kena ingat “sambil menyusu anak kena lahirkan cinta untuk anak” jangan stress dan rasa sayang kat anak baru banyak susu yang dihasilkan pada anak. Kita jangan pernah mengalah dan banyakkan membaca buku penyusuan.
Cabaran sebagai ibu bekerja
Diana kurangkan karier seni sebab Diana nak fokus pada penyusuan anak. Tapi bagi ibu bekerja, suasana tempat kerja jugak perlu mudah untuk ibu pam susu. Majikan kena bertimbang rasa dan sediakan tempat selesa untuk ibu menyusu supaya ibu menyusu selesa untuk pam susu. Emosi mereka pun tak stress.
Masa anak Diana 1 tahun, Diana join misi kemanusiaan. Diana travel dan bawa pam susu tapi malangnya pam susu elektrik tu rosak. Sampai je di sana, kami terus ke farmasi untuk mencari pam susu. Pengajaran untuk Diana, bila travel bawa juga manual pam supaya tak berlaku perkara seperti ini.
Petua banyakkan susu
Bila mengandung lagi Diana dah amalkan minum susu dan kurma memang perbanyakkan susu untuk diri sendiri. Lain orang lain pengalaman. Selain tu Diana amalkan surah Al-Insyirah “bersama kesusahan pastinya datang bersama kesenangan” lepas baca je automatik Diana akan tenang. Kalau tak boleh solat boleh istigfar dan bergantung pada Allah untuk memohon-Nya permudahkan urusan kita.
Sokongan suami
Saya selama 6 tahun tak pernah cukup tidur. Tapi suami memainkan peranan yang sangat penting untuk beri kita sokongan yang positf. Kalau suami Diana tak support? Suami sentiasa bagi kata-kata pujian. Macam suami Diana dia sentiasa beritahu Diana “Awak ni hebat sangat, awak ni kuatlah, awak ni superwomenlah”. Diana rasa macam, eh betul ke saya kuat? Saya kuat ya? Bila dia bagi penghargaan, urut belakang kita.. saya rasa positif dan bersemangat, rasa macam penyusuan tu tak ada penatnyalah.
Ibu tak ada yang tak nak terbaik untuk anak, semua nak yang terbaik. Jadi berusahalah menyusukan anak sampai 2 tahun.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau hujung minggu memang ramai ibu bapa muda yang seronok bersiar-siar di mall sambil menyorong stroller anak masing-masing. Bukan ada hal penting yang hendak di cari tapi saja-saja jalan hujung minggu sambil cuci mata.
Tapi kalau anda ada anak kecil bawah umur setahun dan selalu bawa anak masuk mall, hati-hati dengan risiko macam-macam jangkitan kuman. Pesanan dan nasihat daripada seorang bapa Tuan Muhammad Ahmad ini ada benarnya.
Selalunya jika ke mall saya akan memakai mask untuk memastikan saya tidak mengeluarkan kuman atau virus dan juga untuk mengelakkan saya dijangkiti virus atau kuman. Dan jarang sangat bawa anak masuk mall. Tidak silap saya usia beliau 1 tahun 2 bulan baru masuk mall,itu pun awal pagi hari bekerja.
Tapi sayang ramai ibu bapa sekarang masih membawa bayi masih berusia 2,3 bulan.
Saya selalu menyapa mereka dan memberi sedikit nasihat. 90% kebanyakan mereka membawa bayi bukan urusan KECEMASAN. Sebaliknya untuk ‘mencuci mata’ berjam-jam. Yelah 40-60 hari berpantang pasti boring kan.
Tapi Tuan puan. Ketika itu tahap immunity bayi sangat rendah. Berkali ganda mudah untuk dijangkiti virus atau kuman(airborne disease) atau menyedut asap ROKOK(boleh menyebabkan radang paru-paru)
Walaupun saya sebagai orang awam, saya tetap peka tentang kesihatan saya dan orang lain terutama bayi.
Ya kita faham bukan bermakna semua bayi akan dijangkiti virus dan kuman atau asap rokok. Pasti apa yang saya katakan ini boleh dicanggah. Namun kita perlu berwaspada.
Saya beranggapan bahawa penjagaan kesihatan bayi bukan terletak kepada ibu bapa mereka sahaja,bahkan kita semua. Kitalah bertanggungjawab untuk menasihati mereka dengan penuh hikmah. Paling tidak pun print out flyers jenis-jenis penyakit bawaan udara dan edarkan kepada awam. Mungkin ramai ibu bapa diluar sana kurang didedahkan tentang perkara ini.
Bayangkan tubuh kecil itu dijangkiti virus, kuman atau asap rokok sehingga menyebabkan bronchitis dan Pneumonia sehinggakan bayi terpaksa dimasukan ke hospital berhari-hari. Pasti kita menyesal tidak sudah. Lebih-lebih lagi 4ribu lebih bahan kimia dari asap rokok sangat mudah untuk disedut oleh bayi kerana pernafasan mereka lebih laju berbanding orang dewasa.
Nasihat saya(untuk diri sendiri juga) elakkan anak-anak terutama bayi terdedah di tempat awam yang padat terutama hujung minggu. Jika mustahak pastikan menggunakan stroller hood(seperti gambar dibawah) Dan membasuh muka,tangan kanak-kanak sebelum pulang ke rumah atau apa-apa kaedah untuk mengelakkan bayi dijangkiti kuman atau virus.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.