Dah lama tak aktif dalam lakonan, ibu kepada lima cahaya mata comel, Sariyanti ternyata bahagia bersama keluarga. Walaupun fokusnya kini pada suami dan anak-anak, jelas terpancar kebahagiaan diwajahnya.
Isteri kepada pelawak dan penyampai radio iaitu Jep Sepahtu ini sentiasa berseri-seri dan sering tersenyum sepanjang masa.
Biarpun sibuk menguruskan sendiri anak-anak tanpa pembantu rumah, Sariyanti akui pengalaman ini sangat bermakna. Bukan mudah menguruskan anak-anak kecil tapi andai kita tahu bahagikan masa semua itu jadi mudah.
Bukan itu saja, selepas 2 bulan melahirkan cahaya mata kelimanya, masih bertambah-tambah berseri Sariyanti.
Ads
Terbaru menerusi instagramnya, Sariyanti berkongsi beberapa keping gambar keluarganya menyambut hari raya Aidiladha. Menerusi perkongsian tersebut, nampak Sariyanti sedikit menjinjit kakinya.
Kongsinya, dia mengakui dirinya kecil molek. Jadi untuk nampak kelainan dan tinggi dari anak terunanya itu, terpaksalah buat sebegitu.
Perkongsian gambar tersebut meraih perhatian peminatnya dan ramai yang menyatakan comel gaya mama.
Sebenarnya bagi yang bergelar ibu dan mempunyai anak-anak yang semakin membesar, memang akan rasa perbezaan ini bila anak mula nak masuk usia remaja. Biasanya perubahan ini akan berlaku bila anak berada di sekolah menengah.
Ads
Rasanya semua ibu yang mempunyai ketinggian yang comel-comel ini akan mengalami situasi ini.
Sari yang berkahwin dengan Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017 juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, Muhammad Khidir yang baru genap setahun selain bayi yang baru lahir, Abu Bakr.
Ads
Malah hasil perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 11, dan Baasit Al Haq, 10.
Kredit: Instagram Sariyanti
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perpisahan yang terjadi antara Bella Astillah & Aliff Aziz, ramai yang tertumpu kepada si kecil Ayden, bimbang anak ini akan terpisah dan terkurang kasih sayang.
TIDAK SESEKALI MEMUTUSKAN HUBUNGAN AYAH DENGAN ANAK
Sebagai ibu, Bella Astillah menegaskan untuk tidak akan sesekali memutuskan hubungan ayah dengan anaknya, walaupun mereka sudah berpisah.
Katanya Bella, Aliff dan keluarganya tidak perlu takut kerana apa juga yang terjadi. Aliff tetap ayah kepada anak tunggal mereka, Mohamad Ayden Adrean.
“Jangan bimbang, saya tidak membenci Aliff, malah dia tetap ayah anak kami. Saya takkan jauhkan dia dengan Ayden,” katanya.
Semalam, Aliff melafazkan cerai talak satu terhadap Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.
Permohonan cerai itu difailkan Bella selaku plaintif pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
TIDAK BERDENDAM, PERBUATAN ALIFF SUDAH DIMAAFKAN
Ditanya sama ada dia berdendam dengan pelakon dan penyanyi itu, Bella berkata, segala perbuatan Aliff terhadapnya sudah dimaafkan.
“Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Saya maafkan dia berulang kali kerana kita manusia biasa.
“Kalau saya yang bersalah, saya tentu mahu dimaafkan. Namun, sebagai manusia, jauh di sudut hati saya tetap sedih.
DOAKAN ALIFF BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK
“Cuma harapan saya, perpisahan ini dapat mengubah Aliff dan menjadikan dirinya lebih baik. Kita doa yang baik-baik,” katanya.
PERPISAHAN TIDAK MENJARAKKAN HUBUNGAN BAPA & ANAK
Sementara itu, ibu Aliff, Siti Hafiza Sheikh Mohamad pula menulis tanda pagar, #tiadatalakantaraayahdananak menerusi entri di laman sosial, sekali gus mengharapkan, perpisahan tidak menjarakkan hubungan Aliff dengan anaknya.
Katanya, di sebalik ujian dan kesukaran yang dilalui, kehadiran Ayden, 2, disifatkan sebagai kurniaan terbaik Allah.
“Ayden sentiasa menjadi cahaya hidup kami, walaupun tidak dapat bertemunya dengan lebih kerap pada masa akan datang.
“Umi Wan dan Tok Ayah akan sentiasa mendoakan Ayden dari jauh supaya menjadi insan yang hebat nanti. Kami semua sayang Ayden, terutama Daddy (Aliff). Semoga Ayden membesar dengan sihat dan sentiasa bahagia,” luahnya di Instagram.
Dalam entri yang dikongsi itu, selain tanda pagar #tiadatalakantaraayahdananak, dia turut meletakkan #tiadatalakantaracucudanatuksertaninda bersama gambar cucunya.
Baru-baru ini tular sekeping gambar dimana seorang budak cedera apabila termakan umpan milik bapanya. Menurut sumber, kanak-kanak tersebut mungkin tidak dapat membezakan umpan dan makanan kerana mangsa masih kecil.
Rata-rata netizen termasuk kaki pancing menasihati agar meletakkan barang yang merbahaya di tempat yang tinggi dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Memasukkan objek ke dalam mulut, bukanlah satu penyakit; ia perkara semula jadi dan cara bayi anda mempelajari dunia sekeliling mereka. Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita adalah untuk mengawasi mereka setiap masa dan seberapa yang boleh, memberi mereka persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa bayi berumur 6-18 bulan menghabiskan 30 minit sehari memasukkan pelbagai objek ke dalam mulut, menggigit, menghisap, dan meleleh air liur pada sebarang objek yang mereka dapat. Walaupun secara puratanya tempoh masa mereka memasukkan objek ke dalam mulut tidak begitu lama jika dibandingkan dengan tempoh bayi tidur, namun apa yang ibu bapa harus berwaspada adalah masa 30 minit ini terjadi sepanjang hari.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh guna yang memberi manfaat sama menang kepada kecenderungan petatih anda untuk memasukkan sesuatu ke dalam mulut dan pada masa yang sama tidak membimbangkan anda:
1. Rumah yang selamat untuk bayi.
Jangan tinggalkan barangan peribadi anda bersepahsepah di atas lantai rumah.
Beli bekas yang selamat untuk bayi untuk menyimpan barang-barang yang anda suka letak merata-rata seperti kunci, telefon pintar, duit syiling dan butang-butang. Jauhkan bekas tersebut dari kanak-kanak (letakkan lebih dari 1.75 meter daripada aras lantai).
Jangan lupa bahawa produk-produk beracun seperti bahan pencuci, peluntur dan bahan mencuci yang lain hendaklah disimpan jauh daripada kanak-kanak. Jangan lupa juga untuk melabelnya.
Periksa di bawah kerusi dan di antara kusyen, meja dan permaidani agar tidak terdapat bahan-bahan berbahaya dan pastikan anda kerap melakukannya.
Wayar dan kabel-kabel tambahan hendaklah dipasang di dinding dengan kemas, diikat dengan sempurna dan diletakkan jauh dari penglihatan kanak-kanak dan tidak boleh dicapai. Tutup soket elektrik dengan palam keselamatan atau penutup keselamatan yang tertutup rapat apabila soket tidak digunakan.
Kunci barang-barang tajam dan berbahaya yang biasa terdapat di dalam laci di ruang tamu atau kabinet dapur.
Kabel-kabel telefon sentiasa menjadi ancaman penjerutan, gunalah telefon tanpa wayar buat seketika. Langsir dan kain penutup juga boleh menjadi ancaman – anda hanya perlu mengikatnya cukup tinggi agar tidak dicapai oleh kanak-kanak.
baby-putting-object-in-mouth
Barang-barang yang berbahaya bagi bayi dan petatih: Duit syiling, butang, permainan dengan bahagian-bahagian kecil, permainan yang keseluruhannya boleh dimasukkan ke dalam mulut bayi, guli, belon, pengikat rambut kecil, gelang getah, pen atau penutup marker, bateri kecil jenis butang, magnet peti ais dan ketulan makanan haiwan.
2. Jadi ibu bapa yang cerewet.
Pastikan anda memilih permainan yang sesuai untuk umur anak anda.
Lazimnya pengilang permainan akan melabelkan produk mereka dan ini dapat membantu anda mengenalpasti jenis permainan yang sesuai untuk bayi anda.
Pastikan permainan yang anda beli dibuat dengan sempurna dan tidak mudah rosak.
Kenalpasti dan ketahuilah mekanisma permainan yang anda beli. Perhatikan bahagian-bahagian kecil, komponen yang mudah tanggal dan bucu-bucu tajam.
Sentiasa awasi kanak-kanak kecil bermain. Jangan lupa juga untuk menyimpan semua permainan di dalam bekas selepas bermain.
Jangan membiarkan anak yang lebih dewasa berkongsi permainannya dengan bayi kerana permainan kanak-kanak yang lebih dewasa mungkin tidak sesuai untuk bayi anda. Begitu juga dengan makanan. Adakalanya, adik beradik suka berkongsi makanan atau gemar menyuap bayi makan. Ia adalah cara yang baik untuk mengajar mereka menjadi bertanggungjawab tetapi pastikan anda menerangkan kepada mereka apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan dan sentiasa awasi mereka!
3. Sentiasa selia.
Selia semasa waktu makan, pastikan anda dan pasangan anda atau pengasuh sentiasa ada untuk menyelia.
Seorang kanak-kanak harus duduk tegak semasa waktu makan, mereka tidak seharusnya makan sambil bermain, berlari atau berjalan, dan elak juga daripada memberi makan di dalam kereta.
Jika anda ingin memberi anak anda makanan pepejal, gigit sedikit untuk menjadikannya saiz kecil sebelum memberi kepada bayi anda atau potong menjadi saiz yang boleh digigit iaitu tidak melebihi ½ inci.
Masak makanan keras seperti karot atau brokoli sehingga lembut dan boleh dikunyah. Elakkan sama sekali kacang, bijian atau bertih jagung, tidak berbaloi mengambil risikonya.
Kerap menghidrasi anak anda apabila makan tetapi elak daripada minum sambil makan, sebaliknya beri minuman antara suapan.
Adalah penting untuk menghentikan pemberian makanan bayi dan memberi anak anda makanan yang lebih pejal – ia perlu dilakukan secara berperingkat dan dengan selamat.
Adalah lebih baik untuk memberitahu kepada mereka yang terlibat dalam penjagaan anak anda mengenai jenis makanan yang boleh dan tidak boleh diberi kepada bayi anda sehingga dia boleh mengunyah atau boleh menerima makanan pepejal dengan sempurna.
AAP telah menyenaraikan bahan-bahan makanan berikut sebagai bahaya tercekik bagi kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun: hot dog, gula-gula keras, gula-gula getah, kacang-kacang dan bijian, ketulan keju, anggur yang tidak dipotong, bertih jagung, ketulan mentega kacang tanah, sayur mentah, dan kismis.
Kemungkinan besar sepanjang tahun pertamanya, anak anda telah memasukkan pelbagai jenis objek ke dalam mulutnya. Tetapi ingatlah bahawa bukan semua perkara itu menyeronokkan dan satu permainan. Tercekik benar-benar mengancam anak anda dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, ambillah langkah berjaga-jaga, sentiasa menjaga keselamatan dan berwaspada, ketahui mengenai keputusan yang diambil berkenaan anak kesayangan anda. Juga tidak merugikan untuk mempelajari beberapa pengetahuan asas mengenai resusitasi kardiopulmonari (CPR) kanak-kanak dan teknik menyelamat atau pertolongan cemas kerana ia boleh membantu menyelamatkan nyawa anak anda jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Tidak kira samada bayi, petatih, atau kanak-kanak sekolah, rumah anda harus menjadi tempat di mana anak anda boleh menjelajah dengan selamat. Lagipun, menyentuh, memegang, memanjat, dan menjelajah merupakan aktiviti-aktiviti yang membantu tubuh dan minda anak anda berkembang, dan ia harus digalakkan.
Tangisan mulai jatuh ke pipi, pelbagai perasaan yang dirasai oleh ibu muda ini apabila terpaksa berpisah dengan anaknya sendiri.
Di saat usianya 19 tahun, Jeong So Hyang (kini 21 tahun) telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun atas tuduhan mencuri.
Lebih menyedihkan, ibu muda ini sebatang kara dan tidak mempunyai ahli keluarga lain. Hanya cahaya mata satu-satunya sahaja yang telah menemani kehidupanya selama hampir 1 tahun 5 bulan.
Jeong So melahirkan dan membesarkan anaknya iaitu Jeon Ga Eun kini berusia 1 tahun 5 bulan di dalam penjara.
Jeong So Hyang merupakan ibu tunggal dan tidak memiliki keluarga selain Jeong Ga Eun.
Walaupun tinggal di penjara, banduan wanita di sana dibenarkan menguruskan anak mereka dengan kemudahan yang lengkap termasuklah pemeriksaan percuma daripada doktor.
Namun paling mneyedihkan, ibu-ibu dipenjara dikatakan hanya dapat membesarkan sehingga anak menjangkau usia 1 tahun lebih saja.
Rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak melihat ibu dan pengalaman yang dilalui oleh anak kecil ini.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.